Sunday, May 18, 2008

~::Sejarah Tercipta::~

Ari ni aku nak bagitau apa laaa yg aku c buk sangat smalam tuh......17052008. For the first time dalam Malaysia neh telah diadakan Pilihanraya Kampung...Iyer...pemilihan Ketua Kampung melalui pilihanraya. So, keje aku sebagai memantau perjalanan proses tuh. Bagi kerajaan baru Pakatan Rakyat di Perak neh, Menteri Besar telah mengembalikan kuasa kepada rakyat iaitu memberikan hak kepada rakyat untuk memilih Ketua Kampung. Kalau sebelum neh Ketua Kampung dilantik oleh Ketua Bahagian AMENU.....dengan ikut suka hati dia jer. Orang kampung belum tentu suka lagi tetapi terpaksa terima jugak ketetapan tuh. Jadi, bila yg dipilih itu bukan orang yg sepatutnya maka sudah tentu rakyat tidak terbela dengan sempurnanya. Cuba kita mengertikan maksud zalim itu sendiri...."meletakkan sesuatu itu bukan di tempat yg sepatutnya"

So...kampung pertama yang dimaksudkan ialah Kampung Batu 10, Mukim Lekir, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Lepaih ni....kampung2 lain akan menyusul dan khabarnya Kedah, Pulau Pinang dan Selangor akan mencontohi model pemilihan dari negeri Perak ini. Dalam entry neh aku malaih nak berceloteh....pictures speak louder than words.

Macam Pilihanraya Umum gak....ada tempat memangkah undi

Yg speselnyer....kt tmpat kotak memilih tuh siap ada gmbar calon lagi.....SPR pun tk wat camni


Pemilih muda yang ada rasa tanggungjawab

Petugas mendaftarkan nama pemilih berdasarkan maklumat dalam kad pengenalan

Tidak mengira usia....

Yang mana satuuu....idaman kalbu

Pengundi termuda......18 tahun. Kalau Pilihanraya Umum pun nk kena tunggu 21 tahun.....

Kaum Ibu juga tidak melepaskan peluang.......


Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Ir Haji Muhammad Nizar turut melapangkan masa membuat kunjungan ke Pusat Pembuangan Undi


Proses penjumlahan undi sedang dijalankan

Pengisytiharan keputusan pengundian dibuat oleh wakil Tuan Pegawai Daerah Manjung


Kedua-dua calon bersalaman dalam keadaan yg cukup harmoni

Haaa....tu laaa citernya...ape yg aku dok sebuk sangat dari pagi sampai petang Sabtu ari tuh. Petikan dialog Dato' Seri semasa bersalaman dgn aku.....hehehhehe

"Ini merupakan sejarah bagi Negeri Perak"

Aku jawab balik........

"Bukan hanya Perak Dato' Seri....tapi sejarah bagi Malaysia ni....."

4 comments:

pearl'E.J said...

wahhhhhh... nk pilih ketua kampung pun ada pilihanraya dah?? dahsyat... dahsyat....

tapi bagus gakkan, biar penduduk sendiri pilih sape yg bakal jadi ketua kt kmpg depa tuu... hurmm.. gd idea neh..

Cybernetics Mind said...

EJ...baru laaa truly democratic, kuasa diberikan sepenuhnya pada rakyat....heheheh. Ada rasa2 nk jadi Ketua Kampung kt Penang ker, nnti akan kuhantar borang pencalonan pada CM Lim Guan Eng.....hidup EJ !

Unknown said...

Hebatnya laa kampung ni.. aku rase kalau kampung aku ade buat cam ni, aku pon nak masuk bertanding. mane lah tau kot kot bleh jadik ketua kg muda mudi pon cantek,
abus haru biru kg aku.

kompom aku buat live band malam minggu kat padang permainan ke, kat padang bola ke... wakaka...

-Ketua KG Sosial-
Kreuger®

Cybernetics Mind said...

mr. azman...hehehe aku nyaris2 tk kenal...saper laa mamat neh. dh dekat2 nk tunang neh, nama pun dah tukaq nooo....heheheh

aku calonkan ngko jadi Ketua Kampung utk masyarakat bloggers boley...????

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...