Monday, June 30, 2008

~::Secebis Ingatan...Sekalung Doa::~

Dalam kehidupan di dunia ini, kita tidak dapat tahu apa yang akan berlaku atau bakal terjadi ke atas diri kita. Atas prinsip itulah kita perlu kembali kepada asas iaitu segalanya yang berlaku ke atas diri kita ini semuanya adalah kehendak Allah dan dengan keizinanNYA. Maka itu lah yang difahamkan dengan Qada & Qadar dan kita sebagai hambaNYA harus redho dengan apa jua ketetapan yang telah dijadualkan.

Dalam posting kali ini CM nk mengajak semua rakan2 bloggers sama ada yang ada dalam list CM ataupun yang cuma menjadi pengunjung2 setia yang CM tidak kenali....untuk bersama2 mendoakan rakan blogger CM, iaitu love-n-hate agar cepat sembuh kerana beliau baru sahaja ditimpa kecelakaan, di mana kenderaan yang dipandu oleh rakannya telah mengalami kemalangan jalan raya semalam. CM pun dapat berita ni dari Faisal Admar . So, mari lah kita sama2 mendoakan agar Allah memelihara kesejahteraan dan juga kesihatan yang baik ke atas love-n-hate , insyaallah.

Bagi CM, dalam ramai2 rakan bloggers terdapat satu keistimewaan yang ada pada love-n-hate ni iaitu setiap postingnya akan dimulakan dengan kalimah Bismillahhirrahmanirrahim dan tulisan2nya tak lekang dengan ingatan2 kepada Allah. Ini adalah antara kata2 yg telah diluahkan oleh love-n-hate di dalam blognya :

  1. "I know how that feels like.. to be alone, lonely, no one to turn to... but, we have more time to discover ourself and seek for the great power above... ALLAH!"
  2. "Tapi, yang pasti love-n-hate gunakan masa alone, lonely untuk muhasabah diri... kenal diri lebih dekat.... kenal Allah lebih dekat..."
  3. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
  4. "Bila sunyi, sepi.. ambil masa fikirkan samada kita lakukan yang terbaik untuk yang maha Esa atau tidak..."
  5. "... what goes around, comes around... sama ada sedar ataupun tidak... ada kuasa lebih besar dari kita semua... ALLAHUAKBAR!!... Dia Maha Mengetahui..."
  6. "no matter what we do, or where we are, we're not alone... Allah bersama kita... wallahualam... "
  7. "Doa penting juga untuk memilih. Allah Maha Agung, Dia tahu segalanya."

Harapan CM agar di masa2 akan datang kita sumer lebih tabah sekiranya ditimpa sebarang musibah kerana itu adalah sebahagian daripada ujian Allah ke atas hambaNYA.

21 comments:

Anonymous said...

Oh God!!...I really2 hope she's okay. You know Cm, among bloggers...it takes time for me to be closed. Tapi you dengan Love Hate ni boleh dikatakan yang paling cepat bro dapat click! Rasa macam member lama..mungkin kita semua jenis "Above the law"

Whatever it maybe the outcome, bro berdoa agar LoveHate jauh dari kecelakaan seperti my niece Catriona Ross...yes dia sudah boleh berjalan...namun, kesengsaraan selama setahun...hanya Allah yang mengetahui...I was there, watched her everyday... :(

Love-Hate...May Allah blessed you!

cendawanintim said...

Semoga berada di bawah lindungan Allah Taala selalu..Amin.

Honeylemon said...

semoga Love-n-hate cpat sembuh....

Cybernetics Mind said...

razzi rahman...
Marilah kita sama2 berdoa bro agar love-n-hate sembuh seperti sedia kala.

Bro...bersahabat ni pun ada chemistry gak...Ingat org bercinta jer yg ada chemistry.Macam hubungan CM ngan para2 bloggers, rasanya umum boley tahu camner hubungan baik CM ngan Bro , CM ngan Kreuger dan beberapa org lagi tu cukup baik dan rasa macam dah lama kenal sangat dah. Yer lahh kalo Bro sanggup pelawa kwn CM bermalam di rumah Bro semata2 kerana CM...dets trully nice.

Cam Kreuger plak...dh anggap CM cam abg sendiri...sanggup berkongsi masalah.....boleh ajak bersama2 jadi org penting dlm majlis pertunangan yg akan dilangsungkan hujung taun ni...terharu CM dibuatnya.

Tapi itulah realitinya...blogging ni tk ada sempadan di dalam persahabatan...tk kira saper.

So, pada sumer pengunjung2 setia akupunyalife.blogspot.com , CM harap hubungan kita akan berkekalan dalam keadaan yg cukup harmoni sampai bila2 pun...and I really luv u ols....;)

Cybernetics Mind said...

cendawanintim...
ekceli CM cukup tersentuh dgn kata2dari love-n-hate ni....semoga ianya boleh memberikan satu kesan yg mendlm utk diri kita sumer...

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya"

Cybernetics Mind said...

honeylemon...
yupp...we're hoping for a fast recovery...so that she will be okay as before.

timasih...atas ingatan dan doa, semoga kita juga akan sentiasa didoakan oleh sahabat2 kita sekiranya kita juga menghadapi musibah atau apa2 permasalahan.

Faisal Admar said...

semoga love-n-hate cepat sembuh... sebelum berlaku kemalangan tu, sehari sebelum tu dia call dan minta maaf... rasa pelik sangat. then dia cakap dia juga minta maaf dengan kawan2 dan family.

mari kita mendoakan semoga dia cepat sembuh... insyaallah...

Cybernetics Mind said...

faisal admar...
harap2....kita pun sudi didoakan oleh sahabat2 sekiranya kita ditimpa musibah....sebab kita tk tahu perencanaan Allah seterusnya..

Yaya said...

dia eksiden yer, semoga segala2 kembali normal..amin

Cybernetics Mind said...

aleeya...
moga2 kita pun sentiasa didoakan oleh org2 di sekeliling kita :)

Aina@Azila said...

Ya Allah...kesiannya dia. Semoga dia dijauhkan dari segala yg tak diingini. Semoga beliau cepat sembuh dan dilindungi Allah. Amin.

Faisal Admar said...

cm kena la roger kawan2 hehe. sms or call ke... baru leh update sikit news. tapi mintak simpang lah kan... semoga semua jauh dari malapetaka dan sihat2 selalu... amin...

Anonymous said...

Salam semua... :)

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan love-n-hate. Alhamdulillah, kite dalam healing process... i'd been better!!!

kepada rr, CM, faisal admar, dan lain2... terima kasih dan hanya Allah dapat membalas... tak sangka hubungan yang dijalin sangat akrab... semoga berkekalan...

kawan... masa suka dan duka... gelak sama2... nangis pun sama2... Cinta x kenal sahabat... x kenal musuh... cinta pada yang Esa yang paling Agung.

rr----> yes, we can click!!! ada aura gituhh!!

CM----> thanks untuk post seindah ini, love-n-hate tak terkata...

Faisaladmar ----> Alhamdulillah ada teman sebaik ini... :)

yang lain2... terima kasih atas doanya... selamat berkenalan... :)

.: RuFaI :. said...

sy pun doakan smoga love n hate cpt smbuh...:)

Cybernetics Mind said...

aina...
emmm...selamat kembali ke tanah airku Malaysia....lama noo tinggal Malaysia...3 tahun macm2 dah berubah.

so...pehni tk der laa lagi kawan kat Doha, Qatar....kl tersesat ke sana tadek kawan yg boley mmbantu;)

berita baik dah ada perkmbanagn postif...heheh tk caya tgok tuan punya diri punya komen...dah boleh berblogging dah :)

Cybernetics Mind said...

anysz....
ekceli kita neh special dlm komuniti bloggers ni...hubungan persahabatn tnpa sempadan yg cukup menakjubkan....heheheh

yg aku pasti "caring" sesama kita tu cukup hebat


faisal admar...
harapan CM kita akan teruskan hubungan kita yg positif ni sampai bila2 krn mmg dh terbukti impactnya hebat....

psstttt..so bila nk banjer CM..hiks

Zumie said...

semoge kwn cm tue cepat sembuh..hem takut bile dgr citer pasai excident neh...

Cybernetics Mind said...

love-n-hate...
yeaaaa....tk der apa yg lebih menggembirakan CM ari ni daripada mendapat tahu yg love-n-hate is getting better. tentang doa tu..small matter jer pasal selama ni pun kengkawan pun ramai yg mendoakan CM gak termasuk love-n-hate sendiri dalam entri2 CM yg lepas iaitu dlm posting Happy Father's Day dan 14 Jun 1997.

"Apakah lumrah manusia....bila terang ramailah yg datang dan bila gelap gelita, hilang kasih hilang saudara" [CM bukan cam ni taw..;)]
FYI...ni petikan lirik lagu Rambulan Kesiangan - Razzi Rahman

Susah or senang , sakit ker sihat kita sumer kn unite & click antara satu sama lain....pasal we might not know what's going to happen tomorrow.....

lastly...segala kurniaan adalah dari ALLAH dan bersyukurlah di atas pertolongan dan keselamatan yg dikurniakan olehNYA....berkat ingatan love-n-hate terhadap DIA selama ni....;)

semoga apa yang berlaku akan memberikan iktibar kepada kita sumer termasuk CM sendiri......and off course CM akan terus doakan love-n-hate sihat walafiat sokmooo

Cybernetics Mind said...

rufai....
thanks for the doa...and
she's getting better rufai :)


misszue...
emmm...dia dh mula nk sembuh dah...berkat ingatan dia pd Allah selalu dan juga doa dari kawan2.

misszue pun kena hati2 gak ok....CM tgok misszue pown rajin travel jauh2 gak....jenjalan gituhhh.please drive safely...jgn kasik CM susahh ati maaa ;)

Anonymous said...

CM, you suka ke petikan lirik dari lagu bro, Rembulan Kesiangan tu?...

You know, because of that petikan lirik itulah yang telah menyuntik semangat kepada seorang anak muda untuk keluar dari kemiskinan dan kini telah menjadi seorang jutawan!!!

...you know who? It's Irfan Khairi. Yes...dia adalah salah seorang Razzi Rahman no1 fan! Siap boleh nyanyi hampir semua lagu bro tu...memang touching!

Dan kini, dia jadi Sifu bro pulak. Can you imagine? hahahaha...life goes around beb!

Anonymous said...

salam CM,

sangat kiyut lah CM and rr ni...

"A friend in need is a friend indeed..."

susah senang sama.. harap kite pun boleh buat yang sama untuk semua... :)

thanks again... :)

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...