Thursday, June 5, 2008

~::Ubah Gaya Hidup::~

Pepagi morning lagi, sama ada tv or stesen radio sumer dok memperkatakan isu minyak naik yang telah diputuskan oleh kabinet effective tengah malam semalam....tapi yang pastinya aku naik minyak...hehehe.

So, sibuklah stesen2 radio ni dok guna isu ni bagi menaikkan rating depa hari ni termasuklah membicarakan topik hampehhh yang sering digunakan oleh orang2 politik iaitu "UBAH GAYA HIDUP". Aku neh...bila dengaq jer ungkapan tuh.....darah aku tersirap tahap gaban punya. Gua cukup allergic dgn ungkapan tuh. Mula laa ungkapan2 sengal yang kuar dari rakyat yang tak boleh guna otak untuk berfikir.

Aku bagi contoh...ada satu mamat tuh bagi oppinion "saya cadangkan kita sumer jangan guna air-cond semasa menggunakan kereta bagi menjimatkan penggunaan minyak" Yenadei...nasib baik hang tak bagi address hang masa on-air tadi, kalau tidak siap hang...aku gi cabut keluaq air-cond dari kereta hang tuh. Apadaa bangang sangat....aku jamin laa dia pun tak sanggup "separuh masak" dalam keter dia tuh. Zaman laa bukan cam dulu, air-cond tu sebagai satu option jer tapi di zaman global warming neh air-cond tu mandatory beb. Kalau yer pun nk rasa glamer or nak dengar sore yang tak sedap tuh on-air, jangan laa bagi statement yang memperbodohkan diri...use you mind laaa not use your leg.

Sebenaqnya banyak lagi statement2 bangang yang dikeluarkan sama ada oleh worang2 politik or rakyat Malaysia yang lenlain tuh....malas laa aku nak tulis sumer kat sini, buat sakit ati jer. Kita ni masing2 telah dianugerahkan oleh ALLAH dengan aqal....so gunalah sebaik mungkin, jangan take things for granted. My point is.....jadilah pengguna yang bijak dan lantang menyuarakan apa bentuk penindasan.

p/s : Apa dah jadi dengan KPDNHEP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna....sudah jadi "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Petroleum" plaks.

Common Shahril....di manakah pembelaan anda terhadap rakyat sejak anda menjadi Menteri. Beras Thai King 10KG yang dulu kubeli setiap bulan dengan harga RM18.90 sekarang dah jadi RM34.90. Dulu aku punya expenses untuk petrol lebih kurang RM350 sebulan sekarang dah jadi RM490 sebulan. Di manakah pembelaan ngko sebagai Menteri. Dulu aku cukup respect ngko sebagai salah seorang pemimpin UMNO yang cukup berprinsip, bukan kaki bodek dan bukannya seorang "YESMAN" sehinggakan ngko bertanding di bawah tiket BEBAS pun boleh menang jugak. Itulah seorang pemimpin yang berprinsip.....tapi sekarang, hampehhhhhhh. Apakah lepas ini ikan temenong A.K.A ikan kembong yang kubeli RM8.00 sekilo akan jadi RM14.00 sekilo ???? Aku tak tau....ngko kena jawab Shahril....yes ngko kena jawab dan ngko kena hengat....di akhirat sana ngko akan terkencing2 untuk menjawab persoalan2 seumpama ini.

Aku jamin...for sure harga ikan akan naik mendadak sehari dua neh....apa dia ingat nelayan turun ke laut isi ayaq kencing dalam tangki enjin2 bot....??? Apa dia ingat ikan2 itu dibawa oleh lori2 yang diisi dengan pasir tangki2nya. Tunggu dan lihat, segalanya pasti berlaku.

11 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum,


"Terimakasih dan Tahniah kepada kerajaan Bee End. Saya terpanggil untuk memberi komen dan pandangan dengan kenaikan harga diesel dan petrol di negara yang saya cintai ini.

Semasa PRU12 baru ini semua pemimpin-pemimpin pembangkang, reformis-reformis, pendokong-pendokong PR berbuih-buih mulut mereka meyatakan bahawa jika menyokong Bee End harga minyak akan naik dan jika menyokong PR harga minyak akan turun tetapi siapa yang peduli, mereka kata PR pelawok, pembohong dan saja hendak membuat isu.

Maka ramailah penyokong-penyokong Bee End dan sekutu atas pagar menyokong mereka tanpa memperdulikan laungan penyokong-penyokong PR, maka tersebutlah alkisah kemenangan Bee End walaupun tidak 2/3 dan riuhlah seantero dunia bahawa mereka telah menang dan rakyat telah menyokong mereka dan penyokong-penyokong PR pun tertunggu-tunggulah bilakah harga minyak akan naik seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka.

Tunggu punya tunggu tepat pada 4/6/08 maka ketua Bee End pun membuatlah satu pengumuman yang tersohor bahawa harga minyak diesel dan petrol akan naik pada 5/6/08 'kunun-kununnye' harga yang masih murah jika dibandingkan dengan singapura, thailand dan brunei...sori tersasul (brunei harga diesel dan petrol kurang dari RM1/liter).Tapi sandri mau ingat, Singapura, thai & Indon bukannya negara pengeluar minyak mcm M'sia.

Kepada penyokong-penyokong Bee End janganlah marahkan ketua Bee End anda tu kerana anda menyokong mereka dan kepada penyokong-penyokong PR ucapkanlah terimakasih dan tahniah kepada ketua Bee End kerana apa yang anda nyatakan sebelum ini adalah benar dan sebenar-benarnya dan tiada yang benar melainkan benar belaka..!!

AYUH!! NAIKKAN LAGI HARGA MINYAK SEHINGGA RM 10.00 SELITER UNTUK MELIHAT RAKYAT MALAYSIA SENTIASA BAHAGIA...

KAMI RAKYAT TAK CUKUP DAYA
KERANA DAH LEMAH SEGALA TENAGA
HANYA SEDIA MENJADI MANGSA
KEPADA MEREKA YANG PUNYA KUASA
KEPADA MEREKA YANG MENGAUT WANG BERJUTA
KEPADA MEREKA YANG SENTIASA BERDUSTA
DAN ESOK MENANTI APA LAGI NAK NAIK HARGA...

PEDULI APA DENGAN RAKYAT
MENDERITA SUSAH HIDUP MELARAT
PENDAPATAN KECIL MENERIMA AKIBAT
MINYAK NAIK BARANG PUN MENINGKAT.....


TERIMA KASIH PAK LAH YANG MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA..Mmmuahhh!! TERINGIN NAK CIUM TANGAN PAK LAH.

DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA MEREKA YANG SENTIASA BERSAMA BARISAN NASIONAL....

TAHNIAH BUAT SAUDARA-SAUDARA KU DALAM UMNO...
DAN RAKAN-RAKAN KU DALAM BEE END..

TAHNIAH PAK LAH, TAHNIAH UMNO & TAHNIAH BEE END..!!

Cybernetics Mind said...

aqeel muahimeen...
sekali ngko bagi komen perghhhhh, panjang berjela beb. tapi aku paham memang sumer orang tengah marah dengan mereka2 yg buat keputusan membabi buta neh.....

aku cukup sensitif jika ada yg mendakwa kerajaan merampas duit susu anak2 kami. aku setuju 100%. pada org2 yg mempunyai anak2 kecil, memang akan terasa dgn kenaikan 40% reger petrol neh...dgn reger beras yang dah dekat sekali ganda tuh....[please refer posting aku pasal reger beras tu....from RM18.90 naik ker RM34.90....hahahaha lagi RM3 sekali ganda]

ngkorang pikir laahhh sendiri...aku dah tak larat pikir dah, dari petang semalam lagik...

13may said...

sesungguhnya aku tatau nak komen apa dah pasai isu nih...

sebab aku memang marah...
kalau boleh lempang sekoq sekoq, dah lama aku pi lempang dah...

huarghhh!!!

Cybernetics Mind said...

13may...
kalau hang tau mana2 tok guru boleh ajaq lempang jarak jauh...bagitau kat aku nooo, pasal aku pun nk join gak lempang melempang ni pasal geram tak abis2.

Unknown said...

sape tak puas hati.... sume tak puah hati. termasuk laa aku ni.

tention... dah la hantaran baru nak letak... ni kompom laa hantaran pon naik.

mangkok bertingkat betoi la. bewak pasir bedegung... sedap nkorang je kasik naik minyak.

minyak negara sendiri pi jual kat luar, minyak dari luar kita import. lepas tuh naikkan harga minyak dengan alasan harga minyak antara bangsa melambung tinggi.

diaorang ingat kita ni tak belajar geografi ngan ekonomi ke. buta perut betoi laa... dei.. orang kampung pon tau laa cerita ni.

semua yang duk kat atas tuh macam lembu kene cucuk hidung. sengal tak mau-mau.

lepas ni kalau nak sedut udara kat malaysia pon kene bayar. caye lah~

lagi bertambah geram... kompon harga rokok naik lepas ni, elektrik naik, bil internet naik...

wooooooiiiii mangkok punye pentadbiran ni....

aku cadangkan supaya parlimen sekarang dibubarkan balek, pas tuh adakan balik PILIHAN RAYA TERBUKA.

aku yang masih tak puas hati,
Kreuger®

Cybernetics Mind said...

mr.azman A.K.A krueger A.K.A (tak leh kasi tau...munyi cam jeponnn)

aku dah tak larat dah ari ni dok pikiaq pasal hal naik minyak ni.macam dalam posting aku tuh, aku jamin yang akan buat demonstrasi pun harapkan kat geng2 pembangkang jer, and puak2 lain cam tak der platform atau channel untuk luahkan kemarahan di hati.penyudahnya kerajaan akan menyalahkan pembangkang di atas alasan mempolitikkan isu.yennaadeiii....this is not politic issue...this is national issue laa tambii.rakyat m'sia ekceli belum matang menangani isu.

kengkadang tu aku kesian ngan geng2pembangkang yg dok buat kerja2 ni seolah2 orang2 lain yg tak main politik cam kita ni tak pedulik dgn hal2 rakyat dan negara.... korang pikir laa sendiri. sepatutnya kita pun ada suara gak untuk voice out kita punya ketidakpuasan hati tu dan tak semestinya suara tu hanya divoice out oleh orang2 politik saja.

so...to bloggers out there, please....do something that can pressure the government to improve our life being as a citizen of our beloved country.....Malaysia. yupp, kita boleh bertindak sebagai kumpulan pendesak bagi meluahkan isi hati rakyat...insyaallah.

...and the truth is out there

Miyn Amin said...

nak tak nak, terpaksa trima hakikatla harga minyak dah naek..

tp yg bg cadangan tu mmg hampes, sng crita keja kat rumah, beli stok makanan sbulan, tak payah kluar rumah dah..sure bankrap semua kompeni minyak..

Meooo Comicore Club said...

susah ati. minyak nih... lepas nih makanan pula. suratkbr... semua!!!! kenapalah kerajaan BN xjatuh jer ms PRU yg lepas.

Kerajaan sekarang bukan dgr ckp rakyat. Tp skrg nih rakyat je kena dgr ckp kerajaan. Kita yg susah2 pilih mereka.

Munkin paklah tertidur ms mesyuarat naik harga minyak tu kot?

pearl'E.J said...

huhuuu... tak reti nk komen lelebih... tp mmg meluat, menyampah semua dah ada.. kalau boleh rasa nk ludah keluaq semua isi perut kt muka2 depa...

Yaya said...

BN=Barang Naik hehehe

kita lak dia suh ubah gaya idup ekk
adoiii, dia gagal dalam memajukan ekonomi negara sebaliknya menghancurkan negara dengan inflasi dan kos sara idup yg tinggi huk huk huk

Cybernetics Mind said...

-miyn-...
ye lahh dik oooiii, derang tu cakap ikut suka mulut dia jer, otak tak mao pakai.

sesungguhnya kemarahan di hati ni, cuma Allah yang tahu tahapnya.



meo188...
how I wish general election tuh tak buat lagi....dan bulan ni baru nk buat, memang bungkuih laa "Bapak Kenaikan Minyak" dgn kuncu2nya yg berotak tapi tk mao guna tuh.....grrrrrrr



pearlEJ...
kesian kan orang2 cam EJ yg kuat jenjalan neh....patutlah marah sangat sampai nk ludah muka depa2 tuh.tak baik tau ludah2 neh.......tampaq jaaaa....hahahaha



aleeya...
biasalah aleeya ooiiii, sampai bila pun kita neh dok jadi "scape goat" org2 yg tak tau gunakan aqal tuh.depa yg wat salah....tapi kita pulak yg dipersalahkan.seriously CM sukar memaafkan org2 cam ni walaupun hakikatnya CM bukan seorang pendendam....sebab tersa sangat dizalimi.

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...