Thursday, June 12, 2008

~::Confuse Laa::~

Siang tadik seorang orang telah mampir ke opis ku. Cam biasa sebagai seorang Administrator yg berbakti kepada rakyat Malaysia, sudah awal2 lagi aku bersedia untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin selaras dengan konsep seorang penjawat awam or kakitangan awam. Aku tak baper selesa dengan istilah kakitangan kerajaan. Aku rasa aku lebih banyak serve rakyat daripada kerajaan itu sendiri, tambah2 pulak kebelakangan ni, di mana kerajaan bertindak menzalimi rakyat dengan caranya yang tersendiri.

Okay...sambung balik citer tadi. Bila orang tu masuk ke bilik ku, aku terus mempelawanya duduk. Sebagai pembuka bicara orang itu mula melontarkan kata2nya.

"Tuan, saya confuse ler, bila saya tanya orang UMNO depa kata Tuan ni orang UMNO & bila saya tanya orang PAS depa kata Tuan orang PAS"

Aku tanya balik, "Orang PKR tak tanya...? "[ekceli aku perli tuh...heheheh]

Jawab orang tu, "Belum lagi Tuan"

Aku jawab balik, "Haaaa, tu laa maknanya saya milik rakyat, milik masyarakat dan milik bersama"

Orang tu terus berkata, "Tapi saya tetap confuse ler"

Aku jawab, "Tak per, ekceli confuse tu sendiri telah membayangkan yang saya ni sebagai seorang penjawat awam telah bertindak begitu profesional yakni berkecuali di dalam segala urusan yang melibatkan orang ramai sampaikan soal pendirian politik saya pun orang ramai terkeliru"

Orang tu terus mengangguk2 tanda setuju dan terus menghulurkan beberapa dokumen untuk tindakan aku seterusnya.

Sori laa bukan aku nk masuk bakul dan bersusah payah nak mengangkat sendiri tetapi aku nak jelaskan di sini betapa immatured nyer pemikiran orang awam terhadap penjawat awam yang terlalu prejudis di dalam mempersoalkan hal yang bersangkutan dengan politik. InsyaAllah aku akan terus bersifat sebegini kerana matlamatku ialah...."To serve the public no matter what ideology they are holding with" Simple rule, kan..??

13 comments:

Anonymous said...

hanya mampu tersenyum

Unknown said...

hahahaha.... kate hari tuh nak low profile~

Anyway tahniah,
Tak lame lagi sedikit demi sedikit mencerikan personaliti diri. Muahahaha....

Semoga success bro.
Kreuger®

Honeylemon said...

idup CM!!!! idup CM!!!!!......

Miyn Amin said...

jadila pekerja yg baek, hihi..

cendawanintim said...

great simple rule..i like..

Anonymous said...

Bagus...bagus...bagus.. teruskan usaha anda.. hapuskan pandangan negatif terhadap penjawat awam...

Cybernetics Mind said...

mr.azman...
caver tetap caver msh blm revealed lagik beb...


honeylemon...
thanks for da support.
hehehe....kl CM jadik calon YB, nk undi CM tak :P


miyn...
doa2kanlah miyn...semoga trus jadi pekerja yg baek smpai bila2 pown...


cendawanintim...
if u like it, just follow the rules, u got nothing to lose...

thanks my fren for da compliment...


nazri...
walopun aku neh seorang penjawat awam but I hate tindak tanduk sebahagian penjawat awam..geram tul

Anonymous said...

Memang ramai orang yang confuse cam ni CM...bro kalau kat kedai, pun same thing. Tengok bro buat theme hijau, dia ingat bro sokong PAS. Sedangkan produk tu dah warna hijau...amende lak nak takut dengan warna??...

Sekali bro tukar warna biru, tersengih je, baru nak masuk beli barang...Yannade!!

Sekali bro cat seluruh dinding warna kuning sekarang, ceiling merah... "Hayya, apa lu mau cakap sikalang?...waa sudah ikut itu feng shui maaa...jadi waaa sudah pangkah DAP lohh!!..heyye, manyak bolo punya olang!"

13may said...

syabas!

:)

Anonymous said...

kalo anda berlaku jujur. bgs la. keterbukaan minda org ckp. dpt kan entri terkini di : http://budakmerah.selamba.net/

Faisal Admar said...

hmm penjawat awam banyak kategori dan kedudukan... hehehe rasanye kalau penjawat awam mcm CM nih... tinggi la kot. ya la macam tunggu surat untuk sign ja? kekeke....

tapi betul, tak semua penjawat awam tu teruk dan malas kan? tapi mmg org awam sendiri telah labelkan kita teruk (tp bila perlukan mula la tersengih-sengih mcm kerang busuk!).

diharap kita sebagai penjawat awam dihormati dan bagi segelintir yg masih di takuk lama, dengan perangai lama yg buruk tuh... berubah la... :)

Cybernetics Mind said...

razzi rahman...
yelah bro memang susah nak "membersihkan" otak2 orang M'sia ni, pasal tuh laa antara org Melayu pun susah nak bersatu walaopun share satu agama yg sama.


13may...
thanks bro...u too kejer baik2 untuk agama, bangsa & negara..haha


faisal admar...
yelah, memang susah kita nak "educatekan" masyarakat tapi jangan putus asa, bila puak2 otai yg dah berkarat kepala otak depa tuh pencen, then org2 cam kitalah yg akan memperbetulkan segalanya, insyaallah.

pasal label tu, emmm memang susah nak "tanggal" tapi CM selalu ingatkan pada masyarakat jgn underestimate penjawat awam dan don't ever think that all the gov. servants are the same...and I'm one of them...kita kena bagitau faisal.

Cybernetics Mind said...

budakmerah...
yupp...kita kena jadi manusia yg sentiasa menggunakan aqal yg rasional dalam hidup kita seharian.jgn sampai elemen politik menguasai pemikiran kita.....

"no one can ever shut my mind off"

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...