Saturday, June 7, 2008

~::Common...Voice Out::~

Kemarahan aku terhadap Kerajaan Malaysia A.K.A Kerajaan BN berada di tahap yang hampir2 tak terkawal. Tadi masa dok tengok berita sama ada TV3 or RTM, aku tengok skrin tu haluiiiihhh jer dan maki hamunku mengalahkan jeritan semasa menonton perlawanan bolasepak di stadium.

Beside Shahrir Samad [tak kuasa aku nk address ngan Datuk lagi...pi mampoosss], hari ni aku hangin dengan sorang lagi malaunn....Noh Omar [sorry you also don't deserved Datuk ...]. Dia ni dok cakap pasal operator bas yang naikkan kadar tambang bas express......Helooo brader...piiiiiiiraaaaaahh, ngko nk cakap pasal tindakan kenaikan kadar tambang walhal at the first place saper yang buat chaos dulu. Please brader [panggil brader pun dah kira mulia neh....patut panggil pencacai jer], don't talk shit please. Rakyat Malaysia bukan bodoo, jangan ingat hangpa sumer konco2 PLah boleh buat apa saja pada rakyat.....suara rakyat adalah suara keramat. Hangpa dok ataih sana di atas segala pengorbanan rakyat...tup2 hangpa nak korbankan rakyat, mana ada jalan. Tak pa laa kalau hangpa ingat dunia ni hangpa yang punya....tapi hangpa ingat, kami sumer akan persoalkan segala tindak tanduk hangpa terhadap kami di "Mahkamah Akhirat". Itu jam kalu, sori laaaa hangpa dok sembah kami camna pun kami tak kan layan punya. Hangpa sumer pikir baik2 pasal benda ni. Petrol atau diesel adalah segala2nya. Everything depends on it. Walaupun adunan capati tak dicampur dengan minyak petrol, tapi hari ni harga capati sekeping telah naik sekupang. Walaupun ayaq tebu tak campoq dengan petrol tapi hari ni dah naik dua kupang. Sapa nak jawab soklan ni.......

Woooiii manusia2 bangang dalam kabinet.....kalaulah Dr Sheikh Mudzaffar tahu chaos camni akan terjadi pada rakyat, dia pun tak kebulorq nak "taboq" duit kat angkasa tuh. Pikir laaaaa wahai bapak2 menteri yang bangang2.....kerajaan sanggup berabis duit kerana seorang mamat tuh kononnya mengharumkan nama negara, walhal tumpang jer roket orang. Macam ni ker pikiran manusia2 yang kononnya berjuang untung bangsa.........Dengan rakyat cukup berkira, dengan seorang individu hangpa sanggup berabis duit. Dari satu sudut kononnya nampak Malaysia ni macam hebat sangat di mata dunia dan di satu sudut yang lain macam laa ni, Malaysia ni nampak sengkekk sangat. Macamana hangpa tafsirkan economic indacator haaah. Deiii Shahrir....rakyat dah tak mao dengaq dah hang punya explanation pasal perbandingan harga petrol....percaya laa cakap aku, sumer orang tak mao tau pun pasal tuh, cuma yang depa nak tau, awatnya hangpa tu bodoh sangat sampai tk boleh pikiaq apa yang hangpa buat tu orang suka atau tak suka, orang marah ka tak marah. Abah aku selalu berpesan, kalau kita nak orang baik ngan kita, kita kena baik ngan orang dulu, kalau kita nak senang buat kerja , maka berbuat baiklah dengan sesama insan. Simple thoughts but deeply meening. Hangpa tak leh buat kaa benda2 camni.....?


Cybernetics Mind (7 Jun 2008)
Pastikan suara kita "didengari", jangan hanya mementingkan diri sendiri dengan hanya membiarkan diri sendiri sahaja yang "mendengar".



Datuk Ahmad Shabery Cheek - Menteri Penerangan Malaysia (21 Mac 2008)
"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan"


TOK RIMAU (April 2008)
"Bloggers ni bagaikan lipas. Memakan isu-isu yang dipinggirkan oleh arus media perdana dan meluahkan perasaan sesuka hati sedangkan orang tak suka dengan kehadirannya. Hanya lipas dan kilang Baygon sahaja yang sukakan lipas. Kau boleh bunuh satu blogger. Kau boleh saman dia. Kau boleh buat macam-macam pada dia. Tetapi harus diingat , ada 100 lagi yang dok
di dalam gelap"

14 comments:

Unknown said...

Aha... menjadi orang pertama.

Since harga minyak naik ni, nampaknya yang paling peka tentang isu ini ialah bloggers.

Aku yakin satu hari nanti idealogi blogger ni takakan dipinggirkan.

Sebagai contoh aku kasik tips macam mane nak nak luahkan perasaan tak puas hati blogger, melaui TAG.

Kalau sorang blogger TAG 10 blogger bercerita pasai ketidak puasan hati terhadap kerajaan... lu orang pikir lah sendiri betapa banyak idea akan keluar lepas tu... silap silap boleh jadik huru-hara beb... sure aku cakap.

Apa yang blogger perlu is:- TAG 10 of your blogger members and describe what you think about our latest goverment. Sure we'll suprise with the result.

So bloggers, UNITE~
Kreuger®

Faisal Admar said...

Wow! Satu post yang sangat berani. Berani melontarkan pandangan dan apa yang terbuku di hati. Syabas buat anda.

Diharap ramai lagi yang berani melontarkan pendapat yang selama ini terbuku di lubuk hati masing-masing.

Ya, saya juga sudah muak dengan celoteh Shahrir tuh. Tak cukup suratkhabar dia buat pula macam forum di TV. Adus!

Tak cukup lagi ke apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir kepada beliau? Yang dia tahu reply "Itu bukan penulisan Tun Mahathir di blog tersebut". Oh, jadi siapa dalang nye Encik Shahrir? Kenapa tidak saman saja kalau ianya hanya bohong belaka?

Memang bosan tengok berita di TV dan baca suratkhabar Malaysia sekarang. Parlimen pun dah porak peranda macam pasar?

Saya setuju dengan pendapat Mr Azman. Buat satu tag untuk pendapat tentang kerajaan sekarang. Saya sokong 100%. Apa kata Mr Azman mulakan?

Satu post yang bagus!

13may said...

syabas dude:)

aku memang sgt terkilan dgn kenaikkan harga minyak nih...sebab bagi aku minyak ni umpama ibu kepada segala gala....

bila minyak naik, otomatik harga barang akan naik!

Lagi satu yang aku paling marah, bila depa kata UBAH CARA HIDUP!

bagi aku, kalau nak ubah...biaq dari susah jadi makin senang...
ni kita jadik makin susah...

cuba bayangkan org yg lebih susah dari kita???

alamatnya nanti yang susah makin susah laa...

mungkin ini la yg dimaksudkan ubah cara hidup???

Aku lebih rela depa naik harga rokok dari naik harga minyak...

sebab rokok hanya bagi kesan kat geng smoker saja...manakala kalau minyak, kesan dia untuk seluruh lapisan rakyat...

cuba bayangkan keluarga yang berpendapatan rendah..maybe below RM500..mcm yg ada kat kampung aku...

bila minyak naik, harga barang naik...

so, apa yang bakal nak jadik dgn golongan camni???

kesian kan....

hmmmm...ok laa...aku takleh nak tulis panjang2...kang lagi sakit hati...

errr...mai rokok sebatang :D

Yaya said...

uiks semua kat sini komen panjang2 ..letih nak taip ler..he he..

Cybernetics Mind said...

mr.azman...
aku cadang nak wat sessi brainstorming laaa utk pikir masalah nasional neh & aku akan jadi moderatornya.

so...mana2 comment yg diterima or sesuai aku akan jadikannya sebagai satu posting mega dan seterusnya aku akan directkan pada malaun2 yang terbabit.

tapi everything should be in proffesional way and rational, takder maki2 hamun punya.

aper2 pun kita tunggu & lihat.... kalau everything getting worst, kita amik action cara neh.

neway....idea ngko tuh okay gak....

To Bloggers Out There Lets UNITE !!

Cybernetics Mind said...

faisal...
I really can't face it anymore. tk tahan dah beb....asal pegang stereng keter jer mulalah hangin satu badan...can't help it, reality sucks.

Tak lalu laaa aku tengok depa macam memperbodohkan kita sumer. This matter realy concern us as a citizen of M'sia....it continues bothering me frm the day they make the announcement....

Thanks for your comment...!!!

cendawanintim said...

Salam...

Memang sore keramat betul nih...
sohkong 200% minyak naik, rakyat naik minyak!!!!!

Mereka perlu miskin dulu la, sebelum memiskinkan rakyat, takder elaun, takder claim, takder reimburseable...adil n saksama...
baru sesama merasa, ni diaorang sumer menda di tanggung...bangang..

Adalah lebih wajar jika kenaikan demi kenaikan ini dibuat secara ansuran dan sedikit demi sedikit. Kita baru sahaja menghadapi kenaiakn harga beras sebanyak 80-100%. Kini diikuti minyak dan seterusnya tariff elektrik...pasnih tak tahu lagik pe yang naik...yang aku tahu...aku naik minyak!!!

Cybernetics Mind said...

13may...
uishhh....aku cukup allergic dgn ayat UBAH CARA HIDUP tuh, tk boleh debgar beb.

aku pun sama cam hang jugak, bukan hanya pikiaq tang diri aku jer tapi org2 lain yg lebih susah dari kita or orang2 yg ada anak ramai. aku cukup tersentuh bila org dok komplen kenaikan reger minyak ni mengganggu gugat budget susu anak depa...sedey aku tau.

yupp, aku stuju ngan hang tentang bab rokok tuh...hehehehe pasal banyak alternativenyer....rokok daun kan ada...
janji berasap...ahaks

Cybernetics Mind said...

aleeya...
takper2...tak jadi pengomen pun tak per....

....penglibatan tu yang penting kerana suara kita sumer ada value tau....heheheh

Cybernetics Mind said...

cendawanintim...
CM sebenornyer tk paham what the government are trying to do, dah masuk 4 hari dah dok pikir "apa strategi depa tuh...kenapa nk suruh orang menci & meluat kat depa"....ish tk paham betoiii

pelik kan....depa yg create problem pastuh depa pulak nk cuba solve problem2 baru yg dok bertimpa sampai ke hari ini...dengan segala macam kenaikan yg terpaksa dihadapi oleh rakyat.

jom kita pakat buat semayang hajat, I'm serious....no joke aarr.

Anonymous said...

Bro pun allergic giler dengan ayat ubah cara hidup tuu...eeee geram tak tahu nak cakap apa beb. :(

Today, amat terasa sangat2 bila bro kasi tank cukup2 empty from KL then isi cukup2 penuh to KB. Biasa RM75 and today RM105 kereta bro Gen2 je beb...bukan BMW, tak giler ke RM105??? fuuuuuuuu terasaaaa....

Interesting facts bila baca dalam metro, a lot of people changing to GAS, RM20 je untuk 400KM which I've spend about RM85! ...tapi kena letak tong gas la pulak kat bonet. :(

Cybernetics Mind said...

razzi rahman@brother love...
fullamakkk bro pun datang sini errkkk, bangga giler ni ada artis buat komen kat sini....syoknyer.

biasalah bro, sesekali nak juga rasa teruja cam org lain.at least boleh juga buat penawar kemarahan akibat kenaikan reger minyak yg tak habis2 tu.

bro, keter aku pun lebey kurang cam tu gak...Nissan Sentra SGL, dulu full tank dalam RM75 jer, skrg ni dah RM105 plak...aduihhh

Anonymous said...

ubah cara hidup? org yg naik keta, blaja2 la naik moto.. org yg naik moto, blaja2 la naik bus. org yg naik bus????

Pegi mamposss laa woii!!!!

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...