~::Secebis Ingatan...Sekalung Doa::~

Monday, June 30, 2008

Dalam kehidupan di dunia ini, kita tidak dapat tahu apa yang akan berlaku atau bakal terjadi ke atas diri kita. Atas prinsip itulah kita perlu kembali kepada asas iaitu segalanya yang berlaku ke atas diri kita ini semuanya adalah kehendak Allah dan dengan keizinanNYA. Maka itu lah yang difahamkan dengan Qada & Qadar dan kita sebagai hambaNYA harus redho dengan apa jua ketetapan yang telah dijadualkan.

Dalam posting kali ini CM nk mengajak semua rakan2 bloggers sama ada yang ada dalam list CM ataupun yang cuma menjadi pengunjung2 setia yang CM tidak kenali....untuk bersama2 mendoakan rakan blogger CM, iaitu love-n-hate agar cepat sembuh kerana beliau baru sahaja ditimpa kecelakaan, di mana kenderaan yang dipandu oleh rakannya telah mengalami kemalangan jalan raya semalam. CM pun dapat berita ni dari Faisal Admar . So, mari lah kita sama2 mendoakan agar Allah memelihara kesejahteraan dan juga kesihatan yang baik ke atas love-n-hate , insyaallah.

Bagi CM, dalam ramai2 rakan bloggers terdapat satu keistimewaan yang ada pada love-n-hate ni iaitu setiap postingnya akan dimulakan dengan kalimah Bismillahhirrahmanirrahim dan tulisan2nya tak lekang dengan ingatan2 kepada Allah. Ini adalah antara kata2 yg telah diluahkan oleh love-n-hate di dalam blognya :

  1. "I know how that feels like.. to be alone, lonely, no one to turn to... but, we have more time to discover ourself and seek for the great power above... ALLAH!"
  2. "Tapi, yang pasti love-n-hate gunakan masa alone, lonely untuk muhasabah diri... kenal diri lebih dekat.... kenal Allah lebih dekat..."
  3. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
  4. "Bila sunyi, sepi.. ambil masa fikirkan samada kita lakukan yang terbaik untuk yang maha Esa atau tidak..."
  5. "... what goes around, comes around... sama ada sedar ataupun tidak... ada kuasa lebih besar dari kita semua... ALLAHUAKBAR!!... Dia Maha Mengetahui..."
  6. "no matter what we do, or where we are, we're not alone... Allah bersama kita... wallahualam... "
  7. "Doa penting juga untuk memilih. Allah Maha Agung, Dia tahu segalanya."

Harapan CM agar di masa2 akan datang kita sumer lebih tabah sekiranya ditimpa sebarang musibah kerana itu adalah sebahagian daripada ujian Allah ke atas hambaNYA.

~::Minggu Tension Sedunia......::~

Thursday, June 26, 2008

Sehari dua sebelum ni termasuklah semalam, aku cuba bertindak sebagai kaunselor dan juga moderator, memujuk rakan2 bloggers yg sedang dihimpit ketensionan. Cam ari Isnin ari tuh Kreuger dilanda stress tahap tenuk bergulung dan semalam lagi ada 2 org bloggers iaitu meo188 dan "missN" (tk leh bgtau saper...aku pegang amanah noooo) yg dilanda masalah yg sama.....stress, tension, jiwa tak keruan dan apa juga perkara2 serabut yang sewaktu dengannya.

Tup, tup...ari ni giliran aku plak hangin gila babi punya satu badan. Sori, bahasa dan susunan ayat aku hari ni tahap kutukan mauuutttt punya. So, pada sesaper yg tak sanggup membaca or tak leh tapis ngan pemikiran rasional....so blahh laa dari sini dan boleh jenguk2 entri aku yang lain....yang lebih rasional, yang lebih skima, yang lebih sopan dan sebagainya. So, jgn salahkan aku bila aku bersikap camneh...pasal motif aku nk cool off apa yg tersekat kat dalam kepala hotak aku ari ni.

So...camni laa kronologi situasi yg telah membuatkan aku hangin satu badan hari ni.....

Ari ni ada satu agensi Kerajaan tu buat meeting kt Dewan berhampiran opis aku tuh. So atas dasar budibicara aku pun bagi laa depa pakai Dewan tu utk program depa tu dan xtra lagik, aku bagi depa pinjam aku punya LCD projector utk tujuan tayang slide show....(ekceli depa bayaq untuk penggunaan Dewan tu pasal melibatkan kos penggunaan elektrik maklumlah fully air-cond). Pasal LCD tu...prinsip asal memang tk penah bagi saper guna pon, selain aku sendiri guna utk tugas2 rasmi aku tapi aku ulang balik....atas dasar sesama agensi Kerajaan dan juga budi bicara aku, aku bagi depa pinjam. Yang menghanginkan aku, ada satu mamat tu...aku sure bukannya tahap Officer pon...mungkin kerani caboook jer, siap sound kat aku "kenapa tingkap tak der langsir....cerah sangat slide tk baper clear....patut buat cam oditorium ler....gelap skit"....Dalam hati aku "barua betoi mamat ni, dah laa aku provide segala2nya....dok komplen lagi....sekali aku debik kang". Ekceli Dewan tu baru wat renovation, tingkap baru ganti....pasal baru pasang fully air-cond, so langsirnya dah bukak dan railingnya tak pasang balik lagik. Dah guna barang aku...dok komplen plak. Ni jenis manusia bercakap tak gunakan aqal ler...dasar tak mengenangkan budi.

Rentetan program kat Dewan tu...ada plak sorang minah tu...dari agensi yg sama dok kelam kabut cari talam bagi tujuan penyerahan sijil aper kebender ntah. So...si minah ni pi laa cari talam tu kat opis wife aku yg terletak dekat ngan Dewan tu gak. Bila masuk jer opis wife aku...dgn tanpa memberi salam..."kat sini ada talam tak...?" So, apa lagi wife aku pun terpinga2 laaa. Pehtu tanya lagik, dengan gaya sombong dan macam mem besar..."hangpa pi cari talam sat..." Perghhhhh dia hengat wife aku tu barua dia ker nak bagi arahan cam cilaker tu. Yang wife aku ni plak ingatkan aku yg bagi arahan kat minah tu....so dia pun sebagai seorang isteri yg solehah.....[sure wife aku bangga aku puji dia ni....heheheh] tanpa melengahkan masa cuba ler mencari2 talam tu di kawasan2 sekitar opisnya tuh. Ekceli citer ni aku tau kemudian.....lepas program depa tu abis. Bila aku dapat tau citer ni, apa lagi menggelegak ler hati prot aku....aku pi cari minah tu...tapi nasib baik dia dah blah. So, aku tanya laa pada orang2 yg ada kat situ lagi pasal background minah tu dan depa citer kat aku minah tu memang perangai kurenggg cam tuh. Harap muka jer lawoo (cam kacukan laa)...tapi perangai hampehhhh cam setannn. So, pesanan aku pada golongan wanita kat luar sana, ingatlah bahawa segala kecantikan diri itu akan musnah kalau keperibadian diri dan sopan santun tidak diambil peduli.... cam citer aku ni. Info tambahan...aku dapat tau minah tu kerani cabookkk gak bukannya officer tapi dia punya berlagakkkkkk......cam sial. Aku try contact opis minah tu....tapi sebelah petang tak masuk opis. Memang cilakerr. Aku ingat nak call minah tu lagi laa esok.....tapi aku punya hangin dah mula cool down ler bila aku dok buat entri ni.

Haaa...ni petang punya citer plak. Bila jer aku masuk opis, aku nampak ada satu mamat India dok kat lobby opis aku. So, aku pun tengok dia....dia buat derrkkk ngan aku. Aku tanya dia ngapa tak kata apa...tak tanya apa2 bila aku masuk. Aku tanya balik...tk leh ker ucap selamat petang ker...??? Dia jawab balik "saya bukan tau encik ni sapa...." Perggghh, mendidih lagikkkkkk. Aku naik hangin lagikkkkkk. Aku cakap kat dia, "bukan nanti kita tau siapa orang tuh baru kita nak tegur or respect". "I don't want you to respect me for who I am....but I just want you to respect me as a humman" Baruaaa betoi mamat tu, tetap ego dan tunjuk samseng ngan aku. Aku ni jenis kalau orang baik ngan aku sekali, aku boleh balas kebaikan pada orang tu berkali2 lagi tetapi kalau orang tu buat tak baik ngan aku....sandriiii mau hengattt laaaa. Aku tanya lagi si mamat India tu..."boleh tak awak hormat saya sebagai seorang manusia...????" Sampai sudahhhh tak jawap...baruaaaa betoi. Aku malas dah nak layan aku punya emosi...so aku jemput dia masuk bilik aku dan aku amik dokumen yg dia nak aku sign kan tu. So, sambil aku dok tengok2 dokumen tu, aku pun mintak maaf laa kat mamat tu atas kekasaran aku...atas emosi aku. Memang aku jenis cam ni...kl aku ada buat salah...aku cepat2 admit. Tapi nampaknya si baruaa tu tetap ngan ego dia...dia buat derkkk jer..... cam tk der respond ngan aku punya maaf. Cilakerrrrr. Pehtu si barua tu dgn sinisnya dia kata aku layan dia cam tu pasal dia India. Woi babiii, aku dalam menjalankan tugas aku, aku tk pernah prejudis terhadap mana2 kaum laaa. Kalau Melayu pun tak betoi...kughang hajaqqq...aku bantai gak. Aku tk pilih bulu dalam soal kerja. Aku pun malehhh nk layan dalam situasi ni...malas aku nk tengok dokumen tu betoi2...aku main sign jer endorsement tuh....maleh nak tengok muka si bangsattt tak sedar diri tuh. Bila everything settle...aku yg hulur tangan salam ngan dia dan seperti dijangka barua tuh salam ngan aku macam tak ikhlas jer.....babii betoi. Tak tau laa aku, lepas ni barua tu panggil gengster pukul aku ker aku tak tau lagi...tapi yang pasti aku rasa nak boh penumbuk jer kat muka HA NUN DAL WAU @ BA ALIF BA YA tuh....

So....kepada kengkawan aku yang masih lagi dalam ketensionan, kerunsingan atau apa jua konflik jiwa, aku dedicatekan gambar kat atas ni untuk u ols sumer.

~::Jom Masuk Dewan.....::~


Untuk pengetahuan semua, Dewan Undangan Negeri Perak sedang bersidang dari 24-30 Jun 2008 bagi kali yang ke-12. Persidangan tersebut boleh diikuti secara LIVE Video Streaming.

Jom masuk Dewan......Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak

Setelah aku membuat risikan, aku mendapati company yg bertanggungjawab dengan Live Video Streaming adalah sebuah syarikat kepunyaan orang Melayu...so aku pun tumpang bangga gak especially bila terlibat dengan benda2 yang berkaitan dengan teknologi ni pasal aku pun minat gak...heheheh

GLOBAL MEDIA CHANNEL - Think Globally

~::Emmmm....Jom Ke Spa::~

Sunday, June 22, 2008

uikssss...apa barang spa cam ni ??? dalam akuarium ker ni...???



kalau lama ler proses neh...alamat boleh tidor dibuatnyer.....sejuk, nyaman & merehatkan minda




" gigantic hair dryer".....jangan tekan brek ???? kompius ni..??!!!!



ahhhhh.......2 renggettt jer...bio betoi

ghoper2nyer "SPA KETER" - Cuci Kereta Automatik rupanya...hehehehhe
best term to be use is DRIVE-IN CAR WASH



purrrrrrfectttt job.......show off time...tayang body skit......heheheheheeh

~::AKHILNYA KEMBALI::~

Saturday, June 21, 2008

Emmm....rasa tk pueh hati masih menyelubungi aku ekoran tk dapat nak share ngan korang sumer isi kandungan program wacana ilmu tempohari. Ni sumer angkara proses dokumentasi videography tak dapat dilaksanakan. Trully...memang aku rasa rugi sangat pasal niat aku nak memperluaskan lagi audience program tersebut melalui blog aku ni, tak kesampaian. Tapi apa kan daya, sudah suratan takdir. Camner pun kita harus lihat dari sudut positif yg lain di mana program tersebut telah berjalan dengan lancar.

Bagi tidak menghampakan pembaca2 blog aku ni, aku telah menyediakan satu dokumentari mengenai Ustaz Akhil untuk tatapan sumer dan specially aku dedicate utk sahabat2 dari luar Malaysia. Dokumentari ni aku dapat dari YOUTUBE dan merupakan terbitan TV3 yang telah ditayangkan semasa Sambutan Maal Hijrah 2008 yang lalu.Di samping itu juga aku ada sertakan sekali klip video Ustaz Akhil semasa zaman rocknya dulu sekadar untuk membuat perbandingan dan mendapatkan iktibar, insyaallah.

SUATU KETIKA DAHULU..........

Tajuk lagu dari Kumpulan Riyadh ni adalah "Hanya Ketenangan" dan bukannya "Melodi Cinta Lama" seperti mana yang dilabel pada klip video.

Lagu ni, aku tk pasti apa tajuknya, tapi yg aku sure tajuk albumnya Media 88-89.

p/s : Aku harap ngkorang buatlah penilaian dan muhasabah sendiri, moga2 hijrah itu berlaku ke atas diri kita juga, insyaallah.

~::Aura Insan Istimewa....::~

Friday, June 20, 2008

Alhamdulillah....syukur kepada Allah, segala yang telah dirancang telah dapat dijayakan dengan sempurna. Satu yang pelik telah berlaku di mana jarang kita temui anak2 muda atau remaja di mana2 majlis ilmu tetapi malam tadi separuh daripada audience merupakan terdiri daripada golongan ini. Inilah yang aku anggap sebagai satu aura bagi seorang insan yang istimewa yang telah diberikan hidayah istimewa oleh Allah. Majlis telah dimulakan lebih kurang pukul 9.15 malam di mana telah dimulakan dengan beberapa tayangan multimedia dan beberapa ucapan. Lebih kurang pukul 9.50 AF Ustaz sampai.....dgn gayanya yg bersahaja, berjubah putih dan berkepiah putih dan hanya ber"sandal" sahaja...tak yah pakai kasut kilat2...heheheh. Owhh, lupa nk bagitau kat mana majlis ni berlangsung. Majlis ni diadakan secara "open" iaitu di sebuah ARENA SQUARE - berupa sebuah infrastruktur yg merangkumi pentas dan juga dataran yang berbumbung. So, kalau hujan ker haper...no hal punya.
Bila Ustaz sampai, aku terus sambut dan terus duduk bersebelahan dengan Ustaz di kerusi2 yg menempatkan VIP. Dalam dok sembang2 dgn Ustaz, aku pun bukak citer..."Ustaz, saya ni kenal Ustaz dah lama dahhhh, sejak Ustaz dok Rock lagi dgn Kumpulan Riyadh....bukan sejak Ustaz dah jadik Ustaz" Peh tu, Ustaz pun jawab...."Yer ker....masyaallah...neh kira otai sama ngan Ustaz ni..." Bermula jer dgn dialog tuh aku rasa macam jumpa member lama plak sampai aku lupa misi Ustaz untuk menyampaikan Wacana Ilmu. "OK Ustaz...lepeh ni kita gebang lagi" Ustaz jawab..."Oraiiiitttt". Dalam hati aku ler..."perrgghhhhh sempoi gilers Ustaz ni dah cam member2 sekolah aku plak.."

Majlis dimulakan dengan bacaan Zikir Munajat beramai2 dgn audience.....shahdu giler beb. Ceramah Ustaz sebenarnya banyak fokus on remaja samapikan ada satu lagu tu Ustaz nyanyi sampai habis. Tajuknya "Relaku Rempit" - lirik baru tapi guna lagu Relaku Pujuk dari Kumpulan Spider. Lagu ni berupa lagu2 yg mempunyai unsur2 nasihat kepada golongan Mat Rempit. Hangpa nk tau....geng2 Mat Rempit pun ramai woooo malam tuh.

Unsangkarable betoi malam tu....Ustaz boh ceramah sampai 2 jam beb. Audience aku rasa malam tu melebihi seribu orang. PA system superb...from Jabatan Penerangan. Thanks again. Malam tu sumer yang datang aku rasa tk dak kot yang tak terhibur or raser nyesal kerana majlis ilmu tuh diselangselikan dengan lagu2 dan juga alunan selawat nabi. Tapi biasa la beb, benda yg menarik ni, kalau 2 jam pun rasa cam baru setengah jam.

Bila time dah abis ceramah, "peminat2" terus serbu Ustaz yg tak sempat turun tangga lagik. Aku pikir balik, zaman Ustaz dok rock dulu pun tk der ler camni sangat. Yang amik otograp pun ada. Yang amik gambaq tok sah cakap laaa.....zaman kamera digital ni....aku rasa ratusan manusia dok tala kamera termasuklah henpon pada Ustaz masa tu. Havoc dibuatnyer....hehehehe.

Selesai sessi foto yg tak rasmi tuh.....Ustaz telah dibawa ke dewan berhampiran utk jamuan makan malam. Hahahaha...... dinner pukul 12.30 malam beb. Kami nk ajak Ustaz makan dulu tapi dia kata lepas ceramah, so kena ikut dia ler. Masuk jer dewan, petugas2 terus menempatkan aku di sebelah Ustaz......kata depa "Tempat ni special reserved". Wow...aku dok sebelah Ustaz lagi. Per lagik...aku pun terpaksa tumpang glamour Ustaz ler...sumer dok pakat amik gambaq kami berdua...ngehx3 (peh ni aku kena cari orang2 yg amik gambaq aku tuh...sure banyak giler tuh...)

Lepas makan...tak abis lagi....ada sessi foto lagi!!!! Kesian Ustaz aku tengok malam tu...bebudak ni buat Ustaz tu cam artis pujaan depa pulak. Yang buat gaya rock ngan Ustaz pun ada...heheheh. Tapi Ustaz cukup sporting...sumer budak2 tuh dia layan. Aku tengok ramai gak bebudak pompuan yg dok wusyarrr dari jauh....hheheheh ikutkan hati, depa sure nak peluk Ustaz tu....hahahah, tapi apakan daya Ustaz tetap Ustaz.

Bila dah settle sessi amik gambaq tuh, Ustaz pun mintak izin nk blah dah....balik KL. Ustaz ni kalau tk silap aku dok kat Kota Damansara kot. Sebelum blah, Ustaz peluk aku dan sempat berbisik "Teruskan perjuangan dalam memartabatkan Islam bebb...." Terharu aku masa tuh...heheheh. Ustaz ni walaupun dia membahasakan diri dia ANA tapi gaya2 sempoi dan rock tu tetap ada...tu yg bebudak suka tuh...heheheh. Peh tu Ustaz terus naik keter Naza Citra merah menyala yg dipandu oleh sahabatnya........meninggalkan lokasi.

So, kat bawah ni ada few things yg aku rasa tk baper pueh hati malam tuh. Kita mampu merancang tetapi segalanya adalah ketentuan Allah.

  1. Orang yang sepatutnya datang capture Video malam tu tk datang. Aku dah bagi harapan 100% sebelum ni.
  2. Orang lain daripada yg sepatutnya yg aku harap boleh datang menyelamatkan keadaan berkenaan videography ni tak berupaya menyelamatkan keadaan walaupun sebelum ni, orang yg aku harap ni tk pernah langsung bagi excuses pada aku. Ni first time dia bagi excuse...melambak pulak tu. (aku pikir...ada yg tak kena ni)
  3. For personal copy...biasanya aku akan gunakan aku punya MP3 player/recorder utk rakam mana2 majlis ilmu or mesyuarat. Malam tu sampai hari ni aku cari tak jumpa2. (ekceli aku plan nk boh rakaman ceramah ni kat blog ni...huhuhu sedey tau)
  4. Aku gagal mendapatkan foto2 yg baik walaupun dari Nikon Digital aku tuh. Ngkorang kena paham, aku sebagai salah seorang tetamu kehormat, takkan nak jalan sana sini amik gambaq pulak. So, aku pass laa lamera aku tu pada orang lain. Malangnya lebih kurang 50 keping gambar below piawai aku....95% blur. Aku dah buat setting auto tetiba pandai2 pulak tukaq setting cahaya lebih. Kalau dh buat setting ni...secara automatik bukaan cahayanya lebih besar dan bila bukaan dah besar, lilbit of shake pun gambar akan jadi blur. Aduihhhh, tension aku tapi takkan aku nak marah kot. Aku bukan bagi gaji kat mamat tu...suruh tolong jer. So, sekarang ni aku tengah dok cari orang2 lain yang dok amik gambaq malam tu. Utk pengetahuan ngkorang, gambar2 dlm posting ni adalah antara foto2 yg melepasi piawai aku. Kalau sumer okay...korang bayangkan lah sendiri satu entri ada 50 keping gambaq...heheheheh. One more thing gambaq2 special appearance aku ngan Ustaz Akhil adalah dalam 6 keping kot tapi cam biasa laa kan, aku takkan "exposekan" diri aku dalam blog ni......pasal ni prinsip asas aku. Hangpa kena paham dan hormat prinsip aku ni....kay. Timasihh kerana memahami.
  5. Walaupun kehadiran sampai melebihi seribu...let say 1,800 orang. Sebenarnya boleh cecah 3,000 orang. Kenapa tk leh cecah????? Kerana ramai yg beranggapan majlis ilmu malam tuh adalah ceramah politik. Ni lah masalah orang Melayu, cepat sangat buat andaian sendiri atau dengaq orang lain punya citer tanpa adanya buat pemikiran menggunakan aqal sendiri. To me....very simple. You just come and hear...kalau ada jer yg menyentuh hal2 politik, you can just blahhhh jer. Ni tidak. Belum apa2 dah buat andaian sendiri. Now saper yang rugi. In fact hari ni ramai orang yg aku jumpa telah menyatakan betapa ruginya mereka tidak berada dalam majlis ilmu malam tuh.....hahahahah pada aku padan muka jer. Sedih aku bila dok pikir hal ni.
  6. Untuk item no 5 ni just refer balik item no 2. Aku rasa aku tau kenapa mamat ni tak datang and bagi macam2 excuses. Jawapan ringkas aku, politik punya pasal. Untuk pengetahuan ngkorang, mamat ni kuat betoi UMNOnya.....terlalu berprinsip membabi buta. Aku tau....dia malu ngan aku nk citer bab stand dia dalam hal2 politik ni. Dia dok anggap ini adalah program parti...to be more specific program PAS. Tolonglahhhh, dalam majlis ilmu tu aku tak nampak pun bendera2 PAS menghiasi ARENA SQUARE tuh. Aku tk nampak pon audience dok pakai baju2 berlambangkan PAS. Aku tk dengaq pun isu2 agama dipolitikkan pon. Tolonglahhhhhh....kadang2 aku rasa give up jer ngan situasi ni. Pilihanraya dah lama berlalu 8 Mac ari tuh....sudah2 laaa. Orang dulu2 dah berkata "Bidok berlalu kiambang bertaut"....tapi sampai laaa ni tak mau dok bertaut lagi. Sori, I'm kind of emosional skit bab2 masyarakat xpecially MELAYU......ORANG ISLAM.
  7. Aku frust sangat bila cakap pasal videography ni pasal aku memang ada intention nk distribute VCD Wacana Ilmu Bersama Ustaz Akhil ni pada rakan2 bloggers...tapi tk kesampaian laaa.

Camner pun aku ingat balik pesan dari Ustaz tentang teruskan perjuangan tu sebab dia tahu bukan mudah untuk berjuang ke arah memartabatkan Islam tu...banyak cabarannya, macam citer yg aku bagi tau ni. Aku punya stand jelas...sebagai Penjawat Awam....aku berkhidmat untuk masyarakat.....I didn't serve for any political parties. Kalau aku dipersoalkan oleh mana2 pihak aku tak risau...aku akan jawab....ya aku akan jawab. Even dgn polis2 Special Branch pun dah tahu camner aku punya stand towards masyarakat......dan aku tetap milik masyarakat tak kira apa warna bendera sekali pun Merah ker, Biru Tua ker, Biru Muda ker, Hijau ker.... :)

~::Dulu Rock, Sekarang......::~

Thursday, June 19, 2008

Buat masa ni, aku sedang sibuk membuat persiapan akhir satu majlis ilmu yang akan diadakan pada malam ni iaitu Wacana Ilmu Bersama Ustaz Akhil Hayy. Aku tk leh bayang ler camner crowd malam ni. Maklumlah Ustaz Akhil ni makin top dari sehari ke sehari. Tambahan pulak sekarang ni hari2 dok appear dalam Channel Oasis ASTRO dlm satu show yg dihostkan sendiri oleh Ustaz Akhil Hayy iaitu "Cafe Akhil Hayy". Harapan aku agar majlis malam ini dapat berlangsung dengan sempurna tanpa adanya cacat cela dan yang pastinya semoga majlis itu nanti akan mendapat keredhoan dan keberkatan dari Allah. Okay...chowww dulu. banyak kejer belum settle, dgn videonya, dengan PA systemnya, dengan LCD projectornya, dengan stagenyer, sumer belum settle beb...tolongggggggggg.


~::Congratsss....::~

Wednesday, June 18, 2008

Mungkin ramai yg tak tahu yg aku ni masih seorang student....heheheh, student tua. Ekceli student RPJJ ler - Rancangan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...part time student maaa. Tu laa, dulu after grad Diploma, gateii sgt nak kerja. Bila dah keja, dah syok pegang duit mula ler malas nk study balik. Kan sekarang dah susah nak ngaji balik....hahhaha.


Aku mula study kalau tk silap aku Mei 2005 & maknanya sekarang neh aku baru jer menjejaki ke Final Year (tahun ampatt laaa). Pasal apa...???? Pasal baru jer semalam aku dapat result untuk final exam 3rd year...hehheheeh. Ngkorang nak tahu caner kehidupan seorang penjawat awam cum student neh...??? Uishhhh...kelam kabut maaa, tunggang terbalik dibuatnyer. Dulu kan, masa aku jadik full time student kat ITM, aku selalu dok pikiaq yang student PJJ ni goyang kaki jer, senang2 nak lulus pasal masa tuh aku jeles giler dok tengok student2 PJJ kamceng ngan lecturer.....macam ada apa2 komplot jer. Rupa2nya sangkaan aku merosot...tak mudah seperti mana aku jangka...yang kantoi, kantoi jugak.....Kesimpulannya, segalanya tak datang bergolek, everything kena usaha.


Bila aku pulak yg jadi student PJJ baru laa aku tau bukan senang woo, tambah2 cam aku ni yang sibuk memanjang. Nak bagitau kt hangpa sumer, oleh kerana kekalutan or kesibukan ngan kerja tu, aku telah menjadi seorang student yg agak malas study.....buktinya, selalu kena marah ngan wife aku...hahahhaha. Bila nk exam baru laa carik buku. Yang tak tahan tu, buku2 aku elok2 jer macam baru keluaq kedai [nampak sangat laa yg aku tu malas membaca...heheheh]. Bila nk exam mulalah kelam kabut....mengeletaq kepala lutut. Tu, memang dah jadi tebiat aku dari dulu lagi...."last minute study".


Study stail ni kira nasib laaa. Tapi bagi aku sampailah hari ni, nasib masih menyebelahi aku...alhamdulillah syukur kepada Allah yg cukup sayang ngan aku. Aku tau ada di kalangan kawan2 yg jeles ngan aku. Ye laaa, aku tengok depa tu study gila2 punya tapi bila mai result tk sekencang mana pun, kesian gak aku ngan depa tu. Aku...??? Study pun kira main2 jer....tk penah amik series. Kengkadang aku terpikir gak....kalaulah aku study betul2, tak mustahil tiap kali exam aku boleh dapat Dean's List. Sumer tu "kalau" ler..heheheh sebab aku tau tk kan jadiknyer ngan keja aku yg sibuk memanjang tuh.

Haa...kalau hangpa nak tau, ni laa result yg aku dapat melalui site USM

Amacam..??? Okay tak result aku....hehhehehe ni kira result orang pemaleh cam aku ni. Ada satu paper tu aku dapat C+. Aku rasa aku tau pasal apa.....pasal hantaq assignment lambat giler. Aku rasa samada lecturer tu potong markah or bagi aku 0 utk assignment aku tuh...haaa sekarang sapa yg padan muka. Setelah dikira2, aku masih maintain aku punya CGPA above 3.00....aku masih dapat 3.21, kira jatuh skit dari sebelum ni....jadi laaa dan aku tetap bersyukur.

Kalau tk der apa aral melintang, taun depan aku grad laa. Yang aku bertambah2 sonok ialah pasal aku cuma tinggal 5 paper jer termasuk aku punya project paper. Maknanya aku cuma ada 4 paper lagi yg perlu diexamkan. Semalam aku ada dapat call dari sorang member yg sama2 study ngan aku....siap tanya bila nk start study. Ngkorang nk tahu apa aku jawab...."apa barang nk study awal2, tahun depan nak final exam bulan April baru aku nk study" Gelak besar kawan aku tu.


So, aku nk amik kesempatan ni untuk wishkan CONGRATSS utk close fren yg sama2 berjuang sekali ngan aku, yg benar2 faham tentang diri aku, yang benar2 ikhlas berkawan ngan aku, yang benar2 menghiburkan aku, juga yang benar2 membantu di kala susah senang aku....uols memang special in ur own way - Kamarul, ASP Syamsul, Mejar Azhanizam, Azlina APBM, Mukhlis, Aswad, Farra dan ramai lagi yg jadikan aku sahabat di dalam sama2 "berjuang" mendapatkan segulung ijazah dari USM.


p/s: pening paler aku dok pikiaq....ada member dah ajak proceed wat MASTERS plak peh ni. Kalau ada Masters in Blogging aku nak ler, tak payah nak pikiaq lagi.....hahahahah

~::Happy Father's Day::~

Sunday, June 15, 2008

Agak2 ler, apa perasaan korang kalau tetiber jer bangun2 tidor ari ni tengok2 kat dinding rumah dah ada tulisan cam kat atas tuh, kat living hall pulak tu. Dah tu pulak rumah yg korang duduk tuh baru jer seminggu pindah...hiks. Point aku ari ni ialah, ingatan seorang anak terhadap bapanya adalah "above all" maknanya dalam situasi kat atas tu, nak marah pun fikir 18 kali...hahaha. Ekceli pic yg kat atas tu bukannya terjadi kat aku. Kalau ngkorang kenal aku betul2 or baca posting aku yg sebelum ni - 14 JUN 1997, nkorang akan tahu bahawa agak mustahil "insiden" yg kat atas tu terjadi kat aku. Hari ni gak aku nk bagitau, on the same day 14 June, also on Sunday, year 1997, aku pernah celebrate Father' Day dan juga di wish kan Happy Father's Day buat pertama kalinya dalam hidup aku. Kenapa "pernah" ? Refer balik posting 14 JUN 1997. Di situlah segala persoalannya terjawab. So, hari ni tak der siapa pun wish aku Happy Father's Day dan aku pun tak wish pada abah aku Happy Father's Day pasal aku tk pernah whole life aku wish camtuh...heheheh malu pun ada beb dan yang pastinya setiap masa dan ketika aku tetap mengingati Abah & Mama...no matter what. I really luv uols....forever. Kepada Papa, Abah, Daddy, Baba, Dad, Apak, Ayah kat luar sana, CM ucapkan Selamat Hari Bapa dan hargailah title Papa, Abah, Daddy, Baba, Apak,Ayah yang ngkorang dapat tuh kerana ramai orang yg berebut2 bersusah payah mahukan title tu dan bukannya semua orang boleh dapat title tu.

p/s : emmm, kalau Muhammad panjang umur, agaknya ni laaa present yg aku dapat hari ni erk.


~::14 JUN 1997::~

Saturday, June 14, 2008

Izinkan aku untuk beremosi sedikit hari ni, kerana tarikh 14 JUN tidak mungkin mudah untuk kulupakan di mana 11 tahun dahulu aku "pernah" menjadi Papa, Abah or Ayah.

Why "pernah" ?

I lost my boy, Allah lebih menyayanginya. Allah hanya "pinjamkan" Muhammad padaku hanya untuk seketika sahaja....3 hari jer. Kalau Muhammad panjang umur, sekarang ni dah darjah 5 dahh or maybe boleh tolong aku menaip or hapdett blog aku ni. Muhammad pergi meninggalkan aku kerana disebabkan masalah paru2, kata doktor paru2nya belum well developed. Untuk pengetahuan sumer, Muhammad dilahirkan pre-mattured - tak cukup bulan. Actually Muhammad dilahirkan cukup sifat tetapi hanya paru2nya yg menghadapi masalah.

Muhammad actually "terpaksa" dilahirkan ke dunia ni kerana wife aku masa tu terpaksa berhadapan dengan risiko kerana mengalami pendarahan yang amat teruk disebabkan "placenta previa" [kedudukan uri di bahagian bawah iaitu menyebabkan saluran kelahiran tertutup]. Dengan izin Allah pada mulanya kedua2nya selamat [my wife & baby], melalui kaedah cesarean iaitu my wife terpaksa menjalani pembedahan. Hanya Allah yang tahu camner aku rasa masa tu. Segalanya bermain2 dalam kepala semasa dok tunggu masa kelahiran tu.

Tapi apa nak buat kan....Allah lebih menyayanginya, 3 hari selepas tu Muhammad pergi buat selamanya. Dilahirkan 14 Jun 1997 - 9.24 AM dan pergi 17 JUN 1997 9.25 AM, depan mata aku sendiri....Aku tak sempat menimang anakku, aku tak sempat mendukung anakku, cuma yang aku dapat hanya merangkul sekujur jasad yang sudah tak bernyawa.

Bagi tujuan mengeluarkan Sijil Kematian aku terlebih dahulu terpaksa mendaftarkan kelahirannya. Maknanya, aku buat surat beranak Muhammad tu semasa dia dah tiada di dunia ni . Kenapa aku namakan Muhammad, kerana bagiku Muhammad itu adalah kekasih Allah.

Kini setelah 11 tahun Muhammad pergi meninggalkan aku, dia masih "hidup" dan "membesar" dalam diriku. Bila aku tengok anak2 yg seusia dgnnya aku boleh imagine how he is, aku boleh imagine camner tingkah lakunya, aku boley imagine camner dia boleh jadi seorang anak yang soleh....

....dan yang pastinya aku akan tetap berdoa agar dikurniakan zuriat....kerana aku tetap bersabar untuk mendapatkan title Papa, Abah, Baba or Ayah dan harapan aku juga mungkin ada rakan2 yang sudi mendoakan agar aku dikurniakan zuriat.....amin.

~::Confuse Laa::~

Thursday, June 12, 2008

Siang tadik seorang orang telah mampir ke opis ku. Cam biasa sebagai seorang Administrator yg berbakti kepada rakyat Malaysia, sudah awal2 lagi aku bersedia untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin selaras dengan konsep seorang penjawat awam or kakitangan awam. Aku tak baper selesa dengan istilah kakitangan kerajaan. Aku rasa aku lebih banyak serve rakyat daripada kerajaan itu sendiri, tambah2 pulak kebelakangan ni, di mana kerajaan bertindak menzalimi rakyat dengan caranya yang tersendiri.

Okay...sambung balik citer tadi. Bila orang tu masuk ke bilik ku, aku terus mempelawanya duduk. Sebagai pembuka bicara orang itu mula melontarkan kata2nya.

"Tuan, saya confuse ler, bila saya tanya orang UMNO depa kata Tuan ni orang UMNO & bila saya tanya orang PAS depa kata Tuan orang PAS"

Aku tanya balik, "Orang PKR tak tanya...? "[ekceli aku perli tuh...heheheh]

Jawab orang tu, "Belum lagi Tuan"

Aku jawab balik, "Haaaa, tu laa maknanya saya milik rakyat, milik masyarakat dan milik bersama"

Orang tu terus berkata, "Tapi saya tetap confuse ler"

Aku jawab, "Tak per, ekceli confuse tu sendiri telah membayangkan yang saya ni sebagai seorang penjawat awam telah bertindak begitu profesional yakni berkecuali di dalam segala urusan yang melibatkan orang ramai sampaikan soal pendirian politik saya pun orang ramai terkeliru"

Orang tu terus mengangguk2 tanda setuju dan terus menghulurkan beberapa dokumen untuk tindakan aku seterusnya.

Sori laa bukan aku nk masuk bakul dan bersusah payah nak mengangkat sendiri tetapi aku nak jelaskan di sini betapa immatured nyer pemikiran orang awam terhadap penjawat awam yang terlalu prejudis di dalam mempersoalkan hal yang bersangkutan dengan politik. InsyaAllah aku akan terus bersifat sebegini kerana matlamatku ialah...."To serve the public no matter what ideology they are holding with" Simple rule, kan..??

~::Layan Jugak Neh::~

Wednesday, June 11, 2008

Tengah2 dok tenet neh, tetiba jer aku tingat nak makan sesuatu. Haaa, pedia tuh..? Nanti sat, tengok dlm fridge ada tak?

Ahaaa...cantekkkk, ada sebijik dalam peti. Heheheh, cam org pompuan mengidam plak tetiba aku rasa nk makan buah epal hijau ngan mayonese. Okay jom kita makan.....

"Puan2...mula2 potong buah epal hijau tu ikut suka ati puan2....nk potong dadu ker, potong lapan ke, potong 18 ker, mengikut lawan jam ker....tak kesah janji potong"

"Puan2, kemudian masukkan mayoness sesuka hati puan2, nak guna sesudu ker, sebotol ker, dua botol ker....ikutttttt suka"

"Kemudian gaulkan perlahan2 mengikut suhu bilik dan pusingan 120darjah........sehingga sebati dan lenguh tangan"

"Haaaaa, sekarang tibalah masanya untuk menikmati epal hijau berperisa mayonese ala-ala Congostan gituhhhhh......selamat mencuba"

"Emmmmmmm, sedapnyer sehingga menjilat garpuuuu"

p/s : bagi menambahkan lagi kelazatan.....puan2 disyorkan untuk membaca dialog2 di atas mengikut setailll Chef One....okay...hahahhaha

~::Dia Buat Hal Lagi::~

Hari ni PM kesayangan kita tuh dok buat statement dan juga keputusan yg tak disenangi oleh rakyat lagi, especially orang macam aku neh....yang kejer gomen, berkenaan pemberian gaji kakitangan awam dibuat secara ansuran 2 kali sebulan iaitu di pertengahan bulan dan juga di hujung bulan.

Sorry to say, malam ni saja aku dah jenuh terima SMS berkenaan hal ni dan rata2nya tak pueh hati dengan keputusan yg dibuat oleh si mamat PM tuh. Menurut si mamat PM, keputusan ini akan berkuatkuasa pada bulan Ogos nanti.

Alasan yang diberikan ialah, bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan juga aliran tunai berikutan kenaikan reger minyak. Yenadei.....at the first place, sapa bikin kacau dulu. Tak pasal2 huru hara jadinya. Buat kerja tak gunakan aqal yang Allah berikan....jadi camni laaa. Yang aku tau, berikutan keputusan terkini kerajaan yang perasan depa cerdik ni mengundang lagi perasaan meluat yang teramat sangat di kalangan penjawat awam. Kalau tk pecaya hangpa suruhla budak suruhan hangpa tu si TV3suku tu, pi buat tinjauan awam...for sure orang awam tak puas hati punya dan yg pasti luahan ketidakpuasan hati tu dah tentu hangpa edit dan tak keluaq TV, boley jamin punya.

Aku pasti, tindakan Plah ni tak bisa memfofularkan dirinya di kalangan penjawat2 awam macam aku neh. Lagi nyampesss ada. Allo....tindakan neh ekceli akan mengacaukan lagi flow perbelanjaan bulanan. Mungkin ada yg berpandangan, "gaji yg memula tu [tengah bulan], tak yah ler usik lagi, time dah masuk hujung bulan baru laa usik." Ellooo, bab duit depan mata ni susah mau cakap laa. Bila tau ada duit masuk, tau jer belanja camner...tk bley elak wooo.

Sampai saat ini aku masih tk dapat terima signifikan atau justifikasi tindakan yg dibuat oleh PLah ni. Buntuuu owh.....financial management sumer kacau, hampehhhhh.

Ni antara SMS yang aku terima tadi :

Mulai Ogos, gaji akn dbyr 2 kali sebln. Bg aku Plah makin celaru, mcm2 idea bangang dia buat, apa pendapat hang ?

Allo bro, aku rasa pyh nk manage kwgn keluarga. Biasanya 1/2 gaji aku utk byq hutang. Kl dpt 1/2 dulu, bila masa nk bayaq hutang, bila masa nk buat belanja dapur ?

p/s : esok2 tak tau lagi aper plak kezutannn dari PLah.....yg pastinya mesti hampehh

~::Nak Tau Kenapa Harga Minyak Naik ?::~

Monday, June 9, 2008


Ini merupakan berita yang didapati dari blog Perisik Rakyat . Sekadar untuk lebih memahami situasi semasa yang sedang kita hadapi bersama...Buat masa ni, maklumat adalah priceless. How far it is true....aku tk berani mengomen. Siasatlah dan terus siasat untuk kepentingan rakyat bersama.


Petronas buys 40% stake in Santos LNG project
ReutersPublished: May 30, 2008, 00:04

Perth: Malaysian state oil company Petronas will buy a 40 per cent stake in Australian energy firm Santos Ltd's Gladstone liquefied natural gas project for up to $2.51 billion, to bolster its position as Asia's largest LNG producer as competition heats up.

State-owned Petronas' investment in the project, which plans to use coal seam gas as feedstock, follows a $12 billion takeover bid last month by Britain's BG Group Plc for Australia's Origin Energy Ltd, and is considered a vote of confidence for Asia's young coal seam gas industry. Santos shares, which have surged 51 per cent so far this year, jumped 15 per cent to a record A$21.75 yesterday before settling at A$21.08, up 11.1 per cent.

"As for Santos, on first glance it looks like they've got an excellent deal," said Aiden Bradley, an oil and gas analyst at ABN Amro in Sydney.

Kita tunggu jawapan dari Pak-Pak Menteri Kabinet kita tentang artikel diatas ni!!!Depa meniaga,kita keluaq modal...untung,depa baham habis!!!Tengok depa nak belit macam mana...depa yang meniaga,kita rakyat yang menanggung!!!

~::Crew Members::~

Sunday, June 8, 2008

Haaa....posting ni sebenaqnya merupakan rentetan atau sambungan dari posting yang lepas, Those Were The Days . Dalam posting tu aku tak sempat nk list down geng2 aku 18 taun dulu tu....so aku amik laa kesempatan neh.


"Belakang T-Shirt Ni Tertera Nama Kami Sumer"
Bukan aper, cam aku cakap semalam ler aku rasa agak nostalgic sehari dua ni, tingat kat member2 lama tapi aku tk sure laa yg diaorang neh ingat kat aku lagik, maklum laaa dah lama semua tu beb. Depa dah berjaya ker, dah jadi jutawan ker aku tak tau, boley kata 95% yang dah lost contact. So, aku harap melalui medium ni dan dengan keizinan ALLAH aku dapat jumpa balik geng2 lama aku tuh. Ok, jom kita "jumpa" geng2 aku tuh.

  1. Ahmad Firdaus B. Abdul Aziz (Fird)- Sori, aku tk der info langsung pasal member aku neh
  2. Aishah Bt. Zainal Abidin - Dia ni cukup terer cakap Mandarin, fasih wooooo.
  3. Akiah Bt. Ekhlas - Haaa, ni geng wat Project Paper aku.
  4. Amat Sano B. Rebu (Cooper) - Johorean, lepas abis di Melaka proceed Degree kat oversea. Aku pernah jadi penasihat (Dr. Luv) utk mamat ni pasal aku adalah close friend ngan awek dia.
  5. Amer Izzudin B. Zainuddin (Bentayan) - Haaa, dia neh aku still contact sampai sekarang, keja gomen gak ngan Jabatan Belia & Sukan.
  6. Fakhrul Kushairi B. Mohamed (Ustaz) - Sorri, lost contact, lepas grad terus tak tau citer.
  7. Faridah Bt. Hanim - Tak tau citer....
  8. Fauziah Bt. Ghazali (Pujji) - Paling comey (kecik)..tk tau laa kot2 sekarang dh tinggi.
  9. Haniza Bt. Harun (Nizeq) - Seingat aku dia neh scorer
  10. Haryati Bt. Ramli (Yati) - Tak tau citer...totally lost
  11. Heney Sharita Bt. Mohamed Mokhtar (Heney) - Pernah contact aku once, huhuhu tapi no tepon dah hilang laaaa. Dia ni seorang Lawyer.
  12. Hisamuddin B. Satam (Wack) - Totally lost..
  13. Iskandar Hasdi B. Ismail (Tiger) - Heheheheh nama jer ganazzz, org tk ganazzz. Dah lama tak contact tapi tau ada kat Kedah sebagai seorang Penghulu....heheheheh
  14. Kamarudin B. Arim - Lost contact tapi dapat tau dah jadi Pegawai Tadbir & Diplomatik pasal sama batch ngan adik aku dalam PTD.
  15. Liza Bt. Ali - Budak Melaka beb....kasor skitt. Dengor citer jadi editor majalah Pa&Ma. Aku pernah emel tapi tak balas....dah sumbunk kot...heheheh
  16. Maisarah Bt. Salleh (Sarah) - Salah seorang kamceng aku, budak Melaka gak. Selalu mintak advice kat aku dan pertolongan dari aku. Sarah....aku tingat lagi Asam Pedas mak ngko tuh.....heheheh. Tapi sayang, lost contact.
  17. Mariza Azura Bt. Mohd Ris (Miza) - Pergggghhh dia neh glamer gak laaa, jadi tumpuan. Awal2 senior dah sapu...hehehehe. Lost contact gak.
  18. Mastura MS Bt. Abdul Malik (Adik) - selalu jadi geng aku sama2 balik Perak...ala2 geng bas sekolah gitu....heheheheh. Lostttttt.....
  19. Mazihana Bt. Omar - Lost contact....
  20. Mazni Bt. Sariyeo - Tak tau...lostttt
  21. Md Razali B. Hassan (Zalie) - banyak kesss ni....hehehehe. Mana lu sekarang....????
  22. Mohd Hazman B. Mohd Hashim (Dragon) - Heheheh no tepon ada tapi jarang call - keja ngan salah sebuah broker yg jalankan perniagaan saham Bursa Saham Kuala Lumpur.
  23. Mohamed Razif B. Md Sharif (Bob) - Lost contact....Bob punya English power beb, kengkadang tu kami panggil dia Bobby Brown pasal kulit dia boleh tahan brown...hehehe.
  24. Mohammad Ismi B. Hj. Ismail (Ismet) - Lost contact....Baling, Kedah mariiii.....
  25. Mohammed Farizal B. Mohamed (Pelaq) - One of my best fren. Taun lepas ada contact. Dengar citer dia ni banyak kali pindah rumah masa dok kat KL. Bukan pasal tarak bayaq sewa tapi pasal dok lari dari gengster and TONTO pasal dia ni kejer bank bahagian loan & credit card. Tak tahan punya pasai....quit dan bukak kilang sendiri
  26. Mohd Azahar B. Ibrahim (Labib) - Lost contact tapi dulu dengar citer kejer bwh skim PTD dan pernah jadi ADO (Assistant District Officer). tapi aku rasa dah naik pangkat lebey tinggi kot pasal PTD ni senang naik pangkat. Citer lucu, lepas abis study kat UK dengar citer tak nak balik M'sia pasal dok asyik buat kerja kutip buah epel....susah hati bapak.
  27. Mohd Azli B. Mat Jusoh (Awe / Jeli) - Lost contact.....Oghe Kelate...
  28. Mohd Shahril Affendy B. Shahadan (Pekan) - Lost contact. Pernah terjumpa masa tengah jammed di tgh2 KL....takkan nk jerit kot masa tuh...hampehhhh.
  29. Aku ler....... - Kehidupan aku berjaya di tahap yang sederhana....heheheheheh
  30. Muhammad Faaiz B. Othman (Teori) - Lost contact...
  31. Muhammad Ruslan B. Yahaya (Qamc) - Pernah jadi room mate aku & at the same time sapu awek aku...hahahahah [lepas aku break off laaaa....] Dengar citer kerja ngan KWSP tapi lost contact.
  32. Muhamad Zairi B. Zainon (Mat Yo) - Salah seorang kawan baik aku.....banyak citer aku ngan Mat Yo ni....hahahah. Bulan lepas ada contact aku....keje di Gurun, Kedah ngan Petronas.
  33. Noor Haryatie Bt. Harun (Tierun) - Salah seorang member merapu aku....Ade ker patut bulan poser suruh aku pi Mc Donald beli barang makan kat dia....hampehhhh.
  34. Noor Zalina Bt. Ahmad - Lost contact...
  35. Norida Bt. Barudin - Lost contact. Pernah dengar citer kerja ngan Majlis Sukan Negara.
  36. Nurbani Bt. Hassan (Bani) - Lost contact...lagipun dulu aku jarang bersembang ngan minah ni.
  37. Nuzira Bt. Mohamed Sarawi (Mek Ya) - Sweet laa minah ni tapi tk der la plak aku rasa nak wat awek aku masa tuh....naper errkkkk. Tak der chemistry kot...hahahahha. Neway aku kamceng ngan Mek Ya ni. Aku laaa yg support dia masa dia nk interview jadi Pembaca Berita RTM.....tapi aku suruh lupakan saja pasal syarat kena buka tudung. Tu laa, nama jer stesen TV kerajaan tapi hukum hakam pun hangpa tak mau ikut....hampehhhhh. Pun lost contact gakkkk.....tapi dgr citer ada kat KL.
  38. Rafidah Bt. Jaguli - Lost contact.....
  39. Roseanyta Bt. Yaakob (Ita) - Hehehehe...aku penah minat kat minah ni....tapi ntah ler tak pernah terzahir dari mulutku untuk membuat luahan hatiku....hehehehe. Penyudahnya masa Pre-Graduation Night Dinner aku confess kat dia....tapi confess sajaa laaaa pasal malam tu aku ke dinner tu ngan awek aku masa tuh, budak junior...alahai melopaihhhh den. Sampai sekarang lost contact....
  40. Rohaina Bt. Abd. Latif (Mona) - Haaa, tengok nama laaa. Ni laa kawan aku yg paling vogue masa tu...hehehe. Lost contact gak....tapi dgr citer jadi lawyer gak.
  41. Rosliza Bt. Abdul Razak - Lost contact..
  42. Roswati Bt. Shahlan - Lost contact...
  43. Ruzana Bt. Abd. Samad (Janna) - Ini laa member pompuan aku yg paling kamceng sampai org ingat kami ni loving couple. Bila aku kwn ngan Janna la baru aku boley paham konsep best friend instead of lovers. Dulu aku ingat bila kita rapat dengan seseorang yg berlainan jantina lambat laun akan terjerumus dgn alam percintaan....rupanya tidak dan tidak semestinya. Memang kamceng gilos....sampaikan nak beli tudung pun ajak aku keluaq...nak cari barang apa pun mintak oppinion aku....memang genuine hubungan persahabatan kami tanpa adanya unsur2 cinta. Masa Janna di New Zealand.....dia ada contact aku tapi masa tu by surat ler, mana ada emel lagik. Salah aku...aku tk balas surat dia . Bukan pasal apa....malas menulis jer. Akibat dari itu....aku lost contact ngan Janna. Sumer problem yg dia hadapi, dia akan citer kt aku & cam biasa...I will be a good listener. Aku ingat taun ni punya raya aku nk antar kad raya laaa.....kalau ada rezeki dan tak tukar alamat sampai laa kad aku tuh.
  44. Salmah Bt. Nawi (Sal) - Sal ni kecoh & brutal. Tapi kan...sekeras2 hati sorang pompuan tuh, nangis2 gak. Pernah satu time tu Sal nangis kat aku....aku pun gabra ler..apa salah aku.Rupanya ada problem ngan balak dia masa tuh......tak pasal2 gak aku terpaksa mendengar ratapan dan drama dia tu....heheheheh. Lost contact....emel hilang daaa, dulu penah jumpa dalam internet.
  45. Sany Tee B. Rudy Tee Tong Poh - Lost contact....tapi angin2 ada kat Ipoh
  46. Selamat B. Mohd Rafie - Lost contact...yg aku tau jadi askar. Lepas grad terus dapat askar skim pegawai....aku rasa busuk2 pun sekarang ni dah Mejar. Tapi aku rasa kan....lagik tinggi daripada tu laaa.
  47. Shahrilhizan B. Mohd Yunus (Leweng) - Lost contact....tapi dengaq citer kejer kat UKM.
  48. Shamsul Baharin B. Saihani (Sam) - Tak tau citer langsung
  49. Shahrifah Husnani Bt. Syed Adam (Nani) - Ipoh mali....masa kawin dia aku attend & pas tu lost contact.
  50. Siti Aminah Bt. Arrifin (Min) - Heheheh.....aku dengar dulu dia ada "crush" kat aku ler, tapi aku buat bodoh jer.....kejam kan aku ni...hehehe. Tapi kawan tetap kawan. Lost contact gak...
  51. Suhaidi B. Sukamto (Katoy) - Tak tau citer langsung....
  52. Susanna Hanim Bt. Azhar - Dulu pernah utus surat kat aku lepas grad.....tapi aku cam biasa ler malas balas....hehehhe hampehhh jugak aku ni kan. Kalau time tu ada internet kompom aku contact kawan2 yg utus surat kat aku. Bab menulis ni malas laaa.. pas tu plak nk kena pi Pejabat Pos beratur beli stem....hampehhhh
  53. Wan Mohd Hawari B. Wan Ramli (Warie) - Ni kamceng aku gak ni tapi lost contact dah.
  54. Wan Noraliza Bt. Wan Abdul Rahman - Lost contact...
  55. Yusliza Bt. Yahya - Lost contact...
  56. Zairill Hisham B. Zainal (Zack) - Seorang sahabat yg cukup gila yg aku pernah jumpa tapi gila2 Zack, sekarang ni dah jadi ASP Udara.....Pilot PDRM. Masa nk interview PDRM, dengan aku2 sekali yg kena interview ngan polis lebeh 30 minit pasal aku jadi referee kepada Zack. Masih contact...tapi jarang berpeluang bertemu. Last jumpa taun sudah masa bawak cameraman TV3 buat shooting Explore Race.....siap offer kat aku "hang nak try bawak helikopter tak....?" ......sah gila tak habis lagi.
  57. Zalina Bt. Abu Naim - Lostttt....
  58. Zarina Bt. Jahya - Tak tau citer langsung....

Tu laaaa....aku punya crew members.....yg hampir2 semuanya lost. Aku rasa Raya taun neh aku nak hantar Kad raya pada depa sumer. Sure depa balik kampung kan...pasal aku ada sumer alamat kampung depa. Pastu aku nk suruh depa baca aku punya blog so that depa tau yang aku selalu ingat kat depa. Satu lagik aku nak mintak gambaq depa sumer...mesti ada yg dah tak cam muka kot. Kalau dah dapat nanti aku nak boh kat blog ni plak.....biar aku ni jadi penghubung antara kami semua ni.....InsyaAllah

~::Those Were The Days::~

Tetiba rasa nostalgic plak....tingat doolu2.....emmm lebey kurang 18 taun dulu. Untuk pengetahuan uols...masa tuh aku ada kat Melaka, to be more specific ITM Cawangan Melaka [masa tuh belum declare UiTM lagik].

Sepintas lalu zaman tu :

  1. No Handphone......cuma ada leg phone jer [pondok tepon ler...]

  2. Dah tentu kompem no SMS, nk kontek awek kena guna posto / postman biasanya budak junior yang tak engkar perintah setelah dibelanja makan.. Tapi awas, kadang2 tuh harapkan posto, posto cilok awek plak, pasal dia yang tolong ayat lebeh2.

  3. No such thing as Internet.....so, might as well no such thing as YM ker, Blog ker,YouTube ker, Skype ker dan benda2 yang seangkatan dengannya.

  4. Microsoft Windows belum ada di dunia lagik......satu2nya word processor yg digunapakai ialah Word Star.....haaaa, mesti ada generasi yg tk besa dengaq kan.....hahahaha. Ingat lagik, kalau nk save, dia punya command tekan ctrl, tekan K & D sekalik....hahahahah.

  5. PLUS Highway....umm belum sepenuhnya ada, sesetengah area jer yg ada.

  6. Mahathir belum berkelahi ngan Anwar lagik....aman sentosa masa tuh.

  7. Mesin Taip [typewritter] masih digunakan sebagai alat di dalam melaksanakan assignment, jenuh meminjam neh, bukan sumer orang ada.

  8. Notebook....???? terpinga-pinga kot kalau sebut or akan difahami sebagai buku catatan kot...heheheh. Apa nk heran...PC pun tk pakai Hard Disk lagik. Nak mula2 pakai PC kena masukkan Floppy Disk [yang besaq punya] DOS dulu, pastu baru boley jalan....heheheh.

  9. Rokok DUNHILL 20 batang tak silap aku reger baru RM3.20 , jual kat hostel 20 posen sebatang, tu pun jenuh untung.

  10. Seks bebas di kalangan student hampir2 tak der, kalau ada pun kira cam issolated cases jer bukan cam sekarang, grad jer bukan setakat bawak balik Dip or Degree tapi bonus ngan "perot" sekalik...heheheh. Bebudak masa tuh kondom pun tak kenal...ni kan pulak nak beli.

  11. Minyak Petrol or Diesel kompem belum naik gila babi cam sekarang ni, mungkin petrol pun masa tu singgit lebeh skit jer.

Kalau ikutkan banyak lagik, kalau ngkorang ingat, ngkorang tambahlah nanti dalam ruangan comment.


Saper Crew Members ?



  1. [esok plak sambung .....nk kena cari list nama dulu, dah tak ingat sumer arrrr]



~::Common...Voice Out::~

Saturday, June 7, 2008

Kemarahan aku terhadap Kerajaan Malaysia A.K.A Kerajaan BN berada di tahap yang hampir2 tak terkawal. Tadi masa dok tengok berita sama ada TV3 or RTM, aku tengok skrin tu haluiiiihhh jer dan maki hamunku mengalahkan jeritan semasa menonton perlawanan bolasepak di stadium.

Beside Shahrir Samad [tak kuasa aku nk address ngan Datuk lagi...pi mampoosss], hari ni aku hangin dengan sorang lagi malaunn....Noh Omar [sorry you also don't deserved Datuk ...]. Dia ni dok cakap pasal operator bas yang naikkan kadar tambang bas express......Helooo brader...piiiiiiiraaaaaahh, ngko nk cakap pasal tindakan kenaikan kadar tambang walhal at the first place saper yang buat chaos dulu. Please brader [panggil brader pun dah kira mulia neh....patut panggil pencacai jer], don't talk shit please. Rakyat Malaysia bukan bodoo, jangan ingat hangpa sumer konco2 PLah boleh buat apa saja pada rakyat.....suara rakyat adalah suara keramat. Hangpa dok ataih sana di atas segala pengorbanan rakyat...tup2 hangpa nak korbankan rakyat, mana ada jalan. Tak pa laa kalau hangpa ingat dunia ni hangpa yang punya....tapi hangpa ingat, kami sumer akan persoalkan segala tindak tanduk hangpa terhadap kami di "Mahkamah Akhirat". Itu jam kalu, sori laaaa hangpa dok sembah kami camna pun kami tak kan layan punya. Hangpa sumer pikir baik2 pasal benda ni. Petrol atau diesel adalah segala2nya. Everything depends on it. Walaupun adunan capati tak dicampur dengan minyak petrol, tapi hari ni harga capati sekeping telah naik sekupang. Walaupun ayaq tebu tak campoq dengan petrol tapi hari ni dah naik dua kupang. Sapa nak jawab soklan ni.......

Woooiii manusia2 bangang dalam kabinet.....kalaulah Dr Sheikh Mudzaffar tahu chaos camni akan terjadi pada rakyat, dia pun tak kebulorq nak "taboq" duit kat angkasa tuh. Pikir laaaaa wahai bapak2 menteri yang bangang2.....kerajaan sanggup berabis duit kerana seorang mamat tuh kononnya mengharumkan nama negara, walhal tumpang jer roket orang. Macam ni ker pikiran manusia2 yang kononnya berjuang untung bangsa.........Dengan rakyat cukup berkira, dengan seorang individu hangpa sanggup berabis duit. Dari satu sudut kononnya nampak Malaysia ni macam hebat sangat di mata dunia dan di satu sudut yang lain macam laa ni, Malaysia ni nampak sengkekk sangat. Macamana hangpa tafsirkan economic indacator haaah. Deiii Shahrir....rakyat dah tak mao dengaq dah hang punya explanation pasal perbandingan harga petrol....percaya laa cakap aku, sumer orang tak mao tau pun pasal tuh, cuma yang depa nak tau, awatnya hangpa tu bodoh sangat sampai tk boleh pikiaq apa yang hangpa buat tu orang suka atau tak suka, orang marah ka tak marah. Abah aku selalu berpesan, kalau kita nak orang baik ngan kita, kita kena baik ngan orang dulu, kalau kita nak senang buat kerja , maka berbuat baiklah dengan sesama insan. Simple thoughts but deeply meening. Hangpa tak leh buat kaa benda2 camni.....?


Cybernetics Mind (7 Jun 2008)
Pastikan suara kita "didengari", jangan hanya mementingkan diri sendiri dengan hanya membiarkan diri sendiri sahaja yang "mendengar".



Datuk Ahmad Shabery Cheek - Menteri Penerangan Malaysia (21 Mac 2008)
"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan"


TOK RIMAU (April 2008)
"Bloggers ni bagaikan lipas. Memakan isu-isu yang dipinggirkan oleh arus media perdana dan meluahkan perasaan sesuka hati sedangkan orang tak suka dengan kehadirannya. Hanya lipas dan kilang Baygon sahaja yang sukakan lipas. Kau boleh bunuh satu blogger. Kau boleh saman dia. Kau boleh buat macam-macam pada dia. Tetapi harus diingat , ada 100 lagi yang dok
di dalam gelap"

~::Ubah Gaya Hidup::~

Thursday, June 5, 2008

Pepagi morning lagi, sama ada tv or stesen radio sumer dok memperkatakan isu minyak naik yang telah diputuskan oleh kabinet effective tengah malam semalam....tapi yang pastinya aku naik minyak...hehehe.

So, sibuklah stesen2 radio ni dok guna isu ni bagi menaikkan rating depa hari ni termasuklah membicarakan topik hampehhh yang sering digunakan oleh orang2 politik iaitu "UBAH GAYA HIDUP". Aku neh...bila dengaq jer ungkapan tuh.....darah aku tersirap tahap gaban punya. Gua cukup allergic dgn ungkapan tuh. Mula laa ungkapan2 sengal yang kuar dari rakyat yang tak boleh guna otak untuk berfikir.

Aku bagi contoh...ada satu mamat tuh bagi oppinion "saya cadangkan kita sumer jangan guna air-cond semasa menggunakan kereta bagi menjimatkan penggunaan minyak" Yenadei...nasib baik hang tak bagi address hang masa on-air tadi, kalau tidak siap hang...aku gi cabut keluaq air-cond dari kereta hang tuh. Apadaa bangang sangat....aku jamin laa dia pun tak sanggup "separuh masak" dalam keter dia tuh. Zaman laa bukan cam dulu, air-cond tu sebagai satu option jer tapi di zaman global warming neh air-cond tu mandatory beb. Kalau yer pun nk rasa glamer or nak dengar sore yang tak sedap tuh on-air, jangan laa bagi statement yang memperbodohkan diri...use you mind laaa not use your leg.

Sebenaqnya banyak lagi statement2 bangang yang dikeluarkan sama ada oleh worang2 politik or rakyat Malaysia yang lenlain tuh....malas laa aku nak tulis sumer kat sini, buat sakit ati jer. Kita ni masing2 telah dianugerahkan oleh ALLAH dengan aqal....so gunalah sebaik mungkin, jangan take things for granted. My point is.....jadilah pengguna yang bijak dan lantang menyuarakan apa bentuk penindasan.

p/s : Apa dah jadi dengan KPDNHEP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna....sudah jadi "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Petroleum" plaks.

Common Shahril....di manakah pembelaan anda terhadap rakyat sejak anda menjadi Menteri. Beras Thai King 10KG yang dulu kubeli setiap bulan dengan harga RM18.90 sekarang dah jadi RM34.90. Dulu aku punya expenses untuk petrol lebih kurang RM350 sebulan sekarang dah jadi RM490 sebulan. Di manakah pembelaan ngko sebagai Menteri. Dulu aku cukup respect ngko sebagai salah seorang pemimpin UMNO yang cukup berprinsip, bukan kaki bodek dan bukannya seorang "YESMAN" sehinggakan ngko bertanding di bawah tiket BEBAS pun boleh menang jugak. Itulah seorang pemimpin yang berprinsip.....tapi sekarang, hampehhhhhhh. Apakah lepas ini ikan temenong A.K.A ikan kembong yang kubeli RM8.00 sekilo akan jadi RM14.00 sekilo ???? Aku tak tau....ngko kena jawab Shahril....yes ngko kena jawab dan ngko kena hengat....di akhirat sana ngko akan terkencing2 untuk menjawab persoalan2 seumpama ini.

Aku jamin...for sure harga ikan akan naik mendadak sehari dua neh....apa dia ingat nelayan turun ke laut isi ayaq kencing dalam tangki enjin2 bot....??? Apa dia ingat ikan2 itu dibawa oleh lori2 yang diisi dengan pasir tangki2nya. Tunggu dan lihat, segalanya pasti berlaku.

~::Naik Minyak::~

Yea...yea.....minyak sudah naik....
[skrg neh pukul 12.01AM.....5 June 2008]

dan kini....Pak Lah telah bergelar "BAPAK KENAIKAN MINYAK"

~::Hadiah Untuk Rakyat Malaysia::~

Wednesday, June 4, 2008

Firstly aku mintak mahap bebanyak pasal dah lama tk online....alasan yg cukup sinonim...errr busy ler......connection macam sial ler. Tetapi itulah hakikatnya dan bukan hanya alasan semata-mata. Sebagai contoh...malam semalam aku hanya berupaya utk YM jer itupun asyik DC jer memanjang.....[semalam YM ngan Kreuger tak hengattt punya] Ngkorang nak tahu....nak buka satu emel, setengah jam pun tak leh bukak. Hampehh tul ngan seterimix neh....Aku ada sorang member dari NZ yg bagitau kita punya seterimix neh hanya sama level ngan dial-up kat sana. Perghhhh...kalau cam tuh sandri mau ingat ler depa punya broadband punya kelajuan camner. Okay...tak mau melalut dah...back to the point.

Apa yang hadiah utk rakyat Malaysia tuh...??? Apa lagi pasal minyak naik laaa.....Terus terang aku bagi tau kt hangpa sumer...aku adalah antara salah sorang rakyat Malaysia yg cukup marah dan bengang dengan tindakan bangang kabinet kerajaan Barisan Nasional yang buat keputusan yang membuatkan rakyat meluat kat hangpa sumer. Aku bukan seorang anti kerajaan tetapi apa tindakan yang dibuat ke atas rakyat yang sudah tentu menyusahkan rakyat aku pasti marah dan tidak bersetuju. Sekarang ni aku nak tanya......sapa yang setuju dengan kenaikan harga minyak ni ? Sapa2 yang rasa seronok dan berterima kasih pada pihak kerajaan atas tindakan ini...aku akan anugerahkan anugerah bangang kat hangpa....hehehehe. Mintak mahap, aku memang cukup emosional sekarang neh.Kalau ada sapa2 yang tak setuju ngan aku or marah ngan aku silakan.....hangpa nampak tak ada tanda x kt sebelah atas kanan tuh.....???? Klik jer and hangpa boleh pi lencong ke blog2 lain yang sesuai dengan jiwa raga hangpa tuh. Uols kena ingat balik prinsip asas kewujudan blog ni.....ikut suka aku nak tulis apa dalam blog ni....orang lain apa pedulikkkk.

Petang tadi aku receive satu call dari kawan aku yg mengatakan harga minyak naik. Aku cukup rasa tertipu.....pasal seari dua ni pihak kerajaan hanya membayangkan kenaikan harga minyak hanya akan berlaku di bulan Ogos...tup..tup, tengah malam ni dah nak naik dah. Perrggggghhh, tersirap naik darah aku tiba2. Bukan sekupang or dua kupang....kenaikan 40.63% dari 1.92 ke 2.70 untuk petrol. Thats mean sekarang ni aku dok guna lebeh kurang RM3oo sebulan, so bermula esok aku punya belanja untuk petrol akan meningkat jadi RM420 sebulan. Itu average, kengkadang tu aku punya expenses petrol sebulan mungkin dekat2 RM400. Haaa....ngkorang bayangkan ler. Common guys be sensitive & culculative in this kind of situation.

So, memandangkan keter aku tu hampir2 kosong tangkinya.....aku amik keputusan utk isi full tank [at least aku untung gak untuk 1 tank].

Bila aku kuar jer dari opis.....aku tengok keadaan di jalanraya dah macam huru hara skit. Jammed gila babi....Bila sampai kt petrol station, dia punya Q dah dekat2 3 KM. Aduihhhh seksanya. Aku amik keputusan keluar keter & sibuk amik gambar dulu [dgn harapan boleh wat modal entri neh...hahahah]. Terus terang aku kata...orang ramai menyumpah2 dengan kerajaan. Betul...aku tak tipooo. Melayu dengan sumpah seranahnya.....aku paham ler. Cina dengan caci makinya...opppss aku tak baper paham. India dengan urugerek....urugereknyer.....pun aku tak paham. Tapiiii....yang aku pasti sumernya marah.




Tapikan....marah orang Malaysia neh...jenis syok sendiri jer...pesyen NATO [No Action Talk Only]. Tengok...tadi dlm Bulletin TV3...Pak Lah siap pesan rakyat Malaysia jgn buat demonstrasi. Dia pun tau...baper % jer yg nak buat demo tuh. The rest, cam aku ni lah kot....hehehe.

Aku nak share aku punya xperience ngan ngkorang sumer masa trip aku ke Indonesia few years back. Masa aku pegi tu, Indonesian Government baru jer isytiharkan kenaikan harga minyak [kat sana depa panggil BBM-Bahan Bakar Minyak]. Uols nak tahu apa tindakan rakyatnya? Haaa, yang cukup berperanan ialah student2 universiti....depalah yang begitu lantang memperjuangkan hak rakyat.....sorry to say our student telah dinafikan hak untuk bersuara, kalau tidak...Pak Lah sandrii mau hengat laaaa. Demonstrasi merata2...sumer mendesak kerajaan utk membatalkan kenaikan BBM tuh. Di Malaysia ni, kalau ada demo mesti dikaitkan dengan kepartian...tak pasai2 parti2 politik especially pembangkang akan dipersalahkan kononnya suka membuat huru-hara. Kat sana demonstrasi tidak membayangkan parti-parti politik.....dan semua golongan berani bersuara. Sampaikan antara tindakan yang agak radikal dilakukan oleh rakyat Indonesia masa tu ialah....depa hijacked or rampas lori2 tanker. Haaa, itu jam baru sumer ada akai...heheheheh.


Walaupun pihak kerajaan ada declare mengenai bayaran tunai yang akan diberikan kepada rakyat semasa memperbaharui road tax [dalam bentuk money order Pejabat Pos], tetapi pada aku rakyat tetap berasa tertindas. Bayaran tuh khabarnya...untuk pemilik kenderaan persendirian [takat 2000cc] akan diberikan RM625 setahun....untuk pengguna motor pun ada gak....aku tak pasti baper. Dalam contoh kes aku [kalau belanja petrol RM300 sebulan dulu...maknanya bagi harga baru kan jadik RM420 sebulan, kenaikan sebanyak RM120], dalam setahun aku masih rugi RM815. Camni pengiraannya, kenaikan sebulan RM120 x 12 bulan = RM1440 . Kerajaan bagi balik dalam bentuk bayaran tunai RM625...so aku masih rugi RM815. Ingatlah sahabat sumer...kot mana pun kita tarak untung punya.

p/s: untuk mendapatkan setangki minyak....aku terpaksa tunggu dekat2 satu jam.....nyaris2 tertinggal Maghrib.....hampeehhhhhh

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger