Thursday, August 7, 2008

~:: A Called For Umrah - Part 1 ::~

Bismillahirrahmanirrahim........

Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNYA selesailah sudah perjalanan proses "soul cleansing" dan juga projek "perluasan sempadan iman" dari 19 Julai hingga 2 Ogos yang lalu. Mungkin ada yang berpendapat bahawa "Mission Accomplished", tetapi bagi CM selagi kita bergelar Hamba Allah, mission tidak akan accomplished kerana usaha atas iman dan amal yakni beribadat kepada Allah adalah satu usaha yang berterusan yang tidak bernoktah.

Di atas dasar mensyukuri rahmat dan nikmat di atas pelawaan sebagai tetamu Allah kali ini, CM berharap agar pelawaan ini dipanjangkan lagi kepada sahabat handai, saudara mara mahupun sekalian umat Islam di dunia ini....agar semuanya dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti, insyaallah.

Pada mulanya CM teragak-agak untuk menceritakan pengalaman-pengalaman CM semasa menunaikan ibadat Umrah di Mekah Al-Mukarramah dan ziarah di Madinah Al-Munawwarah kerana risau tindakan ini akan membawa kepada unsur riak dan takbur. Tetapi sebelum meninggalkan Kota Mekah CM telah memohon pada Allah agar dijauhkan sifat riak ini dan jadikanlah perkongsian pengalaman bersama insan-insan lain ini sebagai pemberi semangat mahupun mendatangkan minat kepada semua agar dapat berazam untuk sama-sama menjadi tetamu Allah satu hari nanti. Berkongsi dengan satu tujuan, untuk semua yang membaca ini, akan turut sama merasai kebahagiaan dan juga kemanisan berada di sana, dan yang paling penting, supaya kalian semua mempunyai azam dan semangat untuk pergi ke sana. Pasanglah nawaitu untuk pergi dan kuatkan azam untuk pergi, insyaallah kita akan dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamunya. Tolong pergi dan berusahalah untuk pergi. Mungkin inilah konsep Tabligh (menyampaikan) yang sepatutnya ada pada setiap umat Islam demi meningkatkan lagi kemanisan beribadat itu. CM ingat lagi kata-kata dari Ustaz Akhil Hayy bahawa bukan mudah untuk menukarkan kemanisan bermaksiat itu kepada kemanisan beribadat.

Sekali lagi diingatkan bahawa tiada apa-apa kelebihan atau istimewa yang ada pada CM, pemergian CM adalah dengan keizinan Allah dan dengan rahmatNYA. Sebagai tetamu selama 9 hari di Mekah dan 4 hari di Madinah merupakan satu pengalaman manis yang terlalu sukar untuk diungkapkan secara zahir. Mungkin gambar-gambar yang akan CM kongsikan ini akan menzahirkan segalanya.

Bagi peringkat pertama ini, iaitu gambar-gambar ziarah ke Madinah, sama-samalah kita mengharapkan agar ianya akan memberikan sepenuhnya inspirasi kepada kita.

MADINAH AL-MUNAWWARAH (29 Julai 2008 - 1 Ogos 2008)

Air terjun di tengah-tengah Madinah Al-Munawwarah

Masjid Qiblatain

Masjid yang mempunyai sejarah penting untuk umat Islam, di mana masjid ini mempunyai 2 qiblat. Sewaktu Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda diarahkan supaya mengadap Baitul Maqdis. Kaum Yahudi sangat gembira kerana qiblat mereka iaitu Baitul Maqdis digunakan oleh orang Islam. Rasullah saw amat bersedih dan berdoa kepada Allah swt supaya turunnya wahyu yang mengizinkan solat menghadap ke Baitullah. Akhirnya, Allah SWT menurunkan wahyu untuk pertukaran qiblat.

Hadiah dari Kerajaan Arab Saudi semasa melawat Kilang Percetakan Al-Quran

Terjemahan Al-Quran untuk pelbagai bahasa dunia.

Lawatan ke kilang mencetak Al-Quran, Kerajaan Arab Saudi



Makam para Syuhada yang gugur dan syahid dalam Perang Uhud..... termasuk Penghulu Para Syuhada iaitu Saidina Hamzah yang syahid dan terus memegang bendera Islam sehingga titisan darah terakhir...

Jabal Uhud
Medan berlakunya Peperangan Uhud pada Syawal, 3H dimana tentera Quraish menuntut bela di atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. Saidina Hamzah terbunuh syahid bersama 70 orang yang lain.




Masjid Quba'

Masjid pertama dibina Rasulullah SAW di Madinah. Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.

Yang bungkus ni kira gred baikk punya.....



Sekali tengok macam pokok kelapa sawit daaa.....tu la pasal, bila Pak Arab landing kat KLIA terkezut besar nengok pokok kelapa sawit kita yang disangkanya pokok kurma. "Masyaallah....For so long we didn't know that Malaysia is one of the main exporter for Kurma"....hehehehe




Rawdah - gambar kat bawah ni amik kat internet, mustahil lengang camni....ni mungkin masa masjid ditutup untuk kerja-kerja pembersihan atau sebarang kerja-kerja penyelenggaraan.
Ar-Rawdah, Masjid An-Nabawi Madinah


Inilah keadaan sebenar di Rawdah, terpaksa berebut-rebut dan berasak-asak untuk menunaikan solat sunat atau berdoa di sini. Nak ruku' dan sujud pun susah.(gambar ini bukan senang nak amik tau....)

Sekitar kawasan Masjid Nabawi yang dipenuhi hotel-hotel penginapan bagi jemaah-jemaah yang mengunjungi Madinah Al-Munawwarah





Bahagian dalam, Masjid An-Nabawi





Sebahagian bumbung Masjid An-Nabawi yang berbentuk payung

Di bawah kubah hijau ini lah terletak makam agung iaitu tersemadinya jasad Rasulullah SAW


Masjid Nabawi yang sentiasa sesak tidak mengira waktu







Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan kalimah, " Masjidku ini", pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah. Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".

Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda," Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat munafik".

Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama hijrah (622 M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan berada dalam bangunan masjid.

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

p/s: A Called For Umrah - Part 2, more inspirational pictures waiting...... Mekah Al-Mukarramah


Tuesday, August 5, 2008

~:: Missing Me...?????? ::~


Assalamualaikum....

CM mohon berbanyak maaf kerana ari ni baru ada peluang nk online. Untuk pengetahuan sumer CM dah balik pada 2 Ogos ari tu...back in one piece...selamat ler tu...heheheheh. Alhamdulillah CM sihat walafiat sepanjang mengerjakan ibadat di Mekah & Madinah walaupun cuaca agak panas kat sana.

Bila jer CM bukak akupunyalife.blogspot.com ni , terharu benor rasanya....alahai sumernya dok merindui CM. I know uols really missed me.....CM pun cam tu gak cuma kat sana tk ada kesempatan nak blogging pasal bila ditanya kat orang2 kat sana Cyber Cafe sukar dicari, dah tu pulak mahal giler regernya....sampai sudah CM tk jumpa pun dgn any CC.

Uikkss...CM bukan perasan taw...I know uols really missed me...ahaks. I can see from my shout box and also from other bloggers shout boxes too...hehehe, siap dok bincang pasal CM lagik. Yang buat CM bertambah terharu tu, walaupun tak der entry baru kat sini, uols tetap jenguk2 kat sini semasa ketiadaan CM erkkk. Nak nangis CM dengan ingatan dan Doa uols terhadap CM.

Don't worry uols are included in my Doa, kat depan Ka'bah lagik. Kepada yg request special Doa, CM dah tunaikan, so kita tunggu jer Allah makbulkan.

Sebenarnya CM tak berapa bersedia lagi untuk berblogging secara aktif macam biasa. Walaupun dah mula bertugas tetapi penat tu masih terasa dan rasanya CM perlu banyak berehat lagi. Nanti bila everything dah ok, CM akan aktif macam biasa, lagipun "biological clock" kat dalam badan ni tak boleh nak "adjust" lagi...perubahan masa adalah selama 5 jam. Kat sana lambat 5 jam dari Malaysia.

CM pun mintak maap pasal tk sempat nk jenguk2 blog uols sumer, so far yg sempat jenguk ialah lurve-me-without-fear.blogspot.com , warirc2.blogspot.com dan ryehannazz.blogspot.com . Nanti bila CM dah ok, I'll visit uols sumer dan yang paling utama CM ada banyak sangat pic semasa di Mekah Dan Madinah yang boleh dikongsi untuk kebaikan kita bersama. Tungguuuuuu....................................

-Thanks again, uols really make my life greater -

Wednesday, July 16, 2008

~:: Special Invitation ::~

Assalamualaikum fellow bloggers, kengkawan sumer. CM tau, ramai yang dah tertanya2 naper CM lambat hapdett kali ni, kan. Biasa laaa, xcuse yg cukup sinonim dgn kehidupan CM yg cukup hectic ni, pendek jer....BZ...ahaks.

So, kesempatan ini CM perlu bagitahu bahawa mulai 19 Julai 2008 ini CM akan "melarikan diri" buat seketika...emmm mungkin agak lama juga. Mungkin juga melebihi 2 minggu. Sebenarnya dalam posting2 sebelum ni dah banyak hint atau bunga2 mengenai pemergian CM ni, mungkin ada yang perasan dan mungkin juga ada yang tak perasaan. Di samping itu juga, ada dua tiga orang bloggers yg dah tahu mengenai hal ini....so yg tak tahu lagi tu jangan marah erkkk.

Antara hint yg CM pernah nyatakan dalam posting yg lepas ialah dalam posting bertajuk "Too Stressed To Think" - last sekali tu ada satu statement - "CM sebenarnya dalam proses akan "membawa diri" jauh dari rasa stress.....dan ini juga satu misi atau juga merupakan sebagai satu remedi dalam menangani stress" Begitu juga dengan posting bertajuk "Akhirnya" , "Lost & Found" dan "Tension Tapi Mesra" , semuanya ada hint...hehehehe

So, what it is all about....???

Gini ceritanya, CM telah mendapat "jemputan" istimewa untuk menjadi tetamu Allah iaitu untuk menunaikan Ibadat Umrah di Mekah....from 19 July to 2 August 2008. Pada CM, ini merupakan satu jemputan istimewa kerana bukan sumer orang yang mendapat "jemputan" ini. Ini bukan soal berkemampuan dari sudut kewangan atau tidak, tetapi lebih dari itu lagi. Pada CM, ini semua perencanaan dari Allah. Ramai yang berduit tetapi tidak "terpilih" oleh Allah. Terlampau ramai yang nak pergi tapi terhalang dengan pelbagai sebab dan musabab. Mengikut perancangan awal, ada lagi kaum kerabat CM nak turut serta dalam misi Ibadat Umrah ini, tapi atas konsep ini lah mereka tidak dapat bersama di atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Semoga mereka ini terus mendapat "jemputan-jemputan" Allah di masa2 hadapan, insyaallah.

So, CM tak akan melepaskan peluang yang telah diberikan ini dengan melaksanakan segala amal ibadat di Tanah Suci nanti dengan sebaik mungkin.....insyaallah.

Dalam kes ni, off course Allah telah menggerakkan hati CM untuk menerima "jemputan" ini dengan hati yang terbuka dan penuh rasa ketakwaan kepada Allah. It's not a small amount of money, and yet I choose to spend it wisely....dengan mengerjakan Ibadat Umrah. Ini kerja Allah. Mengikut aqal yang logik, macam2 boleh buat dengan sejumlah wang tersebut tetapi hati CM telah terbuka untuk menerima "pelawaan" untuk menjadi tetamu Allah ini.

Insyaallah, CM akan bersama2 my soulmate/my beloved wife and also both my parents dalam misi mengerjakan Ibadat Umrah kali ini. Bagi Mama & Abah CM, ini merupakan kali kedua mereka akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah selepas kali pertama mengerjakan Ibadat Haji beberapa tahun yang lepas.

Umumnya, kepada pengunjung2 setia akupunyalife.blogspot.com , sudah tentu dapat mengagak apakah antara misi utama CM ke Tanah Suci Mekah kan...???? Ini adalah antara usaha berterusan yang CM jalankan di atas dasar keyakinan kekuasaan dan kecintaan Allah ke atas hambaNYA dan CM cukup mengharapkan agar Allah memakbulkan doa-doa CM di sana nanti. Kepada yang masih tertanya2 apakah antara misi utama yang dimaksudkan itu, boleh merujuk kepada posting2 CM yang bertajuk "14 Jun 1997" dan "Happy Father's Day".

So, caner...??? Tahu dah kan, kenapa CM quite bz recently kan. Kengkadang bila free tuh, CM online gak, tapi tak berapa enterprem sangat pasal dok buat sedikit sebanyak persiapan fizikal dan juga kerohanian....maklumlah bukan nak gi makan angin tapi nak gi buat kerja ibadat.

Sedikit sebanyak on Ibadat Umrah :-
Firman Allah Yang Bermaksud
"...dan sempurnakanlah Ibadat Haji & Umrah kerana Allah S.W.T"



Rukun Umrah :
  1. Niat Ihram Umrah - "Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Dan Aku Berihram Dengannya Kerana Allah Taa'la"
  2. Tawaf
  3. Sa'ie
  4. Tahallul - Bercukur / Bergunting
  5. Tertib


Wajib Umrah :

  1. Niat Ihram Di Miqat (Miqat ialah sempadan atau titik permulaan bagi seseorang memulakan Ibadat Haji atau Umrah) - Miqat Qarnul Manazil, Miqat Tanaim, Miqat Jaaranah & Miqat Hudaibiyah.
  2. Meninggalkan segala larangan ihram.

Talbiyah :

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah, Hamba-Mu datang menyahut panggillan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu , Tuhan Yang Tidak Ada Sekutu Bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu tidak ada sekutu bagi-Mu"



...kena cucuk daaa, ikut rules WHO


dah siap sikit2 dahhh....


kain ihram...wajib ada



beberapa benda yang CM anggap penting :


  • Panduan Praktis Umrah & Ziarah...emmm kena gantung kat tengkuk ni
  • Travellers socket plug - kalau tk der ni haru pasal kat luar M'sia tak ada "three pin plug", kalau charge h/phone problem...gadget ni berupa converter atau adapter yg menukarkan dari 3 pin kepada 2 pin. Hehehehhe, dulu CM dah pernah kena problem ni, tu pasal yg tau.
  • Off course my Nikon Digi Cam, kalau tadek, emmmm nangis kot...ahaks
  • MP3 Digital Player / Recorder - penting untuk buat catatan/rakaman perjalanan, manalah tau kot2 balik nanti boleh buat Travelog pulak.

Kepada sumer, doakanlah agar CM dan crew selamat pergi dan balik dalam misi menunaikan Ibadat Umrah ini dan juga doakanlah agar CM dapat menyempurnakan Ibadat Umrah ini sebaik mungkin dan seterusnya mendapat keredhoaan dari Allah. Sebagai balasan, CM akan mendoakan di Mekah nanti agar kalian semua juga akan mendapat "special invitation" ini satu hari nanti...amin.

p/s : xceli CM nak buat entri pasal "reunion of batch 1990/1993 ITM Melaka" , tapi tak sempat laa pasal preparation banyak lagi yang nak kena buat. Rupanya projek Jejak Kasih yang CM buat melalui entri "Crew Members" telah membuahkan hasil di mana CM telah "bertemu" semula hampir semua kawan lama CM sewaktu di ITM Melaka dulu....syukur di atas pertolongan dari Yang Maha Esa. Kalau dilihat dalam entri tuh, tak banyak komennya, tapi CM tau, ramai sangat silent visitors [agaknya, kawan2 lama CM ni semuanya malu2 kot...] kerana melalui SiteMeter CM boleh detect heavy traffic dalam seminggu ni. Tak caya cer tengok graf kat bawah ni....hehehehe.

Wednesday, July 9, 2008

~ :: ITM Melaka Revisited ::~


Assalamualaikum


Sebenarnya CM rasa hepiii sangat hari ni pasal Allah telah takdirkan CM "bertemu" semula ramai rakan-rakan lama semasa di ITM Melaka lebih kurang 15 tahun dulu. Memang bulan lepas CM telah cuba mencari rakan-rakan lama melalui satu posting di blog ni, yang bertajuk Crew Members . Alhamdulillah semalam CM telah menerima satu e-mail dari Kak Ida salah seorang course mate masa kat ITM Melaka dulu....tapi malangnya dia tak kenal or tak ingat saper CM ni pasal CM tak bagitaw pun saper CM ni. Cuma dalam posting Crew Members tuh CM dah senaraikan sumer nama-nama course mate kecuali nama CM sendiri. Kak Ida ni masih tak taw saper yang missing dalam list tuh....dah lama beb mungkin dah lupa. Tapi aku tetap berkeras dalam balasan e-mail aku tu...mintak Kak Ida work hard skit cari saper CM yang sebenarnya. Yang pastinya dalam posting tuh memang jelas clue yang CM bagi tentang diri CM, so tak aci ler kalau Kak Ida tak taw CM yang glamer di ITM Melaka dulu tuh...heheheheh.


So, ari ni plak...bila bukak e-mail, another supprise for me, Hazman A.K.A Dragon plak contact CM, tanya saper CM ni pasal terjumpa while blog hopping kat posting bertajuk Emmm....Jom Ke Spa dan juga Crew Members . CM syukur sangat di atas ketentuan dan juga perencanaan dari Allah ni dan juga thanks to the technology kerana telah mempertemukan CM dengan sahabat2 lama ni.


Balik kepada citer e-mail ni, CM pun tk reveal saper CM ni pada Hazman tetapi lama-kelamaan lepas study betul2 kat posting tu...dia tahu yang missing in action ialah CM....so dia tahulah saper CM yang sebenar...heheheheh. Tapi kan...dulu masa kat ITM nama glamer lain taw. Susulan dari tu Hazman ni bagi pulak satu link http://aim9093.blogspot.com/ . So, bila CM bukak link tuh, per lagi....CM rasa cam nk nangis kerana terharu sangat2 kerana ramai gak kengkawan lama dok berkumpul dan baru lepas organize satu gathering hari Sabtu lepas...huhuhu CM terlepas daaa. Yang CM bertambah terharu tu lagik...kengkawan lain pun selama ni pun dok tercari2 CM gak....huhuhu. Apa lagik...tengok2 kat situ ada shout box...apa lagik, "menjerit" laa sepuas hati...hehhehe.


Malam ni pulak ada lagi kunjungan dari sahabat lama....Bani from Kedah. Haaa dah mula ler tuh, bila sorang jer dah jumpa CM pas ni....flooding ler blog and shout box CM ngan member2 lama. Aduihhhh seronoknya......sampai hilang CM punya stress pulak. Macam yang CM bagitaw ari tuh ler...blogging ni kira cam remedy gak untuk orang2 yang dilanda stress...ahaks.


Dalam blog http://aim9093.blogspot.com/ tu pulak CM boley terjumpa salah sorang best friend CM iaitu Mohd Noor Kosygin atau dikenali dengan nama glamer GYN. Boley ker siap tanya CM dah kawin ker belum....apa dia ingat CM ni gay ker umor dah 35 tk kawin2...hahahhaha. Jangan marah errkkk GYN. Something yang CM tak boleh lupa ngan GYN ni, CM selalu jamming ngan dia masa kat ITM Melaka dulu tu....kira macam jamming partner laaa. So, bila citer bab jamming ni ada satu lagu dan juga lirik ciptaan GYN yang CM tak boleh lupa sampai hari ni. Lagu tu ialah "Setelah Kau Pergi" ....sampai sekarang ni pun bila CM petik gitar, CM akan main lagu ni. Ok, kat bawah ni CM taruh lirik lagu tu untuk membuktikan yang CM masih bersama korang sumer, member2 ITM Melaka 90/93...dan tak lupa juga dedicate untuk rakan2 bloggers sumer.


SETELAH KAU PERGI

Kali pertama ku terpandangkan wajahmu
Sinar matamu menusuk ke dalam jiwa ini
Kali pertama ku terdengar suara mu
Sukar utk aku melupakannya

Masihkah kau ingat lagi waktu-waktu itu
Saat mula kita bertemu
Masihkah segar lagi gurauan senda kita dulu
Yang sering bermain di hatiku

Sungguh indah saat itu
Tak mungkin akan berulang lagi
Kerna kini kau telah tiada lagi

Kau tanya di mana kesetiaan
Di mana letak pengorbanan
Yang telah kujanjikan dahulu

Di mana tugu cinta kita
Di manakah sumpah setia
Untuk bersama selamanya

Saat akhir pertemuan kita kau menangis tiada hentinya
Kerana kita tak akan bersama lagi

Tiada lagi cahaya yang menyinari
Setelah engkau pergi
Tiada lagi senyumanmu menghiasi
Kamar hatiku kini terkunci
Tak mungkin dapatku cari pengganti dirimu
Kini aku diburu kenangan bersamamu
Oh Tuhan tunjukkanlah oh bagaimana
Harus kuhadapi hidup ini tanpa kau di sisi


Lagu & Lirik : Mohd Noor Kosygin
(1991 – ITM Melaka) ....kalau tak silap ler...hehehe



Tuesday, July 8, 2008

~:: Countdown.......5000 ::~

Nampaknya pengunjung http://akupunyalife.blogspot.com/ telah menghampiri ke angka 5,000. CM tak sangka, walaupun baru "lahir" pada 26 April 2008 lalu tetapi sambutan yang telah diberikan oleh komuniti bloggers sama ada dari dalam atau luar negara cukup mengharukan kerana CM sendiri tak pernah pikir langsung "one day I got my own blog".

Thanks to all...uols really cool. Finally this is the place where I can speak up my mind and also cool off my mind...hahahaha.

So, bagi sambutan first 5,000 ni CM harap sesaper yg menjadik pelawat yang ke 5,ooo dapat "print screen" dan e-mel pada CM - acdc3110@yahoo.com dan sudah pasti ada sesuatu menanti anda.....percutian 15 hari 2 malam di rumah sendiri...hahahhahaha. Tak der laaa camtuh but something special from me laaa...kenang2an sambutan pengunjung yang ke 5,000. So...I'm waiting guys.

Monday, July 7, 2008

~::Aku Bukan Untukmu::~

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Di saat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohon maafkan aku

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

P/S : Sebenarnya lagu ini tak der kena mengena dengan hidup CM cuma sehari dua ni rasa tenang jer bila dengar lagu ni. Dulu masa mula-mula Rossa nyanyi lagu ni, CM tak amik pedulik pun tapi bila Lah & Zaf nyanyi balik...rasa cam ada energy plak. Citer SEPI ni CM tk sempat nk tengok lagi, walaupun ramai yg mengesyorkan CM tengok....tak sempat maa....busy tk abis2. Tiba-tiba pulak CM rasa macam seolah dapat merasai macam mana KESEPIAN dalam hidup insan-insan yang dilanda keSEPIan tu and off course CM akan sentiasa mendoakan insan-insan yang merasakan dirinya SEPI tu tidak lagi SEPI satu hari nanti.....;)

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...