~ :: ITM Melaka Revisited ::~

Wednesday, July 9, 2008


Assalamualaikum


Sebenarnya CM rasa hepiii sangat hari ni pasal Allah telah takdirkan CM "bertemu" semula ramai rakan-rakan lama semasa di ITM Melaka lebih kurang 15 tahun dulu. Memang bulan lepas CM telah cuba mencari rakan-rakan lama melalui satu posting di blog ni, yang bertajuk Crew Members . Alhamdulillah semalam CM telah menerima satu e-mail dari Kak Ida salah seorang course mate masa kat ITM Melaka dulu....tapi malangnya dia tak kenal or tak ingat saper CM ni pasal CM tak bagitaw pun saper CM ni. Cuma dalam posting Crew Members tuh CM dah senaraikan sumer nama-nama course mate kecuali nama CM sendiri. Kak Ida ni masih tak taw saper yang missing dalam list tuh....dah lama beb mungkin dah lupa. Tapi aku tetap berkeras dalam balasan e-mail aku tu...mintak Kak Ida work hard skit cari saper CM yang sebenarnya. Yang pastinya dalam posting tuh memang jelas clue yang CM bagi tentang diri CM, so tak aci ler kalau Kak Ida tak taw CM yang glamer di ITM Melaka dulu tuh...heheheheh.


So, ari ni plak...bila bukak e-mail, another supprise for me, Hazman A.K.A Dragon plak contact CM, tanya saper CM ni pasal terjumpa while blog hopping kat posting bertajuk Emmm....Jom Ke Spa dan juga Crew Members . CM syukur sangat di atas ketentuan dan juga perencanaan dari Allah ni dan juga thanks to the technology kerana telah mempertemukan CM dengan sahabat2 lama ni.


Balik kepada citer e-mail ni, CM pun tk reveal saper CM ni pada Hazman tetapi lama-kelamaan lepas study betul2 kat posting tu...dia tahu yang missing in action ialah CM....so dia tahulah saper CM yang sebenar...heheheheh. Tapi kan...dulu masa kat ITM nama glamer lain taw. Susulan dari tu Hazman ni bagi pulak satu link http://aim9093.blogspot.com/ . So, bila CM bukak link tuh, per lagi....CM rasa cam nk nangis kerana terharu sangat2 kerana ramai gak kengkawan lama dok berkumpul dan baru lepas organize satu gathering hari Sabtu lepas...huhuhu CM terlepas daaa. Yang CM bertambah terharu tu lagik...kengkawan lain pun selama ni pun dok tercari2 CM gak....huhuhu. Apa lagik...tengok2 kat situ ada shout box...apa lagik, "menjerit" laa sepuas hati...hehhehe.


Malam ni pulak ada lagi kunjungan dari sahabat lama....Bani from Kedah. Haaa dah mula ler tuh, bila sorang jer dah jumpa CM pas ni....flooding ler blog and shout box CM ngan member2 lama. Aduihhhh seronoknya......sampai hilang CM punya stress pulak. Macam yang CM bagitaw ari tuh ler...blogging ni kira cam remedy gak untuk orang2 yang dilanda stress...ahaks.


Dalam blog http://aim9093.blogspot.com/ tu pulak CM boley terjumpa salah sorang best friend CM iaitu Mohd Noor Kosygin atau dikenali dengan nama glamer GYN. Boley ker siap tanya CM dah kawin ker belum....apa dia ingat CM ni gay ker umor dah 35 tk kawin2...hahahhaha. Jangan marah errkkk GYN. Something yang CM tak boleh lupa ngan GYN ni, CM selalu jamming ngan dia masa kat ITM Melaka dulu tu....kira macam jamming partner laaa. So, bila citer bab jamming ni ada satu lagu dan juga lirik ciptaan GYN yang CM tak boleh lupa sampai hari ni. Lagu tu ialah "Setelah Kau Pergi" ....sampai sekarang ni pun bila CM petik gitar, CM akan main lagu ni. Ok, kat bawah ni CM taruh lirik lagu tu untuk membuktikan yang CM masih bersama korang sumer, member2 ITM Melaka 90/93...dan tak lupa juga dedicate untuk rakan2 bloggers sumer.


SETELAH KAU PERGI

Kali pertama ku terpandangkan wajahmu
Sinar matamu menusuk ke dalam jiwa ini
Kali pertama ku terdengar suara mu
Sukar utk aku melupakannya

Masihkah kau ingat lagi waktu-waktu itu
Saat mula kita bertemu
Masihkah segar lagi gurauan senda kita dulu
Yang sering bermain di hatiku

Sungguh indah saat itu
Tak mungkin akan berulang lagi
Kerna kini kau telah tiada lagi

Kau tanya di mana kesetiaan
Di mana letak pengorbanan
Yang telah kujanjikan dahulu

Di mana tugu cinta kita
Di manakah sumpah setia
Untuk bersama selamanya

Saat akhir pertemuan kita kau menangis tiada hentinya
Kerana kita tak akan bersama lagi

Tiada lagi cahaya yang menyinari
Setelah engkau pergi
Tiada lagi senyumanmu menghiasi
Kamar hatiku kini terkunci
Tak mungkin dapatku cari pengganti dirimu
Kini aku diburu kenangan bersamamu
Oh Tuhan tunjukkanlah oh bagaimana
Harus kuhadapi hidup ini tanpa kau di sisi


Lagu & Lirik : Mohd Noor Kosygin
(1991 – ITM Melaka) ....kalau tak silap ler...hehehe



18 comments:

Ryehanna said...

Salam..

I'm so happy for u! yes,mmg ana ade menyibuk dok ikut semua link yang ade kat blog CM.Touching giler la benda2 mcm ni kan...i love it when things like this happen...

Semoga CM germbira selalu dan sentiasa aktif di blogosphere...dari alam maya ini,ikatan silaturrahim dapat dieratkan... yang lama kembali bertaut, yang baru mula menjelma dan merapatkan diri...ececeh...

Okla...
have a great day!

love-n-hate said...

Salam CM...

Bestnyer kan... ala2 reunion gitu. Kita kalau 'jumpa' kawan lama pun agak riuh gak... rindu...

p/s: teringat 'perjumpaan' di friendster dengan kawan2 sekolah rendah dan menengah... dan yang paling best, kite satu tmpt kerja ngan kawan baik skolah rendah yang lama 'terhilang'... :)

cybernetics mind said...

ryehanna...
thanks for ur fully support :)

hidup bloggers !!!!
hidup ITM A.K.A UiTM !!!!

...insyaallah CM akan sentiasa aktif di blogsphere nehhh :)

tanpa sokongan kalian saper laa CM ni...[cheewahh cam ucapan masa Anugerah Industri Musik - AIM pulak :P]

cybernetics mind said...

love-n-hate...
reunion virtual gituhhhh....tapi CM dah cukup hepiiiii....rasa terubat "kesepian" selama ini :)

p/s : can't imagine nnti bila jumpe betul2...sure havoc giler, xpecially bila bukak x-files lama2....hahahahah

cendawanintim said...

CM,

mesti mengimbau segala kenangan2 dedulu kan...

cybernetics mind said...

cendawanintim...
yahhh...sudah pastinya !!!

...and the most important is...hehe
terasa muda macam 15 taun dulu...ahaks

13may said...

wah wah wah....bestnya!
hehhe hehhe

btw,
Sebagai tanda penghargaan:

http://13may.blogspot.com/2008/07/141-terima-kasih.html

http://picasaweb.google.com/encik13may/BloggerPictures/photo?authkey=Tz25mAffF_A#5221307062512162642

Terima kasih :)

Mr. Azman said...

Salam CM.
Nampaknye rancangan jejak kasih berjaya dengan jayenye.

Congrat....
Semoga pas ni... plak terjumpe aweks lame... muahaha.... tapi sindiri mau ingat laa...

Lu pikir lah sindiri. Kekeke...
Kreuger®

Brother Love said...

Waaa...bestnyer. I love campus life, colledge..old friends... oh God, bro dah sebak dah ni!!

Im happy for you man. Tapi, bro tak kenal ramai kawan cam CM laaa... bestlah you CM :(

ANyway, bro doakan you akan sentiasa hepi cam ni k Cm....kadang-kadang tgk Cm bersedih, bro pun sedih gak tau...especially bout things you said masa kita chat jap hari tu...

cybernetics mind said...

13may...
aduihhh...May, CM cukup terharu dgn trophy "Supportive Blogger Award" yang dianugerahkan tuh. kena kerja keras lagik laaa pas ni.

Neway, CM tk "paste" lagi kat blog ni pasal tgh dok cari sudut mana yg seswaii gitu ;)

Thanks again.....

cybernetics mind said...

mr.azman a.k.a kreuger...
ye lah...aku pun eksaited gak dgn apa yg berlaku sehari dua ni. kalau ngko gi cek kt aku punya site meter, dia punya "flooding" sehari dua ni...perghhh wa cakap lu.

Selasa - 45 visits,130 page views
Rabu - 54 visits,175 page views
Khamis - 77 visits,249 page views

tapi..tu tak penting, yg penting aku dah mula jumpa member2 lama satu persatu....hehehe sonoknya :)

awek lama??? tak kot pasal awek baru pun melambak...hahahhaa :P

cybernetics mind said...

razzi rahman a.k.a bro love
salam bro....memang tgh xcited sgt ni, jumpa member2 lama. mcm mula2 kenal bro dulu gak, sapa sangka CM boley kawan dengan penyanyi lagu Syakila & Rembulan Kesiangan..ahaks.

caner pun bro, CM ucpkan tima kasih bebanyak di atas support yg bro bagi selama ni dan juga kesanggupan bro berkongsi suka duka dgn CM merupakan satu penghargaan buat CM...tenkiu bery much :)

memang ler bro, college life really cool...full of happenings :)

bebudak "MAINSTECH" - MARA Institute of Technology (nama dulu) memang "something" bro, walopun tk berada di bwh satu bumbung, I mean berbeza cawangan, tapi bila tau jer x-student ITM...dia punya gempaqqq, tuhan saja yg taw....pasal dia punya rasa sense of belongging tu tinggi bro :)

brother love said...

I can feel your passions towards SAHABAT! Best arr...hmm, I wish I have the 'gang' cam you gak.

Tp nak buat camana, dah lost ctc most of my friends. Nasib baik ada CM, ada lah gak kawan bro :)

Beruang Madu said...

Selamat bertemu teman teman sekuliahan yg lama yaaa...

semoga bahagia

salam singgah dari beruangmadu.com

mazudi said...

huhu... best best.
Know what. Saya pun pernah mencari gang ITM macam kau jugak dulu, dan sekarang most of my best buddy time tu, contact number dah ada dalam henset.

Good old school.

Anonymous said...

Bro

Thanks for the lyric. It brings all that good memories....will still sang that song till end of my batch 1993-1996. The junior still continue it ....

Anonymous said...

Hi guys, see you at Bora Ombak on23/6/2013

文章 said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger