~:: A Called For Umrah - Part 1 ::~

Thursday, August 7, 2008

Bismillahirrahmanirrahim........

Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNYA selesailah sudah perjalanan proses "soul cleansing" dan juga projek "perluasan sempadan iman" dari 19 Julai hingga 2 Ogos yang lalu. Mungkin ada yang berpendapat bahawa "Mission Accomplished", tetapi bagi CM selagi kita bergelar Hamba Allah, mission tidak akan accomplished kerana usaha atas iman dan amal yakni beribadat kepada Allah adalah satu usaha yang berterusan yang tidak bernoktah.

Di atas dasar mensyukuri rahmat dan nikmat di atas pelawaan sebagai tetamu Allah kali ini, CM berharap agar pelawaan ini dipanjangkan lagi kepada sahabat handai, saudara mara mahupun sekalian umat Islam di dunia ini....agar semuanya dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti, insyaallah.

Pada mulanya CM teragak-agak untuk menceritakan pengalaman-pengalaman CM semasa menunaikan ibadat Umrah di Mekah Al-Mukarramah dan ziarah di Madinah Al-Munawwarah kerana risau tindakan ini akan membawa kepada unsur riak dan takbur. Tetapi sebelum meninggalkan Kota Mekah CM telah memohon pada Allah agar dijauhkan sifat riak ini dan jadikanlah perkongsian pengalaman bersama insan-insan lain ini sebagai pemberi semangat mahupun mendatangkan minat kepada semua agar dapat berazam untuk sama-sama menjadi tetamu Allah satu hari nanti. Berkongsi dengan satu tujuan, untuk semua yang membaca ini, akan turut sama merasai kebahagiaan dan juga kemanisan berada di sana, dan yang paling penting, supaya kalian semua mempunyai azam dan semangat untuk pergi ke sana. Pasanglah nawaitu untuk pergi dan kuatkan azam untuk pergi, insyaallah kita akan dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamunya. Tolong pergi dan berusahalah untuk pergi. Mungkin inilah konsep Tabligh (menyampaikan) yang sepatutnya ada pada setiap umat Islam demi meningkatkan lagi kemanisan beribadat itu. CM ingat lagi kata-kata dari Ustaz Akhil Hayy bahawa bukan mudah untuk menukarkan kemanisan bermaksiat itu kepada kemanisan beribadat.

Sekali lagi diingatkan bahawa tiada apa-apa kelebihan atau istimewa yang ada pada CM, pemergian CM adalah dengan keizinan Allah dan dengan rahmatNYA. Sebagai tetamu selama 9 hari di Mekah dan 4 hari di Madinah merupakan satu pengalaman manis yang terlalu sukar untuk diungkapkan secara zahir. Mungkin gambar-gambar yang akan CM kongsikan ini akan menzahirkan segalanya.

Bagi peringkat pertama ini, iaitu gambar-gambar ziarah ke Madinah, sama-samalah kita mengharapkan agar ianya akan memberikan sepenuhnya inspirasi kepada kita.

MADINAH AL-MUNAWWARAH (29 Julai 2008 - 1 Ogos 2008)

Air terjun di tengah-tengah Madinah Al-Munawwarah

Masjid Qiblatain

Masjid yang mempunyai sejarah penting untuk umat Islam, di mana masjid ini mempunyai 2 qiblat. Sewaktu Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda diarahkan supaya mengadap Baitul Maqdis. Kaum Yahudi sangat gembira kerana qiblat mereka iaitu Baitul Maqdis digunakan oleh orang Islam. Rasullah saw amat bersedih dan berdoa kepada Allah swt supaya turunnya wahyu yang mengizinkan solat menghadap ke Baitullah. Akhirnya, Allah SWT menurunkan wahyu untuk pertukaran qiblat.

Hadiah dari Kerajaan Arab Saudi semasa melawat Kilang Percetakan Al-Quran

Terjemahan Al-Quran untuk pelbagai bahasa dunia.

Lawatan ke kilang mencetak Al-Quran, Kerajaan Arab Saudi



Makam para Syuhada yang gugur dan syahid dalam Perang Uhud..... termasuk Penghulu Para Syuhada iaitu Saidina Hamzah yang syahid dan terus memegang bendera Islam sehingga titisan darah terakhir...

Jabal Uhud
Medan berlakunya Peperangan Uhud pada Syawal, 3H dimana tentera Quraish menuntut bela di atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. Saidina Hamzah terbunuh syahid bersama 70 orang yang lain.




Masjid Quba'

Masjid pertama dibina Rasulullah SAW di Madinah. Sabda Nabi : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.

Yang bungkus ni kira gred baikk punya.....



Sekali tengok macam pokok kelapa sawit daaa.....tu la pasal, bila Pak Arab landing kat KLIA terkezut besar nengok pokok kelapa sawit kita yang disangkanya pokok kurma. "Masyaallah....For so long we didn't know that Malaysia is one of the main exporter for Kurma"....hehehehe




Rawdah - gambar kat bawah ni amik kat internet, mustahil lengang camni....ni mungkin masa masjid ditutup untuk kerja-kerja pembersihan atau sebarang kerja-kerja penyelenggaraan.
Ar-Rawdah, Masjid An-Nabawi Madinah


Inilah keadaan sebenar di Rawdah, terpaksa berebut-rebut dan berasak-asak untuk menunaikan solat sunat atau berdoa di sini. Nak ruku' dan sujud pun susah.(gambar ini bukan senang nak amik tau....)

Sekitar kawasan Masjid Nabawi yang dipenuhi hotel-hotel penginapan bagi jemaah-jemaah yang mengunjungi Madinah Al-Munawwarah





Bahagian dalam, Masjid An-Nabawi





Sebahagian bumbung Masjid An-Nabawi yang berbentuk payung

Di bawah kubah hijau ini lah terletak makam agung iaitu tersemadinya jasad Rasulullah SAW


Masjid Nabawi yang sentiasa sesak tidak mengira waktu







Disebut Masjid Nabawi kerana Nabi Muhammad S.A.W. selalu menyebutnya dengan kalimah, " Masjidku ini", pada setiap kali baginda menerangkan tentang sebuah masjid yang sekarang berada di pusat kota Madinah. Nabi bersabda," Sembahyang di masjidku ini lebih utama daripada sembahyang seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram".

Dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda," Barang siapa sembahyang di masjid 40 waktu tanpa terputus, maka ia pasti selamat dari neraka dan segala siksa dan selamat dari sifat munafik".

Masjid ini didirikan oleh Nabi S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda pada tahun pertama hijrah (622 M) seluas 1050 meter persegi, iaitu di sisi di sebelah barat rumah baginda yang sekarang rumah itu menjadi makam baginda dan berada dalam bangunan masjid.

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

p/s: A Called For Umrah - Part 2, more inspirational pictures waiting...... Mekah Al-Mukarramah


29 comments:

Ryehanna said...

Alhamdulillah..

akhirnya CM free jugak untuk post new entry... all of the pictures are beautiful! merasalah ke 'sana' juga walau jasad statik di depan komputer..

i hope all of the readers find this entry inspirational like i did.

:]

Anonymous said...

Allahuakbar! Di Masjid Nabawi kawalan agak ketat berbanding Masjidilharam. Saya tak dpt ambil gambar dlm Masjid Nabawi tambahan pula saya bawa bersama anak umr 6 thn, solat pun dlm kaw khas utk ibu dan anak. Tapi Allah permudahkan utk CM kongsi pengalaman di sana utk kita semua. Syukur...

zackzara said...

Entry sebegini yg saya selalu tunggu-tunggu dari mana-mana bloggers sekalipun kerana cerita-cerita dan pengalaman sebegini sentiasa membuatkan saya lebih dekat untuk ke sana..Insya Allah suatu hari nanti. Thanks CM for sharing this info, and no, you are not riak bcoz by sharing info like this, one helps to educate (and inspire) others of how great HIS creations are.

Yg pasti, I will go there someday. Nak tinggal sana terus kot.. :)

*waiting patiently for subsequent entries...

pearlEJ said...

Alhamdulillah, dah selamat sampai pulang...

thanks CM sbb kongsi2 cerita n gambar2 menarik nih... sgt cantik...

cybernetics mind said...

ryehanna...
thanks again....hanya yg benar2 kenal CM akan tahu how struggle I am nk keluarkan satu2 entri, bz maaa...heheheh. Soklan2 stended yg selalu CM terima - " how u can manage to have your own blog haaa? got time aah? "

tak sangka pulak, balik2 M'sia ni kerja tk henti2 & banyak pulak program yg kena attend...meetings, seminar, taklimat, bla bla bla

memang dah niat CM nk share sumer tu ngan uols sumer....semoga ianya menjadi inspirasi utk sumer dalam proses meningkatkan iman & amal...amin.



anonymous...
erkkk....malu yer nk kenalkan diri. Takper, salam ukhwah dari CM.

Ye laa, kawalan lebih ketat di Masjid Nabawi especially bg org pompuan, habis kena raba satu badan (body check) oleh Pegawai Petugas Wanita....org lelaki rilek skit tk kena raba...heheheh.

Kat Masjid Nabawi lebih bersistem compare ngan Masjidil Haram....Kat Masjidil Haram org pompuan main redah jer termasuk kat kawasan lelaki, jenuh CM nk jaga wuduk...takut2 tersentuh. Kat Masjid Nabawi org lelaki & pompuan tk akan bertembung kerana pintu masuk berbeza dan ada sekatan antara keduanya.

Semoga usaha CM untuk berkongsi pengalaman ini diredhoi Allah, itu yg CM harap2kan.

cendawanintim said...

Thanks for your sharing, memang hati meronta2 tuk berdoa di Raudhah tu...cuma tunggu anak beso sket, takmo hati ralat bila beribadat di sana...harap2 gitu la...

pe tah lagik berhadapan dengan kaabah, dikelilingi para malaikat...indahnya IMAN...

cybernetics mind said...

zackzara...
thanks kerana setia menunggu entri dari CM....heheheh.

don't worry zarra, one day u'll get the "invitation", insyaAllah. me too zarra, I'm still hoping for the next "invitation"...tak puas rasanya ke sana, kemanisan beribadat kat sana tu tak terzahir dengan kata2..... :)

nak tinggal sana terus...??? memang zarra, saper yg pernah pergi sana pun mesti ada terfikir cam tu.....unexplainable



pearlej...
ye laa EJ, CM dah seminggu balik ke M'sia ni....sori tk sempat buat kenduri lagi...hehehehe

you're most welcome EJ....tu jer "hadiah" yg boleh CM kongsikan utk sumer....

lenkali kita pi sama2 dgn geng2 bloggers pulak....amacam???

cybernetics mind said...

cendawanintim...
Takper, insyaAllah nnti ada rezeki ke sana.CM pun ari tu dah doakan agar sumer kwn2 CM dpt peluang ke sana, insyaAllah.

Raudhah...???? Kaabah...???
Tok sah cakap laa, CM pun tak puehhhh, dok teringat2 sampai sekarang.....rindu CM pada Mekah & Madinah tak hilang2

love-n-hate said...

Salam CM...

Bertuah CM dapat pergi... :) Seronok betul baca pengalaman CM dan tempat² yang CM pergi... :) teruja ada, nervous ada... yang penting... hati dup dap dup dap kat dalam ni... :)

Teringin nak pergi... insyaAllah!! Setuju ngan zara... CM tak riak... CM dah bagi inspiration untuk yang lain² pegi sana... :)

**nak pergi... tak balik² boleh??

cybernetics mind said...

love-n-hate...
Waa'laikumsalam love-n-hate

CM strongly advise....kalau love-n-hate ada rezeki & kelapangan, just go...di sana ada ketenangan, di sana ada kemanisan, di sana ada bibit-bibit keinsafan diri & off course di sana kita rasa amat hampir dengan PENCIPTA.....dets why ramai yg rasa macam love-n-hate....nak tinggal kat sana terus.... :)

kalau love-n-hate nk tahu, even ramai yang bersedia untuk mati di sana....I'm not joking.

Faisal Admar said...

alhamdulillah cm!
bangga sgt tgk cm dah pegi menunaikan umrah.
cantik gambar2 tuh cm :)
eeee sedap wo tamar segar tuh.. suka yg color kuning tuh.. kelat2 sikit :)

Azura said...

wAH... seronot betul dah berpeluang di jemput ke sana, saya masih lagik mencari arah tuju nak kesana

love-n-hate said...

Salam back CM...

kalau CM nak tahu... yang love-n-hate maksudkan... 'tinggal' terus yang sama la... :)

insyaAllah!

Mr. Azman said...

Assalamualaikum Utk Bro dan kengkawan Blogger Semua.

Ngeh..ngeh..ngeh... Bro jangan ar merajuk. Gua tak komen bukan sebab kecewa tak dapat jadik first comentor.

Sekarang ni tak dapat jadik first comentor pon, gua bleh coment panjang panjang. Tadek hal punya.

Cume sekembalinya bro ke tanah air ni, gua feel difference skit laa. Lu pon paham dengan gua kan. Behavior and Attitude selalu nak kene tuning. Lebih-lebih lagi bile nengok preview bro pada part 1 nih.

Jeles tak terkata. Bagi orang yang macam gua nih. Tah bile taun laa bleh ke sana. Insyaallah, semoga urusan dipermudahkan 1 persatu.

Bukan tadek niat dan hajat utk ke sana. Kalau boleh gua nak sempurnakan Haji untuk Aruah Ibunda gua dulu. Bila masenya tuh.. Blom tahu lagi. Gua just menyimpan niat.

Selepas tuh.. nak setelkan Haji untuk mak dan abah gua sekarang ni. Yang masih hidup dan masih mempunyai kesihatan yang memuaskan. Itu pon terpaksa KIV dulu. Sebab duit blom cukup.

Bukan tadek duit. Duit ade. Tapi macam gua bg tau tadi la.. nak kene setelkan urusan 1 persatu dulu.

Semoga Allah melimpahkan dan memurahkan rezeki untuk orang yang berniat beribadat ke Tanah Suci Mekah.

Perkara pertama yang gua nak tengok kalau gua pg sana:- Makam Rasulullah S.A.W lepas tuh gua nak berdiri kat tembok yang bleh nampak Jabal Uhud
dan kalau dibenarkan tegok 1 perkara lagi, gua nak tengok Batu Terapung <-- sure tau kesah Isra' Mi'raj. *Dengar citer kat batu tuh dah diletakkan tiang. Tapi still floating.

So bro... sebenarnya memang gua series cakap gua jeles sebab lu bleh pg sana. Gua tak tau bile lagi. Ade rezeki + Umur dan Kesihatan Mengizinkan... insyaallah gua akan kesana jugak. Cuma masa sajalah yang menentukan.

Salam Menyambut Kepulangan CM,
Kreuger®

cybernetics mind said...

faisal admar...
Faisal pun nanti akan dapat peluang tu jugak....insyaAllah

tamar fresh..??? yesss I really like it, manis + kelat2 skit, infact rasa cam ciku skit...sedapnya. yang Faisal cakap warna kuning tuh, banyak CM makan kat sana...sekotak khomsa riyal jer (5 riyal)

tapi sedey taw Faisal, CM bawak balik tamar fresh tu (yang warna merah bukan kuning yg Faisal cakap tuh) tapi sampai M'sia dah tak leh makan.....jadik masam. agaknya pasal perubahan cuaca kot & xceli jenis fresh tuh kena simpan dalam peti ais.

cybernetics mind said...

azura...
Salam perkenalan....ni orang baru kat akupunyalife.blogspot.com ni. takpun selama ni jadi silent reader jer.apa2 pun CM ucapkan selamat datang dan tima kasih kerana sudi menjengah "rumah" CM yang tak sesempurna mana ni..hehehe

talking bout peluang....semua orang ada peluang, setting niat betul2 dan berazamlah dengan bersungguh2....insyaAllah masanya akan tiba :)

cybernetics mind said...

love-n-hate...
Emmm.....CM pun dah agak dah, maksud love-n-hate yang sebenarnya tu.Tapi CM heran skit laaa, caner org yang tk pernah pergi macam love-n-hate ni pun ada feel yang camtuh erkkk.....ini sudah bagusss :)

Sesetengah org...bila nk tinggalkan M'sia macam2 dok pikir, pasal anak2 laa, pasal business laa, pasal ladang & estet laa dan macam2 lagi hal keduniaan tapi once dia dah berada di Tanah Suci, it all gone....dan kita cuma dok pikir tentang hubungan antara kita sebagai hamba dengan PENCIPTA jer....Itulah manisnya.... :)

cybernetics mind said...

azman a.k.a kreuger...
hahahah....baru aku sound skit terus takowt :P aku tk merajuk laaa but I keep on wandering pe hal ngko tk enterprem langsung dalam blog aku ni sejak dua menjak ni....tu jer.

rupa2nya ngko jeles ngan aku pasal aku boleh pegi ke "SANA". alahamdulillah, itu lah jeles yang dibenarkan dalam agama iaitu terasa cemburu orang lain membuat kebaikan atau ibadat.syukur kepada Allah kerana ngko dikurniakan perasaan jeles tuh...mudah2an rakan2 blogger lain pun dikurniakan Allah dengan perasaan "jeles" tuh.

aku tau, ngko adalah seorang anak yg cukup ada responsible terhadap family.....perghhh aku puji ngko lebey2 ni kang tinggi pulak traffic kat blog ngko...mana aci :)
setelkan hal ngko yang nak kawin tu dan hal2 family satu persatu, pehtu ngko pulak adjust camner ngko pulak nak pergi ke Tanah Suci. insyaAllah dari segi berkongsi pengalaman tentang hal2 di sana, tadek masalah boleh consult ngan aku :)

owhh...citer pasal "Batu Tergantung" dalam citer Israq Mikraj tuh...kita kena pergi Baitulmaqadis, Palestine ler. aku pun kalau ada peluang nak jugak pi sana - ke Baitulmaqdis, kiblat pertama sebelum Mekah. Masjid kat sana jadi rebutan ngan orang2 Yahudi Israel kononnya itulah tapak Haikal Sulaiman yang terletak di bawah tapak masjid tuh.

p/s: ngko don't worry, aku dah doakan depan Kaa'bah agar ngko pun dapat jadi "Tetamu Allah" gak satu hari nanti...tunggu jer

Aina@Azila said...

Subhanalah, menitik air mata saya baca entry ni...rindu sangat saya kat madinah. Thanks a lot CM for sharing with me.

Dah banyak perubahan since my last visit 2003 or 2004 (tak ingat).

Boleh saya tumpang kongsi cerita? Saya diceritakan bahawa darah para syuhada di Bukit Uhud tak berhenti mengalir. Meaning that their body still fresh.

Ceritanya lebih kurang begini Kononya, years ago, ada orang menggali di kawasan Perkuburan Syuhada Uhud tu. Alangkah terperanjatnya mereka dapati mayat2para syuhada Perang Uhud itu masih berdarah walaupun dah lebih seribu tahun. Sejak itu kawasan tersebut dipagarkan. Subhanallah....

Anysz Sengalnerdz said...

"Masyaallah....For so long we didn't know that Malaysia is one of the main exporter for Kurma"

haha kelaka plak rasenye.

Aniwae thanx la posting entry camnie..syahdu la tetibe..dah la aku ni degil gile..wuhuhuhu nk pegi sane..mintak ampun.. <--kes budak byk buat dose

tak sabo tunggu next entry ;D

razzi Rahman said...

I'll be waiting for your 2nd part. Nampak macam part 1 ni dah banyak sangat dah alkisahnya...

Apalah la pula kisah part2 ya..

Skullsplitter said...

Alhamdulillah.

Saudara CM telah selamat pergi dan pulang. Semoga segala amal ibadat dan niat yang disandarkan diredhai dalam setiap langkah perjalanan hidup, dalam setiap helaian nafas.

Terima Kasih kerana sudi berkongsi pengalaman, setidak-tidaknya memberi inspirasi kepada kami yang masih belum rasai nikmatnya berdamping dan menghampiriNya. InsyaAllah satu hari nanti, akan sampai juga saya kesana.

Assalamualaikum.

skullsplitter

cybernetics mind said...

aina@azila...
Tak ada lain yang dapat CM sumbangkan....hanya sekadar berkongsi apa yg sepatutnya kita kongsi bersama. Syukurlah, Allah telah gerakkan CM untuk berkongsi segala2nya dengan kalian semua...moga2 kita terus diberikan petunjuk dan hidayah oleh ALLAH.

Pasal cerita Para Syuhada tuh...memang CM pun ada dimaklumkan mengenai KESYAHIDAN Para Syuhada tuh...

cybernetics mind said...

anysz...
heheheh...jom jadik business partner aku bukak ladang kurma :)

timakasih kembali...memang CM buat entri ni nak bagi semua kawan2 CM shahdu dgn "KEBESARAN ALLAH"...

degil..???? nnti aku jumpa ngko siap ngko kena tarik telingan ngan aku....

ngko kira untung ler...muda2 dah ada peluang share menda2 camni...aku dulu tadek peluang2 neh :)

cybernetics mind said...

razzirahman...
tungguuuuuu....gambar2 Mekah sedang menanti....lagi laaa syahdu :)


skullsplitter....
terima kasih kembali wahai sahabat baruku ;)

thanks for ur first visit...is it??
takper no big deal....first timer ker...aper ker, itu sumer tadek masalah.u may come again...and please let it be alwizzzzz :)

memang dari "sana" lagi CM dah mohon dari Allah agar jadikanlah perkongsian pengalaman ini sebagai sesuatu yg bermanafaat dan dijadikan sumber inspirasi utk kenalan2 dan saudara mara CM sumer dan Alhamdulillah nampaknya ia berhasil :)

Aleeya said...

Canteknya keadaan di sana kan, saya sebelum ni pun hanya menatap gambar2 dari mak abah dan ahli keluarga lain yg sempat ke sana, ntah bila giliran saya ..sekiranya ade rezki, ingin sekali pergi menjejakkan kaki ke tanah suci tapi... tak mahu lagi kembali ke sini...:))

MiSZuE said...

cantiknye kt sane..bilelah dpt g nie..

cm sehat ke

Faisal Admar said...

owh ruginye cm... tapi mcm mana dorang jual di sungai petani dan alor setar banyak betul... mana dorang dapat yek?

loque said...

bro..
pegi umrah ek....
sy pon pergi umrah mase cuti 2 minggu tahun nie...
bro..
leh bagi email...
nak kongsi2 citer ngan kamu la bro...

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger