~:: Special Invitation ::~

Wednesday, July 16, 2008

Assalamualaikum fellow bloggers, kengkawan sumer. CM tau, ramai yang dah tertanya2 naper CM lambat hapdett kali ni, kan. Biasa laaa, xcuse yg cukup sinonim dgn kehidupan CM yg cukup hectic ni, pendek jer....BZ...ahaks.

So, kesempatan ini CM perlu bagitahu bahawa mulai 19 Julai 2008 ini CM akan "melarikan diri" buat seketika...emmm mungkin agak lama juga. Mungkin juga melebihi 2 minggu. Sebenarnya dalam posting2 sebelum ni dah banyak hint atau bunga2 mengenai pemergian CM ni, mungkin ada yang perasan dan mungkin juga ada yang tak perasaan. Di samping itu juga, ada dua tiga orang bloggers yg dah tahu mengenai hal ini....so yg tak tahu lagi tu jangan marah erkkk.

Antara hint yg CM pernah nyatakan dalam posting yg lepas ialah dalam posting bertajuk "Too Stressed To Think" - last sekali tu ada satu statement - "CM sebenarnya dalam proses akan "membawa diri" jauh dari rasa stress.....dan ini juga satu misi atau juga merupakan sebagai satu remedi dalam menangani stress" Begitu juga dengan posting bertajuk "Akhirnya" , "Lost & Found" dan "Tension Tapi Mesra" , semuanya ada hint...hehehehe

So, what it is all about....???

Gini ceritanya, CM telah mendapat "jemputan" istimewa untuk menjadi tetamu Allah iaitu untuk menunaikan Ibadat Umrah di Mekah....from 19 July to 2 August 2008. Pada CM, ini merupakan satu jemputan istimewa kerana bukan sumer orang yang mendapat "jemputan" ini. Ini bukan soal berkemampuan dari sudut kewangan atau tidak, tetapi lebih dari itu lagi. Pada CM, ini semua perencanaan dari Allah. Ramai yang berduit tetapi tidak "terpilih" oleh Allah. Terlampau ramai yang nak pergi tapi terhalang dengan pelbagai sebab dan musabab. Mengikut perancangan awal, ada lagi kaum kerabat CM nak turut serta dalam misi Ibadat Umrah ini, tapi atas konsep ini lah mereka tidak dapat bersama di atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Semoga mereka ini terus mendapat "jemputan-jemputan" Allah di masa2 hadapan, insyaallah.

So, CM tak akan melepaskan peluang yang telah diberikan ini dengan melaksanakan segala amal ibadat di Tanah Suci nanti dengan sebaik mungkin.....insyaallah.

Dalam kes ni, off course Allah telah menggerakkan hati CM untuk menerima "jemputan" ini dengan hati yang terbuka dan penuh rasa ketakwaan kepada Allah. It's not a small amount of money, and yet I choose to spend it wisely....dengan mengerjakan Ibadat Umrah. Ini kerja Allah. Mengikut aqal yang logik, macam2 boleh buat dengan sejumlah wang tersebut tetapi hati CM telah terbuka untuk menerima "pelawaan" untuk menjadi tetamu Allah ini.

Insyaallah, CM akan bersama2 my soulmate/my beloved wife and also both my parents dalam misi mengerjakan Ibadat Umrah kali ini. Bagi Mama & Abah CM, ini merupakan kali kedua mereka akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah selepas kali pertama mengerjakan Ibadat Haji beberapa tahun yang lepas.

Umumnya, kepada pengunjung2 setia akupunyalife.blogspot.com , sudah tentu dapat mengagak apakah antara misi utama CM ke Tanah Suci Mekah kan...???? Ini adalah antara usaha berterusan yang CM jalankan di atas dasar keyakinan kekuasaan dan kecintaan Allah ke atas hambaNYA dan CM cukup mengharapkan agar Allah memakbulkan doa-doa CM di sana nanti. Kepada yang masih tertanya2 apakah antara misi utama yang dimaksudkan itu, boleh merujuk kepada posting2 CM yang bertajuk "14 Jun 1997" dan "Happy Father's Day".

So, caner...??? Tahu dah kan, kenapa CM quite bz recently kan. Kengkadang bila free tuh, CM online gak, tapi tak berapa enterprem sangat pasal dok buat sedikit sebanyak persiapan fizikal dan juga kerohanian....maklumlah bukan nak gi makan angin tapi nak gi buat kerja ibadat.

Sedikit sebanyak on Ibadat Umrah :-
Firman Allah Yang Bermaksud
"...dan sempurnakanlah Ibadat Haji & Umrah kerana Allah S.W.T"



Rukun Umrah :
  1. Niat Ihram Umrah - "Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Dan Aku Berihram Dengannya Kerana Allah Taa'la"
  2. Tawaf
  3. Sa'ie
  4. Tahallul - Bercukur / Bergunting
  5. Tertib


Wajib Umrah :

  1. Niat Ihram Di Miqat (Miqat ialah sempadan atau titik permulaan bagi seseorang memulakan Ibadat Haji atau Umrah) - Miqat Qarnul Manazil, Miqat Tanaim, Miqat Jaaranah & Miqat Hudaibiyah.
  2. Meninggalkan segala larangan ihram.

Talbiyah :

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah, Hamba-Mu datang menyahut panggillan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu , Tuhan Yang Tidak Ada Sekutu Bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu tidak ada sekutu bagi-Mu"



...kena cucuk daaa, ikut rules WHO


dah siap sikit2 dahhh....


kain ihram...wajib ada



beberapa benda yang CM anggap penting :


  • Panduan Praktis Umrah & Ziarah...emmm kena gantung kat tengkuk ni
  • Travellers socket plug - kalau tk der ni haru pasal kat luar M'sia tak ada "three pin plug", kalau charge h/phone problem...gadget ni berupa converter atau adapter yg menukarkan dari 3 pin kepada 2 pin. Hehehehhe, dulu CM dah pernah kena problem ni, tu pasal yg tau.
  • Off course my Nikon Digi Cam, kalau tadek, emmmm nangis kot...ahaks
  • MP3 Digital Player / Recorder - penting untuk buat catatan/rakaman perjalanan, manalah tau kot2 balik nanti boleh buat Travelog pulak.

Kepada sumer, doakanlah agar CM dan crew selamat pergi dan balik dalam misi menunaikan Ibadat Umrah ini dan juga doakanlah agar CM dapat menyempurnakan Ibadat Umrah ini sebaik mungkin dan seterusnya mendapat keredhoaan dari Allah. Sebagai balasan, CM akan mendoakan di Mekah nanti agar kalian semua juga akan mendapat "special invitation" ini satu hari nanti...amin.

p/s : xceli CM nak buat entri pasal "reunion of batch 1990/1993 ITM Melaka" , tapi tak sempat laa pasal preparation banyak lagi yang nak kena buat. Rupanya projek Jejak Kasih yang CM buat melalui entri "Crew Members" telah membuahkan hasil di mana CM telah "bertemu" semula hampir semua kawan lama CM sewaktu di ITM Melaka dulu....syukur di atas pertolongan dari Yang Maha Esa. Kalau dilihat dalam entri tuh, tak banyak komennya, tapi CM tau, ramai sangat silent visitors [agaknya, kawan2 lama CM ni semuanya malu2 kot...] kerana melalui SiteMeter CM boleh detect heavy traffic dalam seminggu ni. Tak caya cer tengok graf kat bawah ni....hehehehe.

23 comments:

Razzi Rahman said...

Alamak jeles lah bro cam ni. Bestnyerrr pergi umrah, ramai sangat dah duk cerita kat sana memang best, feeling pun lain sangat...nak juga merasa, kan.

Anyway, all the best on your mission tu semuga Allah makbulkan doa-doa Cm. Untuk bro ni Cm tolong doakan jadi jutawan cukup lah kikikiki... doakan buku-buku bro menjadi best seller in Asia lah. Anything lah Cm :)

Also, kat sana boleh online gak Cm. CC pun ada hehehe...tapi mungkin Cm nak concentrate beramal. But ada gak waktu2 rehat kan. In case you get bored laa...

nadzunix said...

salams ...

wah bestnya pergi umrah ...
nadz belum ada rezeki lagi ...
insyaAllah kalau dapat seru mmg nak pi sangat sangat..

CM doakan lah agar terbuka rezeki nak kesana tuh ...
tengah menunggu rezeki yang satu ni dulu ... kalau ia mmg nadz punya..hah semua rezeki2 lain akan terbuka :)

Semoga apa yang CM harap dan doakan dimakbulkan Allah ....

Amin ~~

13may said...

Syukur...

selamat menunaikan umrah dan selamat beramal :)

cendawanintim said...

N3 bro dah banyak citer sumernya...

Saya senantiasa mendoakan yang terbaik untuk kawan2 semua, tak lupa dimana berada...

FOKUS pada tujuan utama...

Jaga diri.

Ryehanna said...

Salam..

oh..ini ke 'rahsia'nya? i see. syukur...i feel happy for you. semoga selamat menunaikan umrah!

and i hope ur duaa' will be granted. i'm sure u'll be a good father...

"a moment lasts all of a second but the memory lives on forever"

darlee_luv said...

~selamat menunaikan umrah yea~

semoga dapat menjalankan ibadah dengan tenang:)

Aleeya said...

Bestnya nak buat umrah, sy blom berkesempatan lagi, jgn lupa doakan sy ek, doa sy jadik kaya raya..ataupun jutawan, jgn lupa tawww, he he, semoga cm selamat pegi dan balik, selamat menunaikan umrah yer, take care..

cybernetics mind said...
This comment has been removed by the author.
cybernetics mind said...

razzi rahman...
emmm...tu lah pasal bro, lenkali kita setting lain pergi sama2 pulak, baru besttt :)

don't worry bro, CM akan sentiasa doakan kejayaan kawan2 sumer takk kira samada dunia atau akhirat...dua2 nk berjaya.

Bro, sebagai seorang blogger caner pun mesti nak online punya, so CM pun sudah semestinya kena cari CC kat sana...heheheh. Tapi tk leh laa online cam selalu, takut kepala hotak dok ingat blog sampai kesempurnaan ibadat terganggu pulak ;)

cybernetics mind said...

nadzunix...
jangan cakap tk der seru nadzz, masanya akan tiba nanti. yg penting setting betul2 niat kita, sure ada ruang yg Allah bagi, insyaallah.

...neway thanks atas segala ingatan

cybernetics mind said...

13may...
selamat selamat selamat may... :)

aku nk mintak hang tolong doakan agar aku dpt sempurnakan ibadat2aku kt sana errrkkk

-frens forever-

cybernetics mind said...

cendawanintim...
thanks krn benar2 memahami...
walaupun kita hanya bersahabat melalui blog tetapi sempadan "keintiman" dan "keakraban" tu cukup luas...heheheh

thanks again for your doa... :)

FOKUS jgn tak FOKUS :)

cybernetics mind said...

ryehanna...
heheheh...bukan nk rahsia apa2 pun cuma kebetulan si kreuger tu dah tau hal ni dah lama dah pasal dia dok rajin YM ngan CM...tu jer :)

...I will Anna, Insyaallah I'll be a good father... ;)

"a moment lasts all of a second but the memory lives on forever" ...wahhh trully insipred me...thanks again

cybernetics mind said...

darlee_luv...
tima kasih di atas segala ingatan, insyaallah CM akan menyempurnakan segala ibadat di sana sebaik mungkin :)

cybernetics mind said...

aleeya...
not to worry aleeya, satu hari nanti "special invitaion" tu akan tiba jugak...tunggu jer & pasang niat betul2...insyaallah Allah akan bagi jalannya...

uikss...nak kaya & jadik jutawan???
no problem, CM akan doakan aleeya "kaya" di dunia & akhirat :)

meo188 said...

bagus... doa2kn negara kita terus maju jaya.

love-n-hate said...

Salam CM...

Diharapkan selamat pergi dan pulang... :)

Selamat menunaikan ibadah Umrah! :)

MiSsZuE said...

hye cm lame x komen kt sini hehe..cm nk ke umrah ye..alhamdullillah dh sampi seru cm kan..btl2 bertuah...

rase seronok bile cm wat entry neh...semoga selamat mengerjakan amal ibadah kt sane ngn hati yg bersih...

zue doakan cm selamat pergi dn kembali..

take care

pearlEJ said...

Selamat pergi n selamat balik yer CM... semoga apa yg didoakan disana dimakbulkan Allah... :D

anysz sengalnerdz said...

eee bestnye..
takpe2 ader redzki aku pon nak pegi

btw nanti gie sane doakan aku lulus pekse*tetibe x malu..hikhik

shafa said...

Selamat menunaikan ibadah umrah..InsyaAllah kl rezeki saya akan kesana juga nanti...

Faisal Admar said...

salam cm,

tahniah cm kerana dapat mengerjakan ibadat umrah ni. lepas menunaikan umrah at least kalau nak gi tempat2 lain seperti eropah dan amerika dah boleh la :)

nanti jangna lupa update gambar2 di sana ye cm :)

PadliDotCom said...

Tiada tempat yang lebih mendamaikan selain di tanah suci. Ada sesuatu yang istimewa. Ketenangan yang tidak boleh diungkap dengan kata2. Nak rasa? Perlu alami sendiri.

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger