~:: Turun macam tak turun ::~

Monday, November 3, 2008

Baru ni kan, Kerajaan telah umumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter lagi berkuatkuasa 1 November 2008. Dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON97 telah dijual pada RM2.15 seliter. Nasib baik seari sebelum tu aku tk isi full tank, kalau tidak rugi woooo....hehehe

Tapi aku tengok kan...masyarakat M'sia ni cam tk amik hal pon dgn penurunan reger minyak ni dan tk rasa thankful pon pada Kerajaan. Tak caya tengok gambar yg aku capture tadi ni....sanggup bawak sawit guna kereta....kira nk save minyak ler ni.....2 in 1 , bawak org & bawak sawit. Naper erkkk...???

Xceli ari tu kan, tk silap aku masa berita di TV ada laa reporter RTM tu temuramah public berkenaan penurunan reger minyak tu. Terkejut aku...naper tetiber plak RTM ni jadi telus...??? Adakah editor tu telah tertidur masa buat kerja2 dia...??? Adakah benar stesen TV yg aku tengok tu stesen TV M'sia...??? Dalam 3 temuramah jalanan yg dibuat tu, nk tau apa jawapan yg telah diberikan...???

  1. " Turun reger minyak pon, tapi reger barang tk turun...so tk guna jugak "
  2. " Kalau dari dulu tk dinaikkan harga kan senang...Kerajaan patut turunkan harga minyak sehingga bawah RM2.00 "
  3. " Kesilapan telah dibuat.... "
So, statement dari 3 org ni jelas.....pada aku damage have been done, tu jer. Sekecik2 bihun sepeket dulu RM1.20 sekarang dah jadi RM1.95. Tu baru bihun...belum barang lain lagi.

Semalam pulak ada statement dalam TV dari Pak Menteri KPDNHEP, Datuk Shahril Abdul Samad yang mengatakan "satu mekanisme lain perlu dicari bagi menggantikan sistem pembayaran rebate RM625 yang diberikan kepada rakyat kerana bukan semua rakyat menerima atau suka pembayaran rebate ini ". Uiksss.....bila pulak ngko amik kisah suara rakyat.....???? Dulu masa naik reger minyak dari RM1.92 ke RM2.70 tk der plak ngko kata "Kerajaan akan memikirkan semula sama ada untuk menaikkan reger minyak atau tidak kerana aku dan Pak Lah jer yang suka kenaikan reger minyak ni sedangkan rakyat tak suka" Aku cukup pelik dan heran dengan tahap pemikiran Menteri2 Kabinet hari ni....bercakap seolah2 rakyat ni tak sekolah....ishhh


Pastikan suara kita "didengari", jangan hanya mementingkan diri sendiri dengan hanya membiarkan diri sendiri sahaja yang "mendengar".
Cybernetics Mind (7 Jun 2008)

9 comments:

papa-itam said...

Turun macam tak turun..tajuk entri ni sesuai dng jalan cerita nya...bagi pendapat aku kenaikkan harga minyak yg dibuat dulu terlalu cepat dan "sesat"...apa lagi maka berlumba-lumba la kenaikan harga barang penggunaan...sapa yg tanggung kita jugak...terutama orang-orang seperti aku(terasa tu beb)...la ni bila harga minyak dah turun pasai apa harga barang tak turun...waktu naik tak suruh naik cepat-cepat naik...karang dah turun pasai apa tak cepat2 turun...siapa kena suruh tu pun belum tentu turun

~dARlee zURiS~ said...

oh..biasalah tu
time naik harga..suma cepat2
tp time nak turun balik..
hah.tunggu lah smpi berjanggut
huhuu...

meo188 said...

inilah akibatnya bila pendapat bijak pandai tidak diterima. Duk pikir2 antara member2 politik je.

Macam xpenah belajar teori makroekonomi. Bila harga dah sampai kemuncak, ia akan turun.

Malah OPAC pun dah cakap ms time harga minyak dunia naik tu, harga masa minyak mahal tu bukan harga sebenar.

cybernetics mind said...

[ papa-itam ]
ni laa cara aku...kl aku tk pueh hati, aku xpress kt sini...lega rasanya. aku ada rasa empathy thdp org yg sengsara dgn kenaikan reger barang...mksud aku pd yg punya keluarga besar...sian sangat xspecially org kampung :(

cybernetics mind said...

[ darlee zuris ]
a'ah laaa....reger brg bila pulak nk turun2...tk kan nk harap GIANT & TESCO jer...??? what 'bout org kampung yg tk shopping kt GIANT & TESCO...????

cybernetics mind said...

[ meo188 ]
ye laaa MEO, aku ingat lagi Lect. Economics aku di USM yg pernah jadi salah sorang Penasihat Ekonomi Negara....dia kesal pihak Kerajaan tk "dengar" nasihat dia berkaitan beberapa isu ekonomi...habeh camno...nak harap saper lagi???

cybernetics mind said...
This comment has been removed by the author.
cendawanintim said...

ye la, time naik, naik mendadak...sampai kita naik minyak...

bila turun, turun sket2 plak..adehhhhh!!!!!

Aleeya said...

minyak dah turun, tapi rege brg tak turun2..hu hu

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger