~:: Part of my daily life..... ::~

Thursday, November 20, 2008

Tetiber jer tadi petang aku direquest utk jadi perasmi sebuah program anak angkat iaitu Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung & Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Bebudak ni terdiri daripada student2 lower six dari sebuah daerah dalam Negeri Perak.....manakala ibu bapa angkatnya pulak terdiri daripada masyarakat kampung. Jumlah pesertanya ialah 121 org manakala urusetianya seramai 15 orang. So mereka ni ditempatkan di rumah2 keluarga2 angkat masing2.

Belum lagi aku bertolak ke lokasi, tetiber plak ada sorang tok sarjan polis datang ke pejabat untuk berjumpa aku. "Uikkksss pehal plak polis nk jumpa aku ni....ada saman yg aku tk setel lagi ker...??" So, aku pon pelawa laaa polis tu masuk bilik aku. Tapi yg aku hangin skit....si polis ni tk reti bahasa ....ada ker opis aku yg berkapet tu nak dimasuk dgn kasut2nya sekali...apa bangang ker tak reti baca sign board kat luar tu. Kang aku soh tanggal calit Sarjan tu baru taw......heheheheh. Hangin aku bila si polis tu tanya aku plak "nak kena bukak kasut ker...???". Sib baik aku tk jawap....."bukan setakat kasut jer, nk bukak seluar pon boleh"...heheheheh. So, apa kesudahan citernya..???? Owwhhhh rupa2nya mamat polis ni bawak satu surat jemputan yg ditandatangani oleh salah seorang ASP yg mewakili Ketua Polis Daerah.

Isi kandungannya lebih kurang camni.....
Majlis Makan Malam Bersama YDH Ketua Polis Perak.....bla bla bla
Nak ajak aku dinner ngan Ketua Polis Negeri rupanya. Bila tgok tarikh dan waktu, rupa2nya malam ni, pukul 8 malam. Aduihhhhh, kejer yg satu lagi tu pon belum setel dah nak kena attend function ni pulak. So, kekdahnya....bila korang nampak jer entri ni maka kompem laaaa aku ponteng dari menghadiri majlis makan malam tu ...hahahaha. Bayangkan laaa, function kul 8 malam, gi balik travel 80km, leteh woooo. Aku bukannya ada driver pon....kalau ada driver tk pe laaa, boleh tidoq dalam keter.

Sambung citer yg aku kena gi rasmi program tu pulak. Haaaa, bila sebut jer rasmi, bukannya amik gunting pehtu potong riben terus. Ini jenis kena bagi ucapan....at the end baru cakap " dengan harapan itu, dengan lafas Bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan bla bla bla......Citernya tengahari tadi baru dapat short notice pasal program ni.....tup tup terus kena rasmi plak, mana laaa aku ada masa nk prepare speech ker hapa bender. Penyudahnya aku guna jer kekdah hantam saja laaa labuuuuuuu.....heheheheh, goreng jgn tk goreng. Alhamdulillah Allah dah kurniakan sedikit kelebihan pada aku bab cakap bercakap ni...ahaks. So, tadi aku mampu laa membuatkan audience ternganga skit dengan ucapan2 tadi....hehehehe. Satu lagi, tadi aku juga gunakan teknik berinteraksi dengan audience....aku mintak wakil peserta lelaki dan wanita datang ke stage untuk citer apa objektif program ni diadakan. So, kedua2 wakil tun pon goreng laaa, apa benda yg aku mintak tu. Aku cakap ngan audience tu kenapa aku tanya benda2 ni. Pada pihak peserta, aku punya reason supaya depa tahu tujuan dan fungsi depa dalam program ni dan pada audience lain plak aku punya reason supaya kita tahu kenapa peserta2 tu jadi anak2 angkat depa. Wokeh tak kepala hotak aku ni......at least aku dapat laaa curi masa speech aku tu dan speech aku tu nmpak cam hidup laa skit.....hahahahha. Bila aku guna tektik ni, mana ada org tidoq bila dengar ucapan aku......semua konsentret jer, takut kena tanya soklan lagi. At the end cam biasa laaa......

....dengan kata2 itu, dengan lafas Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Keluarga Angkat Dan Kemasyarakatan bagi Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional.....wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....

ni menda2 yg aku dapat masa rasmi program tadi, cenderahati program, beg, cap & t-shirt


p/s: harap2 tok polis tk hantar saman kat aku pasal tak attend dinner malam ni....hehehehe

3 comments:

Mr. Azman @ Kreuger said...

huhuhuhuh aku akan buat laporan
yang bro tak mo menghadiri majlis
tuh sebab nak send posting kat
blogger.com.. pas tuh kan...

pas tuh kan... die kutuk kutuk polis
tuh... miahahaha.... wooo... kiter
cakap kat die nanti.. muaahahaha~

Kreuger®

miezi said...

huhu..jgn risau
xde nye depa nak saman :)

Aleeya said...

part dpt cenderahati yg best tu hahahha, takde dpt lebey kerrrr

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger