Alhamdulillah, sehari dua ni cuaca pon agak okay.....bahang panas yg menyelubungi kita selama ni nampaknya telah kian hilang. Pada aku, sebenarnya Allah tu mendengar setiap rintihan hamba2NYA. Aku tengok pokok2 dan juga makhluk2 lain pon seolah2 menadah tangan mensyukuri nikmat Allah ini. Pada aku laa kan...banyak juga keseronokan yg berlaku bila musim2 hujan ni....kecuali benda2 yg berkait dgn bencana alam laa. Banjir2 tak mo laaa. Kalo tk pecaya cuba tanya org yg baru kawin....sure ramai yg suka musim2 hujan ni. Xceli aku pon tak berapa paham kenapa...tapi aku rasa laa kan mood tu yg mempengaruhi segalanya. Sebagai contoh laa kan...bila time2 tengahari panas tetiber kita tersangkut dlm kesesakan jalan...amacam..??? Itu jam kalu memang rasa nak marah org jer....betul tak??? Cam tu laaa, pada aku...iklim, temperature dan suasana persekitaran cukup memberikan kesan pada mood dan sikap kita. Sejuk air-cond tu lain laaa....tk macam sejuk yg ori macam sekarang ni.
Apa yg berlaku pada aku malam tadi tetiber membuatkan aku teringat balik apa yg pernah diceritakan oleh seorang Allahyarham sahabat aku. Sahabat aku ni agak berumur orgnya....kalau ikut umur dah macam bapak aku juga . Tapi cam aku ni kan, jenis tak memilih kawan....sapa2 pon boleh jadik kawan aku....tua muda no problem. So kat sini aku nak selit cerita tu utk tatapan semua. Sila gunakan kepala otak yg fresh dalam mentafsir cerita ni...ok. Dalam cerita ni aku namakan dia sebagai Mr. M
Satu malam tu, sambil2 aku, Mr. M dan sahabat lain dok menghirup teh tarik berlatar belakangkan bunyi katak2 yg sedang bergumbira menyambut hujan yg renyai2.....tetiber keluar la satu pengakuan berani dari Mr. M.
"Hujan2 ngan sejuk2 ni laa kan silap2 dalam semalam boleh 3 atau 4 kali"
"Biaq betoi dalam semalam 3 atau 4 kali"....dgan pantas aku respon
"Aihhh semalam saja 3 round"....Mr. M jawab balik
Memandangkan Mr. M tu dah tua orangnya [rasanya umur masa tu dalam lingkungan 65 kot] ...aku dan sahabat2 lain bertambah xcited nak tahu dengan lebih lanjut bab2 yang berkaitan dengan rahsia alam ni kan...heheheh, walaupun rasa antara percaya ngan tak percaya masih menyelubungi kami yg lain kerana Mr. M ni pon tak kurang hebat jugak loyar buruknya tu.
"Agak2 malam ni berapa kali pulak..?"...sahabat lain pulak cuba bertanya
"Mcm smlm jugak laa kot...tambah2 sejuk cam ni"...jawab Mr. M dgn selamba
"Apa rahsia sebenarnya..?".....tetiber keluar dari mulut seorang sahabat
Maka dengan penuh selambanya Mr. M menjawab :
"Bangkit tidoq, kencing 3, 4 kali semalam pon nak kena ada rahsia jugak kaaa.....????"
Hampehhhhhhhhhhh...mmg kami semua dah terkena dan terpedaya dengan imaginasi masing2 yg telah jauh melencong tu dek suasana persekitaran yg sejuk dan shahdu tu....aduihhhhhhhhhh.
Itu laa yg terjadi kat aku semalam, biasanya aku jarang bangkit malam utk ke toilet tapi semalam 2 kali. Mungkin kerana cuaca sejuk hujan semalam atau pon kesan dari apa yg aku minum semalam. Sebenarnya semalam aku minum air ni - ECPI. (klik kalau nk maklumat lanjut) Xceli aku pon tak tau apa kebaikan atau khasiat air ni tapi oleh kerana terlalu courious dgn air ECPI ni, aku pon beli laa sebotol (1.5Liter) semalam. Ni bukan promo erkkk, aku bukan agen ;)

Aku dengar ramai org dok minum ayaq ni....depa kata bagus sangat. Tu yg buat aku teruja nak minum tu. Setakat ni, tu laa kesan yg aku alami - 2 round...hehehehehe. Mungkin tu satu proses pembuangan toksik kot.
p/s: moral of the story :
- kepala otak kena firm, jgn dok senget memanjang pemikiran tu sampai boleh melencong dari topik asal...hehehe.
- jgn underestimate org tua tau....kita tak tau depa punya keupayaan macam mana...ahaks.
* Kepada sesiapa yg tgh bersusah payah nk berhenti merokok boleh cuba minum air ni dan buat xperimen ni...kononnya bila diletakkan rokok berdekatan dengan air ni, rokok akan jadik tak sedap. Perokok2 tegar sila buat kajian ni utk membuktikan kenyataan ni betul atau salah...heheheh







