Wednesday, April 8, 2009

~:: Inbox henpon burst ::~

gambar cilok dari - http://fairideation.files.wordpress.com/2008/07/spam.jpg

Semalam dan hari2 sebelumnya melambak2 SMS yg masuk...semuanya pasal exam yg aku sedang hadapi. Good luck laaa, bincang pasal study laaa, tanya baca apa laa dan paling klimaks dan soklan faveret.....esok topik apa yg keluar. Kalau boleh amik pekerja part-time...kompem aku amik, buat kejer tolong jawab SMS.

Semalam merupakan 1st paper aku. Exam dijalankan di Sekolah Menengah Yuk Choy. Ipoh. So, exam2 yg aku hadapi tahun ni......
  1. Race & Etnicity (07/4/2009)
  2. Industrialisation & Social Change (11/4/2009)
  3. Deviance, Conflict & Social Control (14/4/2009)
  4. Indigenous Etnography Of Malaysia (17/4/2009)
Bukan banyak pun....tapi malasnya nak study.........Allah saja yg tahu. Aku mohon sangat agar Allah lempar jauh sifat malas aku tu untuk kebaikan aku dunia dan akhirat.

So, utk paper yg pertama semalam....pada aku soklan2 yg disediakan oleh lecturer aku tu memang ok....yg tk ok nyer aku jer laa kot. Jenis soklan direct...tk yah pening2 nk menjawab. Haaa...bila lama tk menulis panjang, problem utama aku ialah...sakit tangan. Nak jawab 3 essay dalam masa 3 jam...aduihhhhh Allah saja yg tahu. Kalau laa boleh suruh org lain tolong tulis kat kita kan senang. Lecturer aku utk paper semalam tu ialah seorang lecturer yg agak glamer sejak kebelakangan ni...almost setiap ari kuar tv. Alaaa yg jadi Penganalisis Politik tu...Dr. Sivamurugan Pandian tu. Tu laaa Tok Guru aku utk paper yg aku amik semalam tu. Berdasarkan pemerhatian aku, boleh kata semua pihak yg senang dengan cara dia berhujah...dia cukup rasional dan tk menyebelahi mana2 pihak. Kalau sapa2 nak tahu detail secara akademik tentang 13 Mei, boleh jumpa dia...dia memang pakar. Setahu aku thesis dia dulu [aku tk sure thesis Masters or PhD] dia buat tajuk on 13 Mei.

Semalam pulak...ada agenda penting utk negara iaitu 3 Pilihanraya Kecil iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Tapi pada aku yg paling mencuri tumpuan hampir keseluruhan rakyat Malaysia ialah kerusi Parlimen Bukit Gantang. Dengan aku2 sekali yg kena tempias bahangnya. Aku mendapat pelbagai SMS dari seluruh negara sama ada bertanyakan ttg keadaan di Bukit Gantang atau memberikan maklumat terkini kepada aku tentang apa yg sedang berlaku di Bukit Gantang.

So, apa lagi...dah laaa inbox aku penuh time2 exam ni dgn hal2 yg berkaitan dgn exam...ditambah pulak dgn hal Bukit Gantang...mana tk burst atau crash aku punya inbox tu. Macam2 SMS yg aku terima sampai keputusan pilihanraya Bukit Bendera aku dapat sekali...aduihhhh ini ND cousin aku punya kerja. Ni kes boring tahap gaban ler ni...hehehehe. Sampai tengah malam beb...tk tahan aku jenuh dok mendelete mesej2 lama.

Kepada yang menang tahniah aku ucapkan dan selamat bertugas kepada rakyat, kepada yg kalah cubalah di lain kali punya pilihanraya pulak dan cuba kaji betul2 punca kekalahan tanpa menuding jari kepada pihak lawan. [Jangan laaa kalau dah tk dapat score goal...kita nak salahkan tiang gol tu perlu dicat baru....fikir2 kan]

Yang bermasam2 muka, ceria2kan lah hidup anda kembali. Yang bersengketa, kembalilah bernaung di bawah nur ISLAM. Yang berhutang dengan petugas2 pilihanraya........sila jelaskan hutang2 anda....hahahhahaha. Aku sebut bab elaun petugas ni pasal tiba2 aku teringat cerita semalam. Semalam kat satu kedai tomyam aku terdengar perbincangan budak2 muda UMNO. Jangan tanya macam mana aku tau depa UMNO walaupun aku tk tengok kad keahlian UMNO depa. Depa dok bincang pasal duit. Dialognya lebih kurang cam ni "Kita dok susah payah bagi nama kita dan dok sebok kerja....depa yg tak bagi nama pulak yg dapat". Rata2nya perbualan kumpulan budak2 UMNO ni semua berkisar ttg DUIT...tk dak pon yg sentuh soal post-mortem akibat kekalahan atau perubahan yg seharusnya dilakukan. Inilah realiti yg seharusnya diberikan perhatian khusus oleh PM kita yg baru. Cuba buat perubahan dengan tidak mengaitkan perjuangan dengan DUIT.

7 comments:

Myza Pesona said...

Henpon punya inbox burst tak pe! jangan sampai your brain burst pulak nanti sbb jawab soalan final exam! Good luck n all the best!

Cybernetics Mind said...

[ Myza Pesona ]
Tenkiu tenkiu...

So far brain tk burst...tapi tangan ni haaa...cam nk tercabut jer dok mnjawab exam semalam

A.I.Z.A.T said...

gudluck cybernetic..
bile nak dtg kl?
ble gathering ngan kreuger..
hehehhehe

Meooo Comicore Club said...

hahahaha... syabas YB Nizar.

cendawanintim said...

asben saya dah buat penangguhan paper exam semalam, tak bersedia nak jawab exam katanya...dah nak abis sem nih, makin culas pulak nampaknyer!

Unknown said...

pergh panjang giler. aku mintak hampon semenjak dua menjak ni aku dalam keadaan tertekan sebab banyak kijer. maklum le nak annual internal audit. semua perkara nak kene count and edit. biase la kalau ragam store ni, macam ni la...

so paperwork mujur le aku dah buat sikit sikit sementara nak menunggu tarikh audit besar besaran pada 13/04/2009.

ape ape pon... aku ucapkan semoga bro berjaya dalam subject yang di ambik (*macam skolah plak).

ok ar bro aku tak mampu nak komen pepanjang, since selagi aku tak langsai kan audit aku ni.. banyak perkara nak kene pikir. nanti kalau bro free... jangan lupe le join contest aku ok...

expired date pada:- 17/04/2009.

P/S:- aku nak tau gak macam mane kite start kenai... kekkekek.. kompom klakar~

thanks~

Marzalina said...

CM...selamat ler semuanya yer hehehe..eh, nanti final exam CM wat kat ner..pusat exam kat perak ke?

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...