Semalam merupakan cuti umum bagi Negeri Perak setelah YAB MB telah mengistiharkannya pada hari Jumaat lepas. Ianya adalah bersempena sambutan Jubli Perak (25 tahun) pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan.
Memandangkan aku ni sukar mencari ruang masa, so semalam aku amik keputusan nak jumpa ngan salah seorang sahabat aku, Azlina….berkenaan project paper yg terpaksa aku setelkan dalam bulan April ni. Kawan aku ni macam aku gak…sibukkkkk memanjang tapi aku rasa dia lagi sibuk dari aku kot pasal kejer dia tk terbatas hanya di dalam Perak jer tapi satu Malaya dia pusing…hehehe. Okey…seperti yg dijadualkan, pukul 2.30 ptg aku janji nk jumpa dia di Restoran Mee Rebus Ramlee…. Jalan Tasik (haa…kedai ni kira terkenal gak le di kalangan org2 kat Perak, xpecially Ipoh). So, lebey kurang pukul 2.45 aku pon jumpa laa ngan kawan aku ni. Xceli, walopun mee rebus kat situ sedap tapi kami bertiga hanya minum sahaja pasal masing2 dah kenyang.
Aku kat situ tk lama pon, lebih kurang 30 minit kami pon amik keputusan nak belah pasal aku ngan Sue banyak lagi rancangan cuti2 M’sia nyer…ahaks. Bila jer aku nak masuk keter, alangkah terkezutnya aku….cermin tingkap belakang sebelah kanan telah dipecahkan.
Aduihhhh sedey beb…satu beg kamera yg mengandungi 2 buah kamera, external flash dan juga peralatan2 yg berkaitan telah hilang. DSLR Canon EOS 1000D tu baru sebulan aku beli, RM2,100…tak abis godek lagi pon. Gambar2 yg aku amik pon aku tk sempat nk taruh dalam blog ni lagi. Digicam Nikon 5.5 m/pixel jenis compact plak Sue punya, aku boh sekali dalam beg tu dan yg paling sadis external flash / speed light CyberTik DF MZ45 tu aku baru beli ari Isnin, baru guna tak sampai 24 jam. Walaupun third party punya flash (meaning tk sama brand ngan aku punya DSLR) tapi pada aku memang best dia punya function...antaranya, automatic motor zoom control, wireless slave function, bounced and swiveled flash dan banyak lagi. Lagipon aku tk sanggup laa nak beli Canon punya flash pasal mahal sangat….RM1000 lebih, yg aku beli semalam tu cuma RM530. Tapi duit tetap duit beb…hancusss aku. Aku beli flash tu ari Isnin dengan Hazman…seorang kawan aku yg lebih awal menjinakkan diri ke alam DSLR & dia pun tumpang simpati di atas insiden yg menimpa aku semalam. Dia laaa yg suruh aku tulis citer ni dalam blog. Nah amik...hang baca laa puas2.
Sapa laa yg tak terkilan...barang hilang...keter hancusss, tapi aku tetiber tingat balik apa yg dimaklumkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Harun Din Al-Hafiz dalam Executive Talk ari Isnin ari tu...bahawa sebagai insan kita tidak akan terlepas dari ujian Allah...sama ada ujian tu kecik atau besar. So...as a remedy, aku tetiber rasa legaaaaa sangat bila aku rasakan bahawa apa yg aku hadapi semalam cuma dalam kategori kecikkkkk jer jika dibandingkan dengan apa yg telah berlaku ke atas saudara2 aku di Palestin tu. Sabor bebanyak Yop, ada hikmah yg Allah nak bagi tu...cuma kita jer yg tak perasan kot. Memang dah nak jadi cerita....biasanya memang aku tak pernah tinggal pun beg kamera aku tu dalam kereta walaupun sekejap...ari ni aku boleh lupa plak tinggal beg tu kat bawah tempat letak kaki sebelah belakang tu. Memang salah aku.....siapa pun aku tk boleh salahkan.....yg malaun pencuri tu tok sah cakap laa, memang dah jadi kejer dia.
Tinggal kotak jer.... :(
Pasal cermin keter tu...semalam tk leh nak setel lagi, kedai banyak tutup, so ari ni laa baru boleh nak pasang cermin baru. Duit lagi tu...ada saper2 nak sponsor...?
p/s: blog ni diupdate tepi padang.....di salah sebuah kawasan perumahan di Ipoh... sapa punya WIFI aku tumpang ntah.







