Saturday, January 31, 2009

~:: BLOG.....tetap relevan ::~

Pertamanya, aku mintak maap pasal lama tk menulis apa2 entri di sini walopun banyak perkara yg terbuku di hati terpaksa berkubur begitu sahaja tanpa didokumentasikan di sini. Ada beberapa sebab....antaranya bila cuti panjang skit, biasa laa aku yg tk ada wireless broadband sentiasa berada di luar "kawasan liputan". Yang keduanya bila mula masuk kejer, keadaan agak bz...masa utk blog agak terhad dan yang ketiganya, bila dah mula free untuk blog, lappy ni pulak ada masalah...diserang oleh SPYWARE dan MALWARE sampai nk wat kejer apa pun tak boleh, macam2 pop-up pasal free scanning yg keluar setiap saat. Pada mulanya, aku cuba mintak bantuan dari Kreuger, kot2 boleh setel masalah ini tapi oleh kerana keadaan yg begitu kronik telah menyebabkan komunikasi aku dan Kreuger melalui YM tergugat....YM pun problem gak bila aku nak hantar senarai msconfig yg telah aku printscreen menghadapi kegagalan. Neway...thanks Kreuger....ngko dah cuba sedaya upaya nk tolong aku. Akhirnya malam tadi baru sihat lappy aku ni lepas dirawat oleh SPYBOT- Search & Destroy sebuah program anti-spyware. Kalau nak try boleh download kat SINI.

Dalam seminggu ni kan, banyak sangat cerita2 sensasi yg berlaku di Perak ni, kebanyakannya cerita2 yg berkisar topik politik. Walaupun kat sini tak ada P/raya Kecil macam kat Trengganu baru2 ni tapi nampaknya kehangatan dan momentum di Trengganu tu dah sampai ke sini. Tanpa berlakunya P/raya kecil Kerajaan Negeri Perak telah berjaya mendapat seorang ADUN "baru". Nampaknya kedua-dua pihak iaitu pihak Barisan Nasional mahupun pihak Pakatan Rakyat tak perlu bersusah payah nak berkempen atau berbelanja besar untuk adakan P/raya Kecil. Kita perlu ingat bahawa bila diadakan P/raya Kecil, duit rakyat lah yang banyak digunakan.

Namun apa yg menimbulkan persoalan sekarang adalah dari sudut maklumat dari pihak Media Arus Perdana seperti TV dan juga akhbar yg seolah2 tidak lagi relevan dalam menyampaikan maklumat dengan tepat, sehinggakan apa yg dilaporkan oleh pihak2 tersebut dari segi realitinya adalah di sebaliknya. Sebagai contoh, cerita pasal ADUN Bota, Dato' Nasarudin Hashim seolah2 sepi di dada akhbar mahupun di kaca TV pada peringkat awalnya, walaupun cerita2 tersebut telah mendapat liputan penuh dari kalangan blogger di seluruh tanahair. Bila cerita2 tersebut dah hampir2 "basi" barulah Media Arus Perdana ini buat liputan. Kita perlu ingat bahawa kita hari ini berhadapan dengan zaman ledakan maklumat, siapa yg dapat maklumat awal akan dianggap hebat. Begitu juga dengan cerita pasal mantan MB Perak iaitu Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yg meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak....kenapa baru hari Khamis lepas Berita Harian dan TV3 melaporkan berita ini sedangkan berita mengenai penyerahan surat perletakan jawatan tersebut kepada TPM pada petang Isnin yang lalu telah diketahui umum oleh komuniti blogger / internet.

Ok...hari ini kalo kita tengok program2 TV, seolah2 tak ada ketelusan di situ. Malah dalam rancangan2 yg melibatkan sembang2, bual bicara sesama pengacara dengan para-para panel jemputan itu nampak seperti sandiwara yang di 'fix' kan untuk memberi gambaran seperti seolah-olah secara sepontan. Begitu juga apabila pihak TV apabila menunjukkan sesuatu temubual orang awam di jalanan kononnya untuk mendapat feedback yang sepontan.... padahal semuanya adalah 'fix' atau mengikut 'text' atau 'skrip' yang di sediakan oleh pihak TV atau program terbabit sendiri. Ingat masyarakat hari ini tidak boleh tahu atau 'hidu' betapa 'artificial'nya seseorang apabila di tanya akan sesuatu. Sesetengah dari mereka tu nampak lembab semasa menjawab soalan kerana sedang memberi tumpuan pada 'text' atau 'skrip' yang tak begitu jelas bagi pandangan untuk dibaca. Yang paling kantoi pernah aku perasan adalah bila ada satu temubual jalanan oleh sebuah stesen TV di mana yg ditemubual hanya tunduk membaca dan kedengaran pegang kertas yg ditiup angin. Apa ni...biar la realistik skit. Bila kita perasan dengan perilaku yg bersifat pembohongan ni, apa yg boleh kita lakukan ialah melahirkan kekecewaan sorang2 di rumah.....kerana TV atau pun akhbar merupakan satu bentuk penyampaian maklumat satu hala. Berbeza dengan media siber melalui blog atau laman2 web yg lebih bersifat two way communication yg mana setiap tulisan atau entri kita berhak untuk mendapat sebarang komen atau teguran samaada yang bersifat konstruktif mahupun yg bersifat destruktif.....freedom is there.

Sedar tak sedar kita hari ini sedang berhadapan dengan krisis maklumat dan ianya jelas bertentangan dengan arus ledakan maklumat yg terpaksa kita hadapi sekarang. Masyarakat tidak seharusnya disajikan dengan cerita2 basi yg boleh membuatkan masyarakat berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap pihak media arus perdana. Mungkin antara peranan media arus perdana ini adalah sebagai alat propaganda pihak Kerajaan memerintah tetapi sekiranya ianya diperlakukan secara keterlaluan, peranan utamanya sebagai wadah maklumat rakyat akan musnah. Penyudahnya...rakyat yg rugi kerana ketinggalan dalam segala bentuk maklumat.

Mungkin entri aku kali ini nampak gayanya macam serius dan akademik skit tapi itulah hakikat yag terpaksa kita hadapi sebagai seorang blogger yg sentiasa menyalurkan maklumat samaada bertujuan untuk perkongsian maklumat mahupun luahan hati yang berbentuk peribadi. Kita tak sedar sebenarnya apa yg tertulis dalam setiap entri akan dianggap benar dan jujur oleh setiap pembaca kita samaada pembaca yang kita kenali mahupun silent reader yang sering mengunjungi blog kita. Aku sendiri sedar di luar sana ramai silent reader yang meniliti setiap penulisan kita hinggakan dapat membuat analisis sendiri terhadap setiap penulisan kita. Oleh kerana itu, pesanan dari aku...teruskanlah menjadi penulis blog yg jujur walaupun penulisan kita itu ada kalanya hanya berbentuk luahan untuk diri kita sendiri kerana di luar sana pembaca2 blog tetap menganggap apa yg ditulis itu sebagai satu penulisan yg penuh dengan kejujuran dan keikhlasan....and they really enjoyed reading our entries. Ingatlah dengan menjadi seorang penulis blog yg mempunyai etika, banyak maklumat yang lebih telus, terang lagi munasabah yang dapat mempengaruhi ramai bilangan rakyat Malaysia yang "computer/internet savvy" sekarang ini.

"Jadilah penyebar maklumat yang beretika"

6 comments:

Meooo Comicore Club said...

yup. releven and growing bebeh!!!

Myza Pesona said...

Betul, betul, betul! Itu sahaja yang saya boleh kata! But what you've written is true! The whole truth, nothing but the truth!

cendawanintim said...

seb baik letak link tu...tak ingat dah nak donlot!

yer...yer..betul tu..jadilah penulis blog yang beretika gitu...

BLOG PEACE!

Unknown said...

yaaa ammpooonnn....
aku pon tak tau mane nak mencelah
topik ni... semua dah abis diluahkan
sepenuh jiwe dah rage, miahaha~

cume bleh menyampok bab maklumat
dan media masa kite.

huhuhu... memang lambat dan tak
efficien. mane tak nye... semua tuh
nak kene dapat kelulusan dan nak
tapis pakai penapis mineral water
baru le sesuatu citer tuh sampai
ke pengetahuan masyarakat.

orang skang ni dah tak heran dengan
maklumat TV. Depa lebih pecaya
apa yang orang sampaikan kat BLOG.

Jadi... nkorang yang membuat blog
mengenai keadaan semasa, jangan
la bertindak sembarangan dan jangan
cube memutarbelitkan fakta.

sekiranya nkorang rase perkara
yang nak nkorang bawak tuh akan
menimbulkan kontroversi kelak,
aku nasihatkan nkorang sediakan
gambar sebagai backup nkorang.

jangan main tarukkkk jer tapi bukti
tadek... kalau orang nak percaya
pon sangsi. Tapi bile dah mendapat
kepercayaan dari kalangan pembaca
jangan pulak nkorang terpengaruh
dengan manipulasi media kite skang

lahirkan la satu entri yang betoi
betoi membawa makna kepada
perubahan maklumat masa kini.
Jangan nkorang dengan stesen tv pon
2x5... tak bleh macam tuh.

munkin risiko nye ade... sebab
nkorang mendedahkan sesuatu
maklumat sulit secara rasmi dan
ianya boleh didakwa atas akta
keselamatan dalam negeri.

jadi awasilah penggunaan ayat
mase nkorang nak release real true
story about our country.

terima kasih pengerusi majlis.
saya dengan ini menyerahkan kembali
mekropon ni pada yang berbahagia
pengerusi majlis... dan saya
sudahi dengan Wassalam...

AzmanIshak.Com

Luth Textile said...

urm.. biasalah
media berat sebelah..
btw,kita tunggu masa dan ketika yang akan berlaku pada negeri Perak..

Ryehanna said...

errr... xreti nak mengomen bnda2 cmni...
heheh

anyway, peace!

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...