Thursday, January 22, 2009

~:: Hilang akal kot ::~

Aku pun tk tau nk story camner lagi, tapi sampai ari ni isu ni masih panas dibicarakan oleh masyarakat Malaysia khususnya yang bergelar Penjawat Awam dari negeri Perak. Xceli entri ni aku nk post petang semalam lagi tetapi oleh kerana line tenet telah dilingkupkan digodek2 oleh pekerja2 TM, maka ari ni baru dapat disempurnakan.

Aku pon tk tau apa yg depa buat kat kotak kat tepi jalan dari petang sampai ke malam semalam. Apa kejadah namanya kotak tu, aku pon tak sure...sub station TM kot.

Masa aku dok taip ni pon, marah aku terhadap seorang menteri yang tak berportfolio belum nampak lagi redanya.[kdg2 org kampung sebelah Bota & Parit sebut - menteri tk berpelio....heheheh]. Sebelum baca dengan selanjutnya, aku mintak kasik clear kepala otak masing2 supaya elemen2 politik tk masuk bila dok baca entri aku yg agak panas ni. Kalau masih karat dengan elemen politik, aku mintak mana2 pembaca klik jer kat tanda X kat sebelah atas kanan tu. Bukan apa, aku tk suka sapa2 pon melabel aku dengan mana2 parti politik. Aku xpresskan apa yg ada dalam diri aku bukan kerana elemen2 parti politik tetapi atas sifat diri aku yg masih menggunakan kewarasan aqal yang Allah kurniakan.

Orang yg aku maksudkan tu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kalau nak dapat cerita penuh, sila rujuk Berita Harian m/surat 7 atau Harian Metro m/surat 2....21 Januari 2009....tk pon klik sini.
Ok laaa...citernya cam ni. Baru2 ni mamat ni telah keluarkan satu statement yg mengatakan "Ketua Jabatan Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri Perak Dilarang Menghadiri Mesyuarat Rasmi Anjuran Kerajaan Negeri Perak" "Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap Mereka yang Engkar" Ini semua statement yg tk guna kepala otak. Sedarlah sikit.....hang tu baru balik dari buat Haji di Mekah. Kalau antara Kerajaan Negeri, Jabatan-Jabatan dan Kementerian pun dah tak boleh duduk bersama atau coordinate untuk beri perkhidmatan pada rakyat....hancur laaa negara. Ini adalah bertentangan dengan prinsip federalisme seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Federalisme diasaskan kepada kewujudan dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang mempunyai bidangkuasa dan hak masing-masing serta saling bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Apa guna ada title Dr...apa guna jadi Menteri kalau benda simple macam ni pon tak boleh fikir dengan rasional.

Satu lagi statement "Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.


Pengerusi JKKK dilantik dan diperkenankan oleh Kerajaan Negeri Perak setelah dipilih oleh rakyat melalui Pemilihan Ketua-Ketua Kampung yang dijalankan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah (DO), manakala Penghulu merupakan seorang penjawat awam (Pegawai Kerajaan) yang dilantik oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bertanggungjawab sebagai seorang pentadbir mukim yang terdapat dalam sesebuah daerah.


Kalau Zahid Hamidi ada depan aku, aku akan tanya dia "sepanjang hidup Datuk, pernah tak Datuk mendapatkan perkhidmatan dari mana2 Institusi Penghulu ?" Aku berani jamin , jawapannya mesti laa pernah. Hang masuk Sekolah Izuddin Shah dulu ada tak mintak sign Penghulu...??? Kalau Penghulu tak menjadi saksi untuk apa2 perjanjian sama ada antara MARA atau JPA....tok sah harap laa hang nak masuk Universiti Malaya dulu. Don't tell me that u're using your own money for that purpose. Benda2 camtu wakil rakyat pon jarang buat pasal realitinya Penghulu lebih dekat di hati masyarakat berbanding wakil rakyat.

Kalau kita cuba rentasi sejarah kita akan lebih memahami bahawa Institusi Penghulu merupakan satu institusi yg unik di mana kewujudannya telah bermula sejak zaman kesultanan lagi di mana institusi ini bernaung di bawah Sultan yang juga merupakan tunggak Raja-Raja Melayu . So...bukankah tindakan Zahid Hamidi yang tidak mengiktiraf institusi ini boleh disifatkan sebagai satu penghinaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Pada aku statement2 yg dibuat ni akan back fired dia sendiri. Rakyat hari ini makin bijak menggunakan aqal....boleh menilai apa yang rasional dan apa yang bodoh. Kalau dulu, apa sahaja yang disebut oleh Menteri akan dianggap betul atau perfect, tapi hari ini......mungkin tidak. Kalau dulu dengan cara ini mereka boleh menekan Penjawat2 Awam untuk menyokong mereka tapi hari ini mungkin tindakan ini akan menyebabkan Penjawat2 Awam menjauhkan mereka. So....bapak2 menteri di luar sana.....watch out kerana anda sentiasa diperhatikan oleh rakyat.

10 comments:

Myza Pesona said...

Melayu mudah lupa! Mungkin masa dulu dia tak perlukan semua tu!That's why dia boleh buat macam tu!

cendawanintim said...

Sindrom andrapous udah bermula tu..!

Meooo Comicore Club said...

cantiklah gitu, org melayu duk gaduh sesama sendiri. Kaum lain duk sapu dan rampas tanah org melayu di perak tue. Sye malu yop!

Sye marah juge yob!!!

Cybernetics Mind said...

[ Myza Pesona ]
tu la pasal...
bila dh dok kat atas
lupa yg dulu pernah
dok di bawah...

ni laaa antara dilema
yg juga dihadapi oleh guru2
bila dah berjaya lupa jasa guru
ehhh...apa aku merepek ni :)

Cybernetics Mind said...

[ cendawanintim ]
haaaa...
tau tk per...
tunggu laa musibahnya nnti...
agaknya nk jadi cam Khir Toyo kot,
yg bagi PENYAPU pada salah seorang
YDP Pihak Berkuasa Tempatan....
alih2....dia yg kena "sapu" :)

Cybernetics Mind said...

[ meo188 ]
tu laa meo,
org lain yg bergaduh
org lain plak
yg jadi mangsa
huhuhuhu :(

Unknown said...

alamak... weh sesape tolong
panggil bommbe... Rambut CM dah
terbakar abis dah... kekekekeke...

*jangan memarah bro... karang
makin nipis lapisan ozon. :D

bro ni kalau marah, abis semua kesah
skolah orang pon die hungket..
muahaha...

tapi kalau orang tak reti nak
hargai jasa dan pengorbanan orang
lain tak bleh gak kan??? kalau aku
pon hangin...

tuh la bak kate orang:-
"Lembu punya susu, Cap Teko
dapat name"


So nak label ape dato' tuh?
tak kenang budi or what?

Cakap pasal dato'... kemarin aku
kene hantaq barang dato'. Memula
aku dah call die ade delivery
untuk die dan staff die... so die
pesan kat aku utk antar kat
Royal Selangor Club... so aku antar
la... lepas tu die call... suh
hantar barang die jer... yang lain
untuk staff die tuh... die suh
aku collect balik... bodoh betoi..
aku time tuh dah ade kat subang
utk next delivery...

ah p mampos laa die... maybe hari
ni... member aku sorang lagi setel
kan kot... itupon kalau die rajin.
Kalau tak... lantak la burok barang
untuk staff die... dah tolong...
banyak cengkadak plak.. dah laa
skupang pon tak hulur...
*penat ma drive dari KL pusing
pusing carik alamat dato' puake ni.

Sengal tak abes~

Anonymous said...

Salam CM

Isu yg menarik. I komen tanpa ada agenda politik..and my opinion is:

Sesiapa pun yg berkuasa tetapi lupa dan alpa pada amanah dek kerana menjunjung kuat pegangan parti dan pemimpin yang tidak begitu kukuh hala tujunya dalam mencorak langkah kepimpinan, maka orang itulah yang merugikan diri dan bangsa sebab orang itulah yang sebenarnya dalang kepada perpecahan ummah.

Lucu sebab apabila mengerjakan haji dan umrah, sama-sama memakai ihram serba putih, sama-sama mengelilingi Kaabah dan beramal ibadah kepada Tuhan Yang Satu. Tiada beza pun disisi Pencipta. Tetapi berbeza disisi Yang (kononnya) Berkuasa di muka bumi ini.

Inilah yg dikatakan ________ (sila isi tempat kosong mengikut citarasa sendiri)

l.i.f.e said...

hhhmmm...dia tak ingat tu agaknya. cuba la ingat2 kan ke dia semula.
masa2 gini lah nak praktikkan apa yg awak belajar dulu tu ye tak? :D

~sPeEkYgUrLz~ said...

kotak yang team TM dok baiki 2 namanya kabinet..bukn sub station...klo xde kotak 2 xde la line tenet ..streamyx..

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...