~:: USM...aku datang lagi ::~

Wednesday, November 26, 2008

Kali ni merupakan kali ke empat aku dikehendaki untuk menghadiri program Kursus Intensif kat USM....maknanya kali penghabisan aku bertandang ke USM bagi tujuan ni.....Insyaallah bulan 8 tahun depan aku konvo....heheheh. Seronok tu seronok gak, tapi sedey pon sedey gak pasal lepas ni aku dah tak boleh dok lama2 kat USM macam ni dah. Memang setiap hujung tahun, 3 minggu aku dok kat sini sebagai syarat aku study kat sini. Pasni tak der laa lagi peluang aku nak dapat CTR (cuti tanpa rekod) tiap2 tahun...hehhehe.

Tu laaa.....dulu2 lepas abis Diploma, malehh nak studi konon.....dah tk sabor2 nak kejer. Maka jadi laaa cam ni, dah umo 36 baru nak abis amik Degree. Tapi kan....bila aku compare dgn student2 yg sepengajian ngan aku kat sini, aku ni consider yang sedang2 sajaaaa....pasalnya ramai yang lebih berusia dari aku okeh....jangan terkejut, yg dah pencen pon ada dok studi ngan aku ni. Pada depa ni hanya nak kan kepuasan diri jer...tk lebih dari itu.

So, dalam hal aku ni, aku cuma ada few subjek lagi yg perlu disetelkan iaitu :
  1. Indigenous Etnography Of Malaysia.
  2. Industrialisation & Social Change
  3. Race & Etnicity
  4. Deviance, Conflict & Social Control
  5. Selected Social Issues - Thesis
Xceli, entri ni aku nk publish semalam, tapi apa kan daya aku punya lap top tak boleh access WIFI USMHotspot kat desasiswa aku ni . Lepas aku hantar lap top aku ke Jabatan IT pagi tadi, rupanya ada problem ngan setting kat lap top aku tu.

Semalam aku cadang memula tu nk bertolak awal dari rumah, tapi oleh kerana few things kena setel dulu....so cadangan tu tinggal cadangan jer laaa. Penyudahnya pukul 1.00 baru aku gerak...heheheh. Almost 70% perjalanan aku diiringi hujan....tak leh laaa nk speeding sangat....takat 120kmph jer. Kepada abang2 polis anggap jer statement aku ni sebagai omong kosong jer okeh.

Lebeh kurang pukul 3.30 aku sampai kat perkarangan padang USM ni.....

Oppsss....tersenget plak pasal sambil nak kona masuk pagar USM aku dok pegang kamera plak....[diharap jgn sesaper meniru aksi ni okeh....heheheh]

Lepas setel daftar, terus aku gi makan ngan kengkawan....lapor sangat. Dah laa drive sengsorang, tak leh sembang2. Apa lagi...jumpa member2.....qado sembang citer2 setahun tak jumpa....heheheh. Dah jadik super senior ni ada gak mender2 yg ngelat cam daftar utk kolej kediaman suruh member2 yg buat, sedar2 dah dapat kunci bilik terus....heheheh. Bukan macam student 1st year.....awal2 pagi lagi dah terpacak....skima semacam jer. Yang datang awal sehari pon ada....[sapa yg terasa, sila abaikan statement ni.....hehehehe]

Sebagai final year student utk course yg aku amik tu, aku telah ditempatkan di Desasiswa Bakti Permai H12, bilik 24B yg menempatkan pelajar2 elit. Aku dok ngan salah sorang member baik aku sejak 1st year lagi......seorang Pegawai Tentera berpangkat Mejar. Bila aku sampai jer kt Desasiswa Bakti Permai tu.....aku telah disambut oleh kawan aku tu....rupa2nya nasib kami baik kali ni, dapat dok ground floor tak yah panjat2 tangga pon. Floor aku ni ada 10 bilik...tapi yg occupied hanyalah bilik kami saja....*tetiber rasa cam VVIP plak....ahaks.

Kalau dari sini....bilik pertama sebelah kiri....tu laa bilik aku yg terbukak skit pintu tu.


Nampak tak no. 24 tu....sila-sila...jgn malu2 jom jemput masuk....show off time....hehehe


Amacam...??? Cantik tak bilik aku ni.....yg cadar pink tu katil sapa errkkk..??? Cuba teka.

Tengok dia punya almari....sikit punya cantik kaaa....

Ni aku punya work station.....macam2 ada....gula2 Hudsons semangkuk, sub woofer Altec Lansing, Gaviscon (spare kalau kena pedih ulu hati - gestrik), minyak angin, Zippo...bla bla bla...tengok sendiri, okeh

WIFI punya sub-station kat depan bilik aku jer ....tu laaa yg melengkapkan segala2nya....ahaks.

~:: In memory of Tompok A.K.A Omphy ::~

Friday, November 21, 2008

Ketika aku dok tulis entri ni, mood aku masih di tahap kritikal punya sedey. EMOSI KURANG STABIL. Berat jer air mata dok bertakung kat kelopak tu. Aku ingat dah setel dah, ropanya tak abis lagi. Petang tadi, setelah sekian lama aku tk mengalirkan air mata, aku dah lepaskan segala2nya. Tak sanggup aku nk berlakon lagi....tak sanggup aku nk kaver2 lagi depan orang. Bila ada peluang sendirian aku nangis sepuas2 hati. Maybe it sounds silly....tapi itu lah realiti yg terpaksa aku hadapi petang tadi.

Tompok atau nama yg lebih manja aku panggil iaitu Omphy telah kembali ke rahmatullah [boleh ker aku guna term ni....rasanya boleh kan...pasal dia pon makhluk Allah gak]. Kucing aku tu dilanggar keter....[see...susah aku nk sambung entri kali ni, tak pernah aku emo cam ni bila buat entri2 lain]. Pukul 5.00 petang tadi dia kena langgar......itu pon ada orang bagitau kat Sue, kalau tidak jenuhhhh laaa aku dok tunggu.

Pada aku Omphy bukan macam kucing2 biasa....Omphy sangat special pada aku. Even kematian Omphy bukan sahaja merupakan satu kehilangan buat aku dan Sue tetapi buat seluruh masyarakat kat sini. Apa tidaknya....semua orang kat sini [mostly] kenal dia. Ramai yang kerumun bila aku dukung Omphy tadi.....jenuh aku kaver aku punya sedey tapi time aku tulis entri ni, apa yg aku kaver siang tadi dah tak terkaver dah. Uols imagine laa sendiri, masa aku dukung Omphy, ramai yang ikut dari belakang....even ada orang yg lalu naik motor pun stop untuk tengok pasal depa pun kenal Omphy. Pada aku tak ada kucing lain yg sepemes Omphy ni....aku dapat lihat dari kesedihan orang2 yg datang ziarah Omphy tadi. Sungguh...aku tk tipu...semua terasa sangat kehilangan Omphy ni. Kalau tidak, tak kan orang lain pon nangis sekali.

walaupun Omphy dilanggar kereta, dia tak cedera pon. mungkin internal bleeding kot. patah pun tk ada. mulut dia keluar darah dari dalam bukannya luka pon. kalau ikut maklumat dari orang yg nampak kejadian, lepas kena langgar Omphy bangun untuk berjalan jugak, tapi apa nak buat, dah ajal dia.


Kat area ni, Omphy memang hero. Aku tengok kucing2 jantan lain dah macam pupus, semua tak berani ada kt teritory ni pasal semua kucing2 betina kat sini dia punya....hehehehe. Bab ni aku tk ajar Omphy okehh. Bagi masyarakat kat sini, Omphy bukan sekadar kucing tetapi part of the community. Omphy memang pandai amik hati orang2 kat sini.

Mungkin kalau aku citer, uols mesti cam tak caya. Omphy adalah pengunjung setia Perpustakaan di kawasan ni. Perpustakaan adalah tempat dia landing...tidur sepanjang hari. Kadang2 tu dari pagi sampai petang tidur kat library. Dia tak pernah kacau pon apa2 aktiviti kat library tu dan pengunjung2 library pun dah paham dengan peel Omphy tu. Kat library tu kan sejuk....air-cond kuat, tu yang Omphy suka tu.

Bab makan....dia memang kuat makan. Makanan utama dia ialah ikan temenung lemak mentah. Ikan lain....soriiii Omphy tak makan. Ikan tu pulak kena digunting kecik2....kalau dibagi seekor, sampai sudah tak makan. Sekali bagi 4 ekor. Sehari kurang2 3 kali makan. Makanan sampingan....biasa laaa, Friskies. Tapi yg special pada Omphy ni....dia ada selera makan macam kita.....antaranya ialah nasi lemak, kueytiaw goreng dan juga nasi yang digaul dengan kuah kari. Omphy pantang bila bau kari....walaupun serbuk kari. Kalau bau jer...emmm tak senang duduk laaa walaupun tengah tidor boleh bangun tetiber.

Malam ni mood aku memang di tahap yg cukup hampehhhh. Aku tengok Sue pon cam tu gak. Aku ngan Sue seems not talking. Bukan aku gaduh dengan Sue tapi masing2 masih berkonflik dengan emosi. Sedehhh sangat....Omphy yang kami sayangi dah tak ada. Walaupon kat rumah ni still ada 3 ekor kucing......hanya Omphy yang aku sayang. Omphy tk pernah "buat hal" dalam rumah....kalau dia nak membuang or melepaskan apa2, mesti dia akan minta keluar rumah. Senang cakap cam ni laaa.....pada aku Omphy ni ala2 well educated gituuuu. Even kalau dia tidur dalam rumah pon, bila dah tiba masa nak membuang ker haper ker....dia akan kejutkan kami sama ada dengan cara mengeluarkan bunyi or menarik2 rambut kami.

Aku pernah buat satu entri khas pasal Omphy. Kalau sesaper nak tengok gi laaa jengok2 kat SINI.

Aku tahu, Sue lebih terasa kehilangan Omphy ni. Kalau aku kejer luar or out-station banyak hari, Sue tak kesahhh....as long Omphy ada kerana pada dia Omphy adalah peneman dan juga penguat semangat. Sue awal2 lagi dah nangis walaupon depan2 orang ramai tadi. Dulu masa Omphy hilang 14 hari pon dia dah jenuh nangis, ni kan pulak Omphy dah "pergi terus". Dulu aku ngan Sue sama2 buat Solat Hajat supaya Allah kembalikan Omphy masa dia hilang dulu. Tadi Sue ada sebut....dia tak kan lupakan hari ni pasal Omphy "pergi" sehari sebelum kami sambut wedding anniversary kami yg ke-12.

Pukul 5.30 tadi, Omphy selamat disemadikan, walaupun setiap hayunan cangkul tu beratttt jer aku rasa. Allah saja yang taw mcam mana aku punya perasaan masa tu. Nak buat kejer satu hal, nak kontrol sedeh satu hal....aduihhhh. Tak tau laaa, bila aku punya feeling ni boleh kembali normal.

saja aku kebumikan Omphy macam ni supaya aku tengok dia macam tengah tidur jer. memang laa ni salah satu posisi Omphy tidur. sebelum aku kambus, aku lapik dulu badan Omphy ngan kertas pasal aku tak sanggup tengok badan dia terus kena timbus dengan tanah.
sama tak dengan gambar yg tengah tidur ni..???

p/s : ikutkan hati tadi, aku nakkkkk jer cium Omphy....tapi apa kan daya ramai sangat yang dok perati tadi......malu aku.

~:: Part of my daily life..... ::~

Thursday, November 20, 2008

Tetiber jer tadi petang aku direquest utk jadi perasmi sebuah program anak angkat iaitu Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung & Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Bebudak ni terdiri daripada student2 lower six dari sebuah daerah dalam Negeri Perak.....manakala ibu bapa angkatnya pulak terdiri daripada masyarakat kampung. Jumlah pesertanya ialah 121 org manakala urusetianya seramai 15 orang. So mereka ni ditempatkan di rumah2 keluarga2 angkat masing2.

Belum lagi aku bertolak ke lokasi, tetiber plak ada sorang tok sarjan polis datang ke pejabat untuk berjumpa aku. "Uikkksss pehal plak polis nk jumpa aku ni....ada saman yg aku tk setel lagi ker...??" So, aku pon pelawa laaa polis tu masuk bilik aku. Tapi yg aku hangin skit....si polis ni tk reti bahasa ....ada ker opis aku yg berkapet tu nak dimasuk dgn kasut2nya sekali...apa bangang ker tak reti baca sign board kat luar tu. Kang aku soh tanggal calit Sarjan tu baru taw......heheheheh. Hangin aku bila si polis tu tanya aku plak "nak kena bukak kasut ker...???". Sib baik aku tk jawap....."bukan setakat kasut jer, nk bukak seluar pon boleh"...heheheheh. So, apa kesudahan citernya..???? Owwhhhh rupa2nya mamat polis ni bawak satu surat jemputan yg ditandatangani oleh salah seorang ASP yg mewakili Ketua Polis Daerah.

Isi kandungannya lebih kurang camni.....
Majlis Makan Malam Bersama YDH Ketua Polis Perak.....bla bla bla
Nak ajak aku dinner ngan Ketua Polis Negeri rupanya. Bila tgok tarikh dan waktu, rupa2nya malam ni, pukul 8 malam. Aduihhhhh, kejer yg satu lagi tu pon belum setel dah nak kena attend function ni pulak. So, kekdahnya....bila korang nampak jer entri ni maka kompem laaaa aku ponteng dari menghadiri majlis makan malam tu ...hahahaha. Bayangkan laaa, function kul 8 malam, gi balik travel 80km, leteh woooo. Aku bukannya ada driver pon....kalau ada driver tk pe laaa, boleh tidoq dalam keter.

Sambung citer yg aku kena gi rasmi program tu pulak. Haaaa, bila sebut jer rasmi, bukannya amik gunting pehtu potong riben terus. Ini jenis kena bagi ucapan....at the end baru cakap " dengan harapan itu, dengan lafas Bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan bla bla bla......Citernya tengahari tadi baru dapat short notice pasal program ni.....tup tup terus kena rasmi plak, mana laaa aku ada masa nk prepare speech ker hapa bender. Penyudahnya aku guna jer kekdah hantam saja laaa labuuuuuuu.....heheheheh, goreng jgn tk goreng. Alhamdulillah Allah dah kurniakan sedikit kelebihan pada aku bab cakap bercakap ni...ahaks. So, tadi aku mampu laa membuatkan audience ternganga skit dengan ucapan2 tadi....hehehehe. Satu lagi, tadi aku juga gunakan teknik berinteraksi dengan audience....aku mintak wakil peserta lelaki dan wanita datang ke stage untuk citer apa objektif program ni diadakan. So, kedua2 wakil tun pon goreng laaa, apa benda yg aku mintak tu. Aku cakap ngan audience tu kenapa aku tanya benda2 ni. Pada pihak peserta, aku punya reason supaya depa tahu tujuan dan fungsi depa dalam program ni dan pada audience lain plak aku punya reason supaya kita tahu kenapa peserta2 tu jadi anak2 angkat depa. Wokeh tak kepala hotak aku ni......at least aku dapat laaa curi masa speech aku tu dan speech aku tu nmpak cam hidup laa skit.....hahahahha. Bila aku guna tektik ni, mana ada org tidoq bila dengar ucapan aku......semua konsentret jer, takut kena tanya soklan lagi. At the end cam biasa laaa......

....dengan kata2 itu, dengan lafas Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Keluarga Angkat Dan Kemasyarakatan bagi Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional.....wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....

ni menda2 yg aku dapat masa rasmi program tadi, cenderahati program, beg, cap & t-shirt


p/s: harap2 tok polis tk hantar saman kat aku pasal tak attend dinner malam ni....hehehehe

~:: I'm happy when I can make others happy ::~

Wednesday, November 19, 2008

Semalam nk online tapi dah balik pon dah dekat kul 10 mlm....penyudahnya tidoq awal. Letih beb, lepas meeting petang semalam, gi ziarah seorang sahabat kat spital......tok tek tok tek tu yg dekat2 kul 10 baru sampai rumah. So, aku harap malam ni boleh laaa online....jap pon jadi laaa. Jelesss taw tengok org lain boleh hapdet blog tiap2 hari....kengkadang tu dalam sehari boleh kuar 2-3 entri lagi....perghhhhhh.
Xceli aku nk citer apa yg aku buat on last Monday. Aku sebenarnya terlibat dgn satu NGO iaitu PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) sebuah Community-Based Rehabilitation Centre....yang dikawalselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai orang yg bertanggungjawab , so aku dgn AJK2 telah merangka beberapa program bagi takwim tahun 2008. Mengikut takwim yg telah dipersetujui, hari Isnin lepas aku ngan AJK telah pon mengadakan satu lawatan ke tempat ni.

Best friend forever............

Matlamatnya....xposure utk golongan OKU and the most important thing - to make them happy. Mereka ni terdiri daripada pelbagai kategori sama ada dari sudut fizikal atau pun mental seperti Down’s Syndrome, Autism, Mental Retardation, Global Developmental Delay, Dyslexia dan lain2 lagi.
Tapi......yang pastinya mereka ni "colour blind"......warna kulit tidak menjadi ukuran dalam persahabatan. Heran kan....kita yg dilahirkan normal ni pon ada kalanya tak boleh menggunakan aqal yang normal dalam urusan2 harian dan juga hubungan sesama insan.....masih lagi nak bezakan warna kulit atau pun perbezaan2 lain sedangkan yg membezakan antara seorang manusia dengan manusia hanyalah tahap keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah...tu jer, the rest samaaaaaa jer.

So....ada yg interested nk jalan2 sini..???? Nah amik brochure ni.

~:: Last check...testing 1..2..3 ::~

Friday, November 14, 2008

Petang tadi gi ground check......sebelum live event sok pagi. Jangan lupa noo...yg aku citer ari tu Live on TV9 - "Nasi Lemak Kopi O". Bukan apa pon, just nyebok tengok2 persiapan jer.



Bila aku sampai jer site tadi, ada sorang mamat tu lintas tepi keter aku....so cam biasa aku pon bagi salam laa.....

"Assalamaualikum...."
"Waalaikumsalam......"
"Macam penah tengok jer mamat ni.....", aku bercakap sengsorang dalam keter aku.

Laaaa, Ali rupanya....Ali XPDC....tapi sekarang dah tukar Ali M-Pire. He's no more with XPDC. Kalau ikut program, petang Ahad nnti akan ada satu mini konsert TV9, so dia sebagai salah seorang artis yg akan perform ari tu. Kalo tk silap aku Ust. Aqil Hay pon akan perform gak.

Kat sini akan ada event futsal & bola jaring gak....kat hujung khemah tu plak ialah main stage untuk mini konsert

Antara props untuk esok....bukan setakat props jer, esok akan ada persiapan untuk kenduri kendara kat sini - Live kat TV9, tk caya esok tengok noooo.

Ni laaa set atau mini studio "Nasi Lemak Kopi O" - cam buruk jer kan, tapi dlm TV...cantik pulak. Tadi Pengarah Projek "Apa Khabar Orang Kampung" dari TV9 bawa aku masuk set ni untuk tengok angle yg akan dishot dari dlm set tu.

Aku sempat capture si Aziz Desa tengah dok merapu meraban masa tengah dok test depa punya PA System & Communication System.

So...esok & ahad jgn lupa jenguk2 TV9 - Live "Nasi Lemak Kopi O" pukul 8.00 - 10.00 pagi....mana laa taw kot2 aku pon enterprem gak...heheheh *perasan jgn tk perasan.....

~:: Konsisten.... ::~

Wednesday, November 12, 2008

Bila masuk sini, rasa cam sesak napas jap...naper erkk. Jap...jap, tarik napas skitt. Ye laaa macam semput skit. Owhhh....ada sawang skit rupanya...hehehe. Malam tadi pon tk online pasal line tenet ni cam jeles ngan aku jer.....mcm tk kasi aku online pulak. Nanti laa aku take over Seterimix tu....baru hangpa taw...heheheh.

Xceli citer ni aku nk kasik tau semalam tapi apa kan daya, so terima laa cerita yg hampir2 nk basi dari aku. Bukan citer apa pon, cuma aku agak teruja skit jer. So, story nyer cam ni....semalam bila aku masuk opis setelah beberapa ari dok kejer luar, ramai plak yg nk berurusan ngan aku termasuk laa sorang pokcik ni....boleh tahan gak tuanya. Bila pokcik ni masuk bilik aku, so aku soh laa dia duduk sambil aku tanya apa ke halnya yg boleh aku tolong tapi tkder laa aku cakap kat pokcik tu "Saya bukan ALONG, tapi saya nk tolong"....hahahaha. Bila sok sek sok sek dok citer permasalahannya....akhirnya berjaya juga aku menyetelkan apa yg terbuku di hati dan batu jemalanya tu....cehhh.

Fasa kedua plak....bila dah setel hal pokcik tu....tetiber dia dok citer hal anak cucu dia plak.....aduih tk larat dah aku nk dengor, tak jumpa2 plak full stopnyer. Terpaksa laa aku jadi the best listener in town plak...hampehhh. Tetiber jer pokcik tu terkeluar satu ayat yg membuatkan aku cam nk tergelak + terkezut + bangga. Ayat dia tu lebih kurang camni....."anak pakcik ni......bla bla bla....tak konsisten......" Perkataan KONSISTEN .....keluar dari mulut pakcik tu. Perghhhh mana punya sekolah pokcik ni ngaji dulu.....heheheheh. Tabik tabik.....Sib baik laa pulak lepas jer sebut KONSISTEN tu, pokcik tu terjumpa full stop. Tarik nafas lega aku yg dah letih melayan citer pokcik tu....ahaks.


Lepas pokcik tu kuar bilik aku....tetiber plak aku jadi emosional dan sensitip dgn perkataan KONSISTEN tu.....

pakcik tu kata kat aku ker ?
pak cik tu canon kat aku ker ?
pakcik tu tau ker blog aku dah bersawang ?"


Moral of the story - bukan senang nak jadi blogger yg KONSISTEN......kalau blog dah mula bersawang mesti akan cepat terasa......heheheheh

~:: Bila kesibukan menerjah........ ::~

Saturday, November 8, 2008

Wahhhh....semacam jer tajuk entri aku kali ni. Bukan haper seari dua ni aku rasa kureng skit bersemangat nk berblog ni.....reason biasa, "I have been very busy lately". Ye laaa, meetings everywhere...aku ulang everywhere......., bukan kat opis aku jer, merata2 aku kena pegi. Semalam meeting di Ipoh ngan MB.......................

Kalau dah nama blogger tu laa....tengah meeting ngan MB pun sempat lagi amik pics


..............the day before, meeting ngan orang2 dari KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah) dan juga ngan orang2 TV9.


Aku involved ngan J/kuasa utk satu program TV9 - "Apa Khabar Orang Kampung" dan juga "Nasi Lemak Kopi O" yg akan on-air 15 & 16 November ni, pukul 8 - 10 pagi....alaaa yg ada Aziz Desa ngan Mek (Nik Saidah) tuuu.

set program Nasi Lemak Kopi O

Walaupun program ni dikatakan sebagai bukan program politik, tapi aku percaya bahawa most of Malaysian citizen dah cukup pandai gunakan aqal dengan mengatakan program ni memang sebuah program politik. Cuma, it happens indirectly jer....yg dapat kredit utk program ni adalah Menteri KKLW himself.....Y.B. Senator Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhd Taib. Dah laa jadi Menteri bukan di atas pilihan rakyat [ I mean, YB ni dilantik oleh PM utk jadi Senator walhal bukan bertanding pilihanraya 2008 ari tu pon ]....so, ni lah platform utk gain populariti dari rakyat khususnya masyarakat luar bandar.


So, aku tk nk cakap banyak......15 & 16 November ni, pukul 8 - 10 pagi......ngkorang tengok laaa sendiri dan pikir2 laa sendiri.

p/s : Kalau betul laaa program ni bukan program politik...kenapa tak libatkan or even maklumkan tentang program ni pada pihak Kerajaan Negeri. Kalau dulu2 pihak Federal & State boleh colaberate dalam mana2 program tapi kenapa sekarang tidak. Ni laaa yang dikatakan sebagai "masuk rumah orang tak bagi salam". Pihak Federal Government buat program di Negeri tetapi tak maklumkan, tak mintak restu....ikut suka jer "ceroboh". Dalam program ni Kerajaan Persekutuan telah menjadikan MB Perak sebagai "tunggul"......seolah2 tidak mengiktiraf MB dan juga Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diperkenankan oleh Institusi Kesultanan Negeri Perak.....Perlu kita ingat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga adalah sebuah Kerajaan yang wujud menerusi proses undang-undang....bukannya melalui cara kekerasan atau pun rampasan kuasa.

~:: Yang ditunggu.....::~

Tuesday, November 4, 2008

Xceli aku rasa letih sangat bab menunggu2 ni.....kalau aku tk tau tk per, problemnya aku dh taw aku akan terima sesuatu....so jenuh laaaa aku menunggu. Tapi akhirnya episod tunggu menunggu telah berakhir tengahari tadi. At last yg ditunggu telah tiba....

Apa laaa Kreuger , tk suprise langsung....hehehhe jgn marah noooo. Aku taw, ngko tersangatttt laa terujanya nk bagi bufday gift kt aku..taun depan bagi lagi yerrrr...lagi beratttt punya...hehehe

Okeh jom kita sesamer tengok apa yg tertulis kat envelop Pos Ekspres tu - "DIJAMIN SAMPAI ESOK" dan kat tmpat cop tu siap ada cop 31 Oktober 2008.....kalo tk nampak sila enlarge sendiri yerr. Aku terima 4 November 2008...hari ke 4 baru sampai....so, apa cerita ni Pos Malaysia...???? Tempat aku ni nk kena naik bot ker baru sampai...???? Tempat aku ni keter or lori tk lalu ker...???? Hari Sabtu & Ahad tu ada maaf laaa skit....2 hari lagi tu saper nk maap. Sib baik laa Kreuger tk saman Pos Malaysia.....kalao tidak terus Kreuger take over Pos Malaysia jadi Pos Kreuger atau pon Kreugerwide Express...heheheh

Jom kita tengok apa isinya....adakah TV Plasma teknologi terkini atau pon Mesin Basuh terkini yang siap lipat sekali.... Jeng jeng jeng.....

Haaa...nampak tak..???

Sudah terang lagi bersuluh....

Rupanya dalam casing Zippo tu siap ada Bufday Kad kecekk pulak....tenkiu tenkiu tenkiu.

Utk saper2 yg tk taw Zippo tu haper....ianya adalah sejenis lighter atau pemetik api. Oiiii, bukan 5 or 6 hengget regernya......puluhan or mebi cecah ratus kowt....nk taw kena tanya Kreuger . Benda ni bukan buat kat kilang area2 Gombak....ni USA mari taw.

~:: Turun macam tak turun ::~

Monday, November 3, 2008

Baru ni kan, Kerajaan telah umumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter lagi berkuatkuasa 1 November 2008. Dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON97 telah dijual pada RM2.15 seliter. Nasib baik seari sebelum tu aku tk isi full tank, kalau tidak rugi woooo....hehehe

Tapi aku tengok kan...masyarakat M'sia ni cam tk amik hal pon dgn penurunan reger minyak ni dan tk rasa thankful pon pada Kerajaan. Tak caya tengok gambar yg aku capture tadi ni....sanggup bawak sawit guna kereta....kira nk save minyak ler ni.....2 in 1 , bawak org & bawak sawit. Naper erkkk...???

Xceli ari tu kan, tk silap aku masa berita di TV ada laa reporter RTM tu temuramah public berkenaan penurunan reger minyak tu. Terkejut aku...naper tetiber plak RTM ni jadi telus...??? Adakah editor tu telah tertidur masa buat kerja2 dia...??? Adakah benar stesen TV yg aku tengok tu stesen TV M'sia...??? Dalam 3 temuramah jalanan yg dibuat tu, nk tau apa jawapan yg telah diberikan...???

  1. " Turun reger minyak pon, tapi reger barang tk turun...so tk guna jugak "
  2. " Kalau dari dulu tk dinaikkan harga kan senang...Kerajaan patut turunkan harga minyak sehingga bawah RM2.00 "
  3. " Kesilapan telah dibuat.... "
So, statement dari 3 org ni jelas.....pada aku damage have been done, tu jer. Sekecik2 bihun sepeket dulu RM1.20 sekarang dah jadi RM1.95. Tu baru bihun...belum barang lain lagi.

Semalam pulak ada statement dalam TV dari Pak Menteri KPDNHEP, Datuk Shahril Abdul Samad yang mengatakan "satu mekanisme lain perlu dicari bagi menggantikan sistem pembayaran rebate RM625 yang diberikan kepada rakyat kerana bukan semua rakyat menerima atau suka pembayaran rebate ini ". Uiksss.....bila pulak ngko amik kisah suara rakyat.....???? Dulu masa naik reger minyak dari RM1.92 ke RM2.70 tk der plak ngko kata "Kerajaan akan memikirkan semula sama ada untuk menaikkan reger minyak atau tidak kerana aku dan Pak Lah jer yang suka kenaikan reger minyak ni sedangkan rakyat tak suka" Aku cukup pelik dan heran dengan tahap pemikiran Menteri2 Kabinet hari ni....bercakap seolah2 rakyat ni tak sekolah....ishhh


Pastikan suara kita "didengari", jangan hanya mementingkan diri sendiri dengan hanya membiarkan diri sendiri sahaja yang "mendengar".
Cybernetics Mind (7 Jun 2008)

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger