
Ketika aku dok tulis entri ni, mood aku masih di tahap kritikal punya sedey.
EMOSI KURANG STABIL. Berat jer air mata dok bertakung kat kelopak tu. Aku ingat dah setel dah, ropanya tak abis lagi. Petang tadi, setelah sekian lama aku tk mengalirkan air mata, aku dah lepaskan segala2nya. Tak sanggup aku nk berlakon lagi....tak sanggup aku nk kaver2 lagi depan orang. Bila ada peluang sendirian aku nangis sepuas2 hati. Maybe it sounds silly....tapi itu lah realiti yg terpaksa aku hadapi petang tadi.
Tompok atau nama yg lebih manja aku panggil iaitu Omphy telah kembali ke rahmatullah [boleh ker aku guna term ni....rasanya boleh kan...pasal dia pon makhluk Allah gak]. Kucing aku tu dilanggar keter....[see...susah aku nk sambung entri kali ni, tak pernah aku emo cam ni bila buat entri2 lain]. Pukul 5.00 petang tadi dia kena langgar......itu pon ada orang bagitau kat Sue, kalau tidak jenuhhhh laaa aku dok tunggu.
Pada aku Omphy bukan macam kucing2 biasa....Omphy sangat special pada aku. Even kematian Omphy bukan sahaja merupakan satu kehilangan buat aku dan Sue tetapi buat seluruh masyarakat kat sini. Apa tidaknya....semua orang kat sini [mostly] kenal dia. Ramai yang kerumun bila aku dukung Omphy tadi.....jenuh aku kaver aku punya sedey tapi time aku tulis entri ni, apa yg aku kaver siang tadi dah tak terkaver dah. Uols imagine laa sendiri, masa aku dukung Omphy, ramai yang ikut dari belakang....even ada orang yg lalu naik motor pun stop untuk tengok pasal depa pun kenal Omphy. Pada aku tak ada kucing lain yg sepemes Omphy ni....aku dapat lihat dari kesedihan orang2 yg datang ziarah Omphy tadi. Sungguh...aku tk tipu...semua terasa sangat kehilangan Omphy ni. Kalau tidak, tak kan orang lain pon nangis sekali.
walaupun Omphy dilanggar kereta, dia tak cedera pon. mungkin internal bleeding kot. patah pun tk ada. mulut dia keluar darah dari dalam bukannya luka pon. kalau ikut maklumat dari orang yg nampak kejadian, lepas kena langgar Omphy bangun untuk berjalan jugak, tapi apa nak buat, dah ajal dia.
Kat area ni, Omphy memang hero. Aku tengok kucing2 jantan lain dah macam pupus, semua tak berani ada kt teritory ni pasal semua kucing2 betina kat sini dia punya....hehehehe. Bab ni aku tk ajar Omphy okehh. Bagi masyarakat kat sini, Omphy bukan sekadar kucing tetapi part of the community. Omphy memang pandai amik hati orang2 kat sini.
Mungkin kalau aku citer, uols mesti cam tak caya. Omphy adalah pengunjung setia Perpustakaan di kawasan ni. Perpustakaan adalah tempat dia landing...tidur sepanjang hari. Kadang2 tu dari pagi sampai petang tidur kat library. Dia tak pernah kacau pon apa2 aktiviti kat library tu dan pengunjung2 library pun dah paham dengan peel Omphy tu. Kat library tu kan sejuk....air-cond kuat, tu yang Omphy suka tu.
Bab makan....dia memang kuat makan. Makanan utama dia ialah ikan temenung lemak mentah. Ikan lain....soriiii Omphy tak makan. Ikan tu pulak kena digunting kecik2....kalau dibagi seekor, sampai sudah tak makan. Sekali bagi 4 ekor. Sehari kurang2 3 kali makan. Makanan sampingan....biasa laaa, Friskies. Tapi yg special pada Omphy ni....dia ada selera makan macam kita.....antaranya ialah nasi lemak, kueytiaw goreng dan juga nasi yang digaul dengan kuah kari. Omphy pantang bila bau kari....walaupun serbuk kari. Kalau bau jer...emmm tak senang duduk laaa walaupun tengah tidor boleh bangun tetiber.
Malam ni mood aku memang di tahap yg cukup hampehhhh. Aku tengok Sue pon cam tu gak. Aku ngan Sue seems not talking. Bukan aku gaduh dengan Sue tapi masing2 masih berkonflik dengan emosi. Sedehhh sangat....Omphy yang kami sayangi dah tak ada. Walaupon kat rumah ni still ada 3 ekor kucing......hanya Omphy yang aku sayang. Omphy tk pernah "buat hal" dalam rumah....kalau dia nak membuang or melepaskan apa2, mesti dia akan minta keluar rumah. Senang cakap cam ni laaa.....pada aku Omphy ni ala2 well educated gituuuu. Even kalau dia tidur dalam rumah pon, bila dah tiba masa nak membuang ker haper ker....dia akan kejutkan kami sama ada dengan cara mengeluarkan bunyi or menarik2 rambut kami.
Aku pernah buat satu entri khas pasal Omphy. Kalau sesaper nak tengok gi laaa jengok2 kat
SINI.
Aku tahu, Sue lebih terasa kehilangan Omphy ni. Kalau aku kejer luar or out-station banyak hari, Sue tak kesahhh....as long Omphy ada kerana pada dia Omphy adalah peneman dan juga penguat semangat. Sue awal2 lagi dah nangis walaupon depan2 orang ramai tadi. Dulu masa Omphy hilang 14 hari pon dia dah jenuh nangis, ni kan pulak Omphy dah "pergi terus". Dulu aku ngan Sue sama2 buat Solat Hajat supaya Allah kembalikan Omphy masa dia hilang dulu. Tadi Sue ada sebut....dia tak kan lupakan hari ni pasal Omphy "pergi" sehari sebelum kami sambut wedding anniversary kami yg ke-12.
Pukul 5.30 tadi, Omphy selamat disemadikan, walaupun setiap hayunan cangkul tu beratttt jer aku rasa. Allah saja yang taw mcam mana aku punya perasaan masa tu. Nak buat kejer satu hal, nak kontrol sedeh satu hal....aduihhhh. Tak tau laaa, bila aku punya feeling ni boleh kembali normal.
saja aku kebumikan Omphy macam ni supaya aku tengok dia macam tengah tidur jer. memang laa ni salah satu posisi Omphy tidur. sebelum aku kambus, aku lapik dulu badan Omphy ngan kertas pasal aku tak sanggup tengok badan dia terus kena timbus dengan tanah.
sama tak dengan gambar yg tengah tidur ni..???
p/s : ikutkan hati tadi, aku nakkkkk jer cium Omphy....tapi apa kan daya ramai sangat yang dok perati tadi......malu aku.