Wednesday, December 31, 2008

~:: Labuhnya tirai 2008 ::~

www.flickr.com

Jap lagi kita akan sambut tahun 2009....so bye bye 2008. Sebenarnya aku tak heran pon dengan tahun2 baru ni, after all bukan ker kita dah sambut Tahun Baru Hijrah 1430 ari tu kan. Tu laa, masyarakat kita ni, bila sebut jer tahun baru Hijrah mula laaa tercangak bangak tapi bila sebut jer tahun baru Masehi, berbulan2 dah buat persiapan untuk sambutan. Bila laaa nak sedar.....ish3. Macam baru2 ni, ada seorang mamat ni bila sembang ngan aku nampak mcm concern sangat dengan sambutan Maal Hijrah 1430 ni. Nak tahu apa dia tanya kat aku sehari sebelum Maal Hijrah tu...???

"Esok tak pergi berarak ker..?"

Heheheh...aku tk jawap pon soklan dia tu, pasal kalau aku jawap....kompemmmm mamat tu malu. Haaa tengok, sampai Sambutan Maal Hijrah dengan Maulidurrosul pun dah tak boleh bezakan.....

Bak kata Nabil, "Lu pikir laa sendiri"

So, dalam tahun ni banyak suka duka yang telah aku lalui termasuklah macam cerita yg tertera dlm entri aku yg sebelum ni. Stended laa kan...kalau hidup ni sukaaaaaa jer memanjang tak syok la pulak kan...macam kari tak cukup santan...hehehe. Suka dan duka tu laa yg merupakan rencah kehidupan kita.

Bagi aku, antara yg manis telah berlaku tahun ni ialah terbinanya blog aku ni. Setelah bertahun, harapan cuma tinggal harapan, angan-angan tetap jadi angan-angan.....tapi tahun ni berjaya jugak aku merealisasikan kewujudan blog aku ni. Dalam masa yg singkat ni, macam2 yg aku pelajari dalam alam blog ni. Biasa laaa org2 yg belajar sosiologi macam aku ni macam2 yg aku boleh "nampak" dalam dunia blog ni....especially dari perspektif proses sosialisasi itu sendiri. Pada aku blog merupakan satu komuniti yg cukup unik....bukan macam geng2 YM tu, banyak yg "plastiknya"....banyak yang "artificialnya". Tapi....antara kalangan blogger ni keadaannya lebih jujur, lebih telus, lebih ikhlas...tk der kaver2 nya...hehehehe. Ada kalanya dah rasa macam sedara mara sendiri pun ada. Lebih menyokong idea aku ni ialah bila blogger yg aku jumpa, memang ada ciri2 cam ni. So far aku dah berjumpa face to face dengan 2 org blogger.....Eleea dan juga Kreuger. [nice to meet uol....]

Untuk tahun 2009 ni, harap2 blog kita masing ni akan lebih memberikan manafaat buat kita semua. Mana laa tau kan, melalui blog kita boleh generate side income pulak.

~:: Sad Ending 2008 ::~

Hujung2 ni tk sempat nk online sebab banyak pulak event yg terlibat....dah tu pulak berada di luar kawasan liputan...hehehehe. Sian kan dgn org2 yg tkder wireless modem cam aku ni...huhuhu. Bukannya aku tk mo beli tp kt area aku tu coverage tk baper okay, so jatuh rugi laa plak kalo aku guna jugak. Harap2 taun depan coverage dapat dipertingkatkan...so masa tu no more xcuse tk leh online...ahaks.

Xceli aku baru kehilangan seorang datuk yang aku sayangi....Haji Abdul Wahid Bin Haji Abu Bakar. Pada ari Isnin lepas beliau telah kembali ke rahmatullah pada umur 96 tahun....tu pun pasal sakit tua, bukan ada apa2 penyakit pon. Sampai ari ni banyak sangat "flash back" yg aku dok teringat pasal Tok since aku kecik2 lagi. Macam2 yg aku teringat termasuk laa time Tok dok hayun buai aku masa dulu2...bagi aku semua2 benda yg aku teringat tu macam baru jer berlaku.

Sapa2 yg first time jumpa Tok mesti agak terkejut pasal Tok aku ni jenis English spoken...speaking mat salehhh youuu. Itu laa antara kelebihan yg ada pada Tok. Even citer pasal kapal Titanic pon Tok pernah citer kat aku sebelum Kate Winslate & Leonardo D Caprio berlakon citer TITANIC lagi. Tok lahir pada tahun 1913 dan kapal Titanic tu karam pada 1912 tapi dia bagitau kat aku masa dia kecik2 lagi memang dia dah tau cerita pasal kapal Titanic tu. Memang banyak sangat kenangan aku dengan Tok.....

Kesian dgn Pah (Opah)....dah tak de kawan gaduh dah. Ari tu aku rasa touching sgt time Pah cium dahi Tok sebelum dikapankan. Sebelum tu aku boleh kontrol lagi aku punya emo, tapi bila sampai jer bab ni...........aku pon dah tk bleh tahan dahhhh...huuuuuuu. Tapi aku tengok Pah coolllll jer. Ye laaa, dalam hati Allah jer yg tahu. Ari tu jugak Pah ada pesan..."Tok dah tak ada, jangan laa lupa jenguk2 Pah yer...". Sedihnya rasa time tu.......

Tok & Pah bersama Abah & Mama

"Semoga Allahyarham Dicucuri Rahmat Allah....Amin Ya Robbal Alamin"

Wednesday, December 24, 2008

~:: Xtiviti bakar-membakar...::~

Letih woooo, baru smpai rumah ni, jam ngam2 11.30 mlm. Tk mo muqadimah panjang2...strettt to the point. Petang tadi aku terlibat ngan satu xtiviti bakar-membakar. Bakar aper tu..?? Bakar satay daa... Xceli satu attempt memecah rekod Malaysia telah dibuat iaitu pembakaran satay terpanjang & terbanyak iaitu sepanjang 200 meter dan sebanyak 30,000 cucuk satay. Rekod Malaysia sebelum ni cuma 92 meter jer. So, aku bertindak sebagai salah seorang urusetia dalam percubaan memecah pinggan mangkuk rekod Malaysia tu. Acara ni xceli adalah sempena perasmian Fiesta Lumut yg aku citer ari tu.

Tapi, apa yg aku tgok laa, bukan setakat 2 rekod tu jer dapat dipecahkan tapi individu masing2 pon dapat pecah rekod tersendiri jugak....makan satay free terbanyak...hehehehe. So, aku tk nak citer panjang....just layan laaa pics yg aku amik petang tadi. Tapi...satu pesanan dari aku....kalau uols terliur jgn salahkan aku yerrrr.

Sebelum bermula

Background tu pun cantik gak

Pembakaran bermula

Yummyyyyy....ni sumer aku punya !

Tak termakan beb.....

Malaysia Book of Record punya Official ngan tetamu jemputan pun tak tahannnn

Akhirnya....rekod baru tercipta - pembakaran satay sepanjang 200meter, sebanyak 30,000 cucuk


Haaaa...tu laa citernya. Sure uols terliur...hehehehe. Xceli dlm entri ni aku nk ucapkan timakasih kat salah sorang kawan blogger aku - Hidayah, pasal bagi aku satu ilmu baru untuk mencantikkan gambar seperti mana yg terpapar dlm gambar2 kt atas tu. Sebelum ni aku perasan yg gambar2 kat blog dia agak menarik perhatian aku, so aku pon mintak laa dia kasik tutorial kat aku. Sebagai seorang yg tk kedekut ilmu so dia pon bagi laa aku satu link - http://www.photoscape.org Hasilnya...aku berupaya mnjadikan gambar2 aku seperti kat atas tu....senang jer, tk yah susah2 macam Photoshop. Selamat mencuba tau....after all sharing is caring right !

Friday, December 19, 2008

~:: A call to Hijrah..... ::~

Semalam aku telah hadiri satu program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan - Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional ....cam biasa laaa, bab2 rasmi merasmi ni dah jadi part of my job. Everything cam biasa jer tapi semalam aku telah berjumpa dengan seorang insan yg aku rasakan bisa mengubah corak pemikiran atau kehidupan kita semua. So, what is so special 'bout this person..?? Xceli, pada prinsipnya tk der apa yg special pon.....directly dia tak ada kepentingan pon dalam program yang aku rasmikan semalam...cuma dia hanya temankan wifenya yg menjadi Pegawai Pemantau dari Kementerian Belia & Sukan untuk buat penilaian ke atas program yang dilaksanakan semalam. I guess, wife baru kot....pasal wife dia tu baru setahun jer jadi one of the Penolong Pengarah kat Kementerian Belia & Sukan...nampak mcm fresh graduate jer.

But....there's still something special 'bout this guy...........[bukan pasal dapat bini yg jauh lebih muda laaa.....aduihhhh uols ni ingat bab ni jer....hehehehhe]

Lepas abis majlis perasmian & penyerahan anak-anak angkat, cam biasa laa, aku ni kan suka bersembang. So aku pon amik laa peluang bersembang dengan hubby Penolong Pengarah tu. Melalui perkenalan kami tu, aku dapat tau bahawa dia pernah service ngan tentera selama 11 tahun dan seorang bekas komando....yang hanya time tu berpangkat prebet jer. Macam2 citer yg aku dengar dari sahabat baru aku ni termasuk laa pengalaman bertempur dengan pengganas komunis satu ketika dahulu....early 70's [maybe aku pon tk der lagi or kecik lagi masa tu...hehehe]. Ternganga mulut aku dibuatnya...syok dengar macam2 cerita termasuk citer berhadapan ngan harimau dan pengalaman makan ular sawa....hahahah. Memang best walaupun kami baru kenal tapi bagi aku kemesraan tu macam dah lama terjalin.

Itu sumer citer2 dulu....tapi uols nk tau tak apa kejer dia sekarang...???? Kawan baru aku tu xceli seorang lecturer di UiTM sekarang ni - Faculty of Office Management. Satu kejutan bagi aku....perubahan yang cukup besar tu. Daripada seorang Komando kepada seorang Pensyarah. Bagi aku ini adalah satu perubahan yang cukup besar yang mungkin sukar untuk dicapai.....ianya satu effort yg drastik telah dilakukan untuk capai ke tahap ni. This guy penah study di London satu ketika dulu.

Moral of the story - sesaper saja dlm dunia ni berkeupayaan untuk berubah, semuanya terpulang pada kekuatan dalaman yg ada pada setiap orang tu. Nothing is impossible...everyone ought to change. Even di dalam Islam pun menganjurkan kita untuk berhijrah ke arah yg lebih baik. Allah tak akan mengubah nasib seseorang jika seseorang itu hanya berserah pada takdir tanpa adanya sebarang usaha.

Jom kita berHIJRAH......
Lets CHANGE........

"Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430"

Tuesday, December 16, 2008

~:: Suara halus yang didengari ::~


Entri ni tk der kena mengena dengan mana2 dunia halus or mistik, okeh....he3. Tadi dkt pukul 8 mlm baru sampai rumah. Biasa laa, pas meeting petang tadi, xtibiti gebang bergebang tetap berlangsung cam biasa...pastu berenti jap, tringat tk semayang Asar lagi. Pastu sambung balik....hehehe. Last2 baru sedar dah dkt pukul 7.00. Nak balik rumah, aku kn travel lebih kurang 45 km...bukan jauh pon tapi pasal hujan + lori trailer banyak, perjalanan aku jadi mcm jauh plak.

Xceli tadi aku attend satu meeting pasal "FIESTA LUMUT" yang akan diadakan dari 20 Disember 2008 hingga 4 Januari 2009. Kira macam adik skit daripada JOMHEBOH laaa. So, mcm2 laa yg dibincangkan. Aku rasa hepi dan syukur sangat ada few usul2 penting berkaitan keagamaan yg aku bawak dlm meeting telah diambil perhatian dan seterusnya akan diambil tindakan oleh pihak organiser & juga event consultant.

  1. Aku mohon agar pihak penganjur amik kira waktu2 solat...meaning, apa jua program sebelah malam haruslah bermula selepas waktu Solat Isyak....sebelum waktu Solat Isyak, no any event are allowed.
  2. Aku mohon supaya tiada acara hiburan diadakan pada any malam Jumaat.....kalau ada program jugak, fokus kepada yg bercorak keagamaan.
  3. Aku mohon supaya setiap kali masuk waktu solat, penganjur kena buat pengumuman masuknya waktu solat. Dalam hal ni penganjur bukan sahaja bersetuju utk buat pengumuman, tetapi juga bersetuju utk menyiarkan rakaman azan utk dikumandangkan.

I'm not saying that I'm good...but at least I try to be good to the comunity. Tetiber terpikir plak aku, "suara halus" aku ni pun orang boleh terima, apatah lagi suara2 Bapak2 Menteri, Bapak2 Ahli-Ahli Parlimen or Bapak2 Ahli-Ahli Undangan Negeri. Tapi....ada ker suara2 mereka bila masuk bab2 camni...????? Yang sering diberi alasan ialah....kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Podahhhhhhhhhh. Aku amik contoh, yang dok serbu konsert JomHeboh tu majoritinya ialah Melayu-Islam, non-Malay or non-Muslim berapa percent jer....1% pon tk sampai. Bila Mufti bersuara....macam2 alasan yg depa bagi. Satu lagi bila ada perlawanan bola sepak di stadium2.....punya laaa ramai yang datang seawal pukul 6.00 petang lagi, game start pukul 8.30 mlm, tapi pihak pengurusan stadium tk ada inisiatif pon nk umumkan masuknya waktu solat Maghrib...walhal kat stadium2 ni, PA System tok sah cakap laaa.....mesti 1st class punya. Pelik tapi benar.....heheheh.

~:: Minyak turun lagi ::~

Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa hari ini 16/12/2008

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70.


Emmmmm....no komen.
Marah ker...??? Dah tentu tidak....
Happy ker..????? Belum pasti...
Naper erkkk....?????

To me....
Sorry to say, damage have been done...
Hari ni selagi reger ikan kembong still RM9.00 sekilo or reger beras yang aku beli still RM39.90,
aku masih belum mampu tersenyum....blum masuk barang2 runcit yang lain lagi. Imagine laaa, beras yg cap sama (Thai King) dulu sebelum reger minyak naik cuma around RM18.90-RM19.90 jer...not more than that.

Sunday, December 14, 2008

~:: Bebas VS Rimas ::~

Sebenornya banyak entri yg sepatutnya aku release tapi kontrol punya pasal...aku pon dah terlupa apa yg sepatutnya aku citer. Xceli dlm masa seminggu terakhir aku di USM, aku cuba stay away utk online....pasal aku tau, bab2 blogging ni aku dah kira nk masuk kategori tegar dah walopun aku tk buat entri daily. Meaning...kalau aku online gak, maka tak jadi kerja laaa apa yg sepatut aku buat kat USM tu......assignment tk setel2, exams tk prepare. So, aku biar jer blog aku tu bersawang jap. YM tok sah cakap laaa, aku tengok jer sapa2 yg appear dlm list aku tu....pastu aku sendiri....buat jadi invisible. Malas laa aku nk turut serta....takut ralit nnti. Cuma time tu aku guna YM tu utk communicate ngan kawan2 kat USM ni jer....tu pon more on hal2 study.

Life sbg student ni aku rasa bebas...meaning aku tk perlu terikat dengan public norms di tempat aku bertugas, tak yah nak jaga2 protokol, tk yah nak kontrol2, tak yah kaver2 and the most important thing....kat sini aku bukan public figure. Contoh...cam pix kat atas tu....aku rasa bebas nak usung beg galas tu ke sana sini tapi bila aku balik bertugas, demi menjaga personaliti, aku tk boleh laa stay cam kat atas tu tambah2 plak ngan seluar jeans cam tu...heheheh. Everything aku kena ubah ikut personaliti aku. Kengkadang aku rasa rimas laaaa. Tapi nk wat camner dah life aku macam tu. Tu yang selalu aku cakap kat kawan2 aku...di USM ni kita sumer wujud sebagai satu komuniti yg digelar "Classless Society" - Masyarakat Tanpa Kelas. Everyone was equal and carried out the same work....sumer sama jer. Pangkat2 sumer tinggal kat luar pagar...heheheh. Datuk ker, Tuan ker, Boss ker...sumer hilang. Kalau uols nk tau lebih lagi pasal "Classless Society" ni...boleh search kat internet...melambak. Ini merupakan pandangan atau idea yg dikemukakan oleh Karl Marx. Jangan laaa pulak bila aku dok bawa fahaman Marx ni hangpa cap aku ni komunis plak....aku ni cerita balik apa yg telah diajar oleh pensyarah2 aku. Biasa laaa kalau study sosiologi ni...tk lepas dari membicarakan teori2 Marx tu.

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...