Wahhhh....semacam jer tajuk entri aku kali ni. Bukan haper seari dua ni aku rasa kureng skit bersemangat nk berblog ni.....reason biasa, "I have been very busy lately". Ye laaa, meetings everywhere...aku ulang everywhere......., bukan kat opis aku jer, merata2 aku kena pegi. Semalam meeting di Ipoh ngan MB.......................
Kalau dah nama blogger tu laa....tengah meeting ngan MB pun sempat lagi amik pics..............the day before, meeting ngan orang2 dari KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah) dan juga ngan orang2 TV9.

Aku involved ngan J/kuasa utk satu program TV9 - "Apa Khabar Orang Kampung" dan juga "Nasi Lemak Kopi O" yg akan on-air 15 & 16 November ni, pukul 8 - 10 pagi....alaaa yg ada Aziz Desa ngan Mek (Nik Saidah) tuuu.
set program Nasi Lemak Kopi O
Walaupun program ni dikatakan sebagai bukan program politik, tapi aku percaya bahawa most of Malaysian citizen dah cukup pandai gunakan aqal dengan mengatakan program ni memang sebuah program politik. Cuma, it happens indirectly jer....yg dapat kredit utk program ni adalah Menteri KKLW himself.....Y.B. Senator Tan Sri Dato' Muhammad bin Muhd Taib. Dah laa jadi Menteri bukan di atas pilihan rakyat [ I mean, YB ni dilantik oleh PM utk jadi Senator walhal bukan bertanding pilihanraya 2008 ari tu pon ]....so, ni lah platform utk gain populariti dari rakyat khususnya masyarakat luar bandar.

So, aku tk nk cakap banyak......15 & 16 November ni, pukul 8 - 10 pagi......ngkorang tengok laaa sendiri dan pikir2 laa sendiri.
p/s : Kalau betul laaa program ni bukan program politik...kenapa tak libatkan or even maklumkan tentang program ni pada pihak Kerajaan Negeri. Kalau dulu2 pihak Federal & State boleh colaberate dalam mana2 program tapi kenapa sekarang tidak. Ni laaa yang dikatakan sebagai "masuk rumah orang tak bagi salam". Pihak Federal Government buat program di Negeri tetapi tak maklumkan, tak mintak restu....ikut suka jer "ceroboh". Dalam program ni Kerajaan Persekutuan telah menjadikan MB Perak sebagai "tunggul"......seolah2 tidak mengiktiraf MB dan juga Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diperkenankan oleh Institusi Kesultanan Negeri Perak.....Perlu kita ingat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga adalah sebuah Kerajaan yang wujud menerusi proses undang-undang....bukannya melalui cara kekerasan atau pun rampasan kuasa.