Thursday, June 19, 2008

~::Dulu Rock, Sekarang......::~

Buat masa ni, aku sedang sibuk membuat persiapan akhir satu majlis ilmu yang akan diadakan pada malam ni iaitu Wacana Ilmu Bersama Ustaz Akhil Hayy. Aku tk leh bayang ler camner crowd malam ni. Maklumlah Ustaz Akhil ni makin top dari sehari ke sehari. Tambahan pulak sekarang ni hari2 dok appear dalam Channel Oasis ASTRO dlm satu show yg dihostkan sendiri oleh Ustaz Akhil Hayy iaitu "Cafe Akhil Hayy". Harapan aku agar majlis malam ini dapat berlangsung dengan sempurna tanpa adanya cacat cela dan yang pastinya semoga majlis itu nanti akan mendapat keredhoan dan keberkatan dari Allah. Okay...chowww dulu. banyak kejer belum settle, dgn videonya, dengan PA systemnya, dengan LCD projectornya, dengan stagenyer, sumer belum settle beb...tolongggggggggg.


Wednesday, June 18, 2008

~::Congratsss....::~

Mungkin ramai yg tak tahu yg aku ni masih seorang student....heheheh, student tua. Ekceli student RPJJ ler - Rancangan Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...part time student maaa. Tu laa, dulu after grad Diploma, gateii sgt nak kerja. Bila dah keja, dah syok pegang duit mula ler malas nk study balik. Kan sekarang dah susah nak ngaji balik....hahhaha.


Aku mula study kalau tk silap aku Mei 2005 & maknanya sekarang neh aku baru jer menjejaki ke Final Year (tahun ampatt laaa). Pasal apa...???? Pasal baru jer semalam aku dapat result untuk final exam 3rd year...hehheheeh. Ngkorang nak tahu caner kehidupan seorang penjawat awam cum student neh...??? Uishhhh...kelam kabut maaa, tunggang terbalik dibuatnyer. Dulu kan, masa aku jadik full time student kat ITM, aku selalu dok pikiaq yang student PJJ ni goyang kaki jer, senang2 nak lulus pasal masa tuh aku jeles giler dok tengok student2 PJJ kamceng ngan lecturer.....macam ada apa2 komplot jer. Rupa2nya sangkaan aku merosot...tak mudah seperti mana aku jangka...yang kantoi, kantoi jugak.....Kesimpulannya, segalanya tak datang bergolek, everything kena usaha.


Bila aku pulak yg jadi student PJJ baru laa aku tau bukan senang woo, tambah2 cam aku ni yang sibuk memanjang. Nak bagitau kt hangpa sumer, oleh kerana kekalutan or kesibukan ngan kerja tu, aku telah menjadi seorang student yg agak malas study.....buktinya, selalu kena marah ngan wife aku...hahahhaha. Bila nk exam baru laa carik buku. Yang tak tahan tu, buku2 aku elok2 jer macam baru keluaq kedai [nampak sangat laa yg aku tu malas membaca...heheheh]. Bila nk exam mulalah kelam kabut....mengeletaq kepala lutut. Tu, memang dah jadi tebiat aku dari dulu lagi...."last minute study".


Study stail ni kira nasib laaa. Tapi bagi aku sampailah hari ni, nasib masih menyebelahi aku...alhamdulillah syukur kepada Allah yg cukup sayang ngan aku. Aku tau ada di kalangan kawan2 yg jeles ngan aku. Ye laaa, aku tengok depa tu study gila2 punya tapi bila mai result tk sekencang mana pun, kesian gak aku ngan depa tu. Aku...??? Study pun kira main2 jer....tk penah amik series. Kengkadang aku terpikir gak....kalaulah aku study betul2, tak mustahil tiap kali exam aku boleh dapat Dean's List. Sumer tu "kalau" ler..heheheh sebab aku tau tk kan jadiknyer ngan keja aku yg sibuk memanjang tuh.

Haa...kalau hangpa nak tau, ni laa result yg aku dapat melalui site USM

Amacam..??? Okay tak result aku....hehhehehe ni kira result orang pemaleh cam aku ni. Ada satu paper tu aku dapat C+. Aku rasa aku tau pasal apa.....pasal hantaq assignment lambat giler. Aku rasa samada lecturer tu potong markah or bagi aku 0 utk assignment aku tuh...haaa sekarang sapa yg padan muka. Setelah dikira2, aku masih maintain aku punya CGPA above 3.00....aku masih dapat 3.21, kira jatuh skit dari sebelum ni....jadi laaa dan aku tetap bersyukur.

Kalau tk der apa aral melintang, taun depan aku grad laa. Yang aku bertambah2 sonok ialah pasal aku cuma tinggal 5 paper jer termasuk aku punya project paper. Maknanya aku cuma ada 4 paper lagi yg perlu diexamkan. Semalam aku ada dapat call dari sorang member yg sama2 study ngan aku....siap tanya bila nk start study. Ngkorang nk tahu apa aku jawab...."apa barang nk study awal2, tahun depan nak final exam bulan April baru aku nk study" Gelak besar kawan aku tu.


So, aku nk amik kesempatan ni untuk wishkan CONGRATSS utk close fren yg sama2 berjuang sekali ngan aku, yg benar2 faham tentang diri aku, yang benar2 ikhlas berkawan ngan aku, yang benar2 menghiburkan aku, juga yang benar2 membantu di kala susah senang aku....uols memang special in ur own way - Kamarul, ASP Syamsul, Mejar Azhanizam, Azlina APBM, Mukhlis, Aswad, Farra dan ramai lagi yg jadikan aku sahabat di dalam sama2 "berjuang" mendapatkan segulung ijazah dari USM.


p/s: pening paler aku dok pikiaq....ada member dah ajak proceed wat MASTERS plak peh ni. Kalau ada Masters in Blogging aku nak ler, tak payah nak pikiaq lagi.....hahahahah

Sunday, June 15, 2008

~::Happy Father's Day::~

Agak2 ler, apa perasaan korang kalau tetiber jer bangun2 tidor ari ni tengok2 kat dinding rumah dah ada tulisan cam kat atas tuh, kat living hall pulak tu. Dah tu pulak rumah yg korang duduk tuh baru jer seminggu pindah...hiks. Point aku ari ni ialah, ingatan seorang anak terhadap bapanya adalah "above all" maknanya dalam situasi kat atas tu, nak marah pun fikir 18 kali...hahaha. Ekceli pic yg kat atas tu bukannya terjadi kat aku. Kalau ngkorang kenal aku betul2 or baca posting aku yg sebelum ni - 14 JUN 1997, nkorang akan tahu bahawa agak mustahil "insiden" yg kat atas tu terjadi kat aku. Hari ni gak aku nk bagitau, on the same day 14 June, also on Sunday, year 1997, aku pernah celebrate Father' Day dan juga di wish kan Happy Father's Day buat pertama kalinya dalam hidup aku. Kenapa "pernah" ? Refer balik posting 14 JUN 1997. Di situlah segala persoalannya terjawab. So, hari ni tak der siapa pun wish aku Happy Father's Day dan aku pun tak wish pada abah aku Happy Father's Day pasal aku tk pernah whole life aku wish camtuh...heheheh malu pun ada beb dan yang pastinya setiap masa dan ketika aku tetap mengingati Abah & Mama...no matter what. I really luv uols....forever. Kepada Papa, Abah, Daddy, Baba, Dad, Apak, Ayah kat luar sana, CM ucapkan Selamat Hari Bapa dan hargailah title Papa, Abah, Daddy, Baba, Apak,Ayah yang ngkorang dapat tuh kerana ramai orang yg berebut2 bersusah payah mahukan title tu dan bukannya semua orang boleh dapat title tu.

p/s : emmm, kalau Muhammad panjang umur, agaknya ni laaa present yg aku dapat hari ni erk.


Saturday, June 14, 2008

~::14 JUN 1997::~

Izinkan aku untuk beremosi sedikit hari ni, kerana tarikh 14 JUN tidak mungkin mudah untuk kulupakan di mana 11 tahun dahulu aku "pernah" menjadi Papa, Abah or Ayah.

Why "pernah" ?

I lost my boy, Allah lebih menyayanginya. Allah hanya "pinjamkan" Muhammad padaku hanya untuk seketika sahaja....3 hari jer. Kalau Muhammad panjang umur, sekarang ni dah darjah 5 dahh or maybe boleh tolong aku menaip or hapdett blog aku ni. Muhammad pergi meninggalkan aku kerana disebabkan masalah paru2, kata doktor paru2nya belum well developed. Untuk pengetahuan sumer, Muhammad dilahirkan pre-mattured - tak cukup bulan. Actually Muhammad dilahirkan cukup sifat tetapi hanya paru2nya yg menghadapi masalah.

Muhammad actually "terpaksa" dilahirkan ke dunia ni kerana wife aku masa tu terpaksa berhadapan dengan risiko kerana mengalami pendarahan yang amat teruk disebabkan "placenta previa" [kedudukan uri di bahagian bawah iaitu menyebabkan saluran kelahiran tertutup]. Dengan izin Allah pada mulanya kedua2nya selamat [my wife & baby], melalui kaedah cesarean iaitu my wife terpaksa menjalani pembedahan. Hanya Allah yang tahu camner aku rasa masa tu. Segalanya bermain2 dalam kepala semasa dok tunggu masa kelahiran tu.

Tapi apa nak buat kan....Allah lebih menyayanginya, 3 hari selepas tu Muhammad pergi buat selamanya. Dilahirkan 14 Jun 1997 - 9.24 AM dan pergi 17 JUN 1997 9.25 AM, depan mata aku sendiri....Aku tak sempat menimang anakku, aku tak sempat mendukung anakku, cuma yang aku dapat hanya merangkul sekujur jasad yang sudah tak bernyawa.

Bagi tujuan mengeluarkan Sijil Kematian aku terlebih dahulu terpaksa mendaftarkan kelahirannya. Maknanya, aku buat surat beranak Muhammad tu semasa dia dah tiada di dunia ni . Kenapa aku namakan Muhammad, kerana bagiku Muhammad itu adalah kekasih Allah.

Kini setelah 11 tahun Muhammad pergi meninggalkan aku, dia masih "hidup" dan "membesar" dalam diriku. Bila aku tengok anak2 yg seusia dgnnya aku boleh imagine how he is, aku boleh imagine camner tingkah lakunya, aku boley imagine camner dia boleh jadi seorang anak yang soleh....

....dan yang pastinya aku akan tetap berdoa agar dikurniakan zuriat....kerana aku tetap bersabar untuk mendapatkan title Papa, Abah, Baba or Ayah dan harapan aku juga mungkin ada rakan2 yang sudi mendoakan agar aku dikurniakan zuriat.....amin.

Thursday, June 12, 2008

~::Confuse Laa::~

Siang tadik seorang orang telah mampir ke opis ku. Cam biasa sebagai seorang Administrator yg berbakti kepada rakyat Malaysia, sudah awal2 lagi aku bersedia untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin selaras dengan konsep seorang penjawat awam or kakitangan awam. Aku tak baper selesa dengan istilah kakitangan kerajaan. Aku rasa aku lebih banyak serve rakyat daripada kerajaan itu sendiri, tambah2 pulak kebelakangan ni, di mana kerajaan bertindak menzalimi rakyat dengan caranya yang tersendiri.

Okay...sambung balik citer tadi. Bila orang tu masuk ke bilik ku, aku terus mempelawanya duduk. Sebagai pembuka bicara orang itu mula melontarkan kata2nya.

"Tuan, saya confuse ler, bila saya tanya orang UMNO depa kata Tuan ni orang UMNO & bila saya tanya orang PAS depa kata Tuan orang PAS"

Aku tanya balik, "Orang PKR tak tanya...? "[ekceli aku perli tuh...heheheh]

Jawab orang tu, "Belum lagi Tuan"

Aku jawab balik, "Haaaa, tu laa maknanya saya milik rakyat, milik masyarakat dan milik bersama"

Orang tu terus berkata, "Tapi saya tetap confuse ler"

Aku jawab, "Tak per, ekceli confuse tu sendiri telah membayangkan yang saya ni sebagai seorang penjawat awam telah bertindak begitu profesional yakni berkecuali di dalam segala urusan yang melibatkan orang ramai sampaikan soal pendirian politik saya pun orang ramai terkeliru"

Orang tu terus mengangguk2 tanda setuju dan terus menghulurkan beberapa dokumen untuk tindakan aku seterusnya.

Sori laa bukan aku nk masuk bakul dan bersusah payah nak mengangkat sendiri tetapi aku nak jelaskan di sini betapa immatured nyer pemikiran orang awam terhadap penjawat awam yang terlalu prejudis di dalam mempersoalkan hal yang bersangkutan dengan politik. InsyaAllah aku akan terus bersifat sebegini kerana matlamatku ialah...."To serve the public no matter what ideology they are holding with" Simple rule, kan..??

Wednesday, June 11, 2008

~::Layan Jugak Neh::~

Tengah2 dok tenet neh, tetiba jer aku tingat nak makan sesuatu. Haaa, pedia tuh..? Nanti sat, tengok dlm fridge ada tak?

Ahaaa...cantekkkk, ada sebijik dalam peti. Heheheh, cam org pompuan mengidam plak tetiba aku rasa nk makan buah epal hijau ngan mayonese. Okay jom kita makan.....

"Puan2...mula2 potong buah epal hijau tu ikut suka ati puan2....nk potong dadu ker, potong lapan ke, potong 18 ker, mengikut lawan jam ker....tak kesah janji potong"

"Puan2, kemudian masukkan mayoness sesuka hati puan2, nak guna sesudu ker, sebotol ker, dua botol ker....ikutttttt suka"

"Kemudian gaulkan perlahan2 mengikut suhu bilik dan pusingan 120darjah........sehingga sebati dan lenguh tangan"

"Haaaaa, sekarang tibalah masanya untuk menikmati epal hijau berperisa mayonese ala-ala Congostan gituhhhhh......selamat mencuba"

"Emmmmmmm, sedapnyer sehingga menjilat garpuuuu"

p/s : bagi menambahkan lagi kelazatan.....puan2 disyorkan untuk membaca dialog2 di atas mengikut setailll Chef One....okay...hahahhaha

~::Dia Buat Hal Lagi::~

Hari ni PM kesayangan kita tuh dok buat statement dan juga keputusan yg tak disenangi oleh rakyat lagi, especially orang macam aku neh....yang kejer gomen, berkenaan pemberian gaji kakitangan awam dibuat secara ansuran 2 kali sebulan iaitu di pertengahan bulan dan juga di hujung bulan.

Sorry to say, malam ni saja aku dah jenuh terima SMS berkenaan hal ni dan rata2nya tak pueh hati dengan keputusan yg dibuat oleh si mamat PM tuh. Menurut si mamat PM, keputusan ini akan berkuatkuasa pada bulan Ogos nanti.

Alasan yang diberikan ialah, bagi membantu pengurusan perbelanjaan dan juga aliran tunai berikutan kenaikan reger minyak. Yenadei.....at the first place, sapa bikin kacau dulu. Tak pasal2 huru hara jadinya. Buat kerja tak gunakan aqal yang Allah berikan....jadi camni laaa. Yang aku tau, berikutan keputusan terkini kerajaan yang perasan depa cerdik ni mengundang lagi perasaan meluat yang teramat sangat di kalangan penjawat awam. Kalau tk pecaya hangpa suruhla budak suruhan hangpa tu si TV3suku tu, pi buat tinjauan awam...for sure orang awam tak puas hati punya dan yg pasti luahan ketidakpuasan hati tu dah tentu hangpa edit dan tak keluaq TV, boley jamin punya.

Aku pasti, tindakan Plah ni tak bisa memfofularkan dirinya di kalangan penjawat2 awam macam aku neh. Lagi nyampesss ada. Allo....tindakan neh ekceli akan mengacaukan lagi flow perbelanjaan bulanan. Mungkin ada yg berpandangan, "gaji yg memula tu [tengah bulan], tak yah ler usik lagi, time dah masuk hujung bulan baru laa usik." Ellooo, bab duit depan mata ni susah mau cakap laa. Bila tau ada duit masuk, tau jer belanja camner...tk bley elak wooo.

Sampai saat ini aku masih tk dapat terima signifikan atau justifikasi tindakan yg dibuat oleh PLah ni. Buntuuu owh.....financial management sumer kacau, hampehhhhh.

Ni antara SMS yang aku terima tadi :

Mulai Ogos, gaji akn dbyr 2 kali sebln. Bg aku Plah makin celaru, mcm2 idea bangang dia buat, apa pendapat hang ?

Allo bro, aku rasa pyh nk manage kwgn keluarga. Biasanya 1/2 gaji aku utk byq hutang. Kl dpt 1/2 dulu, bila masa nk bayaq hutang, bila masa nk buat belanja dapur ?

p/s : esok2 tak tau lagi aper plak kezutannn dari PLah.....yg pastinya mesti hampehh

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...