Monday, June 30, 2008

~::Secebis Ingatan...Sekalung Doa::~

Dalam kehidupan di dunia ini, kita tidak dapat tahu apa yang akan berlaku atau bakal terjadi ke atas diri kita. Atas prinsip itulah kita perlu kembali kepada asas iaitu segalanya yang berlaku ke atas diri kita ini semuanya adalah kehendak Allah dan dengan keizinanNYA. Maka itu lah yang difahamkan dengan Qada & Qadar dan kita sebagai hambaNYA harus redho dengan apa jua ketetapan yang telah dijadualkan.

Dalam posting kali ini CM nk mengajak semua rakan2 bloggers sama ada yang ada dalam list CM ataupun yang cuma menjadi pengunjung2 setia yang CM tidak kenali....untuk bersama2 mendoakan rakan blogger CM, iaitu love-n-hate agar cepat sembuh kerana beliau baru sahaja ditimpa kecelakaan, di mana kenderaan yang dipandu oleh rakannya telah mengalami kemalangan jalan raya semalam. CM pun dapat berita ni dari Faisal Admar . So, mari lah kita sama2 mendoakan agar Allah memelihara kesejahteraan dan juga kesihatan yang baik ke atas love-n-hate , insyaallah.

Bagi CM, dalam ramai2 rakan bloggers terdapat satu keistimewaan yang ada pada love-n-hate ni iaitu setiap postingnya akan dimulakan dengan kalimah Bismillahhirrahmanirrahim dan tulisan2nya tak lekang dengan ingatan2 kepada Allah. Ini adalah antara kata2 yg telah diluahkan oleh love-n-hate di dalam blognya :

  1. "I know how that feels like.. to be alone, lonely, no one to turn to... but, we have more time to discover ourself and seek for the great power above... ALLAH!"
  2. "Tapi, yang pasti love-n-hate gunakan masa alone, lonely untuk muhasabah diri... kenal diri lebih dekat.... kenal Allah lebih dekat..."
  3. "Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
  4. "Bila sunyi, sepi.. ambil masa fikirkan samada kita lakukan yang terbaik untuk yang maha Esa atau tidak..."
  5. "... what goes around, comes around... sama ada sedar ataupun tidak... ada kuasa lebih besar dari kita semua... ALLAHUAKBAR!!... Dia Maha Mengetahui..."
  6. "no matter what we do, or where we are, we're not alone... Allah bersama kita... wallahualam... "
  7. "Doa penting juga untuk memilih. Allah Maha Agung, Dia tahu segalanya."

Harapan CM agar di masa2 akan datang kita sumer lebih tabah sekiranya ditimpa sebarang musibah kerana itu adalah sebahagian daripada ujian Allah ke atas hambaNYA.

Thursday, June 26, 2008

~::Minggu Tension Sedunia......::~

Sehari dua sebelum ni termasuklah semalam, aku cuba bertindak sebagai kaunselor dan juga moderator, memujuk rakan2 bloggers yg sedang dihimpit ketensionan. Cam ari Isnin ari tuh Kreuger dilanda stress tahap tenuk bergulung dan semalam lagi ada 2 org bloggers iaitu meo188 dan "missN" (tk leh bgtau saper...aku pegang amanah noooo) yg dilanda masalah yg sama.....stress, tension, jiwa tak keruan dan apa juga perkara2 serabut yang sewaktu dengannya.

Tup, tup...ari ni giliran aku plak hangin gila babi punya satu badan. Sori, bahasa dan susunan ayat aku hari ni tahap kutukan mauuutttt punya. So, pada sesaper yg tak sanggup membaca or tak leh tapis ngan pemikiran rasional....so blahh laa dari sini dan boleh jenguk2 entri aku yang lain....yang lebih rasional, yang lebih skima, yang lebih sopan dan sebagainya. So, jgn salahkan aku bila aku bersikap camneh...pasal motif aku nk cool off apa yg tersekat kat dalam kepala hotak aku ari ni.

So...camni laa kronologi situasi yg telah membuatkan aku hangin satu badan hari ni.....

Ari ni ada satu agensi Kerajaan tu buat meeting kt Dewan berhampiran opis aku tuh. So atas dasar budibicara aku pun bagi laa depa pakai Dewan tu utk program depa tu dan xtra lagik, aku bagi depa pinjam aku punya LCD projector utk tujuan tayang slide show....(ekceli depa bayaq untuk penggunaan Dewan tu pasal melibatkan kos penggunaan elektrik maklumlah fully air-cond). Pasal LCD tu...prinsip asal memang tk penah bagi saper guna pon, selain aku sendiri guna utk tugas2 rasmi aku tapi aku ulang balik....atas dasar sesama agensi Kerajaan dan juga budi bicara aku, aku bagi depa pinjam. Yang menghanginkan aku, ada satu mamat tu...aku sure bukannya tahap Officer pon...mungkin kerani caboook jer, siap sound kat aku "kenapa tingkap tak der langsir....cerah sangat slide tk baper clear....patut buat cam oditorium ler....gelap skit"....Dalam hati aku "barua betoi mamat ni, dah laa aku provide segala2nya....dok komplen lagi....sekali aku debik kang". Ekceli Dewan tu baru wat renovation, tingkap baru ganti....pasal baru pasang fully air-cond, so langsirnya dah bukak dan railingnya tak pasang balik lagik. Dah guna barang aku...dok komplen plak. Ni jenis manusia bercakap tak gunakan aqal ler...dasar tak mengenangkan budi.

Rentetan program kat Dewan tu...ada plak sorang minah tu...dari agensi yg sama dok kelam kabut cari talam bagi tujuan penyerahan sijil aper kebender ntah. So...si minah ni pi laa cari talam tu kat opis wife aku yg terletak dekat ngan Dewan tu gak. Bila masuk jer opis wife aku...dgn tanpa memberi salam..."kat sini ada talam tak...?" So, apa lagi wife aku pun terpinga2 laaa. Pehtu tanya lagik, dengan gaya sombong dan macam mem besar..."hangpa pi cari talam sat..." Perghhhhh dia hengat wife aku tu barua dia ker nak bagi arahan cam cilaker tu. Yang wife aku ni plak ingatkan aku yg bagi arahan kat minah tu....so dia pun sebagai seorang isteri yg solehah.....[sure wife aku bangga aku puji dia ni....heheheh] tanpa melengahkan masa cuba ler mencari2 talam tu di kawasan2 sekitar opisnya tuh. Ekceli citer ni aku tau kemudian.....lepas program depa tu abis. Bila aku dapat tau citer ni, apa lagi menggelegak ler hati prot aku....aku pi cari minah tu...tapi nasib baik dia dah blah. So, aku tanya laa pada orang2 yg ada kat situ lagi pasal background minah tu dan depa citer kat aku minah tu memang perangai kurenggg cam tuh. Harap muka jer lawoo (cam kacukan laa)...tapi perangai hampehhhh cam setannn. So, pesanan aku pada golongan wanita kat luar sana, ingatlah bahawa segala kecantikan diri itu akan musnah kalau keperibadian diri dan sopan santun tidak diambil peduli.... cam citer aku ni. Info tambahan...aku dapat tau minah tu kerani cabookkk gak bukannya officer tapi dia punya berlagakkkkkk......cam sial. Aku try contact opis minah tu....tapi sebelah petang tak masuk opis. Memang cilakerr. Aku ingat nak call minah tu lagi laa esok.....tapi aku punya hangin dah mula cool down ler bila aku dok buat entri ni.

Haaa...ni petang punya citer plak. Bila jer aku masuk opis, aku nampak ada satu mamat India dok kat lobby opis aku. So, aku pun tengok dia....dia buat derrkkk ngan aku. Aku tanya dia ngapa tak kata apa...tak tanya apa2 bila aku masuk. Aku tanya balik...tk leh ker ucap selamat petang ker...??? Dia jawab balik "saya bukan tau encik ni sapa...." Perggghh, mendidih lagikkkkkk. Aku naik hangin lagikkkkkk. Aku cakap kat dia, "bukan nanti kita tau siapa orang tuh baru kita nak tegur or respect". "I don't want you to respect me for who I am....but I just want you to respect me as a humman" Baruaaa betoi mamat tu, tetap ego dan tunjuk samseng ngan aku. Aku ni jenis kalau orang baik ngan aku sekali, aku boleh balas kebaikan pada orang tu berkali2 lagi tetapi kalau orang tu buat tak baik ngan aku....sandriiii mau hengattt laaaa. Aku tanya lagi si mamat India tu..."boleh tak awak hormat saya sebagai seorang manusia...????" Sampai sudahhhh tak jawap...baruaaaa betoi. Aku malas dah nak layan aku punya emosi...so aku jemput dia masuk bilik aku dan aku amik dokumen yg dia nak aku sign kan tu. So, sambil aku dok tengok2 dokumen tu, aku pun mintak maaf laa kat mamat tu atas kekasaran aku...atas emosi aku. Memang aku jenis cam ni...kl aku ada buat salah...aku cepat2 admit. Tapi nampaknya si baruaa tu tetap ngan ego dia...dia buat derkkk jer..... cam tk der respond ngan aku punya maaf. Cilakerrrrr. Pehtu si barua tu dgn sinisnya dia kata aku layan dia cam tu pasal dia India. Woi babiii, aku dalam menjalankan tugas aku, aku tk pernah prejudis terhadap mana2 kaum laaa. Kalau Melayu pun tak betoi...kughang hajaqqq...aku bantai gak. Aku tk pilih bulu dalam soal kerja. Aku pun malehhh nk layan dalam situasi ni...malas aku nk tengok dokumen tu betoi2...aku main sign jer endorsement tuh....maleh nak tengok muka si bangsattt tak sedar diri tuh. Bila everything settle...aku yg hulur tangan salam ngan dia dan seperti dijangka barua tuh salam ngan aku macam tak ikhlas jer.....babii betoi. Tak tau laa aku, lepas ni barua tu panggil gengster pukul aku ker aku tak tau lagi...tapi yang pasti aku rasa nak boh penumbuk jer kat muka HA NUN DAL WAU @ BA ALIF BA YA tuh....

So....kepada kengkawan aku yang masih lagi dalam ketensionan, kerunsingan atau apa jua konflik jiwa, aku dedicatekan gambar kat atas ni untuk u ols sumer.

~::Jom Masuk Dewan.....::~


Untuk pengetahuan semua, Dewan Undangan Negeri Perak sedang bersidang dari 24-30 Jun 2008 bagi kali yang ke-12. Persidangan tersebut boleh diikuti secara LIVE Video Streaming.

Jom masuk Dewan......Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak

Setelah aku membuat risikan, aku mendapati company yg bertanggungjawab dengan Live Video Streaming adalah sebuah syarikat kepunyaan orang Melayu...so aku pun tumpang bangga gak especially bila terlibat dengan benda2 yang berkaitan dengan teknologi ni pasal aku pun minat gak...heheheh

GLOBAL MEDIA CHANNEL - Think Globally

Sunday, June 22, 2008

~::Emmmm....Jom Ke Spa::~

uikssss...apa barang spa cam ni ??? dalam akuarium ker ni...???



kalau lama ler proses neh...alamat boleh tidor dibuatnyer.....sejuk, nyaman & merehatkan minda




" gigantic hair dryer".....jangan tekan brek ???? kompius ni..??!!!!



ahhhhh.......2 renggettt jer...bio betoi

ghoper2nyer "SPA KETER" - Cuci Kereta Automatik rupanya...hehehehhe
best term to be use is DRIVE-IN CAR WASH



purrrrrrfectttt job.......show off time...tayang body skit......heheheheheeh

Saturday, June 21, 2008

~::AKHILNYA KEMBALI::~

Emmm....rasa tk pueh hati masih menyelubungi aku ekoran tk dapat nak share ngan korang sumer isi kandungan program wacana ilmu tempohari. Ni sumer angkara proses dokumentasi videography tak dapat dilaksanakan. Trully...memang aku rasa rugi sangat pasal niat aku nak memperluaskan lagi audience program tersebut melalui blog aku ni, tak kesampaian. Tapi apa kan daya, sudah suratan takdir. Camner pun kita harus lihat dari sudut positif yg lain di mana program tersebut telah berjalan dengan lancar.

Bagi tidak menghampakan pembaca2 blog aku ni, aku telah menyediakan satu dokumentari mengenai Ustaz Akhil untuk tatapan sumer dan specially aku dedicate utk sahabat2 dari luar Malaysia. Dokumentari ni aku dapat dari YOUTUBE dan merupakan terbitan TV3 yang telah ditayangkan semasa Sambutan Maal Hijrah 2008 yang lalu.Di samping itu juga aku ada sertakan sekali klip video Ustaz Akhil semasa zaman rocknya dulu sekadar untuk membuat perbandingan dan mendapatkan iktibar, insyaallah.

SUATU KETIKA DAHULU..........

Tajuk lagu dari Kumpulan Riyadh ni adalah "Hanya Ketenangan" dan bukannya "Melodi Cinta Lama" seperti mana yang dilabel pada klip video.

Lagu ni, aku tk pasti apa tajuknya, tapi yg aku sure tajuk albumnya Media 88-89.

p/s : Aku harap ngkorang buatlah penilaian dan muhasabah sendiri, moga2 hijrah itu berlaku ke atas diri kita juga, insyaallah.

Friday, June 20, 2008

~::Aura Insan Istimewa....::~

Alhamdulillah....syukur kepada Allah, segala yang telah dirancang telah dapat dijayakan dengan sempurna. Satu yang pelik telah berlaku di mana jarang kita temui anak2 muda atau remaja di mana2 majlis ilmu tetapi malam tadi separuh daripada audience merupakan terdiri daripada golongan ini. Inilah yang aku anggap sebagai satu aura bagi seorang insan yang istimewa yang telah diberikan hidayah istimewa oleh Allah. Majlis telah dimulakan lebih kurang pukul 9.15 malam di mana telah dimulakan dengan beberapa tayangan multimedia dan beberapa ucapan. Lebih kurang pukul 9.50 AF Ustaz sampai.....dgn gayanya yg bersahaja, berjubah putih dan berkepiah putih dan hanya ber"sandal" sahaja...tak yah pakai kasut kilat2...heheheh. Owhh, lupa nk bagitau kat mana majlis ni berlangsung. Majlis ni diadakan secara "open" iaitu di sebuah ARENA SQUARE - berupa sebuah infrastruktur yg merangkumi pentas dan juga dataran yang berbumbung. So, kalau hujan ker haper...no hal punya.
Bila Ustaz sampai, aku terus sambut dan terus duduk bersebelahan dengan Ustaz di kerusi2 yg menempatkan VIP. Dalam dok sembang2 dgn Ustaz, aku pun bukak citer..."Ustaz, saya ni kenal Ustaz dah lama dahhhh, sejak Ustaz dok Rock lagi dgn Kumpulan Riyadh....bukan sejak Ustaz dah jadik Ustaz" Peh tu, Ustaz pun jawab...."Yer ker....masyaallah...neh kira otai sama ngan Ustaz ni..." Bermula jer dgn dialog tuh aku rasa macam jumpa member lama plak sampai aku lupa misi Ustaz untuk menyampaikan Wacana Ilmu. "OK Ustaz...lepeh ni kita gebang lagi" Ustaz jawab..."Oraiiiitttt". Dalam hati aku ler..."perrgghhhhh sempoi gilers Ustaz ni dah cam member2 sekolah aku plak.."

Majlis dimulakan dengan bacaan Zikir Munajat beramai2 dgn audience.....shahdu giler beb. Ceramah Ustaz sebenarnya banyak fokus on remaja samapikan ada satu lagu tu Ustaz nyanyi sampai habis. Tajuknya "Relaku Rempit" - lirik baru tapi guna lagu Relaku Pujuk dari Kumpulan Spider. Lagu ni berupa lagu2 yg mempunyai unsur2 nasihat kepada golongan Mat Rempit. Hangpa nk tau....geng2 Mat Rempit pun ramai woooo malam tuh.

Unsangkarable betoi malam tu....Ustaz boh ceramah sampai 2 jam beb. Audience aku rasa malam tu melebihi seribu orang. PA system superb...from Jabatan Penerangan. Thanks again. Malam tu sumer yang datang aku rasa tk dak kot yang tak terhibur or raser nyesal kerana majlis ilmu tuh diselangselikan dengan lagu2 dan juga alunan selawat nabi. Tapi biasa la beb, benda yg menarik ni, kalau 2 jam pun rasa cam baru setengah jam.

Bila time dah abis ceramah, "peminat2" terus serbu Ustaz yg tak sempat turun tangga lagik. Aku pikir balik, zaman Ustaz dok rock dulu pun tk der ler camni sangat. Yang amik otograp pun ada. Yang amik gambaq tok sah cakap laaa.....zaman kamera digital ni....aku rasa ratusan manusia dok tala kamera termasuklah henpon pada Ustaz masa tu. Havoc dibuatnyer....hehehehe.

Selesai sessi foto yg tak rasmi tuh.....Ustaz telah dibawa ke dewan berhampiran utk jamuan makan malam. Hahahaha...... dinner pukul 12.30 malam beb. Kami nk ajak Ustaz makan dulu tapi dia kata lepas ceramah, so kena ikut dia ler. Masuk jer dewan, petugas2 terus menempatkan aku di sebelah Ustaz......kata depa "Tempat ni special reserved". Wow...aku dok sebelah Ustaz lagi. Per lagik...aku pun terpaksa tumpang glamour Ustaz ler...sumer dok pakat amik gambaq kami berdua...ngehx3 (peh ni aku kena cari orang2 yg amik gambaq aku tuh...sure banyak giler tuh...)

Lepas makan...tak abis lagi....ada sessi foto lagi!!!! Kesian Ustaz aku tengok malam tu...bebudak ni buat Ustaz tu cam artis pujaan depa pulak. Yang buat gaya rock ngan Ustaz pun ada...heheheh. Tapi Ustaz cukup sporting...sumer budak2 tuh dia layan. Aku tengok ramai gak bebudak pompuan yg dok wusyarrr dari jauh....hheheheh ikutkan hati, depa sure nak peluk Ustaz tu....hahahah, tapi apakan daya Ustaz tetap Ustaz.

Bila dah settle sessi amik gambaq tuh, Ustaz pun mintak izin nk blah dah....balik KL. Ustaz ni kalau tk silap aku dok kat Kota Damansara kot. Sebelum blah, Ustaz peluk aku dan sempat berbisik "Teruskan perjuangan dalam memartabatkan Islam bebb...." Terharu aku masa tuh...heheheh. Ustaz ni walaupun dia membahasakan diri dia ANA tapi gaya2 sempoi dan rock tu tetap ada...tu yg bebudak suka tuh...heheheh. Peh tu Ustaz terus naik keter Naza Citra merah menyala yg dipandu oleh sahabatnya........meninggalkan lokasi.

So, kat bawah ni ada few things yg aku rasa tk baper pueh hati malam tuh. Kita mampu merancang tetapi segalanya adalah ketentuan Allah.

  1. Orang yang sepatutnya datang capture Video malam tu tk datang. Aku dah bagi harapan 100% sebelum ni.
  2. Orang lain daripada yg sepatutnya yg aku harap boleh datang menyelamatkan keadaan berkenaan videography ni tak berupaya menyelamatkan keadaan walaupun sebelum ni, orang yg aku harap ni tk pernah langsung bagi excuses pada aku. Ni first time dia bagi excuse...melambak pulak tu. (aku pikir...ada yg tak kena ni)
  3. For personal copy...biasanya aku akan gunakan aku punya MP3 player/recorder utk rakam mana2 majlis ilmu or mesyuarat. Malam tu sampai hari ni aku cari tak jumpa2. (ekceli aku plan nk boh rakaman ceramah ni kat blog ni...huhuhu sedey tau)
  4. Aku gagal mendapatkan foto2 yg baik walaupun dari Nikon Digital aku tuh. Ngkorang kena paham, aku sebagai salah seorang tetamu kehormat, takkan nak jalan sana sini amik gambaq pulak. So, aku pass laa lamera aku tu pada orang lain. Malangnya lebih kurang 50 keping gambar below piawai aku....95% blur. Aku dah buat setting auto tetiba pandai2 pulak tukaq setting cahaya lebih. Kalau dh buat setting ni...secara automatik bukaan cahayanya lebih besar dan bila bukaan dah besar, lilbit of shake pun gambar akan jadi blur. Aduihhhh, tension aku tapi takkan aku nak marah kot. Aku bukan bagi gaji kat mamat tu...suruh tolong jer. So, sekarang ni aku tengah dok cari orang2 lain yang dok amik gambaq malam tu. Utk pengetahuan ngkorang, gambar2 dlm posting ni adalah antara foto2 yg melepasi piawai aku. Kalau sumer okay...korang bayangkan lah sendiri satu entri ada 50 keping gambaq...heheheheh. One more thing gambaq2 special appearance aku ngan Ustaz Akhil adalah dalam 6 keping kot tapi cam biasa laa kan, aku takkan "exposekan" diri aku dalam blog ni......pasal ni prinsip asas aku. Hangpa kena paham dan hormat prinsip aku ni....kay. Timasihh kerana memahami.
  5. Walaupun kehadiran sampai melebihi seribu...let say 1,800 orang. Sebenarnya boleh cecah 3,000 orang. Kenapa tk leh cecah????? Kerana ramai yg beranggapan majlis ilmu malam tuh adalah ceramah politik. Ni lah masalah orang Melayu, cepat sangat buat andaian sendiri atau dengaq orang lain punya citer tanpa adanya buat pemikiran menggunakan aqal sendiri. To me....very simple. You just come and hear...kalau ada jer yg menyentuh hal2 politik, you can just blahhhh jer. Ni tidak. Belum apa2 dah buat andaian sendiri. Now saper yang rugi. In fact hari ni ramai orang yg aku jumpa telah menyatakan betapa ruginya mereka tidak berada dalam majlis ilmu malam tuh.....hahahahah pada aku padan muka jer. Sedih aku bila dok pikir hal ni.
  6. Untuk item no 5 ni just refer balik item no 2. Aku rasa aku tau kenapa mamat ni tak datang and bagi macam2 excuses. Jawapan ringkas aku, politik punya pasal. Untuk pengetahuan ngkorang, mamat ni kuat betoi UMNOnya.....terlalu berprinsip membabi buta. Aku tau....dia malu ngan aku nk citer bab stand dia dalam hal2 politik ni. Dia dok anggap ini adalah program parti...to be more specific program PAS. Tolonglahhhh, dalam majlis ilmu tu aku tak nampak pun bendera2 PAS menghiasi ARENA SQUARE tuh. Aku tk nampak pon audience dok pakai baju2 berlambangkan PAS. Aku tk dengaq pun isu2 agama dipolitikkan pon. Tolonglahhhhhh....kadang2 aku rasa give up jer ngan situasi ni. Pilihanraya dah lama berlalu 8 Mac ari tuh....sudah2 laaa. Orang dulu2 dah berkata "Bidok berlalu kiambang bertaut"....tapi sampai laaa ni tak mau dok bertaut lagi. Sori, I'm kind of emosional skit bab2 masyarakat xpecially MELAYU......ORANG ISLAM.
  7. Aku frust sangat bila cakap pasal videography ni pasal aku memang ada intention nk distribute VCD Wacana Ilmu Bersama Ustaz Akhil ni pada rakan2 bloggers...tapi tk kesampaian laaa.

Camner pun aku ingat balik pesan dari Ustaz tentang teruskan perjuangan tu sebab dia tahu bukan mudah untuk berjuang ke arah memartabatkan Islam tu...banyak cabarannya, macam citer yg aku bagi tau ni. Aku punya stand jelas...sebagai Penjawat Awam....aku berkhidmat untuk masyarakat.....I didn't serve for any political parties. Kalau aku dipersoalkan oleh mana2 pihak aku tak risau...aku akan jawab....ya aku akan jawab. Even dgn polis2 Special Branch pun dah tahu camner aku punya stand towards masyarakat......dan aku tetap milik masyarakat tak kira apa warna bendera sekali pun Merah ker, Biru Tua ker, Biru Muda ker, Hijau ker.... :)

Thursday, June 19, 2008

~::Dulu Rock, Sekarang......::~

Buat masa ni, aku sedang sibuk membuat persiapan akhir satu majlis ilmu yang akan diadakan pada malam ni iaitu Wacana Ilmu Bersama Ustaz Akhil Hayy. Aku tk leh bayang ler camner crowd malam ni. Maklumlah Ustaz Akhil ni makin top dari sehari ke sehari. Tambahan pulak sekarang ni hari2 dok appear dalam Channel Oasis ASTRO dlm satu show yg dihostkan sendiri oleh Ustaz Akhil Hayy iaitu "Cafe Akhil Hayy". Harapan aku agar majlis malam ini dapat berlangsung dengan sempurna tanpa adanya cacat cela dan yang pastinya semoga majlis itu nanti akan mendapat keredhoan dan keberkatan dari Allah. Okay...chowww dulu. banyak kejer belum settle, dgn videonya, dengan PA systemnya, dengan LCD projectornya, dengan stagenyer, sumer belum settle beb...tolongggggggggg.


~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...