Wednesday, April 8, 2009

~:: Inbox henpon burst ::~

gambar cilok dari - http://fairideation.files.wordpress.com/2008/07/spam.jpg

Semalam dan hari2 sebelumnya melambak2 SMS yg masuk...semuanya pasal exam yg aku sedang hadapi. Good luck laaa, bincang pasal study laaa, tanya baca apa laa dan paling klimaks dan soklan faveret.....esok topik apa yg keluar. Kalau boleh amik pekerja part-time...kompem aku amik, buat kejer tolong jawab SMS.

Semalam merupakan 1st paper aku. Exam dijalankan di Sekolah Menengah Yuk Choy. Ipoh. So, exam2 yg aku hadapi tahun ni......
  1. Race & Etnicity (07/4/2009)
  2. Industrialisation & Social Change (11/4/2009)
  3. Deviance, Conflict & Social Control (14/4/2009)
  4. Indigenous Etnography Of Malaysia (17/4/2009)
Bukan banyak pun....tapi malasnya nak study.........Allah saja yg tahu. Aku mohon sangat agar Allah lempar jauh sifat malas aku tu untuk kebaikan aku dunia dan akhirat.

So, utk paper yg pertama semalam....pada aku soklan2 yg disediakan oleh lecturer aku tu memang ok....yg tk ok nyer aku jer laa kot. Jenis soklan direct...tk yah pening2 nk menjawab. Haaa...bila lama tk menulis panjang, problem utama aku ialah...sakit tangan. Nak jawab 3 essay dalam masa 3 jam...aduihhhhh Allah saja yg tahu. Kalau laa boleh suruh org lain tolong tulis kat kita kan senang. Lecturer aku utk paper semalam tu ialah seorang lecturer yg agak glamer sejak kebelakangan ni...almost setiap ari kuar tv. Alaaa yg jadi Penganalisis Politik tu...Dr. Sivamurugan Pandian tu. Tu laaa Tok Guru aku utk paper yg aku amik semalam tu. Berdasarkan pemerhatian aku, boleh kata semua pihak yg senang dengan cara dia berhujah...dia cukup rasional dan tk menyebelahi mana2 pihak. Kalau sapa2 nak tahu detail secara akademik tentang 13 Mei, boleh jumpa dia...dia memang pakar. Setahu aku thesis dia dulu [aku tk sure thesis Masters or PhD] dia buat tajuk on 13 Mei.

Semalam pulak...ada agenda penting utk negara iaitu 3 Pilihanraya Kecil iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Tapi pada aku yg paling mencuri tumpuan hampir keseluruhan rakyat Malaysia ialah kerusi Parlimen Bukit Gantang. Dengan aku2 sekali yg kena tempias bahangnya. Aku mendapat pelbagai SMS dari seluruh negara sama ada bertanyakan ttg keadaan di Bukit Gantang atau memberikan maklumat terkini kepada aku tentang apa yg sedang berlaku di Bukit Gantang.

So, apa lagi...dah laaa inbox aku penuh time2 exam ni dgn hal2 yg berkaitan dgn exam...ditambah pulak dgn hal Bukit Gantang...mana tk burst atau crash aku punya inbox tu. Macam2 SMS yg aku terima sampai keputusan pilihanraya Bukit Bendera aku dapat sekali...aduihhhh ini ND cousin aku punya kerja. Ni kes boring tahap gaban ler ni...hehehehe. Sampai tengah malam beb...tk tahan aku jenuh dok mendelete mesej2 lama.

Kepada yang menang tahniah aku ucapkan dan selamat bertugas kepada rakyat, kepada yg kalah cubalah di lain kali punya pilihanraya pulak dan cuba kaji betul2 punca kekalahan tanpa menuding jari kepada pihak lawan. [Jangan laaa kalau dah tk dapat score goal...kita nak salahkan tiang gol tu perlu dicat baru....fikir2 kan]

Yang bermasam2 muka, ceria2kan lah hidup anda kembali. Yang bersengketa, kembalilah bernaung di bawah nur ISLAM. Yang berhutang dengan petugas2 pilihanraya........sila jelaskan hutang2 anda....hahahhahaha. Aku sebut bab elaun petugas ni pasal tiba2 aku teringat cerita semalam. Semalam kat satu kedai tomyam aku terdengar perbincangan budak2 muda UMNO. Jangan tanya macam mana aku tau depa UMNO walaupun aku tk tengok kad keahlian UMNO depa. Depa dok bincang pasal duit. Dialognya lebih kurang cam ni "Kita dok susah payah bagi nama kita dan dok sebok kerja....depa yg tak bagi nama pulak yg dapat". Rata2nya perbualan kumpulan budak2 UMNO ni semua berkisar ttg DUIT...tk dak pon yg sentuh soal post-mortem akibat kekalahan atau perubahan yg seharusnya dilakukan. Inilah realiti yg seharusnya diberikan perhatian khusus oleh PM kita yg baru. Cuba buat perubahan dengan tidak mengaitkan perjuangan dengan DUIT.

Saturday, April 4, 2009

~:: Get well soon Abah ::~


Abah admitted to Taiping Medical Centre (TMC) pukul 5 petang Khamis lepas....kes denggi. Dari mana dia dapat ntah...aku pon tak tau. So, sebagai seorang anak yg soleh (mudah2an....) petang semalam aku pon rush laa ke Taiping utk visit Abah. Sampai2 jer kat bilik Abah, aku tengok sikit punya baikkkk jer Abah tgh lentok....tapi tak lena pon...sleep sleep chicken jer....hahaha. Bila Abah perasan aku ngan wife datang, terus dia bangun. Aku tgok kat tangan dia ada bekas extension utk saluran drip line....alaaaa yg masuk air tuuuu. Menurut Abah, doktor kata dah tk yah masuk air dah...emmm kira ok laaa tu, tapi Abah kata doktor bagi syarat...kena minum air banyak. Kalo tk silap Abah, dah 5 0r 6 botol air yg dah masuk dalam badan melalui drip line tu.

Xceli Abah dah demam dah dekat seminggu dan dah banyak hari (maybe since Monday) dia dapat result blood test yg mengatakan dia kena demam denggi....tapi kan....biasa laaa nak cover line dari Mama punya pasal dia diammmmmm jer. Penyudahnya...tk tahan punya pasal laa kot...baru ari Khamis tu masuk spital...hehehehe.

So, masa aku boring2 kat TMC semalam, aku gi laaa ngorat2 dan dapatkan info dari nurse pasal status Abah.

"So...how's my father...? Is he doing well..??"
"Yes...he's absolutely doing well..only a slight fever"
"What about his platlete count..??? Is it normal or droping...?"
"It seems normal and stable.....and maybe tomorrow the doctor will release him "
"So...you're saying that he don't need a platlete transfusion...?"
"Yuppp.....Emmmm..............., are you a doctor..?"
"Hahahahaaaa.....(gelak kuat akuuu...), No lahhh...I'm not a doctor"

Lepas tu, aku pon blah gi semayang kat surau. Baru tau sikit2 pasal medic, dahhhh ada org ingat aku ni doktor plak...hehehehe. Bukan apa, pasal denggi ni aku ada laaa skit xperience pasal dulu adik ipar aku dah penah kena. Seorang manusia yg normal biasanya mempunyai platlete count melebihi 150. Kalau kena demam denggi yg serius platlete count boleh turun sampai bawah 30...itu jam kalu mesti kena platlete transfusion. Platlete ni sebenarnya adalah sejenis sel darah, tapi bukan warna merah.....warnanya kekuningan macam air kencing....stok kat hospital kadang2 susah nk dapat. So...dalam kes Abah ni...dia punya platlete count masih ok dan tk perlukan platlete tranfusion. Alhamdulillah...........

Kalau sapa2 tk pernah tengok platlete...ni laa , macam ayaq kencin pon ada.

Pagi tadi, aku pun balik kerana ada beberapa urusan yg perlu disetelkan....lagi pun preparation utk exam pun tak abis lagi kan. Aku harap2 ari ni Abah dah boleh balik. Pukul 2.30 petang tadi Mama call.....Abah dah check out dari TMC. Alhamdulillah....hanya 2 malam jer abah tidoq kat katil TMC tu. Syukur kepada Allah....di atas keizinanNYA menyembuhkan Abah.

Dah balik rumah ni Abah kena rest dan minum ayaq banyak. Biasanya denggi ni tk ada ubat tau. Kira dalam kes ni, Abah masih bernasib baik. Aku ada bagi petua kat Abah macam mana nak recover dari denggi ni iaitu makan Sup Ketam. Tapi kan....contradict laa pulak dengan penyakit Gout Abah tu yg tk berapa boleh makan sea food.....hehehehe. Rugi laaa cam tu, benda sedap tk boleh makan. Bukan kata org sakit, orang yg tak sakit pon kalau bagi sup ketam tu....emmmm setellllllllllll. So, another petua yg aku bagi ialah pucuk betik (pahit tok sah cakap laaaa....) diblend dan diminum airnya 2 kali sehari. Rupa2nya bila aku cek dalam internet ramai yang dah guna petua ni....dan ada satu tu...siap campur pucuk betik ni dengan air kelapa muda, tapi bukan kelapa muda yg warna hijau tapi kelapa muda yg warna kuning tu. So...sapa2 yg memerlukan...sila laaa gunakan petua ni.

Satu lagi....sebelum terlupa, kalau ada sapa2 yg kena demam denggi....minum laaa banyak2 100Plus. Tapi kena laaa buang dulu dia punya gas....kang tak pasal2 plak kena gastrik. Satu lagi, utk org yg ada kencing manis...jgn cari pasal, minuman jenis ni memangggg tk boleh.

Thursday, April 2, 2009

~:: Akhirnya..... ::~


Kot macam mana pun aku nk kena mintak maap...pasal dok tenggelam timbul...kejap ada, kejap tk ada. Setelah berhempas pulas [ye ker...hehehe], akhirnya siaplah sudah Project Paper aku tu. Aku syukur sangat pada Allah kerana telah menggerakkan aku yang ditimpa penyakit "M" ni [M for malas laaa....hehehehe] untuk menyiapkan Project Paper aku tu. Aku tau aku ni bukan terer, aku tau aku ni berpenyakit "M", aku tau aku bukannya pandai....tapi dengan izin Allah, last minute aku berjaya juga menyetelkannya walaupun terlebih dari due datenya (15/3/2009)....kira dah lebih hampir dua minggu dari tarikh yang sepatutnya.

Agaknya aku ni jenis enjin lambat panas kot...hehehehe. Ye laaa....bila dah gabra tu....nak tak nak kepala otak pon kena ligat laaa. Bab penulisan ni bukan boleh buat main2...bila idea tak mari....sehari suntuk satu ayat pon tak boleh buat....tapi Alhamdulillah.....dalam keadaan tertekan ni idea boleh mari laa pulak. So, nasihat aku pada sesiapa saja...jgn wat cam aku ni, kejer last minute. Aku terpikir plak...kalau laaa dalam masa2 kecederaan ni aku dihantar kursus jangka panjang ker, aku sakit demam ker....tak ker haru dibuatnya. Alhamdulillah....dalam masa2 kecederaan ni tk ada laa pulak apa2 halangan. Syukurrrrrrrrrrrrr......Moralnya....jangan laaa buat cam aku ni.

Xceli aku betul2 pulun dok buat kejer aku ni pada pertengahan bulan Februari. Ada kaa buat Project Paper dalam masa yg singkat ni...? Memang dah kira macam kejer gila ni....hehehehe. Memang laaa, aku agak bz ngan tugas, tapi sepatutnya kejer ni aku dah mula buat beransur2 dari dulu lagi. Tu laaa, bila dah siap jer kejer ni aku rasa syukurrrr sangat pasal kalau ikut logiknya memang susah nak setel. Pada aku ni semua kerja Allah, yg banyak membantu aku.

So....setelah jenuh bertungkus lumus, maka pada ari Khamis 26/3/2009 siaplah aku printkan 93 mukasurat Project Paper aku tu. Malam tu jugak aku hantar kedai untuk buat binding hard cover. Cina kedai tu kata hari Ahad aku boleh amik. Kira OK apa.....ada kedai yg kena tunggu seminggu baru siap. Lecturer aku mintak 2 copy, so RM56 gak laaa duit aku terbang utk binding hard cover tu. Kalau aku buat hot stamping (kira hard cover jugak tapi tulisan emas tu tenggelam) satu saja RM85....tak kan nak buang duit cam tu saja kan...hehehe. Kira OK laaa ni, janji hard cover.

Ari Jumaat plak aku ke KL...hantaq ibu mertuaku untuk wat Umrah. Flight ari Sabtu tengahari kat KLIA. On da way ke KL.....Kreuger ada SMS " Salam Bro. Amboi lama betoi menyepi. Bz lagi kaaa ? Hahahaha, OK arr. Take Care "
Aku tau laa Kreuger hang rindu kat aku kan...hehehe. Memang intention aku nk jumpa Kreuger masa aku di KL.....tapi paham2 laaa, bila ngan kaum kerabat ni, banyak la pulak program2 sampingan. So...tak tercapai laa cita2 aku nk sama2 mensumbangkan lagu dengan Kreuger macam mana yg kami dok pakat selalu...hehehe. Next time Bro.

Ari Ahad plak...on the way nk balik ke Perak, aku singgah ke UiTM Shah Alam, saja2 jumpa adik ipaq, ajak depa keluar makan2. Pusing punya pusing, last2 terjumpa laa satu medan selera....nk cerita kat mana pon aku tk tau tapi aku rasa tu gerai2 MBSA. Masa aku nk parking keter dkt ngan gerai2 MBSA tu aku ternampak kelibat seseorang yg memandu keluar MyVi dari salah satu petak parking tu. Macam kenal jer orang tu......hehehe. Lepas jer aku selamat memarkingkan keter...dengan penuh konfidennya aku pun terus call orang yang aku nampak dalam keter MyVi tadi. Siapakah orangnya tu..???? Jengx3....orgnya ialah.... Ryehanna.
Aku pun dah tak ingat apa ker soklan pertama yg aku tanya.....tapi jawapannya aku ingat lagi. "Ana ada kat bilik laaa" . Haaa....tu laaaa konfidennnnnnn jer, rupa2nya silap orang laa tadi, sib baik aku tak lambai2 tangan dgn minah yg bawak MyVi tadi ...wakakaka. Masa aku call Ana tu, dah agak lewat gak laa...so aku tk mo laa kaco dia......mana laa tau tgh dok study ker :P Lagi pun aku nk travel jauh lagi. So...lain kali laaa kalo Ana nk belanja CM erkkk...hehehehe. Akibat terlalu letih.....sampai 3 lokasi aku berenti tidur....akhirnya hampir2 pukul 4 pagi baru aku sampai rumah.

Esoknya...petang Isnin aku ke Ipoh lagi untuk amik Project Paper aku yg dah siap binding tu. Ni satu hal lagi.....nak kena hantar ke USM Penang plak. Berapa puluh hengget pulak kena kalo hantar courier. Dalam pada tu aku dengar ada gak member2 kat Ipoh yg tak hantar lagi....so aku pon gi laa rumah member yg sorang tu.....si Din, passing benda kat dia pasal dia kata Rabu nak ke USM. Alhamdulillah....ada sorang lagi hamba Allah yg nk tolong aku.Aku pon bagi laaa RM30 kat dia saja2 sedekah wat duit minyak ker...bayar tol PLUS ker...buat bayar tol Jambatan Pulau Pinang ker...ikut suka laaa. Semalam (1/4/2009) Din ada SMS...." Project Paper sudah sampai ke USM "
Harap2 Din tak April Fool aku...hahahaha.


Alhamdulillah, cam tu laaa kronologi citer pasal Project Paper aku tu. Walau cam ner pon, aku masih bz....walopun dah setel Project Paper ni, pasal aku terpaksa berhadapan ngan final exam aku next week.


Thursday, March 12, 2009

~:: A W O L ::~


Assalamualaikum...

Ye laaa...aku tau, aku dah buat salah besar. Hilangggg, menyepikan diri. Kalau dalam tentera dah kira cam AWOL laaa....Absent Without Leave. Tapi aku rasa dalam kes aku ni lagi teruk....Totally Absent Without Leave...jangankan blog orang lain, blog sendiri pun tk bukak langsung.

So...apa yg berlaku ni..????

Tu laaa...it's not that easy to play many roles at the same time. All in one....penyudahnya cam ni laaa, blog pun dah tak mampu nak manage.

> sebagai ketua keluarga
[Bab ni ok jer...tk der masalah, lagipun small family...easy to handle]

> sebagai seorang penjawat awam
[Bab ni, kena paham laa, dah nama pun makan gaji....tanggungjawab macam2 laaa, meeting sana,meeting sini,kursus sana, kursus sini, seminar sana, seminar sini...Apa2 pun "Saya Yang Menurut Perintah"]

> sebagai salah seorang pemimpin masyarakat
[Banyak wooo social responsibility...baru2 ni aku dah jadik cam kaunselor plak kena bagi kaunseling kat budak2 pompuan under age yg disyaki menjalankan aktiviti2 tidak bermoral (tak yah laa citer detail...paham2 laaa kalau aku maksudkan aktiviti tak bermoral tu). Aku pun rasa cam tak percaya jer bila aku ambik role ni sebagai seorang kaunselor...memang laaa ikut hati nak lanyak jer budak2 cam ni tapi bila aku dah berjaya wujudkan comfort zone di antara aku dengan budak2 tu, secara tak langsung banyak info yg aku dapat berkaitan dengan social illness yg berlaku dalam masyarakat kita. Setiap apa yg berlaku mesti ada sebab musababnya...mesti ada puncanya...dah macam drama beb.....in real life memang banyak yg berlaku kes2 yg berkaitan dengan social illness ni...setahun....aku repeat setahunnn kena rogol dengan bapak tiri, bila bagitau kat mak...mak tak percaya...mak pulak tuduh anak tu yg gatai merenyam. Bila dah jadi kes macam ni...masyarakat pulak yg menjatuhkan hukuman....dan terus mangsa tersebut dilabel dengan pelbagai istilah...jalang laaa...bohsia laa....aduihhhhh social illness ni dah makin nazakkkk]

> sebagai pentadbir
[Selain daripada kejer2 administrative macam2 nk kena buat ....nak pulak sehari dua ni musim mesyuarat agong....majlis perasmian sana sini........sekolah laaa, koperasi laaa, agensi itu laaa, agensi ini laa, NGO itu laaa...kalau pegi saja tak apa la jugak...bila sebut rasmi tu paham2 jer laa, kena laaa wat public speaking lebih kurang]

>sebagai rakyat Perak
[Sebagaimana yg telah sedia maklum, Perak sedang berhadapan dengan krisis politik....so, nak tak nak kena amik tau...sebab kebelakangan ni dah ramai sangat reporter2 yg tak bertauliah yg muncul....peguam2 tk bertauliah pun banyak juga...masing2 dengan hujah...orang ni kata Dato' Seri Nizar betui...orang ni kata Dr. Zambry betoi.....so, jalan penyelesaian...kita sendiri yg kena cari maklumat, bukan main terima jer dari reporter2 dan peguam2 tk bertauliah ni. Bila nak setel kemelut ni ntah laa]

> sebagai seorang part time student
[Ni satu lagi...bukan senang tau jadi part time student ni, dulu aku sendiri yg salah anggap, kononnya sebagai pelajar part time ni senang jerrr...apa2 senang nak handle...lecturer boleh kautimm.....rupa2nya tanggapan aku ni totally wrong. Aku dah nak abis study dah....tapi penyakit "M" makin kronik. Bayangkanlah...patutnya sekarang ni aku punya Project Paper dah siap tapi realitinya aku dok terkial2 lagi...due date 15 Mac 2009...kompemmm aku hantar lewat...ampunnn Dr. Fatan. Nak buat hard cover & hot stamping pun kurang2 seminggu.....aduihhhh. Nampak cam senang jer tajuk aku tu...." ETIOLOGI PENYAKIT LATAH DALAM MASYARAKAT MELAYU : KAJIAN DI KAMPUNG xxxxxxx, DAERAH xxxxxxxx, PERAK DARUL RIDZUAN "...tapiiiii, sendiri mau ingat laaaa...nak buat literature review pun susah...bahan rujukan terhad....tak ada penulis Malaysia yg buat lagi. Final exam pulak...just round the corner...from 6 April 2009 sampai 25 April 2009...aduihhhhh tensionnnnn. By hook or by crook aku kena setel gak aku punya Project Paper tu, kalo tidak....tak grad aku tahun ni ]

> sebagai seorang blogger
[Bila macam2 yg aku kena handle....bab ni kena mengalah laa, angkat tangan aku japp....so paham2 laaa. Macam2 komen aku terima....diserang asma laaa, resdung laaa, terbatuk2 laaa, CM bersidang bawah pokok laaa.....aku tau laaa dah 4 minggu aku tk hapdet, aku mengaku. Camner pun kira rekod apa...hehehehe]

KESIMPULANNYA :
Aku nak mintak izin...nak stop blogging buat seketika. Bila everything dah setel...aku akan jadi blogger balik...heheheh. Harap2 ujung bulan April nanti, bila exam pun dah setel...insyaallah aku akan start blogging macam biasa. Buat pengunjung2 die hard fan, terima kasih di atas support uols....aku akan aktif berblog dengan ngkorang bila kepala aku dah tak berserabut lagi. Satu jer...pesanan dari aku....jangan komplen blog aku beraboks ker, bersawang ker...hehehehe. KREUGER....kalo senang2 tu tolong ler vacuum habok2 kat blog aku ni, sepeninggalan aku lebih kurang sepurnama dari sekarang...wakakakaka. Kira lepas ni dah tak kira AWOL lagi..pasal aku dah bagi tau tentang aku punya ketidakhadiran dalam alam blog ni.

Take Care & Remember Allah Alwizzzzzzzzzzzzz

Wednesday, February 11, 2009

~:: Open your mind & let my mind do the talking ::~

gambar cilok dari : http://www.livevideo.com/blog/CoreyisLive

Kebelakangan ni aku terpaksa spend masa utk menguruskan message inbox henpon aku, pasal dah exceed storage....paham2 je laa, situasi masih panas di Perak negeri yg ku chentaaa ni. Malah ada yg request supaya aku masukkan berita2 terkini tentang iklim politik di Perak ni dari semasa ke semasa. Aku rasa tk payah laa kot, pasal yg pertamanya blog aku ni bukan blog politik dan yang keduanya aku bukannya journalist blogger iaitu blogger yg mendapat apa2 berita atau laporan first hand iaitu maklumat yg fresh dari lokasi. Setakat amik maklumat sana sini pastu tempek kat blog aku ni...rasanya tk berapa best la kot...pada aku laaa. Apa2 pun, aku tetap rasa bertanggungjawab utk menjelaskan apa yg sepatutnya. Nak percaya ker, tak nak percaya ker, nak marah ker, nak puji ker....terserah. Janji aku tulis apa yg dok melekat kat modula oblongata aku ni....hehehehe. Untung2 dapat gak berita yg lebih soheh daripada apa yg disajikan melalui surat khabar atau pon tv tu...wakakaka.

Ok laa....bagi sahabat2 yg requestkan berita2 terkini dan fresh dari Perak, bersama ni aku listkan beberapa link bloggers yg telah bertungkus lumus dok bekalkan maklumat dalam berbagai2 cara dan tak kira di mana jua.....tepi jalan ker, tepi longkang ker, tengah padang ker...mana2 laaa. Pastu plak sanggup dok bersengkang mata, sanggup bekerja free of charge, sanggup diskodeng oleh polis2 SB......semata2 nak memberikan liputan yang telus dan terkini dari masa ke semasa....InsyaAllah.

  1. http://haninasution.blogspot.com/

  2. http://telokbakong.blogspot.com/

  3. http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/

  4. http://manjungmari.rentaprevolusi.com/

  5. http://bloggersnetworkmalaysia.com/

  6. http://satublogtotal.blogspot.com/

  7. http://muslimeen-united.blogspot.com/

  8. http://syaomel85.blogspot.com/

  9. http://perisik-rakyat.com/

  10. http://politikbanjar.blogspot.com/

  11. http://kulupsakah.blogspot.com/

  12. http://idhamlim.blogspot.com/

  13. http://jantantuya.blogspot.com/

  14. http://ajijoi.blogspot.com/
[cukup laa yg ada ni...yg lain2 cari sendiri la pulok]

Aku yg bebal ngan bahasa2 istana ni, baru2 ni tahu laa jugak apa yg dimaksudkan dengan istilah "mohon sembah derhaka" . Kalau tak tahu tanya or cari laa maklumat ni dari mana2, jangan buat own assumption ikut suka hati jer....kononnya nak buat permohonan untuk menderhaka seperti mana liputan yg dibuat oleh kebanyakan suratkhabar dan tv baru2 ni. Maksudnya yang sebenar ialah lebih kurang seperti "kurang bersetuju dan mohon pertimbangan semula". Kalau nk tahu cerita yg sepatutnya keluar dalam tv or suratkhabar cer tengok ....macam mana satu surat tu ditulis dengan gaya bahasa yg indah sekali ditujukan kepada Sultan dengan tanpa niat untuk menderhaka. Klik SINI. Baca dan nilai sendiri macam mana. Xceli pada aku, soal Dato' Seri Nizar menderhaka atau tidak, itu cuma dari soal moral dan budaya masyarakat Melayu sahaja yg umumnya mengatakan bahawa apa2 yg keluar dari mulut Tuanku Sultan adalah tanpa sebarang bentuk prejudis dan tidak boleh dipersoalkan lagi, tapi dari soal teknikalnya rasanya soal menderhaka terhadap Sultan tidak pernah timbul.

Tak dapat disangkalkan lagi, media arus perdana lebih bertindak agresif memihak kepada sebelah pihak sahaja apabila berlakunya krisis di Perak ini, seolah2 seluruh rakyat Malaysia mengatakan bahawa Dato' Seri Nizar telah menderhaka kepada Tuanku Sultan dan tidak berhak lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak. Namun begitu, sebenarnya masih ada lagi suara2 atau institusi2 yg mengatakan bahawa MB Perak masih lagi sah. Sekali lagi sudut moral dan juga teknikal patut diberikan perhatian. Dari segi teknikal atau sudut tafsiran undang2, kedua2 pihak mempunyai hujah2 yg tertentu bersabit dengan pemahaman Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Maka dengan itu, jalan penyelesaian bagi merungkaikan kekusutan kedua-dua pihak tentang tafsiran undang-undang tersebut, tempat yang paling sesuai adalah mahkamah.Dari sudut moral pula, apabila Menteri Besar yang baru dilantik oleh Tuanku Sultan Perak menggantikan Dato' Seri Nizar, sekali lagi ia dilihat sebagai satu tindakan legitimate yg dibuat oleh Sultan yg dilihat sebagai keputusan yg bebas dari unsur2 prejudis kerana apa jua tindakan yg dibuat oleh Sultan dari sudut kebudayaan sosial masyarakat Melayu adalah 100% betul dan tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang pertikaian akan dianggap penderhakaan terhadap Sultan. Maka lahirlah apa yg dikatakan 2 nakhoda dalam satu bahtera di mana "orang baru" akan menegakkan kebenaran dari sudut moralnya dan "orang lama" tetap menegakkan kebenarannya dari sudut teknikalnya. Namun apa yg dilihat sebagai berat sebelah adalah, kenyataan dari pihak2 yg mempertikaikan kewujudan kerajaan baru di negeri Perak dan juga kenyataan yg mengatakan Dato' Seri Nizar masih lagi MB yg sah tidak dikeluarkan langsung di mana2 dada akhbar mahupun kaca tv. Antaranya adalah kenyataan dari Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO), Datuk Zaid Ibrahim(UMNO) dan juga dari pihak SUHAKAM. Kalau rasa nk tahu tentang kenyataan2 ni, sila klik pada link di bawah ni :
  1. Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah
  2. Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim
  3. Kenyataan SUHAKAM
Namun begitu, apa yg diperhatikan adalah.....lagi kuat ketelusan media disekat, lagi hebat segala bentuk maklumat dan fakta digali. Sebagai contoh, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia yg memberi anggapan bahawa Dato' Seri Nizar lah orang yg pertama yg "engkar" tidak mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Rupa2nya, kita semua salah kerana hampir2 dibutakan fakta oleh media2 arus perdana. Sebenarnya sudah ada kes yg hampir2 sama telah berlaku di Perak iaitu kes yg telah berlaku ke atas ayahanda kepada Dato' Seri Tajol Rosli, mantan Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi. [no wonder laaa, DS Tajol Rosli mendiamkan diri dalam isu2 yg berlaku di Perak ni]. Nak tau cerita selanjutnya klik sini.

Sekarang ni riuh satu Malaya, orang2 Perak xpecially Dato' Seri Nizar menderhaka kepada Tuanku Sultan. Hehehehe...gelak kuat aku bila isu ni dibangkitkan kerana aku masih ingat lagi masa aku dok study kat ITM Melaka, early 90's...bapak kepada segala penderhaka di Malaysia ni ialah tk lain tak bukan ialah Tun Dr. Mahathir sendiri, di mana pindaan Perlembagaan Malaysia telah dibuat di Parlimen, menyentuh hal2 yg berkaitan dengan Kekebalan Raja. Sila rujuk Perkara 181(2) Perlembagaan Malaysia,pindaan tahun 1994 membolehkan Raja-Raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja. [rakan2 lawyer, kalau ada yg tak betul mohon maklumkan yerrr...] Maka, dari saat itu hilanglah imuniti atau kekebalan yg ada pada Raja-Raja Melayu.

Kalau ikutkan banyak lagi maklumat yg nak disalurkan. So, pada yg menagih sumber2 maklumat aku harap korang jenguk2 laa sendiri link2 yg aku listkan kat atas tu....tk payah laa lagi dok call aku or SMS aku dok tanya perkembangan semasa. Apa...korang ingat aku ni reporter kaaa....heheheheh. Pada yg tak puas hati...biasa laa, sori dari aku dan aku tk paksa pun sapa2 untuk baca entri ni kalau dah tak suka....nampak tak kat atas sebelah kanan tu ada tanda X, pandai2 la kan....wakakakaka.

Kalau nak tau cerita2 pasal Bad Corporate Governance pulak, ngkorang klik sini. Bukan apa, masa aku kejer ngan private sector dulu, aku memang tk miss punya dengan benda2 yg berkaitan dgn corporate governance ni. Untuk pengetahuan uols, Malaysia dari segi rating memang banyak bad corporate governance ni.....dalam bahasa mudah sektor korporat banyak sangat link dengan pihak2 lain - dengan bapak dia ni laa, dengan tok dia ni laa, dengan mak mertua dia ni laa, dengan Tan Sri ni laaa, dengan YB ni laaa....penyudahnya ketelusan boleh dipertikaikan....

Ok, chowww.

Friday, February 6, 2009

~:: Amanat dari seorang ex-boss ::~

"SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini."


Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak.



Ni laa muka Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang telah bersikap kurang ajar terhadap boss sendiri sejak semalam lagi. Semalam dengan sombong dan angkuhnya telah berkata pada Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar - "Sorry Dato' I don't take orders from you now onwards!"

Thursday, February 5, 2009

~:: Apabila demokrasi ditalkinkan di Perak....::~

Sebagai seorang rakyat Perak yg prihatin dan mempunyai hak untuk bersuara, mahu tk mahu aku terpaksa meluahkan apa yg terbuku di hati ini sejak pagi tadi lagi. Kalau nak diceritakan satu persatu atau pun kronologinya.....rasanya, tak perlulah kerana dah terlalu banyak blog yg memperkatakannya.

Hari ini merupakan satu hari yg penuh dengan kesedihan bagi kebanyakan rakyat di Perak kecuali bagi penyokong2 BN yg sudah tentu sedang meraikan "kemenangan". Mungkin ada pihak yg menganggap kenyataan aku ni sebagai satu kenyataan yg keterlaluan, berat sebelah atau pun prejudis terhadap mana2 pihak.Secara jujur, aku buat penilaian atau justifikasi ini berdasarkan komen2, SMS dan juga panggilan telefon dari kebanyakan rakyat Perak yg menyatakan kekecewaan mereka terhadap keputusan yg telah dibuat oleh Tuanku Sultan Perak. Dalam hal aku membuat justifikasi ini, secara telus aku tidak sekali2 mengambil kira apa2 pendapat dari orang2 politik kerana aku inginkan pendapat ikhlas dari insan2 yg bergelar rakyat. Kalau aku ambik kenyataan atau pendapat dari org2 politik, sudah tentu awal2 lagi aku dah dapat jawapannya.

Secara jujur, rakyat rasa tertipu...rakyat rasa diperbodoh2kan....rakyat rasa menyesal keluar membuang undi pada Mac 2008 lalu...rakyat rasa tidak berbaloi mendaftar dengan SPR kalau semua ini hanya memerlukan hanya satu suara dari insan yg bergelar Sultan. Suara rakyat dinafikan....mulut rakyat telah ditutup. Rakyat telah hilang keyakinan dan percayalah bahawa Tsunami Politik yg lebih besar dari PRU12 yg lalu pasti berlaku dlm PRU13 nanti....ingat statement aku ni. Bila kita dengar laporan2 dari media khususnya TV yg mengatakan rakyat telah memberikan mesej yg jelas bahawa BN tetap relevan dalam memperjuangkan rakyat....uiksss aku rasa heran jap, bila masanya rakyat bersuara. Yang aku tau, rakyat kebanyakannya mohon agar diberikan fresh mandate iaitu pemilihan semula (Pilihanraya) bagi menentukan kedudukan wakil2 mereka dengan cara yg cukup demokratik. Malangnya hak rakyat Perak hari ini telah dinafikan secara mutlak oleh Sultan yg sebelum ini disanjung tinggi kerana dianggap cukup rasional, cukup berpengetahuan...malah pernah memegang portfolio tertinggi dalam institusi kehakiman. Lupakah Tuanku bahawa Tuanku pernah menulis sebuah buku yg bertajuk "Constitutional Monarchy, Rule of Law And Good Governance" pada tahun 2004 yg lalu..??Namun hari ini, realitinya adalah apa yg disebaliknya. Rakyat sudah menderhaka terhadap Tuanku atas apa yg telah Tuanku zalimi.....patik tak berkuasa untuk menghalangnya, ampon Tuanku. Sori laa, malas aku nk komen hal2 Sultan Perak ni, tapi kalau nk tau luahan rakyat [.....dan juga penderhakaan rakyat], jenguk2 laa kat sini.

Walaupun aku bukannya "peminat setia" Pakatan Rakyat namun aku mengaku bahawa aku cukup mengkagumi kepimpinan Dato' Seri Muhammad Nizar selaku MB Perak. Tidak keterlaluan kalau aku katakan yg aku cukup sedih dengan "kehilangan" seorang pemimpin seperti beliau.

Dato' Seri Muhammad Nizar...tetap di hati

Malam ni, rakyat Perak terutamanya yg beragama Islam telah beramai2 mengadakan solat hajat dan munajat di Kediaman Rasmi MB bagi memohon petunjuk dari yg PALING BERKUASA....difahamkan ribuan jugak yg turut serta dalam program ni.

Polis telah memenuhi bandaraya Ipoh dan kenyataan dari Ketua Polis Negara lah yg menyebabkan perhimpunan 100,000 yg dijadualkan di Stadium Indera Mulia terpaksa dipindahkan ke Kediaman Rasmi MB. Kalau kita bersolat jemaah beramai2 cam ni boley gugat keselamatan ker..??? Diberitakan juga bahawa Jalan Raja Nazrin Shah (Jalan Gopeng) yg menempatkan Istana Kinta telah ditutup untuk laluan orang ramai. Soalnya...kenapa pihak Sultan perlu mendapatkan "perlindungan" sebegini sekiranya difikirkan segala tindakan yg dibuat merupakan tindakan yg adil terhadap rakyat..?? Kenapa perlu takut dengan rakyat...??? Kalau ternyata pihak istana sendiri telah menzalimi rakyat, sampai bila pun akan sentiasa dibelengu rasa bersalah yg tak sudah dan aku rasakan bermula esok tiada lagi doa-doa tulus ikhlas yg akan diaminkan ke atas Sultan oleh rakyat...kalau tidak pun sekadar menadah tangan dengan tanpa rasa ikhlas.

Aku dapat rasakan bahawa akan lahir ramai lagi Hang Jebat di Perak bermula hari ini....kerana "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"

PENGALAS KAKI design baru yg dijangka akan laris di pasaran....dapatkan segera !!!!!

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...