Friday, February 6, 2009

~:: Amanat dari seorang ex-boss ::~

"SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini."


Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak.



Ni laa muka Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang telah bersikap kurang ajar terhadap boss sendiri sejak semalam lagi. Semalam dengan sombong dan angkuhnya telah berkata pada Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar - "Sorry Dato' I don't take orders from you now onwards!"

12 comments:

hrmk said...

jangan salahkan SUK Perak dalam hal nie..dia tak bersalah.
Gaji dier bukan exMB yang bayarr..

Cybernetics Mind said...

[ Minister of Mind ]
yer...mmg betul gaji dia bkn exMB yg bayar...tp maki hamun dan tindakan kurang ajar tu bukan caranya....sepatutnya dgn cara profesional laaa.....semalam pihak media pon kena halau dan maki dgn dia

kalo tk percaya....tnya laa kakitgan kt Pjbt SUK tu apa yg SS dah buat selama ni...cari laaa maklumat yg lebih tepat untuk pastikan kebenaran citer ni

aku sedar....siapa laa yg nk pecaya citer aku ni, yg skdr mcm tukang karut jer....hehehe

Myza Pesona said...

Memang nampak kebiadapan seorang kakitangan terhadap bossnya! It seems that he was so emotional, raising his voice to the exMB! In fact, he should have done it PROFESSIONALLY! Not EMOTIONALLY

Cybernetics Mind said...

[ Myza Pesona ]
ye laa Myza,
Cm dah malas nk citer pasal hal2 ni

actually, as a Perakian, living in Perak,without any prejudice I know what is happening, I know what's the real situation...but there's still people out there who are manupulated by the main stream media :(

l.i.f.e said...

semoga semuanya baik2 belaka walaupun siapa yang menerajui. asalkan niat tidak bertopengkan nafsu haloba. kan?

13may said...

even kalau dah tak suka...tapi kena la bersikap profesional sikit :)

cendawanintim said...

ada la masanya tuh...

baru nak naik dagang/tocang...

saya paham, ada perkara yang kita tak buleh nak blog out lam blog...hanya kita yang tahu dan mengalaminya...

harap2 situasi tegang ni berakhir dengan aman.amin.

Unknown said...

biaser la bro... manusia ni
mudah lupe. kate kate yang sebegitu, memang terlalu angkuh.

*aku mintak ampon mintak
maap... lame bebenor aku cume menjadi
silence reader kat blog ni tanpa meninggalkan
sebarang komen. maklumla aku sebok menyiapkan
projek. alhamdulillah. sekarang ni dah sampai
ke final step. lagi pon hari ni boss tadak...
hahaha... sukenye aku.

P/S:- hari ni aku nak buat rekod membuat komen
untuk semua link yang ade kat blog aku
start dari A-Z.

Salam ceria dari aku untuk mu sekeluarga~
AzmanIshak.Com

Ir. hydir said...

huh... aku juga seorang Perakian
aku bangga sebab Perak negeri pertama dapat MB yg ada title Ir..

PR skrg berundur satu tapak untuk melangkah seribu tapak selepas ini...

buktikan yg PR mantap untuk 2 by-elections nanti :)

Meooo Comicore Club said...

Sy penyokong YB Nizar, tp....

org cina parti roket duk lepak2 tgk tv je, manakala org2 melayu PAS & PKR berjuangan habis-habisan. Siap bari atas jalan nk kena langgar lgi.

Tp exco semua cina parti roket je. duk rampas dan agihkan tanah sama2 kaum dia.

terpaksa telan walaupun pahit bro.

Sultan perak pun memang terpaksa tegas dlm hal ini. Ini pilihan terbaik buat masa ini.

aqelmuhaimeen said...

Aku tak hairan jika Sultan sendiri membuat keputusan yg memihak kepada UMNO. Jika tdk ada angin,masakan pokok akan bergoyang,di mana ada gula, di situlah adanya semut. Sultan bukannya buta undang2,malah utk menjadi seorang peguam bukannya mudah apa lagi tuanku adalah bekas ketua hakim negara..nk jd ketua hakim negara, bukannya mcm nk jadi seorang pensyarah universiti malah lbih dari itu perlu ada pd seorang KHN.Setakat buku undang2 tu, tebal dia tk payah nk cerita, 3 4 inci dah pasti..

Tapi yg malangnya, tuanku mengenepikan ilmu dan pengalaman yg tuanku ada smata2 nk mnjga kepentingan kerabat2 tuanku,ramai yg tau siapa dia di belakang syarikat Garmuda dan Kolej Kesihatan Masterskill..Apa peranan Datuk Nazim Tun Razak dgn Raja Aleena, anaknada sultan Azlan? Yg tu pndaila korang cari,bnyk sumber yg boleh digali..

Aku sbg rakyat Perak skali2 tk akan redho apa yg tuanku dh lakukan ke atas rakyat Perak. Tuanku mengenepikan keadilan yg menjadi tanggunjawab besar kpd rakyat dimana selama ini tuankulah sbg payung utk rkyt berteduh. Tapi sygnya,kini tdk ada lagi payung utk rkyt berteduh, hnya kpd Allah sj lah yg sebenar2nya utk kami sbg rkyt Perak utk terus berteduh, mengadu dan memohon supaya ditunjukkan kebenaran yg hakiki..

Mungkin tuanku akan lupa apa lagi dgn usia tuanku yg smakin lanjut dimamah usia menanti Malaikat Izrail utk direntap,tp rkyt sekali tk akan lupa apa yg tuanku tlh lakukan. Pasti dan sudah pasti!! Sehingga ke anak cucu,perkosaan demokrasi di Perak ini akan terus diingati dan akan terus mnjadi sejarah hitam. Jawab la nnti bila berdepan dgn Allah Azzawajalla..

Kebobrokan politik kotor Najibtantuya yg semakin kecut telurnya kesan kekalahan di 2 P/ry kcil yg lalu akan terus dan terus dihukum oleh rakyat. Tunggu..bukan smua Melayu mudah lupa, cuma Me_Layu UMNO yg bangang sj yg lupa seolah2 di diagnosis Schezophernia, meroyan seolah2 UMNO dgn raja tk pernah menderhaka. Mereka lupa dgn kejadian di Trgnu kes Idris Jusoh? Di Perlis kes Shahidan Kasim? Di Kelantan kes Anuar Musa? 1977 kes MB Perak,Hj Ghazali Jawi? 1991 kes Mahathir Kutty melondehkan imuniti Raja?

Hentikanlah kalau nk brcakap tntang soal tanah yg diberikan kpd bgsa asing,apa yg ada pd org melayu di Penang skrang,bgsa mana yg mengaut untung dari projek Iskandar di Johor dan bnyk lg hasil kerja2 'kraftangan' UMNO..Sejarah sekali2 tidak akan menipu.

65 % dari tanah2 kg tersusun di Perak adalah orng2 Melayu yg juga mmpunyai hak menukar ke status hak milik kekal termasuklah AKU. Raja Adil Raja Disembah..

Bukan raja untuk disembah,tapi hanya pada Allah satu2nya yg wajib disembah..

'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam..'


"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" -

Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Unknown said...

dlm dunia politik mmg camtu kan..strategi ni bertapak lame dlm politik.. ikut kate opwg yg mng.. ble da nmpk down, beralih arah la...

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...