~:: Frust Nonggeng ::~

Thursday, October 9, 2008

" Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Ribut Di Tengahari "

Sana-sini...cerita panasss

" Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Badawi sah tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Umno pada Mac tahun depan. Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno. Keputusannya itu adalah muktamad dan juga mengakui bahawa beliau "tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu" setelah kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang - Pakatan Rakyat. "


"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan. Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu."


"Pengunduran Pak Lah juga dilihat memang dialu-alukan. Pengundurannya diibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' oleh ramai pemimpin tertinggi UMNO yang berkepentingan. Siapa pemimpin tertinggi UMNO yang bermati-matian mempertahankan Pak Lah? Mungkin hanya menantu kesayangannya, Khairi Jamaludin sahaja. Cuba kita imbas dan perhatikan, sejak PRU12, Pak Lah dihentam kiri, kanan, atas, bawah oleh ahli2 UMNO sendiri. Samada kita semua perasan atau tidak? Semua orang2 kanan PakLah ni tak ada seorang pun yg cuba sedaya upaya cuba membantu mempertahankan. Mempertahankan hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga' sebaliknya mereka hanya menunggu masa untuk meninjau kerusi yang lebih empok walaupun Presiden masih lagi belum membuat keputusan muktamadnya."


" Langkah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan menyerahkan kepimpinan negara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan adalah satu pengorbanan cukup besar yang dibuat demi kepentingan parti dan kerajaan. "


" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Presiden Umno Mac depan, sekali gus dijangka membuka luas gelanggang persaingan pemilihan parti kali ini. Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan membuat pengumuman lusa sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Dengan keputusan Abdullah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah pasti akan dicalonkan merebut jawatan Presiden."

10 comments:

nikillas said...

Hokeyh.. Sungguh x paham.. Sebabnye.. Lama x tgk brite.. Lama x baca paper.. Huhuhu...

cybernetics mind said...

lowhhh...latest update, Pak Lah akan tamatkan kariernya sbg PM bulan Mac depan...hancur leburlah impian & harapan anak menantu ni.....heheheh, takkan geng2 Najib tak reti2 nk cantasssss....hahhahaha

ELeEa said...

Dh Pak Lah putuskan gitu...wat la pape pun...kalo keputusan dia xngesot ke tepi...xkan jadi pape gak...

Sume atas Pak Lah...beliau empunya badan... =)

MiSZuE said...

meroyan x menantu die nanati hehe:P

Mr. Azman @ Kreuger said...

erm... adekah benar akan kebenaran yang disebarkan pada kali ni...

so aku nak tengok pulak bekas menteri millitary memerintah malaysia. Adakah bertambah zalim macam POL POT... atau Adilf Hitler... kite tengok laa taun depan kan....

Semoga impian jadi kenyataan....
~menuju puncak... gemilang cahaya *tetiber kuar lagu AF... AFUNDI - Dato Najib, Go Millitary Goverment!!!! Yesserrrr.....

Sure CM takut komen aku ni kene ISA muahaha..... what ever jer laa... larat ker depa nak belek blog dalam dunia ni 1 persatu... omong kosong. bukan ade ape pon... tadek unsur perkauman mahupon berbaur hasutan....

pedulikkan mereka... Go CM... go CM... yessseerrrrrr~

Kreuger®

cybernetics mind said...

[ eleea ]
itu laaa politik...there's ups & downs...pasal tu laa CM tk minat politik.sanggup tk amik Major in Political Science semata2 hate ngan politik....walhal major ni senang skit nk goreng & paham compare to economics or anthropology & sociology

cybernetics mind said...

[ miszue ]
bukan jer meroyan, cam aym berak kaporrr lagi....anganku musnah & hancooossss impianku :)

cybernetics mind said...

[ kreuger@mr.azman ]
ngko jangannnn....kang aku sharibooookan ngko ngan C4 kang...*opppsss

ISA..????hehehehe...ngko nk aku tempah sekali ker T-Shirt "Free Kreuger"...????....tmpah bnyak2 boleh dpt diskaunnn pasl aku br jer tmpah 500 lai T-Shirt "Free CM"....wakakaka

tetiber aku tingat kat rakan blog kita si RPK tu...kena ISA cuma pasal kuar artikel Let’s send the Altantuya murderers to hell.aku dah baca laaa citer tu...tadek aper2 pownn yg boleh mnggugat keselamatan negara....mnggugat kslamatan Datuk N adaaa...ahhhhh sudah...kang tk pasal2 aku plak yg kena...hehehehe

Aleeya said...

hikss lawak2 gambo itu khairy...

CM ..tak buat open house ke..nak balik kampar neh, mana tau leh telajak ke umah CM ke ekekkekeke

Faisal Admar said...

hmm. kj lepas ni kena usaha sendiri lah ye =)

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger