~:: BLOG.....tetap relevan ::~

Saturday, January 31, 2009

Pertamanya, aku mintak maap pasal lama tk menulis apa2 entri di sini walopun banyak perkara yg terbuku di hati terpaksa berkubur begitu sahaja tanpa didokumentasikan di sini. Ada beberapa sebab....antaranya bila cuti panjang skit, biasa laa aku yg tk ada wireless broadband sentiasa berada di luar "kawasan liputan". Yang keduanya bila mula masuk kejer, keadaan agak bz...masa utk blog agak terhad dan yang ketiganya, bila dah mula free untuk blog, lappy ni pulak ada masalah...diserang oleh SPYWARE dan MALWARE sampai nk wat kejer apa pun tak boleh, macam2 pop-up pasal free scanning yg keluar setiap saat. Pada mulanya, aku cuba mintak bantuan dari Kreuger, kot2 boleh setel masalah ini tapi oleh kerana keadaan yg begitu kronik telah menyebabkan komunikasi aku dan Kreuger melalui YM tergugat....YM pun problem gak bila aku nak hantar senarai msconfig yg telah aku printscreen menghadapi kegagalan. Neway...thanks Kreuger....ngko dah cuba sedaya upaya nk tolong aku. Akhirnya malam tadi baru sihat lappy aku ni lepas dirawat oleh SPYBOT- Search & Destroy sebuah program anti-spyware. Kalau nak try boleh download kat SINI.

Dalam seminggu ni kan, banyak sangat cerita2 sensasi yg berlaku di Perak ni, kebanyakannya cerita2 yg berkisar topik politik. Walaupun kat sini tak ada P/raya Kecil macam kat Trengganu baru2 ni tapi nampaknya kehangatan dan momentum di Trengganu tu dah sampai ke sini. Tanpa berlakunya P/raya kecil Kerajaan Negeri Perak telah berjaya mendapat seorang ADUN "baru". Nampaknya kedua-dua pihak iaitu pihak Barisan Nasional mahupun pihak Pakatan Rakyat tak perlu bersusah payah nak berkempen atau berbelanja besar untuk adakan P/raya Kecil. Kita perlu ingat bahawa bila diadakan P/raya Kecil, duit rakyat lah yang banyak digunakan.

Namun apa yg menimbulkan persoalan sekarang adalah dari sudut maklumat dari pihak Media Arus Perdana seperti TV dan juga akhbar yg seolah2 tidak lagi relevan dalam menyampaikan maklumat dengan tepat, sehinggakan apa yg dilaporkan oleh pihak2 tersebut dari segi realitinya adalah di sebaliknya. Sebagai contoh, cerita pasal ADUN Bota, Dato' Nasarudin Hashim seolah2 sepi di dada akhbar mahupun di kaca TV pada peringkat awalnya, walaupun cerita2 tersebut telah mendapat liputan penuh dari kalangan blogger di seluruh tanahair. Bila cerita2 tersebut dah hampir2 "basi" barulah Media Arus Perdana ini buat liputan. Kita perlu ingat bahawa kita hari ini berhadapan dengan zaman ledakan maklumat, siapa yg dapat maklumat awal akan dianggap hebat. Begitu juga dengan cerita pasal mantan MB Perak iaitu Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yg meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak....kenapa baru hari Khamis lepas Berita Harian dan TV3 melaporkan berita ini sedangkan berita mengenai penyerahan surat perletakan jawatan tersebut kepada TPM pada petang Isnin yang lalu telah diketahui umum oleh komuniti blogger / internet.

Ok...hari ini kalo kita tengok program2 TV, seolah2 tak ada ketelusan di situ. Malah dalam rancangan2 yg melibatkan sembang2, bual bicara sesama pengacara dengan para-para panel jemputan itu nampak seperti sandiwara yang di 'fix' kan untuk memberi gambaran seperti seolah-olah secara sepontan. Begitu juga apabila pihak TV apabila menunjukkan sesuatu temubual orang awam di jalanan kononnya untuk mendapat feedback yang sepontan.... padahal semuanya adalah 'fix' atau mengikut 'text' atau 'skrip' yang di sediakan oleh pihak TV atau program terbabit sendiri. Ingat masyarakat hari ini tidak boleh tahu atau 'hidu' betapa 'artificial'nya seseorang apabila di tanya akan sesuatu. Sesetengah dari mereka tu nampak lembab semasa menjawab soalan kerana sedang memberi tumpuan pada 'text' atau 'skrip' yang tak begitu jelas bagi pandangan untuk dibaca. Yang paling kantoi pernah aku perasan adalah bila ada satu temubual jalanan oleh sebuah stesen TV di mana yg ditemubual hanya tunduk membaca dan kedengaran pegang kertas yg ditiup angin. Apa ni...biar la realistik skit. Bila kita perasan dengan perilaku yg bersifat pembohongan ni, apa yg boleh kita lakukan ialah melahirkan kekecewaan sorang2 di rumah.....kerana TV atau pun akhbar merupakan satu bentuk penyampaian maklumat satu hala. Berbeza dengan media siber melalui blog atau laman2 web yg lebih bersifat two way communication yg mana setiap tulisan atau entri kita berhak untuk mendapat sebarang komen atau teguran samaada yang bersifat konstruktif mahupun yg bersifat destruktif.....freedom is there.

Sedar tak sedar kita hari ini sedang berhadapan dengan krisis maklumat dan ianya jelas bertentangan dengan arus ledakan maklumat yg terpaksa kita hadapi sekarang. Masyarakat tidak seharusnya disajikan dengan cerita2 basi yg boleh membuatkan masyarakat berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap pihak media arus perdana. Mungkin antara peranan media arus perdana ini adalah sebagai alat propaganda pihak Kerajaan memerintah tetapi sekiranya ianya diperlakukan secara keterlaluan, peranan utamanya sebagai wadah maklumat rakyat akan musnah. Penyudahnya...rakyat yg rugi kerana ketinggalan dalam segala bentuk maklumat.

Mungkin entri aku kali ini nampak gayanya macam serius dan akademik skit tapi itulah hakikat yag terpaksa kita hadapi sebagai seorang blogger yg sentiasa menyalurkan maklumat samaada bertujuan untuk perkongsian maklumat mahupun luahan hati yang berbentuk peribadi. Kita tak sedar sebenarnya apa yg tertulis dalam setiap entri akan dianggap benar dan jujur oleh setiap pembaca kita samaada pembaca yang kita kenali mahupun silent reader yang sering mengunjungi blog kita. Aku sendiri sedar di luar sana ramai silent reader yang meniliti setiap penulisan kita hinggakan dapat membuat analisis sendiri terhadap setiap penulisan kita. Oleh kerana itu, pesanan dari aku...teruskanlah menjadi penulis blog yg jujur walaupun penulisan kita itu ada kalanya hanya berbentuk luahan untuk diri kita sendiri kerana di luar sana pembaca2 blog tetap menganggap apa yg ditulis itu sebagai satu penulisan yg penuh dengan kejujuran dan keikhlasan....and they really enjoyed reading our entries. Ingatlah dengan menjadi seorang penulis blog yg mempunyai etika, banyak maklumat yang lebih telus, terang lagi munasabah yang dapat mempengaruhi ramai bilangan rakyat Malaysia yang "computer/internet savvy" sekarang ini.

"Jadilah penyebar maklumat yang beretika"

~:: Hilang akal kot ::~

Thursday, January 22, 2009

Aku pun tk tau nk story camner lagi, tapi sampai ari ni isu ni masih panas dibicarakan oleh masyarakat Malaysia khususnya yang bergelar Penjawat Awam dari negeri Perak. Xceli entri ni aku nk post petang semalam lagi tetapi oleh kerana line tenet telah dilingkupkan digodek2 oleh pekerja2 TM, maka ari ni baru dapat disempurnakan.

Aku pon tk tau apa yg depa buat kat kotak kat tepi jalan dari petang sampai ke malam semalam. Apa kejadah namanya kotak tu, aku pon tak sure...sub station TM kot.

Masa aku dok taip ni pon, marah aku terhadap seorang menteri yang tak berportfolio belum nampak lagi redanya.[kdg2 org kampung sebelah Bota & Parit sebut - menteri tk berpelio....heheheh]. Sebelum baca dengan selanjutnya, aku mintak kasik clear kepala otak masing2 supaya elemen2 politik tk masuk bila dok baca entri aku yg agak panas ni. Kalau masih karat dengan elemen politik, aku mintak mana2 pembaca klik jer kat tanda X kat sebelah atas kanan tu. Bukan apa, aku tk suka sapa2 pon melabel aku dengan mana2 parti politik. Aku xpresskan apa yg ada dalam diri aku bukan kerana elemen2 parti politik tetapi atas sifat diri aku yg masih menggunakan kewarasan aqal yang Allah kurniakan.

Orang yg aku maksudkan tu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kalau nak dapat cerita penuh, sila rujuk Berita Harian m/surat 7 atau Harian Metro m/surat 2....21 Januari 2009....tk pon klik sini.
Ok laaa...citernya cam ni. Baru2 ni mamat ni telah keluarkan satu statement yg mengatakan "Ketua Jabatan Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri Perak Dilarang Menghadiri Mesyuarat Rasmi Anjuran Kerajaan Negeri Perak" "Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap Mereka yang Engkar" Ini semua statement yg tk guna kepala otak. Sedarlah sikit.....hang tu baru balik dari buat Haji di Mekah. Kalau antara Kerajaan Negeri, Jabatan-Jabatan dan Kementerian pun dah tak boleh duduk bersama atau coordinate untuk beri perkhidmatan pada rakyat....hancur laaa negara. Ini adalah bertentangan dengan prinsip federalisme seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Federalisme diasaskan kepada kewujudan dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang mempunyai bidangkuasa dan hak masing-masing serta saling bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Apa guna ada title Dr...apa guna jadi Menteri kalau benda simple macam ni pon tak boleh fikir dengan rasional.

Satu lagi statement "Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.


Pengerusi JKKK dilantik dan diperkenankan oleh Kerajaan Negeri Perak setelah dipilih oleh rakyat melalui Pemilihan Ketua-Ketua Kampung yang dijalankan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah (DO), manakala Penghulu merupakan seorang penjawat awam (Pegawai Kerajaan) yang dilantik oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bertanggungjawab sebagai seorang pentadbir mukim yang terdapat dalam sesebuah daerah.


Kalau Zahid Hamidi ada depan aku, aku akan tanya dia "sepanjang hidup Datuk, pernah tak Datuk mendapatkan perkhidmatan dari mana2 Institusi Penghulu ?" Aku berani jamin , jawapannya mesti laa pernah. Hang masuk Sekolah Izuddin Shah dulu ada tak mintak sign Penghulu...??? Kalau Penghulu tak menjadi saksi untuk apa2 perjanjian sama ada antara MARA atau JPA....tok sah harap laa hang nak masuk Universiti Malaya dulu. Don't tell me that u're using your own money for that purpose. Benda2 camtu wakil rakyat pon jarang buat pasal realitinya Penghulu lebih dekat di hati masyarakat berbanding wakil rakyat.

Kalau kita cuba rentasi sejarah kita akan lebih memahami bahawa Institusi Penghulu merupakan satu institusi yg unik di mana kewujudannya telah bermula sejak zaman kesultanan lagi di mana institusi ini bernaung di bawah Sultan yang juga merupakan tunggak Raja-Raja Melayu . So...bukankah tindakan Zahid Hamidi yang tidak mengiktiraf institusi ini boleh disifatkan sebagai satu penghinaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Pada aku statement2 yg dibuat ni akan back fired dia sendiri. Rakyat hari ini makin bijak menggunakan aqal....boleh menilai apa yang rasional dan apa yang bodoh. Kalau dulu, apa sahaja yang disebut oleh Menteri akan dianggap betul atau perfect, tapi hari ini......mungkin tidak. Kalau dulu dengan cara ini mereka boleh menekan Penjawat2 Awam untuk menyokong mereka tapi hari ini mungkin tindakan ini akan menyebabkan Penjawat2 Awam menjauhkan mereka. So....bapak2 menteri di luar sana.....watch out kerana anda sentiasa diperhatikan oleh rakyat.

~:: Cendera Jiwa Dari Meero ::~

Monday, January 19, 2009

Weekend baru ni aku balik ke Taiping...rumah parents, sambil2 menjenguk Pah yg baru kehilangan Tok. So, ini laa part of duty aku sebagai anak dan juga cucu mithali. Ada jer kelapangan, for sure aku akan visit insan2 ni.

Sampai jer rumah Abah & Mama aku ternampak ada satu envelope besar kat celah2 kabinet TV tertera nama aku. Biasa laa, sapa pon kalo dapat envelope yg besar, sure xcited punya. Aku nk bagitaw kat sini......ada kalanya, atas sebab2 tertentu aku prefer address rumah parents aku untuk urusan surat menyurat.

Bila buka jer envelope tu......ada satu kalendar custom made laa dalam tu. Pastu pulak ada satu kad ala2 greetings card gitu yg tertulis :

wahai senja
andaikata kau bisa bicara

dan berada di posisiku sekarang,
apa yang ingin kau katakan....?

pada malam-malam indah bertabur bintang ?

yang ada dekat padamu, tapi tak dapat bertemu


Salam Puisi to [ nama aku laaaa...]
Meero



Laaa....baru aku teringat ari tu aku ada laa jengok2 blog Akungantaro milik Meero. Dalam satu entri yg ditulis oleh Meero pada hujung tahun 2008 ari tu, dia ada offer hadiah yg dinamakan sebagai Cendera Jiwa kepada pengunjung2 blog dia. So, aku dengan muka tk taw malu terus mengemailkan address aku supaya Cendera Jiwa yang ditawarkan tu tetap menjadi milik aku.... ahaks. Barang free pulak tu....tunggu lagi...hehehe.

Aku suka jenguk2 blog milik Meero ni pasal blog dia ni lain dari yang lain. Kalau blogger lain akan menggunakan Blogspot atau WordPress sebagai tapak blog, tapi Meero masih menggunakan Geocities untuk blognya tu. Lagipon, gambar2 kat blog Meero tu cantik2 belaka. Kalau tak caya, pi laaa jengok2 blog Akungantaro milik Meero tu.

Sekali lagi, aku ucapkan berbanyak terima kasih pada Meero...dan harapan aku, pada Meero dan rakan2 blogger yg lain, kalau ada lagi benda2 free nak bagi jangan laa lupa kat aku pulak...wakakakaka.

~:: Yang Bebal Dan Yang Sengal ::~

Monday, January 12, 2009

Yang Bebal :

Gambar lori kat atas [AEV 7078] aku amik tengahari tadi, lebih kurang pukul 2.30 ptg. Ntah laaa, memang sejak dari awal2 aku dapat lesen memandu lagi aku cukup anti dengan lori2 yg macam ni - yg overloaded dan bawak batu-batan. Dah laa batu dok terpelanting jer kat cermin keter aku tu....ishhhh silap2 bersepai cermin keter aku tu, sapa nak ganti. Retak or serpih tok sah cakap laa, memang dah ada pon kat cermin aku tu. Memang aku hangin sungguh dengan orang2 yg berkait rapat dengan lori2 yg aku maksudkan tu sama ada drebarnya ker, kelindannya ker or even tokeynya pon, sumer aku benci sangat. Ye laaa, spesis2 ni sumer jenis pentingkan diri sendiri, tak pikir hal orang lain. Asal boleh bawak muatan...ngkorang sumbattttt jer semacam, nk jimat trip laa konon. Cer bayangkan kalau body kayu lori tu pecah masa aku dok tengah over take lori tu. Bab kereta tok sah cakap laa kompem jahanam....silap2 aku ni, tertimbus bawah timbunan batu2 hitam tu kalu macam mana..???

Aku cukup heran laaa bila perlanggaran undang2 ni berleluasa seolah2 negara kita ni tak dak undang2. Ni benda besar beb....lori, bukannya boleh sorok2 dalam poket, semua orang nampak termasuk laa bapak2 Polisi dan juga bapak2 Penguatkuasa JPJ. Kalau aku ni ada kuasa macam depa ni, kompemmmm lepas aku potong lori2 macam ni aku kasik saman & gantung lesen. Setel masalah dan drebar2 lain dan juga tokei masing2 tak berani nk buat dah. Pengguna2 jalan raya pon tak susah hati lagi bila berhadapan ngan lori2 yg macam ni. Aku bukan tuduh, tapi aku punya gerak hati mengatakan bahawa bapak2 Polisi dan bapak2 Penguatkuasa JPJ ni dah "dibutakan" mata dan "dipekakkan" telinga mereka dengan sesuatu. Alaaa direct to the point aku katakan, ada di kalangan ngkorang yang terlibat dengan RASUAH. Kalau ngkorang tk nak masyarakat macam aku ni buat andaian yg bukan2.....ngkorang kejer laa betul2. Ambik laa tindakan betul2.....sebab kat luar sana tu ramaiiiiii sangat orang yang macam aku ni. Takkan nak tunggu Karam Singh Walia tahan lori2 ni baru ngkorang terhegeh2 nak bagi statement..???? Hijrah laaaa......baru masyarakat tak berpersepsi serong terhadap ngkorang semua. Sorry to say...aku pon tak tau bila laaa imej Polis nak pulih. Ngkorang jangan ingat bila semua dah pakat pakai button badge "Saya Anti Rasuah" tu imej polis telah pulih. Kenapa perlu bagitau dengan masyarakat bahawa kita anti rasuah....kalau tk pakai badge tu kita bukan anti rasuah ker...heheheh.


Yang Sengal :

Tengah dok potong lori tu, tetiber henpon aku plak dok sebok bunyi...ada SMS masuk. So, aku suruh la Sue tolong tengok2kan. Sue tolong bukak tu pon dengan concern aku....saja2 dia tk kan bukak pon. [aku & isteri mengamalkan Dasar Keterbukaan....tk der isi kandungan SMS yg dikaverkan atau dipadamkan utk aspek keselamatan - telus & berakauntabiliti...wakakakaka]

Bila bukak jer...satu nombor baru yg aku tk kenali terpapar di skrin henpon aku tu. Saper plak ni....tk tau laa nombor ni...uknown or silap hantar aku pon tak pasti lagi. Ni laa message yg aku terima tu :


-((();
Ni labi-labi...
.
.
.
[jenuh aku scroll ni]
.
.
.
-@==@'>
Ni tgiling
.
.
.
.
-((();
Ni labi-labi balik...
.
.
.
.
-@==@'>
Ha ni tgiling yg td
2...
.
.
.
.
Labi2 ngn tgling....Tu
je nk bgtau


Hehehehe...memang sengal betul laaa SMS yg aku dapat tu. Walopun kami dua2 dok kompius lagi tp at least hangin aku pada lori dan manusia2 yg bebal tadik dah hilang bila baca SMS yg sengal tu. Tu laa......sengal bukan sebarang sengal, ni jenis sengal tahap tenggiling punya.....hehehehe.

Tapi...akhirnya aku taw gak sapa punya angkara SMS tu. Agak2 anak sapaaaa tu errkkkkk.

~:: Teruskan Sikap Kepedulian Kita...::~

Thursday, January 8, 2009


Prophet Muhammad s.a.w said, "No one of you trully believes (in Allah and His religion) until he loves for his brother what he loves for himself"
[Al-Bukhari & Muslim]


video

Heartbreaking Poem of Palestinian Girl

[rintihan anak kecil Palestine yg bisa menegakkan bulu roma kita......ALLAH HUAKBAR]


~:: Pegi Jahanam Yahudi Israel Laknatullah.... ::~

Monday, January 5, 2009

www.flickr.com

Sedar tk sedar hari ni kita telah diselubungi oleh sindrom "jaga tepi kain sendiri" bila berhadapan dengan satu isu global iaitu serangan Israel ke atas masyarakat Palestin. Memang laaa, bila sebut kemampuan...apa laa daya kita utk setelkan masalah tu tapi at least tunjuk laa sikit sikap kepedulian kita tu. Reaksi kita macam mana....???? Tak kan sejuk jer, seolah2 tidak berlaku apa2. After all kita kena ingat bahawa mangsa2 yg dizalimi tu adalah saudara seagama kita.....yg sama2 berkongsi syahadah dgn kita.

Kadang2 terasa malu jugak bila tengok setiap hari ada jer masyarakat dunia tak kira kumpulan etnik dan agama telah menzahirkan rasa tk puas hati terhadap tindakan Israel Laknatullah tu. Malah....artis2 Barat pun turut sama buat street protest. Bila kita tanya dengan orang2 kita.....jawabnya "biaq pi kat depa laaaa....yg kita nk sebok2 buat apa".

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku sekarang ni....mana tahu Allah nak tengok macam mana masyarakat Islam dunia menangani masalah ini, mana tahu Allah nk tengok sama ada masyarakat Islam bersatu dalam hal ini, mana tahu Allah nk suruh kita pertingkatkan lagi ketaqwaan kita kepadaNYA.

Jangan laaa kita asyik sebok nak memperjuangkan bangsa....asyik dengan kalimah Ketuanan Melayu sampai kita lupa kalimah yg lebih besar Lailahaillallah Muhammadurrosulullah dan juga Allah Huakbar. Terlalu bersifat etnosentrik sampai lupa dengan Ketuanan Islam yg sebenarnya. Dalam krisis yg berlaku ke atas saudara-saudara masyarakat Palestin, mungkin kita tertanya2, apa yg boleh kita buat....apa sumbangan kita???? Mungkin kita lupa dengan kuasa yang paling suprim iaitu kuasa Allah SWT yg mengatasi segala2nya. Mohonlah pada Allah semoga diselamatkan saudara2 Palestin kita dan mohonlah agar Allah hancurkan Yahudi Israel Laknatullah. Itu lah "suara" kita. Semoga ianya menjadi satu usaha kolektif dari kita semua. Siapa kita nk harapkan lagi...??? PBB sebagai satu badan diplomasi dunia pun tidak mampu membawa "suara" perubahan dalam menyelesaikan masalah ini. Masyarakat dunia segelintirnya masih melabelkan pejuang Palestin sebagai pengganas. Bush pon dengan bongkaknya seolah2 telah memberi restu pada Israel dalam tindakannya menyerang Gaza dan masih juga menuduh Palestin sebagai pengganas dengan mengaitkannya dengan Syiria dan Iran. Siapa lagi yg kita nak harap.....kalau bukan di kalangan masyarakat Islam juga.

Xceli aku cukup emosi dalam membicarakan hal ini dan aku harap sangat sahabat2 aku semua rasa macam mana yg aku rasa....pada aku, itu lah semangat persaudaraan ISLAM. Kepada sesiapa yg mempunyai ekses kepada mana2 Masjid atau Surau, mohon lah supaya diadakan solat hajat khas beramai2 untuk saudara2 kita di Palestin. Inilah yg mampu kita lakukan....yg kesannya mungkin di luar jangkaan kita....yakinilah dengan pertolongan ALLAH.

Satu usaha murni telah dilakukan oleh seorang pengunjung baru blog ini iaitu saudara Fazlan Rizan Johani, seorang Design Architect dari UK di mana beliau telah membuat satu poster unik dalam usaha beliau membantah serangan Israel ke atas Palestin. Atas tujuan itu aku mohon sesapa saja yg berkunjung ke blog ni silalah "tampalkan" poster ni di blog masing2 sebagai tanda prihatin kita terhadap isu ini.


"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam Palestin dan hancurkanlah Rejim Zionis Yahudi Israel..amin. ..."
[lalu bacalah Surah Al-Fil]

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger