Monday, August 3, 2009

~:: Makin teruk laa ::~

Hari ni dah masuk 7 orang yg telah disahkan mati kerana H1N1. Pada aku keadaan makin buruk dan tak nampak tanda2 positif untuk berkurangan. Tapi dalam banyak2 kes, yg paling aku rasa terganggu ialah kes yg ke 6.

Mangsa ke 6 itu adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 29 Julai lalu dengan simptom demam selama satu hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Menurut laporan, semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada keesokan hari. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada pukul 11 pagi 1 Ogos. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi 2 Ogos semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.


Kesimpulannya...kita dah tak boleh kesan H1N1 ni pada peringkat awal.....so, macam mana nk buat pencegahan awal??? Kita semua tk boleh lagi nk anggap benda ni still under control. Aku bukan berhajat nk takut2kan sesiapa tapi at least kita take it serious dalam hal H1N1 ni...terutama dalam hal2 yg bersangkutan dengan kawan2 atau saudara mara yg mempunyai tanda2 influenza.

Aku tengok orang ramai mcm buat tk tahu jer pasal H1N1 ni...termasuk laa aku sendiri. Ari Sabtu ari tu...aku masih berani lagi nak gi ke PC Fair kat Village Mall Sungai Petani...hehehe. Tapi biasa laaa...kepala otak aku ni dok teringat2 gak hal H1N1 ni. Mintak simpang Ya Allah....!!! Maknanya...findings aku mengatakan yg org ramai still treat H1N1 ni mcm sesuatu yg biasa jer dan bukannya sebagai satu penyakit yg serius.

Satu hal lagi...berkenaan dengan student yg dok balik rumah masing2 selepas diberi "cuti" oleh pihak IPT. Seriously...aku tk setuju. Pasalnya...budak2 ni supposed kena kuarantin di rumah - meaning tk boleh sewenang2nya dok bebas ke mana2. Ni tidak...budak2 ni bebas ke mana2 tanpa sekatan....sedangkan mereka ni dihantar pulang kerana ramai yg telah menjadi suspect H1N1. Sebagai contoh...baru2 ni ada seorang student UUM datang jumpa aku...urusan berkenaan PTPTN. Menurut budak tu ada lebih kurang 500 suspect yg telah dikenalpasti. Pihak UUM bila tau apa lagi....terus perambat budak2 UUM balik rumah cuti seminggu. Adakah ini satu langkah yg paling bijak UUM pernah ambil atau adakah ini satu tindakan "lepas tangan" yg diambil oleh pihak UUM supaya sebarang kes H1N1 tidak terjadi dalam kampus..??? Adakah tempoh seminggu mencukupi untuk menghalang penularan H1N1....?? I don't think so. Pada aku penutupan IPT bukan satu langkah terbaik bagi mana2 pihak.

13 comments:

Anonymous said...

thanks to shearing this is nice article all people to use.

Get More Details

Meooo Comicore Club said...

pihak pengurusan mmg mangkuk ayun....

sy tesyen dgn pihak UUM yg terlampau pandang rendah kat student dan terlampau menyokong BN.

siot tul!

-ex-warga UUM

Ryehanna said...

yup. ana pn setuju yang ipt ni mcm lps tgn jer. rase2 nya la kan, kalo dh kesan bdk2 kena virus, patutnye semua student kena kuarantin kat dlm U tu dan bknnye dibenarkan balik. xdela tersebar ke luar.

then, problem nye skrg xde sape yg pantau..

aihhh mmg cuak ah dgn wabak ni.. scary scary..

piz said...

Emmm... tu la, skang ni kita pun Emmm... x sangka betul H1N1 ni merebak dgn pantas betul... runsing la jg,sbb benda ygx dijangka ni... moga2 kita semua dijauhkn dr jangkauan virus ni...

Tak tau la pengurusan uum tu blh pk mcm mane.. dorang ingt bg cuti sminggtu budak2 tu duk lepak kt rumah ke? ape a
kalo ambo la ,ambik 1 kolej,mcm kolej bkt kachi tu ke,ha buat pusat kuarantin kt situ ,kn elok tu... plajar yg sehat blh duduk kt kolej dlm, blh meneruskn kuliah masing2 ...kn ke luas kwsn uum tu...

Dunia...dunia...

-ex-sintok-

Anonymous said...

Bila jadi camni..siapa yg seharusnya dipertanggungjawabkan? intan rasa setiap indnividu kena ada rasa tanggungjawab nak cegah atau elakkan kes2 camni, tapi kalau kita salahkan satu pihak je tak guna jugak kan, memang attitude rakyat malaysia kot yg tak ambik serius hal hal sebegini...termasuklah diri ni snediri hehehe..mintak2 penyakit ni akan berkurangan, tadi pagi masa on the way pi klinik dengar radio bgtau seorang guru meniggal sebab H1N1 ni dan dah jadi kes ke8, intan risua gak dengan kesihatan intan ni..tapi nak buat camna kan..pi klinik dr pulak tak ada! hangin tul..ni yg malas ni.

Marzalina said...

oppss..nak tekan lain tertekan anonymous la pulak..sori2.

Cybernetics Mind said...

[ Singnals3 ]
U're most welcome... :)


[ meo188 ]
hehehe....
semua student UUM tau...
mcm mana dgn management UUM...
MPP pon jadik robot kat UUM...

x-student UUM ghopernyer miker ni..


[ Ryehanna ]
sorry to say...
kebarangkalian student IPT..
utk menyebabkan H1N1..
bertambah2...adalah tinggi...
sapa nk pantau...
hal2 kuarantin di rumah...
Kementerian Kesihatan boleh ckp jer
mana ada pematuhan & enforcement

Cybernetics Mind said...

[ piz ]
wahhh...mu pon x-UUM gak...
tiba2 blog CM ni jadi sasaran x-UUM plak...meo pon x-UUM..hehehe

setujuuuuuu...
patut buat kuarantin dalaman...
senang nk kawal..


[ anonymous plak... ]
hehehe...konon2 nk anonymous...
tapi..sekali boh nama Intan plak..
kantoiiiii...

hekk elehhh...
alasan dokter tk ada plak..
mcm laa kat Penang tu...
ada dokter sorang jaaa..
kalo dah takut dokter..
cakap jaa....heheheh
pi cepattt...jumpa dokter...hahaha


[ Marzalina ]
pasai apa yg silap tekan tu..??
kompemmmm...
ketaq takut kat dokter tk abis lagi

Myza Pesona said...

Salam CM,
Memang betul, penyakit ni makin menakutkan! In fact menurut seorg kawan yang juga seorang peg.perubatan, adalah dijangkakan 6 bln akan datang benda ni akan makin teruk! harap-harap tidaklah! Banyakkanlah doa moga kita semua dilindungi Allah SWT! B*** punya pasal, manusia yang mati! Kat sekolah td pun ada sorang student tak dtg sekolah, so form teacher called the father. Then father bdk tu bh tau, anak dia ada kat ICU, kena jangkitan paru-paru, baru ke sedar pagi tadi! Tghari tadi kawan tu bg tau, confirmed budak tu H1N1. Tapi nasib baiklah cepat bawak pegi hospital, kalau tak... tak taulah! Agaknya skang ni KKM dah tak larat dah nak kawal benda ni! Banyak sangat! Even my friend yg doctor tu pun ada bagi tau yang skang ni character H1N1 tu dah tak sama mcm yang mula2 dulu. Just tengok kes budak 11 tahun tu!

nurulshima said...

malaysians are not safe kan ;(

Anonymous said...

pedoman;
bila student dah kena h1n1 adalah lebih elok kalau dikuarantinkan betul2. jgn benarkan diorang balik kampung. yg peliknya kebanyakan ipt benarkan ibubapa jemput anak bawak balik. bila dah sampai kampung, kebarangkalian besar, 1 family boleh terjangkit dgn h1n1. pelik.... lanspeedy

Unknown said...

aku kat tempat kijer pon rase
dah makin teruk... boss siap issue
sorang satu mask. beli kat guardian.
maklumla kijer dengan customer ni..
senang sangat dapat infeksi.

日月神教-任我行 said...
This comment has been removed by a blog administrator.

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...