~:: Antara samseng kapitalis & 1Malaysia abis gula ::~

Thursday, August 20, 2009


Diam tak diam ari ni dah masuk hari ke 4 aku masih dalam operasi mencari gula. Bermula hari Isnin lepas....di Ipoh, 9 kedai yg aku masuk telah memberikan alasan yg cukup membuatkan aku hangin satu badan. Saja aku tak pergi ke TESCO, GIANT atau mana2 pasaraya...pasal aku tau chances aku nk dapat gula di tempat2 tu memang tipis.

"Bagi gula 2 kilo...."
"Gula tarak...."

"Gula ada kaa.."
"Mana ada gula..."

"Gula 2 kilo..."
"Habissssss..."

Semua dialog ni memang buat aku hangin. Bila aku hangin...kepala otak aku ni memang cukup ligat berputar. Mungkin bagi geng2 bujang or jenis makan kat kedai sehari suntuk, problem gula ni macam isolated cases jer. Aku pun sebelum ni tak amik peduli pon dengan hal ketiadaan gula ni, walaupun dah diwar-warkan 2-3 minggu sebelum ni lagi....tapi bila stok gula makin berkurangan di rumah, baru laa aku sibuk mencari gula di sana sini. Supprisingly...aku tk sangka plak sampai sebegitu serius hal gula ni.

Ok....berdasarkan beberapa dialog ringkas yg aku paparkan kat atas tu....jelas, peniaga2 runcit hari ni begitu sombong sekali bila berhadapan dengan hal gula ni. Macam laa jual gula ni macam jual emas permata.

Lain plak aku punya persepsi. Pada aku laa kan...sehari dua ni, bagi seorang penagih ganja or syabu...nak dapat stok jauh lebih mudah daripada nak dapat gula. Memang ni satu realiti yg terpaksa kita hadapi.

Cerita hari ni.....aku masih dalam misi mencari gula. Pagi tadi, aku singgah satu kedai kepunyaan seorang India. Biasanya aku bukan seorg yg prejudis terhadap kaum lain.....tapi dalam hal gula ni...YES, aku memang prejudis. Sebabnya, aku tak pernah dengar seorang Cina yg mengeluh tentang ketiadaan gula....ini realiti. Yang mengeluh tk ada gula....kebanyakannya org Melayu saja. Sambung cerita.....bila aku tanya jer pasal gula.....jawapan yg dia bagi biasa laaa, jenis jawapan yg akan buat aku hangin. Perempuan India tu kata kat aku...."saya boleh jual 1/2 kg sahaja...". Jawapan tu mmg bagi bola tanggung laaa untuk aku. Logik laaa skittttt...kalau hang nak jual kat aku 1 kg aku boleh terima lagi....ni 1/2 kg. Aku siap xplain kat dia yg aku mai dari jauh dan aku bukannya seorg peniaga....namun dia tetap berkeras yg dia hanya boleh jual kat aku 1/2 kg sahaja. Keadaan makin tegang dan aku makin bengang. Nak tak nak...aku terus pergi ke kereta aku...amik kad kuasa / ID ...tunjuk kat pompuan India tu. Hasilnya....aku dapat 2 kg gula. Maaf...aku tk berniat nk menyalahgunakan kuasa....tapi kalau itu caranya yg aku kena buat semata2 nk dapatkan 1 atau 2 kg gula....aku akan buat. Aku rasa tindakan aku tu tak salah...aku tetap bayar RM2.90 utk 2 kg gula tu...bukannya aku dapat free. Untuk makluman, gula tu plak disorok di bawah timbunan kampit beras. Persoalannya, kenapa sampai jadi macam ni..?????

Petang tadi plak...aku testing sekali lagi kat satu kedai Cina. Bila aku masuk kedai tu...tokei kedai tu bukan main ceria jer dok melayan aku....tanya nak beli barang apa laa, tanya aku baru balik kerja kaaa, tanya aku kerja kat mana laaa.....tup2 bila aku tanya pasal gula...tiba2 senyap seolah2 macam aku tanya nak beli syabu plak....aduhhhhh. Dari satu kawasan yg tersorok di bawah kaunter, tokei tu keluarkan sekampit gula 1kg bagi kat aku. Dia cakap hanya boleh jual kat aku 1kg sahaja....jadi laaa. Tapi isunya...masih dalam keadaan macam jual dadah...hampehhh betul.

Sekarang...aku nk tanya, dalam kemelut ketiadaan gula ni, aku yg mempunyai hak sebagai rakyat nak tau apa peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi & Kepenggunaan boleh ambil..??? Di mana keseriusan pihak Kementerian...?? Aku tak nampak pun apa2 tindakan kolektif yg diambil....Yang ada, seolah2 merestui apa yg dibuat oleh peniaga2 atau saudagar2 gula. Yang kena hentam rakyat juga. Rakyat juga yg telah dipersalahkan kerana kononnya telah melakukan panic buying atau excessive buying bila berhadapan dengan hal gula ni. Media2 propaganda pon mula laaa menayangkan iklan2 nasihat tentang bahaya penggunaan gula atau kempen mengurangkan gula. Kenapa ini terjadi.....???? Realisasikah prinsip rakyat didahulukan tu..????

Malas aku nk komen...tapi kalau aku kaitkan dgn kapitalis....emmmm, ni laaa akibatnya, tauke didahulukan rakyat dikemudiankan. Fikir2 la sendiri nooooo. Kalau nk p/raya....agak2 sapa yg bagi fund untuk gerak kerja atau pun fund untuk kerja2 kempen.....tokei/pedagang/saudagar atau rakyat marhaein...?????

Percaya lahh....ini semua ada kaitan dengan kenaikan harga gula yg mungkin tk dapat dibendung oleh pihak2 tertentu. Desakan atau tekanan sedang dibuat kepada pihak Kerajaan & rakyat seolah2 shortage gula ni benar2 berlaku. Tapiiiii....yg aku pasti, selepas kenaikan harga gula dengan rasmi nanti.....maka akan bersepahlah gula di mana jua kita berada....no more sugar shortage. Bukan baru sekali hal macam ni berlaku atas kita...hehehe. Kalau tk percaya.....nnti jenguk2 laa balik entri ni.

11 comments:

meo188 said...

adeh... siot tul sorok2 pule....

Marzalina said...

CM...nak beli gula mai tempat intan, memang banyak...tak ada sapa yg sorok2 gula tu, alhamdulillah. Tapi kes gula ni sebenarnya memang kritkal jugaklah sebab bila nak bulan posa atau nak raya..baru gula tak ada..tu semua kerja2 orang yg pentingkan diri sendiri saja..tak fikir kepentingan orang lain.

Cybernetics Mind said...

[ Meo188 ]
...aku hampir2 ilang sabar...hehehe


[ Marzalina ]
uikss...mcm mana kt Penang tk ada masalah gula erkk???? hangpa pakat tanam tebu belakang ghumah kowt...he3

ok2...esok Intan hantaq satu konena kat CM tau :p

Luth Textile said...

bang, salahkan pembekal yang bermata sepet, bukannya pemimpin. pemimpin banyak lagi kerja lagi nak buat.

Mr. Azman @ Kreuger said...

pergh... sabor jer la bro..
nape bro tak buat live blogging
macam aku jer.. bleh la dapat black
and white.. terus publish kat blog.
then tunggu jer la kedai tuh kene
serbu.

ada ke patut 1/2 kelo.. giler per..

razifembi said...

setiap kali nk raya mcm nilah CM ...

ada saja yg tak cukup ...

dari seorang peniaga kecilan sampailah ke pemborong, pengeluar dan kerajaan ...

ada tanggungjawab dan amanah yg tidak terlaksana ...

razifembi said...

oo lupa plak ...

CM ... pinjam kad ... nk pi market ni ...

HuRuL_AiNi said...

salam...

yup, agree with you.....sungguh pelik betul stok gula boleh xde....bukannya durian ni yg kita kena tunggu sebijik2 jatuh dari pokok...
dh dua tiga minggu dh problm cari gula...supermarket mmg payah la nak jumpa...tapi semalam pergi kedai runcit biasa okay je stok dia...huhu...pelik

serius, memang konspirasi sengaja sorok gula sbb nak naikkan harga...& as you said...rakyat dikemudiankan...huhuhu

Sheikh said...

aku rasa ada pihak yg dapat gula gula kut !

Cybernetics Mind said...

[ Luth Textile ]
emmm...sama2 ada peranan....
termasuk kerajaan...
tk boleh bg alasan pasai sibuk...
atau bnyk kerja lain...
kalo dah guna konsep 1Malaysia tu...
kena akur laa dgn prinsip..
"Rakyat Didahulukan" tu...

hang kena paham betoi2...
konsep ekonomi & politik kapitalis...


[ Mr. Azman ]
huhuhu...
siyesss...pasal live blogging tu..
aku jelessss sgt ngan hang...
kebelakangan ni..
asyik live blogging jer...
nnti kalau ada kelapangan...
buat laa tutorial...
xpecially utk org yg tk reti..
mcm aku ni...hehehe

tu laaa...
ada ker patut 1/2 kilo....aihhh


[ Razifembi ]
Bro...
taktik ni rakyat dah cukup masak..
tapi apakan daya...
consumer's power...
atau buying power...tk cukup kuat
pengguna M'sia tk mcm pengguna lain

nak pinjam kad....
boley sajaaaa....heheheh

Cybernetics Mind said...

[ Hurul Aini ]
thks...
sebab sama2 aggree ngan CM...
yg bertambah2 heran tu...
mana perginya enforcement...???
kalo ada pn just utk cukup syarat jer

nnati tengok laaa...
bila gov announce harga baru gula..
itu jam....
melambak2 laa gula kat kedai...


[ Sheikh ]
emmm...
pasal gula2 tu...
paham2 jer laaaa....
sapa yg tk suka "gula2" kan...
nak2 pulak utk tujuan2 tertentu..
sehari dua ni...ahaks

hanya hang dan aku sahaja yg tahu..
apa yg tersirat....wakakaka

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger