Friday, June 26, 2009

~:: Al-Fatihah...Give Thanks To Allah ::~

Al-Fatihah....untuk Allahyarham Mikaeel Abdullah.

Hari ini tercatat satu sejarah dalam lembaran dunia....Raja Pop Dunia iaitu Michael Jackson atau difahamkan nama Islamnya ialah Mikaeel Abdullah telah kembali ke rahmatullah untuk menemui penciptaNYA. Sebenarnya bagi aku tak ada apa yg lebih istimewa selain daripada kematiannya itu dalam dirinya yg sedang menganut ISLAM ----> kalau tak silap mula memeluk Islam penghujung 2008. Aku bukanlah peminat setia Michael Jackson dalam dunia hiburannya...cukup sekadar meminati beberapa buah lagu nyanyiannya sahaja.
Aku mula mengenali Michael Jackson melalui lagu Beat It dan Billy Jean - tahun 1984...syok sangat kalau dpt dengar lagu tu...masa tu aku still kat sekolah rendah, darjah 6 [stop counting my age okay...]. Masa tu bukan ada CD or MP3 lagi...kaset laa yg jadi media utk halua telinga. Itu jam beli yg ori punya taw....sampai sangkut2 dan terbelit2 dibuatnya kaset tu...heheheh. Aku ingat lagi kaset yg aku beli tu berupa Compilation Album-Grammy Awards 1984. Antara artis yg turut bersama Michael Jackson masa tu ialah Culture Club...singer dia Boy George, lagu Karma Chameleon, Eurythmics - lagu Sweet Dream, The Police - lagu Every Breath You Take, Irene Cara - lagu Telephone dan lagu What A Feeling, Lionel Ritchie - All Night Long.....lain2 dah tak berapa ingat.

Oleh kerana aku bukan peminat Michael Jackson...aku dah tak amik port lagu2 dia ataupun album dia yg lain. Macam aku cakap awal2 tadi laa...cuma ada beberapa lagu dia jer yg jadi halua telinga aku macam lagu Heal The World yg bertemakan kemanusiaan. Satu ketika dulu...masa mula2 org Malaysia mengenali Hi-Fi System, Car Audio System atau Home Theater System...lagu2 dalam album Michael Jackson - Dangerous mesti dipasang utk test power...especially lagu "Jam".

Itu laaa sedikit sebanyak yg aku tau pasal Michael Jackson atau Allahyarham Mikaeel Abdullah....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Rupa2nya dalam tempoh singkatnya sebagai seorang Muslim ada jugak lagu bercirikan ketuhanan yg sempat dinyanyikannya. Pagi tadi ada sahabat aku Fendi dari Kelang ada kirim satu lagu Michael Jackson melalui e-mel yang bertajuk Give Thanks To Allah. So...atas konsep sharing, maka aku dah tempek link lagu tu untuk didownload dan juga lirik lagu tu untuk sama2 kita hayati. Rupanya tanpa disedari...titisan air mata berguguran bila aku cuba menghayati lagu ini.

Give Thanks To Allah - Michael Jackson (Mikaeel Abdullah)

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Kalau sapa2 nak download lagu ni....klik kat sini -----> Give Thanks To ALLAH

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya...amin.

13 comments:

Ryehanna said...

eh..ade lagu MJ bertajuk Give Thanks To ALLAH tu eh??

balik ofis nnt nk donlod la... cos tenet tgh slow giler.. intenet ofis laju ckit. muahahaha

nikillas said...

haaaaa.. ni lain pada yg lain sket.. banyak dah aku dok lompat2 blog org lain yang sibuk duk citer pasal MJ ni tapi tak de plak info pasal lagu tu.. hoh.. bagus2...

Unknown said...

wah bro.. rajin buat research
nampaknye bro... siap ade lirik
bebagai.

tapi series aku cakap aku memang
minat kat lagu-lagu dia.. die joget
pon aku suke... walaupon pop..
salah satunye pon yang dapat aku
layan.. sampai bebile adalah dari
Mikaeel ni.. erm.

P/S: sebelum meninggal dah masuk
Islam.. macam dia dah tau dia
tak lame kan. seruan sampai sebelum
dia berjumpa tuhan.. alhamdulillah.

Note:- thanks 4 the download link
:D

~sPeEkYgUrLz~ said...

al-fatihah buat Allahyarham..

Cybernetics Mind said...

-to Ryehanna-
ok..
download jgn tk download

ehemmm...
tahniah krna...
menggunakan kemudahan opis... semaksima mungkin... :P



-to nikillas-
tu laaa...
aku bab2 org dok puja dia..
sebagai King Of Pop tu..
aku tak heran langsung..

tapi...
yg mmbuatkan aku teruja..
kejayaan dia...
mati dlm Islam..InsyaAllah

Cybernetics Mind said...

-to Kreuger-
huh...
mana ada aku wat research..

lagu tu kebetulan ada member bagi...
so..aku share laa ngan korang semua

yg paling penting...
hidayah yg dia dapat tu...
kalo cam dia tu kan
dosa hanya baru dikira
selepas masuk Islam..
maknanya tk sampai setahun
nak kira dosa...
kalo cam kita
yg lahir2 dah Islam ni...
sendiri mau pikir laa....
bertahun bebbb nak kira semua tu..

semoga kita semua tergolong
dalam kalangan umat Muhammad..
Amin.....

Cybernetics Mind said...

-to Speakygurlz-
...amin
semoga Allah mencucuri Rahmat
ke atas Allahyarham..

Anonymous said...

aku pun ada beli Compilation Album-Grammy Awards 1984. aku pun x minat MJ nie cuma ada satu dua perkara tu aku kagum jugak la

www.mytownkajang.com

Cybernetics Mind said...

-to anonymous yg aku kenali-
hahh...
ni apsal
aku ingat anonymous mana ni
rupanya Pak Sheikh laaa...
takk kan psl lama tk blogging
dah malu ngan aku kowt... :P

cam tu laa...
aku pon cam tu gak
bila dah terlalu bz
mmg tk sempat& otomatik
malas nk blog
bab ni aku pahammmmm sangat

hehehe...
bila ngko cakap
ngko pon ada
Album Grammy Awards tu...
paham2 laaa...
satu batch ngan aku laa
lebey kurang...
muda pon bukan
otai pon bukan
yg sedang2 saja
ngiahahahahah....

A.I.Z.A.T said...

Al Fatihah buat alahyarham..

harap pengkebumian MJ buat ikut Islam..kalo x mesti banyak isu timbul nati..

sama ar, saya pn xde ar fanatik, tapi masih, sy kagum sbb lagu2 dia best..

I'll be there, You are not alone, thriller, beat it, billy jeane, the girl is mine, mmg sume best..

btw bro, lagu tu kan.ade setengah video kt youtube gtau, bkn lagu MJ..ade org arab lain, suara lebih kurang..wallahhuallam..

p.s-bro, saya dah keje skang;)

Marzalina said...

semoga Allah mencucuri rahmat kepada Mikhaeel..amin.

Cybernetics Mind said...

-to A.I.Z.A.T-
emmm...
lagu2 yg Jatt ckp tu semua bestt

psl lagu Give Thks To Allah tu..
mmg laa, ada org kata bkn lagu MJ
wallahua'lam


-to Intan-
Allah lebih mengetahui segalanya...

nz said...

sy pon cite psl lagu tu gak hahahahah.. mmg dia ke nyanyi??

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...