~:: PTK lagi..... ::~

Tuesday, June 30, 2009

Hari ni dan beberapa hari sebelum ni...life aku agak bz dan tunggang langgang, sebabnya tadi baru jer setel satu program besar yg lokasinya kat Arena Square yg berhampiran pejabat aku iaitu Program Hari Bertemu Pelanggan di mana hampir 30 agensi Kerajaan terlibat bersama. Agensi2 ni dalam bahasa mudahnya turun padang utk bertemu dgn masyarakat sama ada dengan memberikan khidmat kaunter, khidmat nasihat mahupun dalam bentuk pameran.

Di samping itu program itu juga turut melibatkan Sessi Dialog di antara MB bersama masyarakat. Bila dah melibatkan MB tu, paham2 je laaa, mcm mana dia punya sibuk tu kan....dengan VVIP nya, persiapannya, protokolnya, susunatur majlisnya......bla bla bla. Sori laa tk der pics yg berkaitan psl aku sibuk sgt dok handle perkara2 yg lebih penting. So...itu laa yg berlaku hari ni...tapi bz nyer dah berhari2 dah. Dalam aku dok menaip ni kan...bilik aku ni dok berbau minyak angin...sakit satu badan ni...ntah dah berapa KM aku dok berjalan ke sana kemari...huhuhu.

Ingatkan boleh laa rilek or tidoq awal malam ni. Sori laaaa...esok nak kena attend exam PTK la pulak...aduihhhh. PTK - Penilaian Tahap Kecekapan. Nasib baik laa soklan dia dlm bentuk MCQ - objektif, ada rezeki apa yg "tembak" esok menjadi....heheheh. Rasanya malam ni dapat jenguk sikit2 laa buku tu...aku dah tak larat dah ni.


Kalau ikutkan...banyak benda nak cover - Perintah Am, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), Arahan Perkhidmatan, Arahan Perbendaran, Arahan Keselamatan, Peraturan Pegawai Awam, Nilai & Etika Perkhidmatan Awam, Protokol & Etiket Sosial, Tonggak 12, Teras Perkhidmatan Awam, Kanun Tanah Negara, Perlembagaan Malaysia, Dasar2 Pembangunan Negara, Perundangan & Pentadbiran Tanah, Pengurusan Personel, Pengurusan Kewangan dan banyak lagi laaa. Ikutkan badan yg penat ni...mana laa aku mampu nak baca semua benda2 tu...bohong jer. Kalau boleh nak rebus semua benda2 ni..pastu minum air rebusan tu, amacam??

Exam aku tu bertempat di Pejabat SUK Perak....esok, dari pukul 9.30 pagi sampai 12.00 tengahari. Wish me luck ok !!!!

9 comments:

Ryehanna said...

Good luck, CM!

meo188 said...

bestnye... :D

A.I.Z.A.T said...

salam..goodluck bro..hehe..
ala bri kan dah pro, ape sgt ar PTK nih..celah gigi je.hehe.. Insyaallah...ok bro, take care;)

Marzalina said...

wish u Gud Luck CM..jawab jangan tak jawab naaa hehehe

Myza Pesona said...

Good Luck for your PTK tomorrow! Moga2 dua2 paper dapat 4! My turn will be in August!

cendawanintim said...

Good Luck Bro!

Cybernetics Mind said...

-to Ryehanna, Meo188, A.I.Z.A.T, Marzalina, MyzaPesona & Cendawanintim-

tima kasih di atas gud luck uols...
semangat....semangattt :)

jgn risau...
semalam exam tu
CM dpt jawab semuanya...
pasal....objektifff...hehehe

zulfitry.com said...

ptk tu untuk kakitangan kerajaan kan?

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger