Friday, July 4, 2008

~::Too Stressed To Think ?::~

Staying sane when life makes you crazy....heheheheh. Bagi pengunjung setia blog CM ni tentunya tertanya2 apa dah jadi ngan CM ni dan tak kurang juga yang rasa menyampah bila jenguk2 kat sini pasal dah banyak hari tak update or tak der citer2 baru. Cam biasa my life is full of hectic & supprises....especially dgn hal2 yg berkaitan dengan kerja or jawatan CM ni.

Bagi CM itulah cabaran atau dugaan yg terpaksa dihadapi oleh seorang Penjawat Awam yg mempunyai tanggungjawab yg agak besar. Bukan niat CM nk merendah2kan jawatan di peringkat bawahan tetapi dari aspek bebanan tugas dan juga bebanan fikiran tu jauh sama sekali perbezaannya. Pada golongan pekerja bawahan kengkadang tuh CM amat mencemburui "Ketidakstressan" (boley pakai ker perkataan ni...nnti marah pulak Dewan Bahasa Pustaka...heheheh) mereka tuh.....life is full of happiness....tak payah nk pikir2 banyak or hal2 orang lain.

Memanglah ungkapan biasa ada mengatakan "No Pain, No Gain"....tapi bagi CM it's not the matter of gaining anything but it is more on self satisfaction bila kita berjaya laksanakan apa2 tanggungjawab or tugasan kita. So...bila tk berjaya disempurnakan or it turns to the other way round, CM akan rasa hopeless sangat and at the end......stressed. Tambahan pulak dengan insiden cacian, makian, tuduhan melulu, ugutan, serangan, tohmahan yang terpaksa CM hadapi sehari dua ni oleh orang ramai or masyarakat yang tak boleh berfikiran rasional sampaikan CM terpaksa menggunakan tagg line blog CM ni sendiri - "Less Emotions Will Clear A Confused Mind" tapi dalam cara lain ler macam....."kalau kita terus beremosi begini sampai bila pun kita tak akan dapat meleraikan kekeliruan fikiran dan seterusnya berfikiran rasional". Tapi seari dua ni CM nk puji ler diri CM sendiri...(heheheheh jgn maraaa arrrr) pasal CM banyak bersabar kalau compare ngan minggu2 sudah...mungkin kerana menggunakan tagg line tuh CM pun terasa hati gak kowtt. Kalau tak sabar jawabnya kena jadi Incredible Hulk ler CM ni...heheheh.

CM cukup sedey sebenarnya pasal society kita or to be more specific masyarakat Melayu kita ni masih lagi berfikiran yang masih terbelengu....tak boleh berfikir secara rasional dan masih bersikap prejudis. Mungkin inikah yang dikatakan penjajahan minda yang masih dilakukan oleh pihak Barat yang kononnya telah memerdekakan kita..???? Benda2 kecik dalam komuniti pun dok sibuk nak pikirkan dan juga dok sibuk berebut2 sedangkan komuniti lain dah jauh ke hadapan dok pikir macam mana nk tingkatkan taraf hidup or bagaimanana nk menangani krisis kenaikan harga minyak. It really sucks....politiking tak abis2.....sori laaa CM pun orang Melayu gak...100%, no campur2....tapi CM tk leh accept laa dgn politiking orang Melayu ni...rebut kuasa tak habis2. Orang Puteh dah beratus2 tahun dulu pun dah tau sifat semulajadi orang Melayu ni, dan pasal tu laa sampai sekarang dok masih jajah kita lagi cuma mungkin dalam different approach jer. At last, CM ni laa yang terkorban gara2 cuba berlaku adil dalam society, komited dengan tanggungjawab dan cuba menjalankan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak...CM telah dilabelkan seolah2 seorang "terrorist" or "opposition" dalam masyarakat padahal apa yang CM cuba lakukan adalah memperbetulkan minda masyarakat yang dah jenuh berkarat tuh.....I want the people to learn how to think out of the thinking box...agar segala keputusan boleh dilakukan dengan rasional tanpa adanya pengaruh mana2 pihak yang telah merobotkan minda masyarakat....I hate to say this but damage had been done by UMNO.

CM tk berhasrat utk elobaratekan isu ni tapi memadailah pembaca sumer sedar bahawa tugas atau tanggungjawab untuk memperbetulkan masyarakat ni adalah satu misi yang amat sukar dan terbeban tetapi tetap harus diteruskan....kerana nawaitu CM tetap satu...LILLAHITAA'LA.

p/s: CM sebenarnya dalam proses akan "membawa diri" jauh dari rasa stress.....dan ini juga satu misi atau juga merupakan sebagai satu remedi seperti mana yang telah dijelaskan oleh Brother Love dalam blognya.

13 comments:

marhain jelata said...

Sabo la bebanyak yob! sedih beno teman rase bile baca luahan hati yob. Ape nak dikatekan, itulah cobaaaaaan bagi seorang penjawat awam, especially yang berurusan langsung dengan masyarakat & bersangkut paut pulak dengan orang politik.

Teman pun penin juge mikio peghange makhluk UMNO ni. Pelakon utama filem yang yob cerita tu kawan teman juge. Parti lain-lain tapi bekawan macam biase. Cuma bila jadi kes yang yob cerita tu, geram beno hati teman ni.

Dia siap nelepon teman lepas penyokong die pegi jumpe yob. Macam2 dihujjahkannye utk rationalize tindakannya. Kate die pada teman "mike jangan le marah teman pulak".

MAUNYE TAK MAGHAH! Tapi macam yang yob kate ... teman pun bawak le besabo juge. Mudah-mudahan ada rahmat di sebaliknya.

syyhhhhh! tarikh barunye bile?

Cybernetics Mind said...

marhain jelata...
tima kasih ler bebanyak kerana memahami CM dan tumpang bersimpati dgn apa yg CM terpaksa lalui. tu ler pasal bukan mudah nk memikul amanah Allah tuh....kl sumer manusia dlm dunia ni tahu peranan or t/jwb manusia sebagai khalifah di mukabumi Allah ni...rasanya everything in this world will be completly peace above all :)

Faisal Admar said...

Hmm nak kata pekerja bawahan tak stress susah juga CM. Saya adalah salah satu contoh pekerja bawahan di mana ketua unit dan cc saya (dah cakap macam ni terang-terang CM tahu saya juga bekerja di bawah kerajaan) tidak tahu tentang banyak perkara tetapi berlagak seperti tahu banyak perkara. Mana taknya... seniority digunakan dengan alasan diaorang banyak makan garam. Jadi yang fresh graduate nih kurang garam dan dianggap bodoh la oleh mereka. Tidakkah mereka sedar... even pekerja bawahan... fresh graduate ni semua bukan pegang sijil yang sama taraf dengan diaorang malah ada yang sama taraf dengan Pengarah. Tetapi itulah hakikat... itulah lumrah. Yang paling benci ialah ramai sangat orang "senior" (nak elak sebut tua!) ni kaki ampu, kaki bodek, aircond, kipas, kincir angin semua ada. Rutin harian ialah kipas bos dan jatuhkan orang lain. Tak lupa juga ada yang sanggup keluar time kerja gi beli sotong dan udang untuk bos -- kononnya bos teringin?

Jadi seperti yang saya katakan. Orang bawahan juga stress. Macam saya, saya tak kisah kalau kerja berlambak sampai tak nampak pc (dalam kes ni senior juga pilih kerja, nak yg senang je yg susah semua lempar dekat freshy) tapi environment tu sgt penting. Kalau kerani pun kena beli makanan, angkat meja dan kerusi untuk jamuan, type surat dan segala macam... tak stress ke macam tuh? Sangat stress.

Di atas adalah contoh saja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati :)

cendawanintim said...

Jika stres terus-terusan dan tak boleh disingkirkan, maka singkirkanlah diri anda! maksudnya, hilanglah sebentar untuk waktu menyendiri. Suasana yang tenang ini akan memberikan suatu perspektif baru untuk mengatasi masalah. Jauhi orang-orang yang berpotensi menimbulkan stres.

Tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Insyaallah..

Anonymous said...

CM, apa kata Cm dengar lagu dari Chaka Khan, "Keep your head up"

Tak kisahlah kalau Cm tak kenal Chaka Khan tu hehe...some of the lyrics dia goes like this :-

When your heart is free
It's easy to make a decision
When your head is clear
You know you have good judgement

But when your life is turning topsy turvey
And you have no reasons for what's disturbing
Remember these words my father said to me...

He said: Keep your head up don't say you love him
Walk away from all that is hurting
Find your power you know your strong
Make that step and it will help you along

When your minds at peace
Sleep comes so very peacefully
When you start to dream
There wonderful and so very sweet...

Cam? Ok? Hehe...you know CM,sometimes, make others happy, boleh buat kita juga rasa happy. it's like...

“Remedies others to remedy yourself!”

13may said...

bawa rileks byk2 bos...

kang rambut gugur...hehhhe

Anonymous said...

Salam CM,

Amboii... marah tul faisal admar tu... :)

Dah2... kamu semua jgn marah2... nak buat macam mana kan... kerja makan gaji, atas ada bos, supervisor, manager... dan macam2 lagi la title. love-n-hate pun selalu juga berhadapan dengan situasi mcm ni... stress semasa bekerja... adehh... lebih2 lagi dengan akak rambut mengerbang di opis tu...

Alhamdulillah kita masih cuti sampai skang :) takyah tgk muka dia tuh... :) kadang2 pelik, sebab umur, sebab kena panggil akak... dia ingat sesuka hati dia nak memperkotak katikkan diriku?? sangat x bagus pemikiran dia tuh!

Bila diberi pendapat... ataupun sebenarnya bukan pendapat, tapi facts yg dia tak tahu... sanggup dia pi tanya boss plak.. ada ka patut?... lepas tu... pandai plak malu sendiri bila org lain tahu lebih banyak dari dia... ahahahha... LOL. Lar, kite plak hangin... sabar2... :)

Berkenaan negara kita ni... no komen lah... komen lebih2 kang kene upah lawyer plak... mane la love-n-hate mampu... :)

Apa2 pun CM... selamat 'membawa diri'... jgn lupa apa yang kita bincangkan tuhh... :) ... selamat pergi, dan selamat pulang hendaknya!!... :)

Cybernetics Mind said...

faisal admar...
ok..ok..now I admit not only middle or top management jer yg stressed...heheheh jgn maraaa. actually my point is that the level of stressed may be differs.

Insyaallah...kl dipertemukan satu hari nanti...then u'll understand what I meant...hehehehhe

tapi apa yg Faisal maksudkan dgn citer konflik seniority tu CM sokong 100%...it happended to me too....tapi tk guna nk lawan pun ngn org2 yg "kurang bijak" ni..hehe
As long other people know how well we are doing our job...dets enough.

FYI...CM dlm proses nk "lari" jauh ni...mencari ketenangan hakiki. nnti I'll tell you...hehehe.

Cybernetics Mind said...

cendawanintim...
singkirkanlah diri anda???
emmm...mmg CM dalam proses nk menyingkirkan diri...hehehehhe
tungguuuuuuu....announcement akan dibuat...hahahhaah

caner pown....pressure or stress ni sebenarnya mematangkan cara kita bekerja....bergantung kpd ketahanan mental kita gak....kl tk tahan boley gila dibuatnya...ahaks.

Cybernetics Mind said...

razzi rahman...
Chaka Khan...????? saper kata CM tk kenal...hehehhe. sebagai seorang pencinta muzik...mustahil CM tak kenal si niggers yg agak gemok tuh...hahahahahah

Hehe...you know CM,sometimes, make others happy, boleh buat kita juga rasa happy....

Bro...CM stuju sgt dgn statement Bro ni pasal recently...CM banyak menggembirakan org lain dan hasilnya...bila CM tgok org lain gembira, CM akan tumpang kegembiraan tuh...nak contoh ker..?

CM gmbira bila kwn CM dpt kejer baru kt HUSM Kubang Kerian tuh...and Bro turut mmbantu dlm memberikan gambaran awal ttg suasana kt Kubang Kerian tu.

CM gembira bila love-n-hate dah mula pulih...walopun amik masa agak lama utk full recovery.

CM gembira bila Kreuger A.K.A Mr.Azman berjaya dlm misinya berjumpa dgn bakal keluarga mertuanya last weekend.

CM gembira bila kejer CM banyak melibatkan bantuan kepada rakyat secara umum.

CM gembira bila dapat mendoakan kesejahteraan orang lain...

....dan banyak lagi kegembiraan yg dialami oleh org lain...yg CM pun turut tumpang hepiiiii.

thks bro for the lyrics..it really rejuvenated me

Cybernetics Mind said...

13may...
rambut gugur..???
memang dh banyak gugur pun...hahaha

ok...aku akan ingat pesan hang tuh....

relek relek
stedi stedi
sabaq sabaq

Cybernetics Mind said...

love-n-hate...
heheheh...so, skrg ni tgh rindu kat akak rambut mengerbang tu ler.
hahahaha CM ingat lagi first time love-n-hate enterprem dlm blog CM ni, love-n-hate dah citer pasal akak rambut ngerbang tuh...ahaks

most of us akan hadapi kes yg sama jer bila berhadapan dgn geng2 senior yg perasan depalah yg paling hebat dan berpengalaman. yg paling CM tk tahan ialah bila yg senior ni dok perasan depa ni lebih superior dari kita walhal kejer same level, grade sama..in fact in terms of qualification kita lagi lebih...tang tu depa tk mau terima hakikat...aduihhh, bila pikir memang tension tapi CM punya approach senang jer...try to be better than him & try to be smatter than him..;)

apa yang kita bincangkan tadik????
heheheh....apa yg CM katakan pd love-n-hate tghari tadi akan CM kotakan, insyaallah...for the sake of u as my fren & also for the sake of my own happiness :)

syyyyyyyy....jgn bgtaw saper lagik yer...hahhahah.

Unknown said...

Salam bro... lame jugak tak berkomentar kat blog ni. Blog yang berada pada carta paling aku geruni dan paling direspek dirantau blogger pada era masa kini.

Muahaha... (bodek skit, sebab CM tolong aku time Kedah Jurney - Part2)

Ok, berbalik kepada pola dan topik perbincangan yang diluahkan oleh CM pada kali ni.

Dari peramatan dan gaya penulisan CM, boleh dikatekan CM bermuasabah diri.

Erm... Sape yang tak pernah stress kat tempat kerja. Macam macam pe'el manusia nak layan. Lebih-lebih lagi bekerja dalam sektor yang membabitkan kemasyarakatan.

Dalam kes ni, CM punya tugak walaupon berbeza dengan aku, tapi konsep nye tetap same - Customer Service.

Kekadang... dan bukan kekadang, selalunya orang yg kite tolong tak pernah nak hargai jasa kite.

Ape kes??? Mereka ni dah laa nak cakap terima kasih pon susah, lagi kite pulak kene marah dengan diaorang.

Apa yang kekadang membuatkan aku bertambah meyirap, dah la:-
1. xckp timer kasih.
2. Kene maki lagi tuh.
3. Siap buat complain letter.

Warrrggghhh.... cam besau bebenor darjat nkorang ek~ Tapi bile nak dipikir balik dengan pepatah yang melibatkan Customer Service ni:-
"Customer Always Right" <-- boleh mual jugak perut aku mengenangkan orang yg tak berkepala otak tergolong jenis macam ni boleh jadik customer aku.

Pada hal, latarbelakang memasing... bukan main tak hengat. Bukan tak berpelajaran... Makin tinggi belajar makin sengal perangai memasing. Tarik muke masam, kene komplen... ape dah??? Dah lu maki gua, lagi gua mau senyum same lu??? Lu pikirlah sendiri, "Kambing gurun pon tak sudi nak senyum kalau dapat Customer macam tuh"

Tention melanda akibat tercetusnya emosi yang bergolak ditempat kerja. Tak dinafikan, kesan dan impak susulan kenaikan harga "Emas Hitam" banyak mengubah persepsi dan tanggapan manusia terhadap sesuatu isu yang acap kali diutarakan.

Sikap menunding jari kerap terjadi lebih lebih lagi terkena kepada mereka yang hanya menyerah diri tanpa mahu membangun untuk membela nasib mereka.

Tunggu dan lihat saja tak mencukupi. Mane tindakan susulan kite sebagai org yang di tindas?

Kite menolong orang... kite pulak ditindas??? mane keadilan sejagat yang kite agungkan? Macam ni ke konsep "Masyarakat Madani" yang kite banggakan...

Kalau satu ketika dulu perkataan-perkataan diatas sering disebut dimedia-media masa, tapi sekarang dah makin pudar dan dilupai.

Kemana hala tuju kite sebenarnya?
Kemana perginya semangat perjuangan yang kite laun-laungkan selame ni?
Berbangga kah kite dengan pencapaian yang kite ade?
Bersyukurkah kite dengan nikmat yg diberi.

Fikirkan lah sejenak.
Kreuger®

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...