~:: PTK lagi..... ::~

Tuesday, June 30, 2009

Hari ni dan beberapa hari sebelum ni...life aku agak bz dan tunggang langgang, sebabnya tadi baru jer setel satu program besar yg lokasinya kat Arena Square yg berhampiran pejabat aku iaitu Program Hari Bertemu Pelanggan di mana hampir 30 agensi Kerajaan terlibat bersama. Agensi2 ni dalam bahasa mudahnya turun padang utk bertemu dgn masyarakat sama ada dengan memberikan khidmat kaunter, khidmat nasihat mahupun dalam bentuk pameran.

Di samping itu program itu juga turut melibatkan Sessi Dialog di antara MB bersama masyarakat. Bila dah melibatkan MB tu, paham2 je laaa, mcm mana dia punya sibuk tu kan....dengan VVIP nya, persiapannya, protokolnya, susunatur majlisnya......bla bla bla. Sori laa tk der pics yg berkaitan psl aku sibuk sgt dok handle perkara2 yg lebih penting. So...itu laa yg berlaku hari ni...tapi bz nyer dah berhari2 dah. Dalam aku dok menaip ni kan...bilik aku ni dok berbau minyak angin...sakit satu badan ni...ntah dah berapa KM aku dok berjalan ke sana kemari...huhuhu.

Ingatkan boleh laa rilek or tidoq awal malam ni. Sori laaaa...esok nak kena attend exam PTK la pulak...aduihhhh. PTK - Penilaian Tahap Kecekapan. Nasib baik laa soklan dia dlm bentuk MCQ - objektif, ada rezeki apa yg "tembak" esok menjadi....heheheh. Rasanya malam ni dapat jenguk sikit2 laa buku tu...aku dah tak larat dah ni.


Kalau ikutkan...banyak benda nak cover - Perintah Am, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), Arahan Perkhidmatan, Arahan Perbendaran, Arahan Keselamatan, Peraturan Pegawai Awam, Nilai & Etika Perkhidmatan Awam, Protokol & Etiket Sosial, Tonggak 12, Teras Perkhidmatan Awam, Kanun Tanah Negara, Perlembagaan Malaysia, Dasar2 Pembangunan Negara, Perundangan & Pentadbiran Tanah, Pengurusan Personel, Pengurusan Kewangan dan banyak lagi laaa. Ikutkan badan yg penat ni...mana laa aku mampu nak baca semua benda2 tu...bohong jer. Kalau boleh nak rebus semua benda2 ni..pastu minum air rebusan tu, amacam??

Exam aku tu bertempat di Pejabat SUK Perak....esok, dari pukul 9.30 pagi sampai 12.00 tengahari. Wish me luck ok !!!!

~:: Al-Fatihah...Give Thanks To Allah ::~

Friday, June 26, 2009

Al-Fatihah....untuk Allahyarham Mikaeel Abdullah.


Hari ini tercatat satu sejarah dalam lembaran dunia....Raja Pop Dunia iaitu Michael Jackson atau difahamkan nama Islamnya ialah Mikaeel Abdullah telah kembali ke rahmatullah untuk menemui penciptaNYA. Sebenarnya bagi aku tak ada apa yg lebih istimewa selain daripada kematiannya itu dalam dirinya yg sedang menganut ISLAM ----> kalau tak silap mula memeluk Islam penghujung 2008. Aku bukanlah peminat setia Michael Jackson dalam dunia hiburannya...cukup sekadar meminati beberapa buah lagu nyanyiannya sahaja.
Aku mula mengenali Michael Jackson melalui lagu Beat It dan Billy Jean - tahun 1984...syok sangat kalau dpt dengar lagu tu...masa tu aku still kat sekolah rendah, darjah 6 [stop counting my age okay...]. Masa tu bukan ada CD or MP3 lagi...kaset laa yg jadi media utk halua telinga. Itu jam beli yg ori punya taw....sampai sangkut2 dan terbelit2 dibuatnya kaset tu...heheheh. Aku ingat lagi kaset yg aku beli tu berupa Compilation Album-Grammy Awards 1984. Antara artis yg turut bersama Michael Jackson masa tu ialah Culture Club...singer dia Boy George, lagu Karma Chameleon, Eurythmics - lagu Sweet Dream, The Police - lagu Every Breath You Take, Irene Cara - lagu Telephone dan lagu What A Feeling, Lionel Ritchie - All Night Long.....lain2 dah tak berapa ingat.

Oleh kerana aku bukan peminat Michael Jackson...aku dah tak amik port lagu2 dia ataupun album dia yg lain. Macam aku cakap awal2 tadi laa...cuma ada beberapa lagu dia jer yg jadi halua telinga aku macam lagu Heal The World yg bertemakan kemanusiaan. Satu ketika dulu...masa mula2 org Malaysia mengenali Hi-Fi System, Car Audio System atau Home Theater System...lagu2 dalam album Michael Jackson - Dangerous mesti dipasang utk test power...especially lagu "Jam".

Itu laaa sedikit sebanyak yg aku tau pasal Michael Jackson atau Allahyarham Mikaeel Abdullah....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Rupa2nya dalam tempoh singkatnya sebagai seorang Muslim ada jugak lagu bercirikan ketuhanan yg sempat dinyanyikannya. Pagi tadi ada sahabat aku Fendi dari Kelang ada kirim satu lagu Michael Jackson melalui e-mel yang bertajuk Give Thanks To Allah. So...atas konsep sharing, maka aku dah tempek link lagu tu untuk didownload dan juga lirik lagu tu untuk sama2 kita hayati. Rupanya tanpa disedari...titisan air mata berguguran bila aku cuba menghayati lagu ini.

Give Thanks To Allah - Michael Jackson (Mikaeel Abdullah)

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Kalau sapa2 nak download lagu ni....klik kat sini -----> Give Thanks To ALLAH

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya...amin.

~:: CM Sana Sini ::~

Monday, June 22, 2009

Assalamualaikum.......

At last dpt gak kembali berblog....it has been quite sometime kan....aku menyepikan diri, bukan setakat tkder entri baru, malah blog sendiri ni pon tak sempat dijenguk2. Emmmm....sampai ada org tu tegur aku pasal spam2 kat shoutbox yg tk sempat "ditebas" tu.

Aku mengaku laa bila kesibukan melanda diri ni, secara tak langsung aku akan jadi malas utk online - tk kira laa sama ada dengan blog, YM atau mender2 yg seangkatan dengannya. Bila dah letih, paham2 jer laaa, terbungkang dibuatnyer.

So, utk entri kali ni ianya berupa all-in-one dan aku harap ianya dpt menjawab persoalan2 yg timbul berkaitan apa yg berlaku recently. Layan jer gambar2 ni....let the visual speaks for itself.

11-12 Jun 2009 ----->

Wacana Ilmu-Sempena Ulangtahun Keputeraan Ke-81 DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bertempat di INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak)

Xceli aku dijemput untuk menghadiri Program Perasmian oleh Tuanku saja...tapi memandangkan program ni menarik, so aku pun daftarlah untuk program sepanjang 11 Jun 2009. Semua sekali ada 9 Kertas Kerja yg dibentangkan oleh org2 yg hebat2 belaka yg terdiri daripada para cendekiawan Islam dari seluruh pelusuk negara. Antaranya ialah Dato' Faiza Hj. Tamby Chik (Hakim yg menghakimi kes Lina Joy), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan ramai lagi.

selamba jer aku mintak nak bergambar dengan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, seorang constitutional law expert ni.

13-14 Jun 2009 ----->

Aku berada di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh.....ada seminar on Economics & Capital Markets. 2 hari ni rasa macam seminggu...boring giler.


15 Jun 2009 ----->

Seminar lagi - Seminar Transformasi Diri Perkhidmatan Awam Negeri Perak, di Dewan Banquet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak...bersama Y.Bhg. Dato' Dr. Fadzilah Khamsah. Best sangat......dari pagi sampai petang tak mengantuk langsung dan "Monday Blues" pun tak terasa hari ni.



20 & 21 Jun 2009 ----->


Ke Bukit Merah Laketown Resort - ada Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang....utk pejabat aku. Dinner yg agak boring pasal aku kena duduk semeja ngan boss....dah tentu makan tak puas...hehehehe. Orang lain siap boleh jalan sana, jalan sini amik buffet food...aku plak hanya makan apa yg terhidang kat meja tu jer. Rugi besarrrrrrr. Nasib baik laa aku ada spare kudapan kat bilik aku...cover balik apa yg tak cukup bila aku balik ke bilik...hahahaha. Nak tunjuk gambar masa dinner tu...aku tk der pasal masa dinner tu aku tk der peluang nk amik2 gambar dari kamera aku, kamera org lain ada laa yg amik gambar aku yg dok semeja ngan boss tu....ye laa bila dah dok ngan boss kekdahnya kena laa kaver2 skit.

Esoknya...lepas breakfast...xtiviti bebas, nak gi water park ker, nak gi eco-park ker...ikut suka kami laa. So..aku tkder plan nak berendam kat water park tu...malehhh la pulak. Mulanya aku cadang nak visit Orang Utan Island iaitu sebuah Orang Utan conservation and rehabilitation centre, tapi malangnya Tasik Bukit Merah buat masa ni agak kekeringan airnya dan ini telah menyebabkan tunggul2 kayu yg berada di dasar tasik boleh mendatangkan bahaya pada bot2 yg membawa penumpang ke Orang Utan Island tu. So...Orang Utan Island tu telah ditutup oleh pihak pengurusan kepada org awam buat sementara waktu. Frust gak pasal dengar citer memang menarik kat Orang Utan Island tu...tkper2 next time.

Bila dah tak boleh ke Orang Utan Island...aku pun cam dah mati akal la pulak...tak tau nk gi mana. Supaya tk rasa hampehh sangat kehadiran aku ke Bukit Merah Laketown tu...aku ngan Sue amik keputusan utk sight-seeing jer kat area2 situ dan juga water park dengan menaiki "Chair Lift". Boleh laa jugak aku skodeng dari atas...tengok2 org mandi...hehehehe.

Gambar2 hasil skodeng dari "Chair Lift"

Maka terjawab laa sudah...kenapa aku sibuk sangat minggu ni. Kalau ikutkan ada lagi program yg aku attend tapi pasal gambar tk der...malas laa aku nk boh cerita2 tu kat sini. So, next time bila aku kata yg aku ni bz, I really meant it....ok chowwwww.

W A S S A L A M

~:: Lulus Bahasa Inggeris Baru Lulus SPM ? ::~

Tuesday, June 9, 2009

katun diambil dari SINI


Hari ni agak kecoh pasal isu pihak Kerajaan Malaysia sedang mengkaji untuk meletakkan syarat lulus Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus SPM. Cerita selanjutnya boleh rujuk kat SINI.

Sebenarnya Kementerian Pelajaran yg diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yg juga TPM Malaysia telah meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai isu ini. Sapa2 nak bagi komen pasal isu ni boleh klik kat sini -----> Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Komen CM :

Walaupun pada asasnya cadangan ni tak memberi sebarang makna pada diri aku pasal aku agak terer dalam Bahasa Inggeris dah lama aku meninggalkan alam persekolahan....tapi dilihat dari keresahan rakyat marhaein kebanyakan....aku totally tak setuju, tambah2 pulak bila dilihat dari perspektif masalah yg bakal menimpa anak2 Melayu. Kita tolak tepi soal anak2 Melayu di bandar...mungkin dari segi penggunaan Bahasa Inggeris agak advance dan mungkin turut digunapakai dalam perbualan harian di sekolah mahupun bersama keluarga. Dalam soal ini yg perlu kita renungkan bersama ialah anak2 Melayu di kawasan luar bandar yg mana ada kalanya Guru Bahasa Inggeris terpaksa mengajar di dalam Bahasa Melayu sebagai pengantar....bertujuan untuk memberikan kefahaman dalam cara yg lebih mudah kepada pelajar dalam usaha untuk memahami Bahasa Inggeris.

Pada aku.....standard atau piawai pencapaian anak2 Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris masih jauh terkebelakang kalau ingin diimplimentasikan cadangan ini dan sekiranya cadangan ini diterima pakai oleh Kerajaan Malaysia, maka ianya seolah2 dilihat sebagai satu tindakan yg zalim ke atas anak2 Melayu itu sendiri. Sudah lah isu PPSMI masih belum diselesaikan...isu ini pula bakal menimpa anak2 Melayu. Marilah kita sama2 fikirkan demi survival akademik anak2 Melayu....terutama di kawasan luar bandar.

Peningkatan pencapaian dalam Bahasa Inggeris itu amat perlu....tapi bukan dengan cara ini. Antara langkah yg boleh diambil oleh pihak Kementerian ialah menambahkan jumlah waktu bagi pembelajaran Bahasa Inggeris. Di samping itu juga banyak program yg boleh dijalankan sama ada di pihak Kementerian mahupun di pihak sekolah itu sendiri. Antaranya seperti wajibkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah sehari dalam seminggu, kempen2 galakan.......dan banyak lagi .

Cikgu-cikgu............jom komen.

~:: AKUPUNYALIFE kena terjahhhhh::~

Thursday, June 4, 2009

pics cilok dari : http://emenang.com/wordpress/2008/04/page/10/

Bismillahirrohmanirrohim....

Hari ni aku agak terkejut sedikit apabila aku dapati ShoutBox http://akupunyalife.blogspot.com penuh dengan mesej2 yg merupakan komen2 yg agak panjang dan berturut2. Ada 8 kesemuanya yg datang dari seorang pengunjung yg tidak memberikan sebarang pengenalan diri dan secara otomatik di ShoutBox hanya akan tertera sebagai Guest sahaja. Komen2 atau mesej2 tu merupakan respon kepada entri aku yg bertajuk Cuti-Cuti Malaysia...part 2 tempohari. Sekali ....aku kena terjahhhhhhh daaaa...tapi bukan dgn Nas Ahmad tapi mungkin kuncu2 dia. Kalau nak tengok yg asal...belek2 laa kat ShoutBox tu...klik laa previous ataupun next tu.

Bagi memudahkan pembacaan, aku dah susun balik komen2 tu kat bawah ni.

Petikan Entri CM - Cuti-Cuti Malaysia.....part 2.
[mungkin statement ni yg menyebabkan blog ni diterjah]

"Tetiber...aku jadi kompius kejap....kenapa all this while TV3 melalui slot "Bersamamu" asyik2 dok tayang kemiskinan di Kelantan jer...seolah2 Kelantan tu sebuah negeri yg mundur dan penuh dengan rakyat yang miskin. Emmm...macam ada agenda yg tersembunyi jer kan. Macam yg aku cakap selalu laa....media arus perdana ni, susah nak percaya...banyak muslihatnya...hehehehe. Ikut media...Kelantan laa negeri yang paling mundur....sampai dulu ada statement yang mengatakan rakyat Kelantan terpaksa keluar negeri Kelantan untuk mencari rezeki atau peluang2 pekerjaan. Pada aku, semua ni statement double standard yg tak guna otak....macam laa rakyat negeri lain tak berhijrah keluar. Kalau nak highlight rakyat miskin......kat negeri lain pun ada, tak payah laa nak highlight kat Kelantan jer. Pada aku kemiskinan kat Kelantan tu issolated cases jer...bukannya isu utama. Majoriti rakyat Kelantan tak miskin pon."


Komen ShoutBox dari GUEST

"Salam CM...cini aku nk beri pandangan skit psl entry u yg menyentuh hal program 'BersamaMU'. 1stly aku nk nyatakan kat sini aku bkn laa menyokong mana2 parti politik coz aku bsifat neutral. Jgn laa menuduh media berat sebelah kerana aku adalah slh seorg wartawan yg dok cover masalah kemiskinan yg ada di seluruh negeri di Malaysia ni. Andaian CM menyatakan program kami hanya cover mslh kemiskinan di Kelantan sahaja adalah tidak betul. Kami juga menerima maklumat drpd individu yg prihatin ttg masalah kemiskinan di kalangan masyarakat setempat...jadi kami terus ke mana2 lokasi negeri yg mempunyai keluarga yg amat2 daif sekali....sebagai contoh pelajar cemerlang SPM thn 2008 berasal dr pantai timur juga...kenapa sebelum ini kerajaan negeri tidak membantu keluarga beliau sekeluarga ? Setelah kami paparkan siarkan kejayaan beliau baru laa semua pihak mbuka mata dtg mmbantu. Jd di sini ingat laa jgn laa CM berfikiran terlalu sempit menyatakan setiap kebajikan yg kami salurkan hanya laa untuk memburuk2kan kerajaan negeri Kelantan. Niat kami menerbitkan program ini hanya laa seikhlas hati untuk mmbantu kaum sebangsa Melayu."

Berikutan komen2 itu....ramai yg bertanyakan pasal hal ini....termasuk dari kalangan rakan dari Kelantan sendiri. Rata2 mengatakan tk ada apa yg perlu diisukan...malah ada jugak yg tak boleh terima dgn penjelasan dari Guest tu....dan tak kurang jugak yg kata blog ni dah fofular dan pemesss pasal dah kena terjah oleh reporter dari TibiTiga barangkali...heheheh. Ada aku kesahhh....Tak der mendernya.

Sebelah petang pulak ada komen di ShoutBox dari Piz pulak tentang entri yg aku buat mengenai Negeri Kelantan Darul Naim.

Komen ShoutBox dari PIZ

"Salam Tuan Rumah...Salam Guest...Yela2 ambo sbg wokil rakyat Kelate nk ucp timokasih la ke demo & seangkatan yg beto2 memberi informasi psl Kelate nih...sampaikan nama Kelate begitu fofular skali, bahkan kerjae pusat pon sokmo2 duk sebut2 nama ngri Kelate nih...TETAPI, ambo x setuju ngan demo Encik Guest se benda, pasa adik NIK MADIHAH tu ....bila plak kerajae negeri x bg bantuan? Ayoyoo...benda ni seme org tau laa.Tak payah konar2 la ye, kalo beto, crite dgn beto, kalo salah kami trima....terima kasih krn prihatin kpd negeri kami "

Haaaa...tu laaa satu komen yg aku terima dari Piz...originally frm Kelantan yg merupakan respon terhadap komen dari Guest. Selain dari komen tu...banyak gak yg aku terima melalui sms dan juga YM.

Aku tak berhasrat untuk memanjangkan isu yg tak seberapa ni.....tapi izinkan laa aku sendiri pulak yg memberi penjelasan berhubung perkara ni dengan cara aku yg tersendiri....."Less Emotions Will Clear A Confused Mind"

Xceli....pada Guest, sikitttttttt pun aku tk marah or terasa hati dan aku jenis org yg tak suka berdebat jika debat itu boleh mengeruhkan suasana. Sebenarnya aku pun tak sangka boleh ada reporter yg sudi datang jenguk blog picisan aku ni. Thanks Guest...tak kira ngko ni sapa....Mazlin ker, Mazidul ker, Karam Singh ker....aku tetap appreciate dgn apa jua pandangan yg ngko bagi tu. Aku percaya kepada konsep freedom of thoughts berbanding freedom of speech yg seolah2 ada mcm batasan gitu. Tu pasal aku punya tag line - "Perhaps Someone Can Shut My Mouth Up, But Remember No One Can Shut My Mind Off". Dalam hal ni...sapa2 pun mempunyai hak untuk berfikir dan berexpresi dgn minda. Itu laa antara "keindahan" yg Allah berikan pada hambanya yg mempunyai pandangan dan fikiran yg berbeza2...itulah keunikan kejadian manusia. Tapi...seelok2nya apa jua xpresi tu kena laa bebas dari sebarang prejudis, emosi , pengaruh dan apa jua yg seangkatan dengannya.

Sebenarnya statement yg aku buat tu lebih berupa satu assumptions dan bukannya satu judgment mutlak...di mana aku telah sebut tentang elemen kekeliruan di situ [aku ada sebut - "aku jadik kompiusss kejap"]. Tetapi perlu juga diingat bahawa assumptions biasanya dibuat mungkin dari pemerhatian dan juga data2 mahupun komentar2 terdahulu. Kalau cek balik statement aku tu...aku tak lupa utk letakkan perkataan seolah2 yg dah tentu menggambarkan sesuatu itu mungkin ya atau tidak dan masih mempunyai ruang utk perdebatan.

Tapi hakikatnya gitu laaa...dari dulu lagi media2 arus perdana terlalu banyak memberikan pandangan negatif terhadap negeri Kelantan dari soal pembangunan sosial , politik mahupun ekonomi. Di sini sekali lagi aku tak salahkan reporter....they are just doing their job....tapi bila sampai ke pihak yg lebih superior, berita dah jadi lain. Benda ni memang fact....sebab elemen kewartawanan itu sendiri tak dapat dipisahkan dengan elemen propaganda. Sama ada ianya propaganda mahal atau murahan...itu soal lain. Satu lagi perkara yg perlu kita terima walaupun ianya amat pahit utk ditelan ialah media arus perdana hari ini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yg cukup kronik....terutama dari kacamata rakyat marhaein.

Sekali lagi aku ucapkan syabas dan tahniah sekiranya Guest adalah seorang reporter yg benar2 membawa suara2 rakyat dengan jujur dan ikhlas tanpa mengambil kira soal rating atau puji2an. Aku tau...aku cukup memahami, bukan mudah nak tunjukkan kebaikan kepada masyarakat. Macam2 tohmahan adakalanya terpaksa dihadapi. Kalau ciri2 ni wujud pada Guest...aku salute. Lagi aku respek....kalau sapa2 pon buat kerja kebajikan ni tanpa menuding jari pada kelemahan org lain semata2 nak tunjuk kita yg hebat....biarlah masing2 main peranan tu.Walaupun aku bukan seorang reporter tapi adakalanya aku berada di landasan yg sama dalam soal kebajikan kepada rakyat....sebab tu aku paham. Kadang2 apa yg aku buat pon seolah2 sama ngan krew2 BersamaMu tu buat...yg pasti berbeza, aku tak masuk tv laaa...hahahaha. So, aku tau psikologi org2 miskin dan susah ni, dah masak sangat. Kemiskinan hari ini dah jadi macam satu budaya yg diwarisi bukan lagi sebagai rencam kehidupan semata2. Tak keterlaluan jika aku katakan bahawa ada golongan yg berbangga menjadi rakyat miskin....selesa utk jadi miskin - kerana mengharapkan bantuan datang bergolek dari pelbagai sudut termasuk melalui BersamaMu. Malah ada yg ternanti2 bila BersamaMu nak datang....walhal macam2 bantuan dah dapat. Ini lah antara perkara2 yg adakalanya contradict dgn pihak BersamaMu. Golongan2 mcm ni seolah2 merengek lebih2 dengan pihak BersamaMu. Atas permasalahan ini laa jugak maka berlakunya keadaan di mana si miskin yg memaklumkan kpd pihak BersamaMu bahawa mereka tidak pernah terbela tapi sebenarnya mendapat bantuan dari pelbagai sudut termasuk dari Pusat Pungutan zakat yg memberikan bantuan bulanan.

Aku tak pernah mengatakan bahawa program BersamaMu ini adalah sesuatu yg sia2 tetapi aku menyanjung tinggi langkah2 yg telah diambil oleh TV3 dalam menjadi perintis kepada program2 kemasyarakatan seperti ini dan seterusnya ianya menjadi pemangkin kpd stesen2 tv lain utk turut melaksanakan program bercorak begini. Cuma...yg agak menjadi tanda tanya, Kelantan seolah2 dilihat sebagai satu negeri yg champion dalam soal kemiskinan sedangkan realitinya tidak - berdasarkan pemerhatian dan juga perbualan dgn masyarakat Kelantan sendiri. Kemiskinan adalah masalah sejagat...yg dihadapi oleh seluruh negeri, sama ada kemiskinan luar bandar mahupun kemiskinan bandar [yg pada aku jika diberi rating terhadap permasalahan sosial...ini lebih serius]. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, sebenarnya rakyat Malaysia secara umum ramai yg punya persepsi bahawa Kelantan adalah sebuah negeri yg mundur dan terpinggir dari arus pembangunan....sampai kan ada masyarakat di Pantai Barat ni terkejut bila aku tunjukkan gambar2 di Kelantan.....kerana dlm kepala otak mereka tergambar bahawa Kelantan terlepas dari arus pembangunan. Dalam bahasa mudahnya.......mcm tk percaya kat Kelantan ada bangunan tinggi2.Maka...atas persoalan ini lah terpikir di minda aku ni bahawa......." something fishy is going on....". Tu jer.....What & where went wrong...??? Kita sama2 fikir. Dan aku rasa....rakyat Kelantan akan bersetuju dgn aku dalam soal ni.

Tu laaa.....bila nak bercakap soal kemiskinan ni, cukup luas....itu belum masuk soal peminggiran sosial, soal pengangguran, penghijrahan dan banyak lagi. Silap2 kalau aku jelaskan semua tu...siap satu thesis kot....heheheheh.

FYI Guest......aku bukan orang Kelantan. Bukan ada pertalian darah dengan TG Nik Aziz mahupun Dato' Husam Musa. Pun bukan ada projek2 mega di Kelantan. Tapi macam mana pun hujah aku tetap mengatakan ada media arus perdana yg berat sebelah atau dikuasai.....walaupun ada kalanya reporternya tak berat sebelah macam Guest ni. Kalau tk berat sebelah....tak hidup laaa media2 alternative macam blog atau web2 tv tu.

JOM PAKAT GI KELATE !!!!!!

~:: Cuti-Cuti Malaysia...part 2 :: ~

Tuesday, June 2, 2009


Assalamualaikum....

Bila terkenangkan yg sekarang ni cikgu cikgi & murid2 sekolah dok tengah cuti [walopun still ada cikgu cikgi yg kena datang sekolah gak...] , baru laa aku teringat balik yg aku still ada unfinished business...cerita pasal cuti2 Malaysia ari tu yg tk abis lagi.

Kepada yg sedang bercuti sekarang ni....aku ucapkan selamat bercuti sakan sampai lupa diri. Amik laa peluang ni utk spend quality moment ngan family masing2...jgn dok tidoq memanjang sampai tk der masa nak bersama anak2.

Kalau ikut cerita ari tu...baru sampai 12 Mei 2009....so, kena sambung 13 Mei 2009 laa. Kalau dah lupa mcm mana nk sambung citer ni kena refer PART 1 balik.

Seperti yg dijanjikan pagi2 morning lagi aku & family dah bersiap pasal ada appointment ngan Izuddin lagi. Dia ngan mak dia nak bawak kami ke satu tempat utk jumpa seseorang....yg dia & mak dia pon tak kenal (meaning - tak pernah jumpa pon). Aku pon dah tak ingat dah apa nama tempat tu tapi yg aku perasan, jalan tu menghala ke Pengkalan Chepa. Selepas jenuh dok mencari, akhirnya jumpa laa kami dgn rumah org tu. Xceli Izuddin ngan mak dia tu nak pertemukan kami dengan seseorang yg mungkin boleh membantu kami....pendek cerita untuk berubat. Maka...berjumpa laa kami dgn org yg dimaksudkan tu seorang wanita pertengahan umur. Ini laa yg aku maksudkan dari entri yg sebelum ni bahawa hebat sungguh perencanaan dari ALLAH tu...walhal kami tak ada niat langsung datang ke Kelantan utk tujuan ni. Banyak juga perkara yg diketahui oleh insan yg menggelarkan dirinya sebagai "Mok" (Emak dalam bahasa stended...) tentang diri aku dan Sue termasuk hal anak kami yg telah meninggal dunia dan juga tentang kami yg pernah menunaikan umrah...walaupun kami tak menceritakan pada dia. Apa yg kami bualkan semalam (di rumah Izuddin selepas dinner) adalah sama dengan apa yg dikomenkan oleh "Mok"....walhal dia tk ada di rumah Izuddin semalam. Ini semua adalah anugerah dari ALLAH melalui insan-insan yg terpilih macam mereka ni. Mudah2an Allah tetap bersama kami. Aku bersyukur sangat, dalam tempoh kami sekeluarga bermusafir ini...kami sering ditemukan dengan insan2 yg cukup baik, cukup istimewa....seolah2 dah macam keluarga sendiri....sampaikan "Mok" boleh menerima kami sebagai tetamu istimewa dan pelawa kami utk bermalam di rumahnya....tapi kami menolak dgn baik dgn alasan beg2 pakaian masih di hotel. Sebenarnya alasan yg paling kukuh ialah - kaum ibu tak habis shopping lagi....hehehehe. Mudah2an pertemuan ini diberkati Allah dan membuahkan sesuatu yg positif dalam hidup aku...InsyaAllah.

Selepas segalanya selesai di situ...kami mohon utk mengundur diri walaupun jenuh dipujuk oleh "Mok" utk makan tengahari di rumahnya (siap suruh masak2 buat macam rumah sendiri lagi...). Semoga Allah jua yg dapat membalas budi baik insan2 yg bersifat baik ke atas kami sekeluarga.

Tengahari tu tak ada apa yg special.....melainkan aktiviti makan2 bersama keluarga aku. Memang aku enjoy sgt pasal bab2 makan ni......tambah2 pulak aku ni jenis yg suka mencuba jenis2 masakan. When it comes tu lunch.....yg special kat sini ialah nasik kukus.....nasiknya berbiji2 (seroi) tapi lembut...and my paberet is masakan kampung. Punya laa enjoy makan sampai terlupa langsung nak snap gambar.....Sori yer...hehehe. Habis makan, balik ke hotel rest kejap...sebab petang nanti kaum ibu akan kembali bershopping.


So, petang tu Sue & Mama plan nak gi Pasar Besar Siti Khadijah. Abah nak rest kat hotel jer. Aku malas nak ikut sama....lepas hantar Sue & Mama gi situ, aku pun drive sorang2 ke PCB - Pantai Cahaya Bulan sambil2 perati Mek2 Kelate nak tengok suasana kat pantai pulak. Rupa2nya pantai utk public dah tak cantik...pantai2 dah terhakis, siap kena bubuh bongkah2 batu kat tepi2 pantai tu utk elakkan daripada terhakis dgn lebih teruk lagi. Pantai kat area private resort still ok lagi. Puas menikmati suasana kampung sepanjang perjalanan tu, aku pun bergegas utk amik Sue & Mama yg mungkin dah puas bershopping sakan tu.

Owhh....rupanya acara shopping tak complete lagi...pasal banyak kedai yg dah tutup. Jawabnya....esok kena sambung lagi, wat last minute shopping...wakakakaka. Aku tak amik port bab2 shopping...yg aku tau...."Jalan-Jalan Cari Makan" [how I wish I can replace Maria Tunku Sabri...ahaks]. Next destination - Jalan Hospital....makan time, Nasi Kukus lagi..........perghhhh siap kena Q panjang lagi. Mama & Sue makan Mee Celup [sapa gi Kelantan kena try ni.....besttttt] , aku beli bungkus nasik 2 - satu utk aku...satu utk Abah yg lepak kat hotel. Yang special tu...dia punya ayam goreng tu saiz XL....and still panas sebab goreng kat situ gak.

Malam tu plan nak jenjalan lagi...walaupun keluar dari bilik hotel tapi nampaknya pergerakan agak terbatas - hujan daaaaa.

14 Mei 2009

Lepas breakfast...kami semua proceed dgn last minute shopping kat Pasar Besar Siti Khadijah lagi - kuih-muih, keropok, keropok lekor, serunding....bla bla bla.

Lepas lunch tengahari dan selesai solat zohor....kami bertolak balik ke Perak. On the way balik aku tertarik untuk amik gambar rumah2 yg cantik di area kampung2 di negeri Kelantan....sambil terpikir tentang kemewahan masyarakat Melayu di Kelantan....atas sifat mereka yang rajin berusaha melalui perniagaan. Kan dalam Islam dah cakap yg sebahagian besar rezeki itu datangnya dari perniagaan...even Rasulullah SAW pun salah seorang ahli perniagaan yg berjaya.
Tetiber...aku jadi kompius kejap....kenapa all this while TV3 melalui slot "Bersamamu" asyik2 dok tayang kemiskinan di Kelantan jer...seolah2 Kelantan tu sebuah negeri yg mundur dan penuh dengan rakyat yang miskin. Emmm...macam ada agenda yg tersembunyi jer kan. Macam yg aku cakap selalu laa....media arus perdana ni, susah nak percaya...banyak muslihatnya...hehehehe. Ikut media...Kelantan laa negeri yang paling mundur....sampai dulu ada statement yang mengatakan rakyat Kelantan terpaksa keluar negeri Kelantan untuk mencari rezeki atau peluang2 pekerjaan. Pada aku, semua ni statement double standard yg tak guna otak....macam laa rakyat negeri lain tak berhijrah keluar. Kalau nak highlight rakyat miskin......kat negeri lain pun ada, tak payah laa nak highlight kat Kelantan jer. Pada aku kemiskinan kat Kelantan tu issolated cases jer...bukannya isu utama. Majoriti rakyat Kelantan tak miskin pon.
Bila dah tengok gambar2 macam ni....sendiri mau pikir laaa...mau percaya TV kaaa...mau percaya aku.

Macam tu laa sedikit sebanyak tentang trip ke Kelantan. Jauh perjalanan....jauh pandangan....jauh pemikiran......jauh perspektif. Sebenarnya dalam perancangan banyak lagi perkara yg aku nk buat....tapi nak buat macam mana, ruang waktu cukup terhad. Bukan tak teringat nak jumpa rakan2 bloggers.....program padat. Dalam kepala aku...org no 1 yg aku nak jumpa ialah Tok Guru Nik Aziz.....ambik berkat jumpa orang alim ni. Aku tau, bukan senang, aktiviti harian dia cukup padat. Kalau ada rezeki, lain kali aku akan cuba gak jumpa dia.

Antara insan lain yg aku terlintas nak jumpa ialah Bro. Love dan beberapa org bloggers lagi...tapi tak ada rezeki lagi buat kali ni. Tu belum kira kalau aku terlajak ke Terengganu lagi.....dah tentu aku terjumpa ngan dia ni - Cendawanintim . Tu laa...pekdahnya ada kawan kat merata ceruk ni...heheheh.

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger