~:: Cuti-Cuti Malaysia...part 1:: ~

Monday, May 18, 2009

Bismillahhirrahmanirrahim

Tu laaa...bagi la cuti lama pun, still rasa mcm tk puas jer. Pasal tu laa ari ni masuk opis pon mcm tk ada mood jer...still on holiday mood maa. How I wish ari ni tk payah gi kerja lagi...kan besttt. Cakap pasal cuti tempohari, sebenarnya aku ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.....Kelantan daaa. Kami gi berempat, me myself, Sue, Abah & Mama. Xceli everything beyond any planning...maknanya aku just amik cuti 5 ari then baru aku decide nak gi mana. Aku rasa laa kan, semuanya ikut gerak hati aku jer...and off course dah tentu ikut gerak tayar keter aku gak...hehehe. Berikut adalah kronologi dan juga ringkasan trip aku tu yg membawa ke jumlah angka 1,105 kilometer tu. Jom layan aku punya travel log tu.....

11 Mei 2009

11 pagi b'tolak dari rumah parents di Taiping...heading to Kelantan through East-West Highway [kira highway laa jugak pasal lalu kawasan2 high..bukit bukau gitu]. Aku ni jenis kalau travel tak suka nak mengejar masa...aku suka dgn cara santai...meaning aku akan enjoy every moment perjalanan tu dgn segala keindahan alam kurniaan Allah sepanjang trip tu. Satu lagi hal.....ikut suka hati aku laa nak stop kat mana, pasal aku boleh stop kat mana2 aku suka. So, dalam perjalanan ke Kelantan ni rasanya ada beberapa pit stop tempat yg aku stop. Antaranya kat area Pulau Banding dan juga R&R Banjaran Titiwangsa [aku tak pasti the right name utk tmpat ni..] , sama ada utk nikmati keindahan alam atau pun utk menunaikan solat.

Lebih kurang pukul 3 petang, sampai kat Jeli....perut punya pasal, kena berenti laa kasi refill sama nasik. Masa kat sini aku dpt SMS dari seseorg - "Mahkamah memutuskan Dato' Seri Nizar MB Perak yg sah". Adat menerima SMS, mcm biasa laa forward pada sapa2 yg patut & call sapa2 yg patut utk kepastian berita tu. Selesai tu, aku teruskan perjalanan. Oleh kerana cuaca yg tak berapa ok utk driving, perjalanan pun jadi agak slow...hujan lebat beb...especially area Tanah Merah & Pasir Mas.

So, sampai ke Kota Bharu Bandaraya Islam (that's what they called it now) lebih kurang pukul 6 petang...terus cari tempat nak landing. Untuk makluman...di Kota Bharu cukup banyak tempat penginapan dan nampaknya konsep Guest House agak popular di sana. Boleh kata di setiap pelosok Kota Bharu dan pinggir bandar ada jerrr tempat penginapan. Maknanya, industri pelancongan berada di tahap yg cukup baik di sana. Aku ulang...almost everywhere ada tmpat penginapan!!!!! So, pada sesapa yg plan nk jenjalan ke Kelantan, tk ada masalah dlm soal ni.

Selepas meninjau2 beberapa lokasi, akhirnya aku amik keputusan utk menginap di KB Mutiara Inn Kota Bharu. Rupa2nya di luar musim cuti pun ada rumah penginapan yg full house....mcm tk pecaya jer. Haaa, baru laa aku paham kenapa banyak sgt tempat penginapan kat Kota Bharu ni.

Lepas check-in, kami pun masuk laa ke bilik masing2 buat apa2 yg patut. Uishhhh....solat laa. Ikut kan badan...memang laa letih....kalo letak kepala atas bantal kompemmmm pengsan terussssssss. Namun ku gagahi juga bersama family utk keluar meronda2 walaupun masih hujan masa tu. Malam tu kami ke Night Food Market yg terletak berdekatan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Orang yg jenis enjoy makan2 macam aku ni suka sangat laa gi tempat2 mcm ni kan.

Lepas jer makan, aku pun drive ntah ke mana2....aku ni jenis tk peduli bab2 jalan ni...aku main redah jer walaupun tak tahu ke mana hala satu2 jalan tu. Nak kata nak tgok night landscape...hujan masih renyai2...so, aku belasah jer...janji petrol dalam tank ada.

Tetiber aku ternampak sign board "Wakaf Che Yeh". Aku pun teringat balik pasal tempat ni yg pernah aku baca dari internet. Menurut info yg aku tau, Wakaf Che Yeh ini merupakan salah satu favourite shopping destination [terutama utk org pompuan] di Kelantan dan menjadi salah satu tarikan...berkonsepkan pasar borong 24jam. Malangnya, malam tu aku dapati keadaan di situ agak hambar....mungkin kerana masih hujan dan petang tadi juga hujan cukup lebat. Kalau sekali tengok...konsep dia macam Uptown laaa tapi mungkin kawasan tu lebih luas dan terbahagi kepada 3 kategori - Pasar Borong, Pasar Pagi dan Pasar Malam. Pada aku laa...tempat cam ni lebih membuatkan org pompuan hilang akal jap...heheheh. Gila shopping beb....hahahaha. Abis pusing2 kat situ...kami pun balik hotel....pengsannn terussssssss.


12 Mei 2009

Breakfast kat area Pasar Besar Siti Khadijah...macam2 ada. Xceli aku kompius gak dengan sesetengah statement yg mengatakan tak leh masuk ngan makanan Kelantan. Pada aku ok jer...tk der banyak beza pun dgn masakan negeri2 lain. Mungkin bagi masakan yang manis tu...dia punya manis tu xtra skit laa tapi kalau dah gulai tu tak kan manis pulak...sama laa ngan gulai kita di negeri2 lain. Yang aku geram tu..pasal yg bagi statement tu sendiri pun kadang2 tak pernah pun makan makanan Kelantan...alih2 dia sendiri plak yg buat statement kata makanan Kelantan tak leh gi....kononnya masakan Kelantan tu manih2 belako. Aku tk ada masalah pon dgn masakan Kelantan...tambah2 plak yg masak tu Chek Mek hok come lote tu...hahahaha.

Selepas aktiviti menambah berat badan tu, aku singgah ke pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam....jumpa kawan seUSM - Izzudin Abdul Rashid, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Insan. Sesuatu yg amat mengejutkan bila satu opis/satu floor Bahagian Pembangunan Insan menyambut kami macam VVIP....semua staff pakat salam ngan kami bila dimaklumkan bahawa kami datang dari Perak. Aduihhhhh....susahh arrr cam ni...kami bukannya Pegawai Khas Dato' Seri Nizar ataupun Dato' Seri Dr. Zambree, tak berani aku nk keluarkan apa2 statement. Tu laaa, bukan nak bangga [tapi bangga gak laa] , kebelakangan ni rakyat Perak memang jadi tumpuan sama ada dalam atau luar negeri...tak tipu. Hillary Clinton pun tau cerita Perak tau. Cadangnya nak stop-by jappp jer...rupa2nya dekat sejam jugak sangkut kat bilik dia.Bukan setakat tu jer.....rupanya tak abis lagi. Din ajak aku & family ke rumah dia malam tu utk dinner. Utk tk hampakan Din...kami setuju utk jadi tetamu dia malam tu.

Lepas tu plan nak ke Rantau Panjang. Tetiber masing2 plak terpikir...kalau laa masing2 bawak passport......kompemmmm ke seberang - Pekan Golok Thailand. Passport semua tinggal kat Perak....tak bawak. So, just jalan2 kat sebelah Malaysia jer....huhuhu. Bab2 menyopping ni serahkan pada kaum wanita...utk hal ni aku bagi sepenuhnya kuasa otonomi...heheheh. Lantak laa korang....janji puas hati. So, kami berpecah....aku ngan Abah, Sue ngan Ibu Mertua dia [Mama aku daaa]. Penyudahnya, aku ngan Abah melepak jer dalam keter baca paper...nak jalan lebih2 malehhh....masing2 tgok gelagat isteri masing2...wakakakaka.

On the way balik ke Kota Bharu kami stop kat satu tempat tu [berhampiran dgn Pekan Rantau Panjang] sebab terpaku dengan keindahan satu rekabentuk banggunan tu. Tengok jer gambar kat bawah ni.

Haaa...sekali tengok kompemmmm macam tokong cina. Tu laa kadang2 kita terkeliru antara keagamaan dan budaya senibina. Ini sebenarnya adalah sebuah Masjid di Rantau Panjang - Masjid Jubli Perak, Rantau Panjang atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina. Ini merupakan satu2nya Masjid Cina di Malaysia. Masjid India tok sah cakap laaa...boleh kata di mana2 pun ada. Pada aku ini adalah lambang bahawa Islam itu adalah universal dan Islam itu bukannya hak eksklusif masyarakat Melayu. Kadang2 kita terlupa bahawa Islam tu milik semua dan kita sering mengeksklusifkan Islam itu dengan Melayu. Salah tu...Semoga dengan terbinanya Masjid seumpama ini akan mengembangkan lagi syiar Islam di muka bumi Allah ini. Memang sejak aku kecik2 lagi...memang aku pernah terpikir - "kenapa kat Malaysia ni tak ada Masjid Cina ??? Masjid India ada la pulak...???"

Bila sampai kat area Masjid tu aku pun xcited laa nak masuk solat kat situ. Nasib tak menyebelahi....tak siap 100% lagi rupanya. Even, pagarnya pun masih berkunci lagi. Teruja punya pasal...aku ngan Abah masuk gak ikut celah2 pagar yg berkunci tu. "Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini, bukan niat kami utk menceroboh rumahMu Ya Allah". Bila kata tak siap lagi, aku ngan Abah pun tak berani laa nak masuk dalam banggunan masjid tu...kang kena tangkap naya. So, kami shot laa beberapa gambar utk tatapan dan juga atas dasar syukur ke atas kebesaran Allah menjadikan hamba2Nya yang terdiri dari pelbagai keturunan ini.

ISLAM FOR ALL


Baru2 ni bila aku google pasal Masjid ni...tetiber aku terjumpa plak blog ni - SILA KLIK , siap ada gambar dalam Masjid tu lagi....jelesnyaaaa.

Balik ke hotel petang tu, prepare plak utk dinner di rumah Izzudin. Dalam pukul 9, aku ngan family keluar dari hotel utk ke rumah sahabat aku tu. So, aku pun tunggu laa di satu lokasi supaya dia dapat bawak kami ke rumah dia tu...yg aku sendiri pun tak tau mana nak halanya. Khabarnya dia baru beli rumah tu....reger dalam RM320,000.00 kalo aku tak silap. Layanan kepada kami...memang istimewa...dah macam sedara mara sendiri pulak. Sedar tak sedar malam tu kami [kedua-dua keluarga] dok bersembang sampai pukul 2.30 pagi...perghhhhhhhhhh. Macam2 perkara yg kami sembang malam tu termasuk laa dengan perkara2 yg di luar jangkauan fikiran. Jenuh kalau aku nak cerita kat sini....Pendekkan cerita...aku rasa kedatangan aku ke Kelantan ni semuanya adalah perancangan yg hebat dari ALLAH sampai aku ditemukan dengan insan2 istimewa macam keluarga Izuddin ni. Syukur Alhamdulillah...bukan sahaja persahabatan antara aku dan Izuddin sahaja yg bertambah akrab malah hubungan antara 2 keluarga pun turut terjalin.

Ceritanya tak habis lagi di situ....esok pagi2 morning ada lagi appointment dgn family Izuddin yg bersusah payah nak pertemukan kami dengan insan yang mungkin boleh membantu aku...dengan izin ALLAH yg lebih berkuasa. Ditakdirkan pulak...esoknya Izuddin tak bekerja...petang baru kena travel ke Tok Bali, kejer kat sana....urusan audit ISO katanya.Tu laaa...bila aku pikirrrr balik...."Hebat sungguh perencanaan Allah tu"

.....bersambung di next entri, pasal citer panjang lagi kot.

12 comments:

Mr. Azman @ Kreuger said...

wah giler... pengsan aku bace..
hadoi.. macam tadek full stop nak
bercerite.. keke aku tau la exsited.

erm.. jauh gak berjalan en. bile
la aku ade peluang lagi nak jejalan
makan angin.. hahah.. hidup sederhana
macam ni la.. pedulikkan dulu
kesenangan... yang penting bahagia
kemudian hari.

ape ape pon.. aku menunggu episode
ke-2 sambungan kepada entri ni.

Marzalina said...

panjang gilerr la entry baru CM kali ni hehehe...best ke kelantan? hmm..intan pun teringin gak nak pi sana satu hari nanti..sesekali keluar makan angin sambil lihat tempat orang best jugak..manalah tau kot2 la dapat bawak balik mamat kelate yg come lote soghe..hikhikhik..kan intan dah suh CM tolong servey calon2nya kat intan? mana dia???

cendawanintim said...

kot2 episod 2 nanti cuti2 mesia sampai ke teganu!!!

mana tau sonyap2 ajer pi pantai timur!

Ryehanna said...

Panjang sgt ke entry ni? macam tak jer. huhu...

anyway, thanx for sharing.. br tau ada masjid cina kat mesia ni. :D

Myza Pesona said...

Memang best gi Kelantan! Myza pernah duduk kat sana setahun! Dulu semuany murah! Tapi sekarang tak tau la pulak! Enjoy makan seeafood kat atas Pasar Siti Khadijah tu! Murah pun murah! Nak beli batik sutera, kat Bazar Buluh Kubu tu! Rambang mata dibuatnya! Night Food market tu pun best! Yang cantiknya, waktu solat, closed for business! Rindu jugak nak ke Kelantan, bawak anak2! tapi yang tak sanggup tu nak drive! tapi Kelantan memang best!

Cybernetics Mind said...

-to Mr. Azman-
ntah ler...
aku bab2 summary ni
fail laa...hehehe

nak jenjalan erk..
nnti kawin, jalan laa
puas2 ngan bini tu

semoga bahagia...yeahaaa


-to Intan Marzalina-hehehe...panjang jer
tak giler pon

best laa jenjalan ke Kelantan ni..
kalo ada peluang gi jer...
tu laa, bila tgok tmpat2 org
secara tk langsung kita akan
mengkagumi kebesaran TUHAN

alamak....tak jumpa lagi laa
calon tu...bukan senang
nk cari utk Intan tpilih ni...ahaks

Cybernetics Mind said...

-to Cendawanintim-
emmm.....tetiber
rasa bersalah plak
tak bagitau gi Kelantan

kalo tak..
kompem Trengganu
buat sambutan besar2an
sambut CM...wakakaka


-to Ryehana-
panjang tk panjang...
tercungap gak la Kreuger
nak ngabiskan entri ni...hehehe

tu laa...xcited sgt nk solat
kat dalam Masjid Cina tu...
lain kali kalo ada rezeki
mesti nk kena solat kat sana..

*tetiber rasa mcm dah gi Beijing pulak....sambil2 dukung anak Panda

meo188 said...

bestnye jejalan.... tp panaskan skrg masa tue?

btw, bilalah MAlaysia ni nak jadi Negara Islam? dah jadi negara ISlam ke?

huhuhuhuhuhu

Cybernetics Mind said...

-to Myza Pesona-
FYI...benda2 kat sana still murah
compare ngan tempat2 lain....
tgok laa sotong & udang besar
yg CM makan tu...kalo kat tempat lain
tak berani amik.....
nak2 pulak kedai mamak...
mau udang sekor RM20

somtam (sejenis makanan Thai,
kerabu mangga+betik muda)...
baru RM1.50 sebungkus...
kalo kat tempat lain mau RM5

cuti sekolah kali ni...
amacam kalo gi Kelantan..??

Cybernetics Mind said...

-to meo188-
ye laa...tgh panas skrg ni
bkn kat Kelantan jer...
kat mana2 pon panas....
walocanerpon...
kita kn bersyukur...
kerana masih di bwh rahmat Allah
jauh dari bala...malapetaka

emmm...pasal Malaysia
sbg Negara Islam tu...
kita doa2kan laa..
semoga ianya dpt direalisasikan
bukan hnya sekadar nama saja

Hidet said...

Salam.

wah..seronok nye jalan2 cari makan. mesti puas hati kan.

Regard

piz said...

Waaa cm g klate ye,slmt dtg la ye!

Hehe, beto2 cm, ambo stuju ngan demo cm,bab mknn manih2 tu... ambo ni meme asli klate tau la bab2 mknn manih ke x ni. Kalo lauk pauk, gulai tu mcm biasa la, mane ada manis2, lain la kalo kueh mueh tu mmg manis2 sesngt la...

Masjid Cina tu meme x siap lagi cm... ambo pon x msk lg, tgk jh.

Ambo suko a ngan crito demo nih cm... hehe, len kali kalo g klate jgn lupo singgoh ke mache :)

Lupo nk tanye, budu demo x beli ke? :D

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger