Aku baru lepas tengok Buletin Utama. Tak tau nk cakap apa, mungkin geram, mungkin simpati dgn pembaca2 berita yg seolah2 diacukan M16 di kepala masing2.......tp yg pastinya aku mohon dari Allah supaya sifat2 munafik dijauhkan dari aku. Aku tk sanggup lagi menjadi seorang rakyat Perak yg senang diperbodoh2kan oleh aktor2 pentas politik yg cukup memualkan. Aku tak sanggup nak bersubahat...aku tak sanggup bersekongkol. Aku rasa macam dah tk ada apa di Perak lagi....semuanya dah dicabuli dek kerakusan manusia yg penuh dgn sifat2 munafik dan mazmumah. Demokrasi kian pudar, perundangan menuju kehancuran, kehakiman makin dipersendakan, eksekutif makin hilang rasa kehormatannya di mata rakyat. Mana perginya doktrin Seperation of Powers yg memisahkan badan legislatif/perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif yg merupakan tunggak sebuah kerajaan demokrasi dan menjadi amalan dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara badan2 ini tidak berhak utk mencampuri urusan satu sama lain. Tapi nampaknya pengasingan kuasa ni dah tak wujud lagi, speker boleh dipertikaikan oleh badan kehakiman, badan eksekutif telah mencampuri dan menguasai urusan perundangan....semua dah macam rojak. Terkejut beruk Montesquieu kalau dia tahu Seperation of Powers ni dah lingkup....hehehe.
So, aku dah tk larat nak pikir hal2 ni....tapi aku rasa aku perlu dan b'tanggungjawab utk bagi clear vision terhadap apa yg berlaku hari ini dan ianya sudah tentu berbeza dari perspektif arus media perdana yg mmpunyai kepentingan tertentu. Hari ini rakyat dah menyaksikan kerakusan pihak tertentu yang cuba memperbodoh2kan rakyat demi survival kekuasaan mereka.
Siapa yg biadap....biarlah gambar2 ini yg berbicara.
Seorang YB ADUN dari Selangor ditangkap.
Ada rupa penjenayah ker..??? Tak pon peragut yg boleh menyebabkan kematian..??
Seorang lagi YB Ahli Parlimen dari Selangor ditangkap. Ada rupa pengganas ker..??
Pelik tapi benar.....puluhan yg tak berkenaan memasuki Dewan dan membuat kekacauan. Sesuatu yg tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Suasana ini tidak dipertontonkan oleh mana2 media arus perdana.
Barisan penceroboh yg membuat kekasaran ke atas ADUN2 Pakatan Rakyat dan juga yg bertanggungjawab mengheret keluar Tuan Speaker Sivakumar....satu pencabulan mutlak ke atas Badan Perundangan / Legislatif
Penceroboh2 (dipercayai polis) yg turut bekerjasama dalam usaha rampasan "kerusi" Tuan Speaker
ADUN yang telah dikasari
Siapa yang biadap..???
Berita di media2 arus perdana mengatakan bahawa Speaker baru untuk Dewan Undangan Negeri Perak telah dilantik tetapi kenapa tidak dinyatakan bahawa ianya berlaku secara rampasan dan bukannya melalui lunas undang-undang. Lihatlah sendiri dengan cara mana Tuan Speaker diheret dan dikasari.
Ada rupa penjenayah ker..??? Tak pon peragut yg boleh menyebabkan kematian..??
Seorang lagi YB Ahli Parlimen dari Selangor ditangkap. Ada rupa pengganas ker..??
Pelik tapi benar.....puluhan yg tak berkenaan memasuki Dewan dan membuat kekacauan. Sesuatu yg tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Suasana ini tidak dipertontonkan oleh mana2 media arus perdana.
Barisan penceroboh yg membuat kekasaran ke atas ADUN2 Pakatan Rakyat dan juga yg bertanggungjawab mengheret keluar Tuan Speaker Sivakumar....satu pencabulan mutlak ke atas Badan Perundangan / Legislatif
Penceroboh2 (dipercayai polis) yg turut bekerjasama dalam usaha rampasan "kerusi" Tuan Speaker
ADUN yang telah dikasari
Siapa yang biadap..???
Berita di media2 arus perdana mengatakan bahawa Speaker baru untuk Dewan Undangan Negeri Perak telah dilantik tetapi kenapa tidak dinyatakan bahawa ianya berlaku secara rampasan dan bukannya melalui lunas undang-undang. Lihatlah sendiri dengan cara mana Tuan Speaker diheret dan dikasari.
Gambar paling dramatik dalam sejarah perundangan dunia....Speaker Dewan diheret keluar oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab. Khabarnya Tuan Speaker ditempatkan ke dalam sebuah bilik yg dipercayai sebuah stor selama sejam bagi memastikan tempat duduknya boleh dirampas. Bagi yang memahami , ini adalah satu penderhakaan mutlak terhadap badan perundangan. Aku tk salahkan pihak2 yg mengambil tindakan...mereka ni sekadar menerima arahan saja. Tapi yg merisaukan aku ialah insiden ini akan menjadi precedence atau semakan di masa2 akan datang di mana Speaker Dewan Rakyat juga tidak terlepas dari perlakuan sebegini. Tu laaa buat sesuatu tak pikir panjang...akhirnya Badan Perundangan juga yg akan musnah di masa2 akan datang. Gambar ni kompemmmm tk ada di mana2 media arus perdana.
Cukup laa dengan gambar2 tu yg dapat menjelaskan apa yg sebenarnya berlaku di Perak hari ni. Aku jamin esok punya headline di akhbar2 dah tentu contradict dgn gambar2 yg terpapar ni. Kalau sesiapa yg kurang paham dgn apa yg berlaku hari ini di Perak....boleh laaa jenguk2 kat beberapa link kat bawah ni.
Kalau ikutkan banyak lagi link...tapi cukup laaa. Dua link ni pun dah cukup informative bagi sesiapa yg berminat utk mengetahui apa yg sebenarmya berlaku di Perak hari ni.
Small Lens, Wide Views, No Lies
Rampas ker tak rampas....??? fikir2kan
Petikan ini menzahirkan segalanya...
Rampas ker tak rampas....??? fikir2kan
Petikan ini menzahirkan segalanya...
Tengok laa betapa Speaker Dewan telah diperkotak katikkan maruahnya....kehormatan seorang Speaker telah hilang. Aku teringat balik beberapa tahun lepas ketika membuat lawatan ke Dewan Undangan Negeri Perak...aku telah ditegur oleh seorang pegawai kerana telah berada berhampiran dgn kerusi Tuan Speaker masa nak possing2 amik gambar. Tengok laa betapa tingginya martabat seorang Speaker Dewan....nak tumpang bergambar dkt kerusi dia pun tak boleh...tapi tengok hari ni apa yg telah terjadi....maruah Speaker Dewan telah dirobek2kan oleh pihak2 yg rakus mengejar kuasa. Mikrofon pun telah disabotaj...hanya pihak BN sahaja yg berfungsi sedangkan mikrofon pihak Pakatan Rakyat dan Tuan Speaker sendiri tidak berfungsi. Sapa yg punya kerja ni...??????
The world is watching....
- "Kepada yg sdg tgok berita di tv,tlg jgn percaya , semuanya tipu. Sy berada sepanjang hari dlm dewan. Sy tahu segalanya, memang BeEnd kurang ajar dan biadap dan tak hormati dewan, gila kuasa...Tv manupulate berita, jgn tertipu. Moga Allah berikan balasan yg setimpal pd org2 yg zalim" (seorang pemerhati yg berada di Dewan Undangan Negeri Perak)
p/s: rasa2 cam nak keluar jap dari Perak....kasi tenang fikiran skit.......
p/s: rasa2 cam nak keluar jap dari Perak....kasi tenang fikiran skit.......
10 comments:
Uiks...
Teruknya...
Eleea pnah gak balajar psl doktrin pngasingan kuasa nih
smpat la wat assgmnt sblum tangguh stadi...
takut la pulak tgk kadaan camnih...
masa wat assgmnt 2...trasa btapa amannya brada d bumi btuah ni...
pngagihan kuasa yg harmoni...
tp bila hal camni blaku...
tahla...
byk pkara da dcabuli nmpaknya...
erm, blaja tinggi2... tp buat keje jahat pula
bini rosmah kata PR amalkan undang-undang rimba...ptuiiihhh..
erk tak tau nak komen ape kalau
bab politik ni. pasal tuh aku
malas nak amik pusing.
cukup le aku tau yang najib tuh
sebagai perdana menteri malaysia
sekarang ni... yang keberapa?
aku pon dah tak hengat.
politik malaysia buatkan aku
memori aku sempit dari mengingati
tokoh politik era 90an... sorry to
say, they make this thing happened
jadi aku tak heran pon kalau ade
anak anak zaman sekarang ni tak
kenai sapa adun kawasan depa, sapa
yb depa, sapa DO daerah depa...
you see sendiri... kalau dah rupe
macam ni.. nak cakap pon menyampah.
ate.. lantok kome laa~
-to Eleea-
haaa...tu laa
kalo ketiga2 kuasa tu
dah tak ada pengasingan..
tunggu laa...kehancuran
sesebuah kerajaan tu
hanya org yg berada di Perak saja
yg tau...what is happening actually
nak harap media...emmm tak tau laa
bila nak mula berkata benar...huhuhu
-to Meo188-
tu laaa...
utk org2 yg menzalimi
mungkin dunia ni macam depa yg punya
tapi kena ingat.......mereka ni
tk akn terlepas daripada
perbicaraan di mahkamah Allah nnti..
*buat baik dibalas baik, buat jahattt...sendiri mau ingat laaa...
p/s: semoga kita tk tergolong di klgn org2 yg zalim tu...aminnnn
-to Pot-
bukan stkat ptuiihhhh jer....
khuakkkkkkkk ptuihhhhhhhhhhhhh
-to Kreuger-
emmm...Man, aku dulu pun mcm ngko gak...bab hal2 percaturan politik ni aku tk amik pot langsung...tapi kan kebelakangan ni aku tgok bnyak sgt sandiwara yg berlaku di kalangan pemimpin, banyak sgt penindasan yg berlaku ke atas rakyat, bnyk sgt salah guna kuasa......mana tahan beb
yg paling aku hangin tu..."org2 atas" tu buat kita ni mcm tunggul, buat kita ni mcm tk ada mata, buat kita ni mcm tk ada mulut, buat kita ni macm tk ada telinga, buat kita ni mcm bodoh giler......sampai bila kita nk jadi kerbau aku pun tk tau...sedey tau.
macam tu rupa nya cerita sebenar ...terang lagi bersuruh,yang gelap dah pun terang...sebenar aku dah lama kurang percaya dengan media arus perdana ni 10 cerita 11 belum tentu aku caya..apa boleh buat hidangan dihadapan nak tak nak bantai aje...
cm..terima atas pendedahan yang hot ni..lepas ni aku boleh tersenyum la kalau ada yang cuba bohong lagi..tipah tak tertipu lagi...yang keruh akan jerih..rakyat bukan bodoh nya lagi..semuanya dah bijak-bijak belaka.
-to Papa-Itam-
yg penting....Allah anugerahkan kita aqal utk membezakan yg mana hak dan yg mana batil....hari ni menggunakan aqal itu merupakan satu perjuangan =)
Post a Comment