Wednesday, April 30, 2008

Live Dewan Rakyat

Hari ni telah melakarkan sejarah baru di mana kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengikuti Persidangan Dewan Rakyat secara live. Namun from my personal point of view.....tk baper seswai lagi laa untuk orang2 Malaysia ni kerana tahap kematangan berpolitik kita masih berada di tahap yang masih belum boleh dibanggakan.
Kita perlu akur bahawa bukan sumer rakyat boleh berfikiran rasional. Mungkin apa yang dipertontonkan kepada rakyat pada hari ni merupakan satu "cultural shock" bagi mereka yang tidak dapat berfikir secara rasional. Haper taknyer.....terkejut beruk kalau orang2 yang tak pernah tengok persidangan Parlimen ni buat pertama kalinya tengok pemimpin-pemimpin mereka "bercakaran" dalam satu sessi shoutting match yang cukup mengejutkan mereka. Pada aku ianya bukan lagi satu kezutannn, sebab dah pernah tengok dulu-dulu, malah Tun Dr. Mahathir pun dalam Parlimen dok kata kat orang (Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang) barua.....itu normal, tapi mungkin ada orang yang tak leh terima.....mungkin depa tak sangka Tun boleh kata kat orang cam tu dalam Parlimen.

Sebagai contoh....sekarang ni (sambil2 streaming kat internet ni) dalam Parlimen dok tak abis2 membicarakan or lebih seswai kalau aku katakan terjerit-jerit antara satu sama lain di dalam mempersoalkan isu-isu point of order sebagai peraturan utama di dalam Persidangan Dewan Rakyat. Namun dilihat hari ini, YDP Dewan, YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia seolah-olah (ingat kata2 aku ni....seolah-olah) kurang berupaya untuk mengawal keadaan sebentar tadi. Namun begitu, secara rasionalnya kita perlu memberikan sedikit ruang kepada beliau memandangkan hari ini merupakan hari pertama beliau "bertugas" sebagai YDP Dewan Rakyat.


Well....camner pun aku nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada semua Ahli-Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat di Parlimen dan jangan lupa anda semua juga mempunyai tugas atau peranan yang lebih besar iaitu untuk memperhambakan diri kepada rakyat......

3 comments:

Anonymous said...

memang patut lah ada live coverage, biar ahli ahli yang berhormat itu beringat sikit bila bercakap dan biar mereka yang mengundi/memilih wakil rakyat mereka ke parlimen lihat sendiri prestasi orang yang mereka pilih. yang penting lebih banyak kebaikan dengan adanya siaran langsung persidangan dewan rakyat.

Cybernetics Mind said...

TQ bonkersz for ur rational thoughts

"Suara Rakyat Suara Keramat"

unjudge said...

saya sokong sangat apa yg bongkersz katakan itu...Bagi putri, sangat memalukan Dewan Rakyat boleh jadi huru hara macam tu..Sepatutnya pemimpin perlu peka dengan apa yang diperkatakan..Ini setiap soalan yang diutarakan, ambil masa begitu lama tanpa ada penyelesaian yang relevan...Sangat menyedihkan tempat yang suci seperti itu, menjadi satu medan perlawanan..macam pasar malam!!!

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...