~:: Off dari berblog jap.... ::~

Saturday, May 23, 2009

Walaupun hari ni adalah hari Sabtu....di mana kebanyakan org bersantai bersama ahli keluarga, namun life aku sama jugak macam hari2 bekerja yg lain. Pagi2 lagi telah dimaklumkan tentang kejadian kebakaran kedai yg berlaku di Segari. Khabarnya perbuatan khianat....bukan satu kemalangan sebab ada saksi yg nampak kelibat manusia dalam kejadian tu !!! Tak per laaa, nnti aku pegi laa sebab memang aku ada satu program yg kena attend di kawasan Pantai Teluk Senangin petang nanti - Program Hari Keluarga sebuah institiusi.

Jemputan kenduri pun ada gak utk tengahari ni....kalau tk ada halangan WAJIB utk dihadiri. So, selepas menghadiri kenduri tu, aku pun terus bergegas utk tugasan yg berikutnya...menziarah mangsa kebakaran dan seterusnya ke Pantai Teluk Senangin. Rupanya 4 buah kedai yg terlibat dalam kebakaran tu...tapi yg teruk hanya satu, 3 lagi tk sempat dibakar...bukan terbakar pasal minyak tanah telah dicurahkan kat kedai2 tu, cuma tak sempat cucuh jer. Yang terbakar teruk ialah sebuah kedai & sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

Selesai tu aku ke Program yg seterusnya. Kalau ikutkan penginapan telah disediakan utk aku di sana....khabarnya bilik VIP tapi aku terpaksa menolak dgn baik...aku tak bermalam di sana sebab esok ada agenda lain pula yg perlu aku hadiri.

Esok sehingga 26 Mei 2009 aku terpaksa menghadiri sebuah Program Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu Election Geographical Information System (EGIS) bagi Negeri Perak bertempat di Marina Cove Resort Lumut.

Apa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii....cuti lagi laaa dari berblog....hahahahahah. Jangan marah nooooo....

*emmm...pasal aku dijemput dalam program SPR tu kan..jgn ada spekulasi yer pasal iklim politik kat Perak ni....hehehe

~:: Cuti-Cuti Malaysia...part 1:: ~

Monday, May 18, 2009

Bismillahhirrahmanirrahim

Tu laaa...bagi la cuti lama pun, still rasa mcm tk puas jer. Pasal tu laa ari ni masuk opis pon mcm tk ada mood jer...still on holiday mood maa. How I wish ari ni tk payah gi kerja lagi...kan besttt. Cakap pasal cuti tempohari, sebenarnya aku ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.....Kelantan daaa. Kami gi berempat, me myself, Sue, Abah & Mama. Xceli everything beyond any planning...maknanya aku just amik cuti 5 ari then baru aku decide nak gi mana. Aku rasa laa kan, semuanya ikut gerak hati aku jer...and off course dah tentu ikut gerak tayar keter aku gak...hehehe. Berikut adalah kronologi dan juga ringkasan trip aku tu yg membawa ke jumlah angka 1,105 kilometer tu. Jom layan aku punya travel log tu.....

11 Mei 2009

11 pagi b'tolak dari rumah parents di Taiping...heading to Kelantan through East-West Highway [kira highway laa jugak pasal lalu kawasan2 high..bukit bukau gitu]. Aku ni jenis kalau travel tak suka nak mengejar masa...aku suka dgn cara santai...meaning aku akan enjoy every moment perjalanan tu dgn segala keindahan alam kurniaan Allah sepanjang trip tu. Satu lagi hal.....ikut suka hati aku laa nak stop kat mana, pasal aku boleh stop kat mana2 aku suka. So, dalam perjalanan ke Kelantan ni rasanya ada beberapa pit stop tempat yg aku stop. Antaranya kat area Pulau Banding dan juga R&R Banjaran Titiwangsa [aku tak pasti the right name utk tmpat ni..] , sama ada utk nikmati keindahan alam atau pun utk menunaikan solat.

Lebih kurang pukul 3 petang, sampai kat Jeli....perut punya pasal, kena berenti laa kasi refill sama nasik. Masa kat sini aku dpt SMS dari seseorg - "Mahkamah memutuskan Dato' Seri Nizar MB Perak yg sah". Adat menerima SMS, mcm biasa laa forward pada sapa2 yg patut & call sapa2 yg patut utk kepastian berita tu. Selesai tu, aku teruskan perjalanan. Oleh kerana cuaca yg tak berapa ok utk driving, perjalanan pun jadi agak slow...hujan lebat beb...especially area Tanah Merah & Pasir Mas.

So, sampai ke Kota Bharu Bandaraya Islam (that's what they called it now) lebih kurang pukul 6 petang...terus cari tempat nak landing. Untuk makluman...di Kota Bharu cukup banyak tempat penginapan dan nampaknya konsep Guest House agak popular di sana. Boleh kata di setiap pelosok Kota Bharu dan pinggir bandar ada jerrr tempat penginapan. Maknanya, industri pelancongan berada di tahap yg cukup baik di sana. Aku ulang...almost everywhere ada tmpat penginapan!!!!! So, pada sesapa yg plan nk jenjalan ke Kelantan, tk ada masalah dlm soal ni.

Selepas meninjau2 beberapa lokasi, akhirnya aku amik keputusan utk menginap di KB Mutiara Inn Kota Bharu. Rupa2nya di luar musim cuti pun ada rumah penginapan yg full house....mcm tk pecaya jer. Haaa, baru laa aku paham kenapa banyak sgt tempat penginapan kat Kota Bharu ni.

Lepas check-in, kami pun masuk laa ke bilik masing2 buat apa2 yg patut. Uishhhh....solat laa. Ikut kan badan...memang laa letih....kalo letak kepala atas bantal kompemmmm pengsan terussssssss. Namun ku gagahi juga bersama family utk keluar meronda2 walaupun masih hujan masa tu. Malam tu kami ke Night Food Market yg terletak berdekatan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Orang yg jenis enjoy makan2 macam aku ni suka sangat laa gi tempat2 mcm ni kan.

Lepas jer makan, aku pun drive ntah ke mana2....aku ni jenis tk peduli bab2 jalan ni...aku main redah jer walaupun tak tahu ke mana hala satu2 jalan tu. Nak kata nak tgok night landscape...hujan masih renyai2...so, aku belasah jer...janji petrol dalam tank ada.

Tetiber aku ternampak sign board "Wakaf Che Yeh". Aku pun teringat balik pasal tempat ni yg pernah aku baca dari internet. Menurut info yg aku tau, Wakaf Che Yeh ini merupakan salah satu favourite shopping destination [terutama utk org pompuan] di Kelantan dan menjadi salah satu tarikan...berkonsepkan pasar borong 24jam. Malangnya, malam tu aku dapati keadaan di situ agak hambar....mungkin kerana masih hujan dan petang tadi juga hujan cukup lebat. Kalau sekali tengok...konsep dia macam Uptown laaa tapi mungkin kawasan tu lebih luas dan terbahagi kepada 3 kategori - Pasar Borong, Pasar Pagi dan Pasar Malam. Pada aku laa...tempat cam ni lebih membuatkan org pompuan hilang akal jap...heheheh. Gila shopping beb....hahahaha. Abis pusing2 kat situ...kami pun balik hotel....pengsannn terussssssss.


12 Mei 2009

Breakfast kat area Pasar Besar Siti Khadijah...macam2 ada. Xceli aku kompius gak dengan sesetengah statement yg mengatakan tak leh masuk ngan makanan Kelantan. Pada aku ok jer...tk der banyak beza pun dgn masakan negeri2 lain. Mungkin bagi masakan yang manis tu...dia punya manis tu xtra skit laa tapi kalau dah gulai tu tak kan manis pulak...sama laa ngan gulai kita di negeri2 lain. Yang aku geram tu..pasal yg bagi statement tu sendiri pun kadang2 tak pernah pun makan makanan Kelantan...alih2 dia sendiri plak yg buat statement kata makanan Kelantan tak leh gi....kononnya masakan Kelantan tu manih2 belako. Aku tk ada masalah pon dgn masakan Kelantan...tambah2 plak yg masak tu Chek Mek hok come lote tu...hahahaha.

Selepas aktiviti menambah berat badan tu, aku singgah ke pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam....jumpa kawan seUSM - Izzudin Abdul Rashid, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Insan. Sesuatu yg amat mengejutkan bila satu opis/satu floor Bahagian Pembangunan Insan menyambut kami macam VVIP....semua staff pakat salam ngan kami bila dimaklumkan bahawa kami datang dari Perak. Aduihhhhh....susahh arrr cam ni...kami bukannya Pegawai Khas Dato' Seri Nizar ataupun Dato' Seri Dr. Zambree, tak berani aku nk keluarkan apa2 statement. Tu laaa, bukan nak bangga [tapi bangga gak laa] , kebelakangan ni rakyat Perak memang jadi tumpuan sama ada dalam atau luar negeri...tak tipu. Hillary Clinton pun tau cerita Perak tau. Cadangnya nak stop-by jappp jer...rupa2nya dekat sejam jugak sangkut kat bilik dia.Bukan setakat tu jer.....rupanya tak abis lagi. Din ajak aku & family ke rumah dia malam tu utk dinner. Utk tk hampakan Din...kami setuju utk jadi tetamu dia malam tu.

Lepas tu plan nak ke Rantau Panjang. Tetiber masing2 plak terpikir...kalau laa masing2 bawak passport......kompemmmm ke seberang - Pekan Golok Thailand. Passport semua tinggal kat Perak....tak bawak. So, just jalan2 kat sebelah Malaysia jer....huhuhu. Bab2 menyopping ni serahkan pada kaum wanita...utk hal ni aku bagi sepenuhnya kuasa otonomi...heheheh. Lantak laa korang....janji puas hati. So, kami berpecah....aku ngan Abah, Sue ngan Ibu Mertua dia [Mama aku daaa]. Penyudahnya, aku ngan Abah melepak jer dalam keter baca paper...nak jalan lebih2 malehhh....masing2 tgok gelagat isteri masing2...wakakakaka.

On the way balik ke Kota Bharu kami stop kat satu tempat tu [berhampiran dgn Pekan Rantau Panjang] sebab terpaku dengan keindahan satu rekabentuk banggunan tu. Tengok jer gambar kat bawah ni.

Haaa...sekali tengok kompemmmm macam tokong cina. Tu laa kadang2 kita terkeliru antara keagamaan dan budaya senibina. Ini sebenarnya adalah sebuah Masjid di Rantau Panjang - Masjid Jubli Perak, Rantau Panjang atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina. Ini merupakan satu2nya Masjid Cina di Malaysia. Masjid India tok sah cakap laaa...boleh kata di mana2 pun ada. Pada aku ini adalah lambang bahawa Islam itu adalah universal dan Islam itu bukannya hak eksklusif masyarakat Melayu. Kadang2 kita terlupa bahawa Islam tu milik semua dan kita sering mengeksklusifkan Islam itu dengan Melayu. Salah tu...Semoga dengan terbinanya Masjid seumpama ini akan mengembangkan lagi syiar Islam di muka bumi Allah ini. Memang sejak aku kecik2 lagi...memang aku pernah terpikir - "kenapa kat Malaysia ni tak ada Masjid Cina ??? Masjid India ada la pulak...???"

Bila sampai kat area Masjid tu aku pun xcited laa nak masuk solat kat situ. Nasib tak menyebelahi....tak siap 100% lagi rupanya. Even, pagarnya pun masih berkunci lagi. Teruja punya pasal...aku ngan Abah masuk gak ikut celah2 pagar yg berkunci tu. "Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini, bukan niat kami utk menceroboh rumahMu Ya Allah". Bila kata tak siap lagi, aku ngan Abah pun tak berani laa nak masuk dalam banggunan masjid tu...kang kena tangkap naya. So, kami shot laa beberapa gambar utk tatapan dan juga atas dasar syukur ke atas kebesaran Allah menjadikan hamba2Nya yang terdiri dari pelbagai keturunan ini.

ISLAM FOR ALL


Baru2 ni bila aku google pasal Masjid ni...tetiber aku terjumpa plak blog ni - SILA KLIK , siap ada gambar dalam Masjid tu lagi....jelesnyaaaa.

Balik ke hotel petang tu, prepare plak utk dinner di rumah Izzudin. Dalam pukul 9, aku ngan family keluar dari hotel utk ke rumah sahabat aku tu. So, aku pun tunggu laa di satu lokasi supaya dia dapat bawak kami ke rumah dia tu...yg aku sendiri pun tak tau mana nak halanya. Khabarnya dia baru beli rumah tu....reger dalam RM320,000.00 kalo aku tak silap. Layanan kepada kami...memang istimewa...dah macam sedara mara sendiri pulak. Sedar tak sedar malam tu kami [kedua-dua keluarga] dok bersembang sampai pukul 2.30 pagi...perghhhhhhhhhh. Macam2 perkara yg kami sembang malam tu termasuk laa dengan perkara2 yg di luar jangkauan fikiran. Jenuh kalau aku nak cerita kat sini....Pendekkan cerita...aku rasa kedatangan aku ke Kelantan ni semuanya adalah perancangan yg hebat dari ALLAH sampai aku ditemukan dengan insan2 istimewa macam keluarga Izuddin ni. Syukur Alhamdulillah...bukan sahaja persahabatan antara aku dan Izuddin sahaja yg bertambah akrab malah hubungan antara 2 keluarga pun turut terjalin.

Ceritanya tak habis lagi di situ....esok pagi2 morning ada lagi appointment dgn family Izuddin yg bersusah payah nak pertemukan kami dengan insan yang mungkin boleh membantu aku...dengan izin ALLAH yg lebih berkuasa. Ditakdirkan pulak...esoknya Izuddin tak bekerja...petang baru kena travel ke Tok Bali, kejer kat sana....urusan audit ISO katanya.Tu laaa...bila aku pikirrrr balik...."Hebat sungguh perencanaan Allah tu"

.....bersambung di next entri, pasal citer panjang lagi kot.

~:: Away....::~

Sunday, May 10, 2009

pics taken somewhere frm the net....[to the owner please don't take any legal action =) ]

Insyaallah...esok aku akan mula bercuti yg agak panjang [ 5 hari tu kira panjang dahhh, mana boley compare ngan cuti cikgu2...hehehe ]. So...kalo dah cuti panjang cam tu, rugi laa kalo just dok kat rumah kan...?? Xceli tak der plan apa2 pun sebelum ni....yg aku tau isi borang utk one week off then only aku decide nak buat apa ngan cuti tu. Pikir punya pikir baru laa aku decide nak gi mana... Aku ni jenis malas nak plan awal2...takut tk jadi, maklum laa kadang2 tu cuti ngan special event or kejer2 penting tak boleh nak synchronize. Cuti ni sebenarnya kira mcm reward laaa untuk aku sendiri selepas berhempas pulas [yer ker ni...heheheh] masa nak exam ari tu. Nak kata pasal nk release tension...rasanya aku tk tension pon sekarang ni. Kesimpulannya tak ada tujuan khusus selain daripada nak spend quality moment dgn org2 tersayang. Mungkin Abah & Mama pun nak follow kot...esok nak kena tanya balik. Apa salahnya sekali sekala bawak parents jenjalan sekali. Kalau nak diikutkan.....hampir seluruh Malaysia ni Abah & Mama dah bawak aku pusing sejak aku kecik2 lagi. Even luar Malaysia pun Abah & Mama pernah bawak jenjalan. So...kalau esok parents aku nak ikut sekali...kira vacation ni laa sebagai gift dari aku utk Hari Ibu yg jatuh pada hari ni dan juga utk Hari Bapa yg akan datang tak lama lagi.

p/s : Ke mana hala tujuan aku...??? Sebenarnya ada kala aku rasa rimas dgn penggunaan jalan raya yg memerlukan aku membayar TOL....terasa macam kena pow dari Mamat jaga parking jer...hehehe. Oleh kerana itu aku mungkin akan menghala ke negeri2 yg tak ada TOL...

~:: Perak menangis..... ::~

Thursday, May 7, 2009

Aku baru lepas tengok Buletin Utama. Tak tau nk cakap apa, mungkin geram, mungkin simpati dgn pembaca2 berita yg seolah2 diacukan M16 di kepala masing2.......tp yg pastinya aku mohon dari Allah supaya sifat2 munafik dijauhkan dari aku. Aku tk sanggup lagi menjadi seorang rakyat Perak yg senang diperbodoh2kan oleh aktor2 pentas politik yg cukup memualkan. Aku tak sanggup nak bersubahat...aku tak sanggup bersekongkol. Aku rasa macam dah tk ada apa di Perak lagi....semuanya dah dicabuli dek kerakusan manusia yg penuh dgn sifat2 munafik dan mazmumah. Demokrasi kian pudar, perundangan menuju kehancuran, kehakiman makin dipersendakan, eksekutif makin hilang rasa kehormatannya di mata rakyat. Mana perginya doktrin Seperation of Powers yg memisahkan badan legislatif/perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif yg merupakan tunggak sebuah kerajaan demokrasi dan menjadi amalan dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara badan2 ini tidak berhak utk mencampuri urusan satu sama lain. Tapi nampaknya pengasingan kuasa ni dah tak wujud lagi, speker boleh dipertikaikan oleh badan kehakiman, badan eksekutif telah mencampuri dan menguasai urusan perundangan....semua dah macam rojak. Terkejut beruk Montesquieu kalau dia tahu Seperation of Powers ni dah lingkup....hehehe.

So, aku dah tk larat nak pikir hal2 ni....tapi aku rasa aku perlu dan b'tanggungjawab utk bagi clear vision terhadap apa yg berlaku hari ini dan ianya sudah tentu berbeza dari perspektif arus media perdana yg mmpunyai kepentingan tertentu. Hari ini rakyat dah menyaksikan kerakusan pihak tertentu yang cuba memperbodoh2kan rakyat demi survival kekuasaan mereka.

Siapa yg biadap....biarlah gambar2 ini yg berbicara.

Seorang YB ADUN dari Selangor ditangkap.
Ada rupa penjenayah ker..??? Tak pon peragut yg boleh menyebabkan kematian..??

Seorang lagi YB Ahli Parlimen dari Selangor ditangkap. Ada rupa pengganas ker..??

Pelik tapi benar.....puluhan yg tak berkenaan memasuki Dewan dan membuat kekacauan. Sesuatu yg tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Suasana ini tidak dipertontonkan oleh mana2 media arus perdana.

Barisan penceroboh yg membuat kekasaran ke atas ADUN2 Pakatan Rakyat dan juga yg bertanggungjawab mengheret keluar Tuan Speaker Sivakumar....satu pencabulan mutlak ke atas Badan Perundangan / Legislatif

Penceroboh2 (dipercayai polis) yg turut bekerjasama dalam usaha rampasan "kerusi" Tuan Speaker

ADUN yang telah dikasari

Siapa yang biadap..???

Berita di media2 arus perdana mengatakan bahawa Speaker baru untuk Dewan Undangan Negeri Perak telah dilantik tetapi kenapa tidak dinyatakan bahawa ianya berlaku secara rampasan dan bukannya melalui lunas undang-undang. Lihatlah sendiri dengan cara mana Tuan Speaker diheret dan dikasari.

Gambar paling dramatik dalam sejarah perundangan dunia....Speaker Dewan diheret keluar oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab. Khabarnya Tuan Speaker ditempatkan ke dalam sebuah bilik yg dipercayai sebuah stor selama sejam bagi memastikan tempat duduknya boleh dirampas. Bagi yang memahami , ini adalah satu penderhakaan mutlak terhadap badan perundangan. Aku tk salahkan pihak2 yg mengambil tindakan...mereka ni sekadar menerima arahan saja. Tapi yg merisaukan aku ialah insiden ini akan menjadi precedence atau semakan di masa2 akan datang di mana Speaker Dewan Rakyat juga tidak terlepas dari perlakuan sebegini. Tu laaa buat sesuatu tak pikir panjang...akhirnya Badan Perundangan juga yg akan musnah di masa2 akan datang. Gambar ni kompemmmm tk ada di mana2 media arus perdana.

Cukup laa dengan gambar2 tu yg dapat menjelaskan apa yg sebenarnya berlaku di Perak hari ni. Aku jamin esok punya headline di akhbar2 dah tentu contradict dgn gambar2 yg terpapar ni. Kalau sesiapa yg kurang paham dgn apa yg berlaku hari ini di Perak....boleh laaa jenguk2 kat beberapa link kat bawah ni.

Kalau ikutkan banyak lagi link...tapi cukup laaa. Dua link ni pun dah cukup informative bagi sesiapa yg berminat utk mengetahui apa yg sebenarmya berlaku di Perak hari ni.

Small Lens, Wide Views, No Lies
Rampas ker tak rampas....??? fikir2kan


Petikan ini menzahirkan segalanya...

Tengok laa betapa Speaker Dewan telah diperkotak katikkan maruahnya....kehormatan seorang Speaker telah hilang. Aku teringat balik beberapa tahun lepas ketika membuat lawatan ke Dewan Undangan Negeri Perak...aku telah ditegur oleh seorang pegawai kerana telah berada berhampiran dgn kerusi Tuan Speaker masa nak possing2 amik gambar. Tengok laa betapa tingginya martabat seorang Speaker Dewan....nak tumpang bergambar dkt kerusi dia pun tak boleh...tapi tengok hari ni apa yg telah terjadi....maruah Speaker Dewan telah dirobek2kan oleh pihak2 yg rakus mengejar kuasa. Mikrofon pun telah disabotaj...hanya pihak BN sahaja yg berfungsi sedangkan mikrofon pihak Pakatan Rakyat dan Tuan Speaker sendiri tidak berfungsi. Sapa yg punya kerja ni...??????


The world is watching....

Latest update 11.01pm - Terima satu SMS - "Kepada yg sdg tgok berita di tv,tlg jgn percaya , semuanya tipu. Sy berada sepanjang hari dlm dewan. Sy tahu segalanya, memang BeEnd kurang ajar dan biadap dan tak hormati dewan, gila kuasa...Tv manupulate berita, jgn tertipu. Moga Allah berikan balasan yg setimpal pd org2 yg zalim" (seorang pemerhati yg berada di Dewan Undangan Negeri Perak)

p/s: rasa2 cam nak keluar jap dari Perak....kasi tenang fikiran skit.......

~:: Sejuk-sejuk ni kan....... ::~

Monday, May 4, 2009

Alhamdulillah, sehari dua ni cuaca pon agak okay.....bahang panas yg menyelubungi kita selama ni nampaknya telah kian hilang. Pada aku, sebenarnya Allah tu mendengar setiap rintihan hamba2NYA. Aku tengok pokok2 dan juga makhluk2 lain pon seolah2 menadah tangan mensyukuri nikmat Allah ini. Pada aku laa kan...banyak juga keseronokan yg berlaku bila musim2 hujan ni....kecuali benda2 yg berkait dgn bencana alam laa. Banjir2 tak mo laaa. Kalo tk pecaya cuba tanya org yg baru kawin....sure ramai yg suka musim2 hujan ni. Xceli aku pon tak berapa paham kenapa...tapi aku rasa laa kan mood tu yg mempengaruhi segalanya. Sebagai contoh laa kan...bila time2 tengahari panas tetiber kita tersangkut dlm kesesakan jalan...amacam..??? Itu jam kalu memang rasa nak marah org jer....betul tak??? Cam tu laaa, pada aku...iklim, temperature dan suasana persekitaran cukup memberikan kesan pada mood dan sikap kita. Sejuk air-cond tu lain laaa....tk macam sejuk yg ori macam sekarang ni.

Apa yg berlaku pada aku malam tadi tetiber membuatkan aku teringat balik apa yg pernah diceritakan oleh seorang Allahyarham sahabat aku. Sahabat aku ni agak berumur orgnya....kalau ikut umur dah macam bapak aku juga . Tapi cam aku ni kan, jenis tak memilih kawan....sapa2 pon boleh jadik kawan aku....tua muda no problem. So kat sini aku nak selit cerita tu utk tatapan semua. Sila gunakan kepala otak yg fresh dalam mentafsir cerita ni...ok. Dalam cerita ni aku namakan dia sebagai Mr. M

Satu malam tu, sambil2 aku, Mr. M dan sahabat lain dok menghirup teh tarik berlatar belakangkan bunyi katak2 yg sedang bergumbira menyambut hujan yg renyai2.....tetiber keluar la satu pengakuan berani dari Mr. M.

"Hujan2 ngan sejuk2 ni laa kan silap2 dalam semalam boleh 3 atau 4 kali"
"Biaq betoi dalam semalam 3 atau 4 kali"....dgan pantas aku respon
"Aihhh semalam saja 3 round"....Mr. M jawab balik

Memandangkan Mr. M tu dah tua orangnya [rasanya umur masa tu dalam lingkungan 65 kot] ...aku dan sahabat2 lain bertambah xcited nak tahu dengan lebih lanjut bab2 yang berkaitan dengan rahsia alam ni kan...heheheh, walaupun rasa antara percaya ngan tak percaya masih menyelubungi kami yg lain kerana Mr. M ni pon tak kurang hebat jugak loyar buruknya tu.

"Agak2 malam ni berapa kali pulak..?"...sahabat lain pulak cuba bertanya
"Mcm smlm jugak laa kot...tambah2 sejuk cam ni"...jawab Mr. M dgn selamba
"Apa rahsia sebenarnya..?".....tetiber keluar dari mulut seorang sahabat

Maka dengan penuh selambanya Mr. M menjawab :

"Bangkit tidoq, kencing 3, 4 kali semalam pon nak kena ada rahsia jugak kaaa.....????"

Hampehhhhhhhhhhh...mmg kami semua dah terkena dan terpedaya dengan imaginasi masing2 yg telah jauh melencong tu dek suasana persekitaran yg sejuk dan shahdu tu....aduihhhhhhhhhh.

Itu laa yg terjadi kat aku semalam, biasanya aku jarang bangkit malam utk ke toilet tapi semalam 2 kali. Mungkin kerana cuaca sejuk hujan semalam atau pon kesan dari apa yg aku minum semalam. Sebenarnya semalam aku minum air ni - ECPI. (klik kalau nk maklumat lanjut) Xceli aku pon tak tau apa kebaikan atau khasiat air ni tapi oleh kerana terlalu courious dgn air ECPI ni, aku pon beli laa sebotol (1.5Liter) semalam. Ni bukan promo erkkk, aku bukan agen ;)


Aku dengar ramai org dok minum ayaq ni....depa kata bagus sangat. Tu yg buat aku teruja nak minum tu. Setakat ni, tu laa kesan yg aku alami - 2 round...hehehehehe. Mungkin tu satu proses pembuangan toksik kot.

p/s: moral of the story :
  1. kepala otak kena firm, jgn dok senget memanjang pemikiran tu sampai boleh melencong dari topik asal...hehehe.
  2. jgn underestimate org tua tau....kita tak tau depa punya keupayaan macam mana...ahaks.

* Kepada sesiapa yg tgh bersusah payah nk berhenti merokok boleh cuba minum air ni dan buat xperimen ni...kononnya bila diletakkan rokok berdekatan dengan air ni, rokok akan jadik tak sedap. Perokok2 tegar sila buat kajian ni utk membuktikan kenyataan ni betul atau salah...heheheh

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger