~:: Expect the unexpected... ::~

Monday, July 20, 2009

gambar ni cilok dari forum.tabloidnova.com

Sejak aku dapat tau cerita ni pagi tadi....aku jadi tak keruan...marah, emosional, geramm.... Dalam hati ni tok sah cakap laaa......sumpah seranah dah berbakul2...vaviii, biadappp, kughang hajaqqq, haram zadeyyyy, bangsatttt, setannnnnn....semua ada. Sebelum ni aku dengar jer benda2 cam ni berlaku di tempat2 lain...di negeri2 lain....tapi kali ni di tempat aku sendiri. Nak nangis pun ada bila mula2 dapat berita ni. Seorang budak perempuan berusia 3 tahun dirogol oleh sepupu sendiri !!!!!!

Walaupun insiden ni tk der mengena ngan aku atau keluarga2 aku...tapi dari sudut kemanusiaan... aku memang rasa connected. Budak umur 3 tahun ni apa pun tak tau...yg dia tau ada org yg menyebabkan kesakitan pada dia. Pada aku yg buat tu bukan manusia, tapi binatang. Tak kira laaa apa usia sekali pun.....pada aku tetap binatang. Khabarnya "binatang" tu pun muda lagi, budak baru naik sekolah menengah.

Kalau ada kat depan aku budak tu...kompemmm lunyai aku kerjakan. Sorry to say...aku bab2 ni memang aku tak boleh nak kompromi dan ada kalanya aku rasa frustrated dengan undang2 sivil yg ada di Malaysia ni, especially bila berhadapan dengan kes ni. Hukuman yang dijatuhkan tak tara mana compare dengan implikasi yg terpaksa ditanggung oleh mangsa mahupun pihak keluarganya. Ini bukan soal hilang dara semata2 tapi banyak lagi isu yg perlu diberi perhatian....emotionally, sexually dan macam2 lagi. Malah ada kajian yg mengatakan bahawa wujudnya tendency ke arah perlakuan yg lebih negatif apabila seseorang itu pernah berhadapan dengan situasi dirogol. Jika dikaji perlakuan2 yg menyimpang atau devian.....tidak mustahil jika kita akan temui "sebab musababnya" adalah kerana pernah menjadi mangsa rogol. Ini yg paling ditakuti....jika dibandingkan dengan soal hilang dara atau sebagainya. Ini belum lagi masuk soal trauma, kemurungan dan berbagai konflik dalaman dan masalah kejiwaan.

Komuniti hari ini makin parah. Kita tak tahu siapa lagi yg boleh diharapkan. Kalau dulu adik-beradik lelaki yg lebih tua atau anak2 jiran yg boleh diharapkan untuk menjaga adik2 yg lebih kecil.....tapi hari ini tidak lagi. Ibu bapa harus lebih peka, proaktif dan mempunyai sikap ‘expect the unexpected‘....dan tak keterlaluan kalau aku katakan bahawa sifat prejudis itu perlu ada dalam diri supaya kita lebih berhati2. Soal ‘don't talk to strangers’ tidak boleh lagi menjadi satu ingatan buat anak2 pada hari ini....kerana perlakuan2 menyimpang ini juga berlaku dalam lingkungan ahli keluarga dan juga org2 yg dikenali.
Dalam kes ini...siapakah yg bersalah...??? Adakah perogol sahaja..??? Adakah ibu bapa..??? Adakah komuniti...??? Kita pakat2 pikir laaa. Sedih bila pikir yang negara kita yang dah makin tak selamat… geram dengan kebiadapan manusia yang tak bertanggungjawab.....apa yg selamat pada zaman kita dahulu, tidak lagi selamat untuk anak-anak kita pada hari ini. Beringatlah sentiasa...

Ya Allah Ya Tuhanku..... Selamatkanlah kami di duniaMu ini...
Peliharalah kami dari golongan manusia yg bersifat binatang...
Amin Yarobbal A'lamin.....

15 comments:

meo188 said...

Ish2... teruknye.

Dari rogol lebih baik g makan kentaki. Mmg kepala dah xbetul

Ryehanna said...

i totally agree yang byk kesan negatif pada mangsa rogol. especially the ones yang kecik2 dan xtau ape ni. nnt dh besar, they tend to be very alert ttg sexual things. dan ade jgk yg rase dah xde ape nak dijaga since they're not virgin.

dunia dah nak terbalik.. saudara-mara sendiri pun dah takleh percaya... entahlah, mmg kena berjaga2 and 'expect the unexpected'.

i have a fren yang tak bagi anak perempuan dia mandi ngan suami dia walaupn budak tu baru 2,3 tahun. walaupun budak kecik tu merengek2 nk mandi ngan abah dia. mmg la percaya suami sendiri, tp kenala kawal kan. kita xtahu ape efeknya. biarla org kata terlalu risau, tp itu lbh baik dari nasi menjadi bubur dan kita xpnh buat ape utk halang..

cendawanintim said...

ngeri..ngeri..

mintak dijauhkan kepada kita sumer..amin.

Mr. Azman @ Kreuger said...

zalim giler. kalah zionis ma. nauzubilllah... giler... terkedu kejap... macam bro cakap ar.. budak 3tahun.. apa tau... perghhh~

Cybernetics Mind said...
This comment has been removed by the author.
Cybernetics Mind said...

[ meo188 ]
tak tau nk kata apa lagi meo...
sifat kebinatangan manusia ari ni dah mengatasi sifat binatang itu sendiri...huhuhu


[ ryehanna ]
tu laa....sorry to say...
even ibu2 hari ni dah tk boleh 100% rely or trust ngan kaum bapa bila melibatkan hal2 yg berkaitan ngan anak2 pompuan...

tapi kan...CM ingat satu citer dari sorang kwn CM yg dah kematian isteri...bila dia sendiri yg terpaksa ajar 3 org anak2 pompuan nya caner nak handle hal2 org pompuan dlm situasi "the moon is coming"...hehehe

dah tu plak....mandi junub pun dia yg kn ajar pd anak2 dia tu...lawak pon ada...kesian pon ada...simpati pon ada...tapi Alhamdulillah kwn CM tu seorg yg b'tgjwab terhadap anak2 dia.

Cybernetics Mind said...

[ cendawanintim ]
memang ngeri.....
bila CM citer hal ni pd kwn2, rata2 semua sebak dan ada yg nangis pon...

mmg bnda2 camni seolah2 mcm tk tercapai akal kita bila memikirkannnya...rasa mcm tk pecaya jer bnda ni boleh jadi dlm masyarakat Islam hari ni.....yg heran tu kan....dlm komuniti non-Muslim, tkder plak insiden2 camni yg jadi erkkk...pelikkkkkk


[ Mr. Azman ]
a'ah...aku setujuuuu...
perlakuan cam ni rasanya...
zionis yahudi laknatullah tu pon tk buat....sib baik budak jantan tu tk ada kat depan aku....kalau ada....tk tau laa apa nasib dia kat dunia ni....grrrrrr

Zamz said...

takut dgn dunia skrg nih

Hidayah said...

CM,
thanks coz tegur pasal entry hari tu..maybe tak perasan..

o..isu rogol budak ni mmg mendatangkan marah bagi kiter..
patut ikat perogol tu kat dataran merdeka tu..pakat ramai2 pi baling batu kat dia..baru dia tau azab ke atak azab cmner dia rogol budak 3 TAHUN tu!!!!

Cybernetics Mind said...

[ zam ]
tu laa zam...
tk tau esok2 mcm mana plak..
kalo hari ni pon dah rasa teruk


[ Hidayah ]
hehehe...
u're most welkemmm..

pasal budak yg kena ***** tu...
mak dia sampai hari dengarnya..
tak kerja lagi...
dok ulang alik spital dsbgainya...
mungkin mak dia pon trauma gak...
jom kita pakat2 doa...
utk kesejahteraan keluarga tu...
semoga Allah terus kurniakan rahmat ke atas keluarga tu..amin

Sweet Thinker said...

akoo nah tgk budak mangsa rogol. beliau buat kawad cam. kes rogol kat kg baru tue. umpan kucing. cian dowh. perogol tue pun akoo tgk. cam nk smax down.

akoo? jd mangsa kena angkut oleh polis. adeih. baru je nk lepat TS. tetiba... semua rumaje diarah naik van. giler trauma!

razifembi said...

Apa kejadahnya semua ini.

Tapi aku pernah terbaca satu temu bual dengan pesalah perogol, yang mengatakan bahawa kejadian merogol tersebut datang secara tiba-tiba sekelip mata dan perbuatan itu telah terjadi. Dan pesalah tersebut pulak merupakan org yang baik jika dilihat latar belakangnya.

mungkin godaan syaitan. Iman mula runtuh.

Wallahualam.

Cybernetics Mind said...

[ sweet thinker ]
wahhh...nk smax down perogol tu...
kalo aku join kita tag team amcm..
aku setuju jer...

hahaha...ni kes kawad cam laa...
maunyer tak trauma..
kalo mangsa tunjuk kita..
tak nahas namanya...huhuhuhu


[ razifembi ]
emmm...selalu cam tu laaa...
bila dah kena...
mcm2 alasan yg keluar..
yg pastinya...
iman tu benteng segalanya...
nafsu pulak tak mengenal sapa...
sesama adik beradik pon hancusss

lynn-the gudigudigurl said...

zaman sekarang apa saja buleh jadik.
sedih
even dengan bapak ngan abang sendiri pon kena ada 'prasangka'
haihhhhhhhhhhhhh

Singnals3 said...

i totally agree yang byk kesan negatif pada mangsa rogol.

Get More Details

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger