Sebagai seorang rakyat Perak yg prihatin dan mempunyai hak untuk bersuara, mahu tk mahu aku terpaksa meluahkan apa yg terbuku di hati ini sejak pagi tadi lagi. Kalau nak diceritakan satu persatu atau pun kronologinya.....rasanya, tak perlulah kerana dah terlalu banyak blog yg memperkatakannya.
Hari ini merupakan satu hari yg penuh dengan kesedihan bagi kebanyakan rakyat di Perak kecuali bagi penyokong2 BN yg sudah tentu sedang meraikan "kemenangan". Mungkin ada pihak yg menganggap kenyataan aku ni sebagai satu kenyataan yg keterlaluan, berat sebelah atau pun prejudis terhadap mana2 pihak.Secara jujur, aku buat penilaian atau justifikasi ini berdasarkan komen2, SMS dan juga panggilan telefon dari kebanyakan rakyat Perak yg menyatakan kekecewaan mereka terhadap keputusan yg telah dibuat oleh Tuanku Sultan Perak. Dalam hal aku membuat justifikasi ini, secara telus aku tidak sekali2 mengambil kira apa2 pendapat dari orang2 politik kerana aku inginkan pendapat ikhlas dari insan2 yg bergelar rakyat. Kalau aku ambik kenyataan atau pendapat dari org2 politik, sudah tentu awal2 lagi aku dah dapat jawapannya.
Secara jujur, rakyat rasa tertipu...rakyat rasa diperbodoh2kan....rakyat rasa menyesal keluar membuang undi pada Mac 2008 lalu...rakyat rasa tidak berbaloi mendaftar dengan SPR kalau semua ini hanya memerlukan hanya satu suara dari insan yg bergelar Sultan. Suara rakyat dinafikan....mulut rakyat telah ditutup. Rakyat telah hilang keyakinan dan percayalah bahawa Tsunami Politik yg lebih besar dari PRU12 yg lalu pasti berlaku dlm PRU13 nanti....ingat statement aku ni. Bila kita dengar laporan2 dari media khususnya TV yg mengatakan rakyat telah memberikan mesej yg jelas bahawa BN tetap relevan dalam memperjuangkan rakyat....uiksss aku rasa heran jap, bila masanya rakyat bersuara. Yang aku tau, rakyat kebanyakannya mohon agar diberikan fresh mandate iaitu pemilihan semula (Pilihanraya) bagi menentukan kedudukan wakil2 mereka dengan cara yg cukup demokratik. Malangnya hak rakyat Perak hari ini telah dinafikan secara mutlak oleh Sultan yg sebelum ini disanjung tinggi kerana dianggap cukup rasional, cukup berpengetahuan...malah pernah memegang portfolio tertinggi dalam institusi kehakiman. Lupakah Tuanku bahawa Tuanku pernah menulis sebuah buku yg bertajuk "Constitutional Monarchy, Rule of Law And Good Governance" pada tahun 2004 yg lalu..??Namun hari ini, realitinya adalah apa yg disebaliknya. Rakyat sudah menderhaka terhadap Tuanku atas apa yg telah Tuanku zalimi.....patik tak berkuasa untuk menghalangnya, ampon Tuanku. Sori laa, malas aku nk komen hal2 Sultan Perak ni, tapi kalau nk tau luahan rakyat [.....dan juga penderhakaan rakyat], jenguk2 laa kat sini.
Walaupun aku bukannya "peminat setia" Pakatan Rakyat namun aku mengaku bahawa aku cukup mengkagumi kepimpinan Dato' Seri Muhammad Nizar selaku MB Perak. Tidak keterlaluan kalau aku katakan yg aku cukup sedih dengan "kehilangan" seorang pemimpin seperti beliau.
Polis telah memenuhi bandaraya Ipoh dan kenyataan dari Ketua Polis Negara lah yg menyebabkan perhimpunan 100,000 yg dijadualkan di Stadium Indera Mulia terpaksa dipindahkan ke Kediaman Rasmi MB. Kalau kita bersolat jemaah beramai2 cam ni boley gugat keselamatan ker..??? Diberitakan juga bahawa Jalan Raja Nazrin Shah (Jalan Gopeng) yg menempatkan Istana Kinta telah ditutup untuk laluan orang ramai. Soalnya...kenapa pihak Sultan perlu mendapatkan "perlindungan" sebegini sekiranya difikirkan segala tindakan yg dibuat merupakan tindakan yg adil terhadap rakyat..?? Kenapa perlu takut dengan rakyat...??? Kalau ternyata pihak istana sendiri telah menzalimi rakyat, sampai bila pun akan sentiasa dibelengu rasa bersalah yg tak sudah dan aku rasakan bermula esok tiada lagi doa-doa tulus ikhlas yg akan diaminkan ke atas Sultan oleh rakyat...kalau tidak pun sekadar menadah tangan dengan tanpa rasa ikhlas.
Aku dapat rasakan bahawa akan lahir ramai lagi Hang Jebat di Perak bermula hari ini....kerana "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"
10 comments:
Bro aku pun sebenarnya hampir dah tak ada perkataan yang nak perkatakan dlm hal nie.... Apa pun aku kecewa Bro... aku pun org silver Bro !
Apa pun selagi kita tetap dgn pendirian kita bermakna kita masih menang... menang Bro !
teman pun orang perak jugak. Tapi duduk nun jauh di Melaka. Text ini bukanlah lahir dari suara BN.
Bile baca artikel nie kan.. kenape sedara mempersoalkan kata putus sultan eh? < Bukan nak protect dier pun >
Padahal pencetus isu yang berlaku di Perak adalah 3 orang kuat PKR dan DAP da keluar parti. Itu lah yang patot difokuskan.
Kalo diorang tak keluar dari jemaah, sultan rileks aje...asalkan negeri aman damai udah le..( kata mudahnye.. )
adoi la... kalau bab politik,
aku tak berani nak komen ape ape.
memang aku jenis yang malas nak
ambik tau pasal politik...
bagi aku semua tuh topeng... tak kire
ape jenis sekalipon.. dan kebanyakkan
nya tak seperti perjuangan dulu.
motif politik skang ni?? susah nak
cakap. kalau dulu org berpolitik
sebab nak memerdekakan Tanah
Melayu, aku ulangi... Tanah Melayu.
So sekarang ni, kemane hala tuju
mereka? Lu pikir laa sendiri.
"kalau dulu org berpolitik
sebab nak memerdekakan Tanah
Melayu, aku ulangi... Tanah Melayu..."
mendalam sungguh kata-kata bro azman..yang aku tahu la apa yang berlaku ni ada udang sebalik meee...fikir-fikir lah dengan mata hati...teringat satu lagu
lompat sikatak lompot lompat lah tinggi-tinggi"...tertanya jugak dalam hati apasal lah katak suka menlompat?
jatuh tak sakit ke...
wahai saudara seagama dan sebangsa dengan ku topeng apa pun yang dipakai jangan lupa sakit di tangan seluruh badan pun terasa juga...yang aku tahu la ada orang lain yang tersenyum dan bertepuk tangan dengan senario ini...
[ Sheikh ]
aku tk abis2 sedeh bro....
apa yg berlaku ni agak complicated
ramai org yg tk paham
almost all kakitangan kat Pejabat SUK Perak susah hati hari ni...they've lost their respectful MB
aku still mcm tk percaya semuanya berlaku dlm sekelipmata sahaja :(
[ Minister Of Mind ]
owhh...org Perak gak ni
bukan aku sja2 nk pertikaikan kptusan Sultan tp bila Sultan sndiri seolah2 tk boleh lihat kepentingan rakyat mcam mana...yg Pakatan Rakyat nakkan bukan lah kekal dlm kuasa tapi fair trial dlm pilihanraya...tu jer.
yg aku bertmbah frust bila org yg cukup faham dgn undang2 tapi tiba2 jer macam tk berapa paham...
bukan niat aku untuk emosi dlm hal ni...tapi hakikatnya Tuanku Sultan sendiri telah mencemarkan nama baiknya....hari ini rakyat Perak keseluruhannnya telah melahirkan kekecewaan terhadap Sultan yg selama ini menjadi simbol kuasa rakyat.
ok...kalau dia tk mau terima pembubaran DUN...ok lagi rakyat boleh terima tapi bila Tuanku declare satu kerajaan baru free macam tu saja...maunya rakyat tk marah...sedangkan position 28-28 [yg 3 ekoq tu tk aci kira..sebab technically they are no more ADUN]
[ Mr Azman ]
heheh...aku pon bukan yg jenis minat ngan politik tapi bila everything dah tunggang terbalik dan aku sendiri turut rasakan apa yg berlaku...then aku kn amik tau juga ler :)
bro...aku dok dlm ngeri Perak ni terasa sgt laa diperbodoh2kan macam tu jer oleh malaun2 yg mmpunyai agenda peribadi sehingga gugurnya sebuah kerajaan
10 bulan aku kejer bwh Dato' Seri Nizar...aku tau laa apa yg berlaku dlm Perak ni walaupun ada pkra2 yg aku tk berapa paham dgn geng2 dia dlm Pakatan Rakyat....susah nk jumpa ngan org cam dia ni
hari ni rata2 staf di Pejabat SUK Perak cukup terasa kehilangan dia. pagi tadi dia still gi pejabat dia tapi yg paling mengejutkan...dia dihalau dengan cara yg tidak menampakkan ciri2 kemanusiaan...diherdik keluar oleh seorang dua Pegawai di Pejabat SUK...sedih bro, seorang MB diperlakukan cam tu....
dlm pada tu ramai yg terasa sgt bila lepas ni tak dapat lagi diimamkan oleh Dato' Seri Nizar dalam solat Zohor dan Asar di surau Pejabat SUK Perak
dah laa bro...aku dah tk leh taip lagi...siyes, gua sedey
[ Papa-Itam ]
perghhh dalam sungguh interpretasi hang tuh..kagum aku
at least terubat gak luka di hati :)
[ Sheikh ]
aku tk abis2 sedeh bro....
apa yg berlaku ni agak complicated
ramai org yg tk paham
almost all kakitangan kat Pejabat SUK Perak susah hati hari ni...they've lost their respectful MB
aku still mcm tk percaya semuanya berlaku dlm sekelipmata sahaja :(
itulah politik bro, apa jua buleh berlaku...sekelip mata..
saya sudah merasai ketegangan politik di teganu suatu ketika dulu, dan efek sebagai pekerja yang sama cam bro...
walopon dalam hati, memang nak bolayan ajer ngan efek politik nih, tapi bila dah jadi cenggini, memang masing2 kena bukak mata...
sedih tengok kat perak, yang kena sembur ngan gas2 asap tu orang2 melayu kita...kerana apa?kerana politik...
memang kita sering dengar politik itu kotor, bukan politik itu kotor, orang dalam politik itu yang kotor....
Udah2 ler...rakyat sekang bijak menilai...sibok nak kontroversi, bila masa memasing nak buat keje nih!!
Berakhirlah ngan aman.
Post a Comment