Monday, August 11, 2008

~:: A Called For Umrah - Part 2 ::~

Alhamdulillah.....

Setelah agak lama posting Part 1 "mengusik" hati dan jiwa uols sumer, CM bersyukur kerana masih diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyiapkan entri A Called For Umrah - Part 2, walaupun ruang-ruang masa cukup mencemburui kehidupan CM kebelakangan ini. Kalau entri terdahulu lebih memfokuskan ibadat2 di MADINAH AL-MUNAWWARAH tetapi bagi entri kali ini CM akan fokuskan pula pada ibadat2 di MAKKAH AL-MUKARRAMAH yang bermula pada 20 Julai 2008 hingga 29 Julai 2008 yang lalu.


Makkah adalah tempat yang cukup bersejarah dan tempat bermulanya dakwah Nabi Ibrahim A.S, kota suci yang mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Kota yang didoakan oleh Nabi Ibrahim untuknya keberkatan yang tidak putus-putus dan keselamatan daripada pengaruh dajal serta dilipatgandakan amal bagi yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Allah menjadikan hati-hati manusia merinduinya dan mewajibkan hamba-hambaNYA yang mampu agar mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda.


Firman Allah dalam Surah Ali Imran yang bermaksud :


"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia"


Ingin diingatkan di sini bahawa CM bukanlah orang yang arif di dalam membicarakan apa-apa persoalan Ibadat Haji dan Umrah....cuma telah direzekikan oleh Allah untuk menjadi tetamunya buat masa yang cukup singkat dan setidak-tidaknya peluang yang singkat itu bisa mengubah sempadan keimanan diri di samping berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan teman semua.....InsyaAllah. Sungguh terasa kerdil diri ini semasa di sana.....dan kekerdilan itu menyebabkan CM berasa masih banyak yang perlu direpair tentang diri ini....masih banyak yang perlu dipost mortemkan....masih banyak yang perlu dibrain washkan.


Harapan CM, agar usaha kecil ini (memaparkan gambar-gambar Makkah & Madinnah) bisa menyentuh hati dan mendatangkan hidayah bagi insan-insan lain yang mungkin akan turut merasakan kemanisannya....InsyaAllah. CM juga mengharapkan agar entri "A Called For Umrah" ini setidak-tidaknya akan memberikan perspektif asas tentang Makkah & Madinah. Kepada yang pernah berkunjung ke sana, CM harapkan agar entri ini dapat merefreshkan kembali memori indah semasa di sana dan kepada yang masih belum berpeluang CM berharap entri ini bisa menjadi sumber inspirasi untuk uols letak niat untuk ke sana....InsyaAllah

Sebenarnya, sehingga ke hari ini CM masih teringat2 kenangan manis di sana dan perasaan rindu itu masih mekar di hati ini.....kalau tak percaya tanyalah pada sesaper saja yang pernah ke sana, rindu tu pasti hadir sentiasa. Sekarang ni, kalau CM rasa rindu dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.....CM pasti ke sini. Rakaman setiap solat waktu di Masjidil Haram boleh didengari di sini.

Guide Plan for Masjidil Haram

Kejutan....tak terfikir pulak macam ni punya ramai kalau buat Ibadat Umrah......Abah kata dah hampir sama dengan musim Haji. CM, no komen....tak tau caner nak differenciate antara time Umrah ngan time Haji....this was my first xperience.



Ni pandangan dari roof top........tak ramai orang kat atas ni, tapi kalau musim Haji tok sah cakap ler..
Ni kira time tengahari ni...so kurang skit orang yang bertawaf....walaupun panas terik but still can solat and tawaf under the hot sun and the hot floor....itulah kelebihan "Tanah Haram"


Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan......mungkin nak diperbesarkan lagi masjid kot..


Close-up Kaabah...nampak tak dekat kain kelambu Kaabah tu perkataan ALLAH everywhere..?


Keadaan yang cukup sesak dalam Hijir Ismail (lingkungan separa bulatan yang terletak di utara Kaabah). Semua berebut2 kerana tidak mahu melepaskan peluang berdoa dan bersolat dalam Hijir Ismail ni .





Tak ada satu ketika pun Masjidil Haram ni lengang....sentiasa dipenuhi manusia. Aktiviti ibadat bertambah rancak di sebelah malam.


Rasanya tak satu masa pun Kaabah ni tidak ditawaf oleh manusia.....kecuali ketika masa solat fardhu
Multazam yang terletak antara Rukun (bucu) Hajarulaswad dan pintu Kaabah dikatakan sebagai salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Jadi, setiap kali tawaf umrah atau tawaf sunat, CM tidak akan melepaskan peluang untuk bersolat sunat dan juga berdoa di sini. Sebab tu laa kalau diperhatikan gambar2 Kaabah yang CM amik kebanyakannya berhadapan dengan pintu Kaabah.
Rak Al-Quran almost everywhere dan Al-Quran dibaca setiap masa oleh umat-umat yang berkunjung ke Masjidilharam ini.....bukan macam masjid-masjid kat Malaysia, yang banyaknya Surat Yassin...tu pun hanya sering dibaca Malam Jumaat jer...waktu2 lain Allah saja yang tahu. Bila balik Malaysia CM buat post-mortem (muhasabah diri)....rasa rugi pulak tak habiskan 30 juzuk Al-Quran semasa di Mekah......at least baca terjemahan pun jadi laaa. Tak apa, lain kali sesaper yang pergi buat umrah, rebutlah peluang ini.

Air Zam-Zam pun almost everywhere...minumlah sepuas-puasnya...pihak pengurusan masjid menyediakan cawan2 plastik pakai-buang....rasanya dalam sehari berjuta kot. Dekat bekas air tu ada 2 ruang, satu ruang untuk cawan plastik yang belum guna & satu ruang lagi untuk cawan yang dah guna.....emmmm itu saja berapa laaa dia punya belanja....wallahua'lam. At least dalam sehari CM akan minum 5 kali iaitu selepas setiap solat fardhu....sekali minum pulak 2 gelas...hehehe. So, bila balik ke Malaysia...terasa air mineral yang kita dok minum hari-hari tu pahit dan tak sedap....patut laaa Air Zam-Zam dikatakan sebagai air yang terbaik....Allahhuakbar.

Di sinilah tempat yang disyariatkan sebagai permulaan Sa'i - Bukit Safa.
Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Safa & Marwah adalah sebahagian daripada syi'ar Allah"


Keadaan yang agak lengang di sebelah tingkat atas....para jemaah lebih selesa menunaikan Sa'i dan tidak perlu berasak-asak.

Berbeza dengan keadaan di sebelah bawah yang agak sesak....mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat Sa'i di sebelah atas.

Tempat berakhirnya Sa'i - Bukit Marwah.


Membaca Al-Quran telah menjadi satu budaya bagi masyarakat di sana tidak kira tua atau muda, setiap masa Al-Quran akan dibaca. Bila imagine balik di Malaysia...keadaan ini tidak berlaku, kalau ada pun hanya bacaan Yassin beramai2, tu pun malam Jumaat jer yang sering dibuat di masjid-masjid.

Emmmm...ada suatu yang menarik pada pix ni, seorang remaja dalam keadaan patah kaki dan berkerusi roda masih bersemangat untuk bersolat di masjid. Kalau remaja kita......jangankan ke masjid, solat di rumah pun dah tentu off....hehehehe. Ingatlah dalam keadaan macam mana pun kita sepatutnya boleh menunaikan solat kecuali dalam keadaan fikiran yang tidak waras....selain dari itu ada caranya. Islam itu tidak menyusahkan......

Ni pun ada sesuatu yang menarik yang CM nak ceritakan....sekumpulan remaja yang mungkin baru balik main bola atau bersukan tetap menjadikan masjid sebagai satu tempat yang wajib dikunjungi. Kalau remaja kita.....selagi bola tu masih boleh nampak, jangan harap laaa nak bersurai walaupun azan Maghrib telah berkumandang.







Beberapa pandangan interior Masjidil Haram yang sempat dicapture oleh kamera henpon.....bukan senang tau nak dapat pix ni sumer, kena jadik macam paparazzi ler pulakkk


Burung merpati yang banyak di sekitar Masjidil Haram......tapi yang menghairankan tak ada sesaper pun lalu lalang tu terkena najisnya. Pernah sekali tuh rasa terlintas di hati nak menyebutnya...tapi teringat balik, sat lagi tak pasal2 aku jadik orang yang pertama pulak kena taik burung tuh...hehhehehe

Di sekitar sebelah luar Masjidil Haram


Salah sebuah menara Masjidil Haram...gambar ni diambil dari roof-top.





Bahagian luar Masjidil Haram














Panorama bangunan-bangunan kormesil - premis perniagaan dan hotel, di sekitar Masjidil Haram, Kota Mekah

Pandangan dalam salah sebuah shopping complex....foyer agak lengang, agaknya orang Arab ni terlalu kaya sampaikan tak reti nak maximised ruang yang ada. kalau kat M'sia sure dah penuh kat foyer ni....hehehehe
Penuh satu building....dia punya billboard. Merokok tak jadi satu kesalahan kat sana, cuma yang menjual jadik kesalahan pulak....kompius,kompius.....

Keter ronda polis...besar woooo, kat depan ngan belakang ada additional steel bar.....kalau ada samseng jalan raya.....langgar jer kot...hehehehe

Peronda motosikal pulak guna Yamaha Virago
Kereta kat sana....perghhhhh hebat2, tapi hancussssss.....kemek sana, pecah sana, cermin pecah pun buat tak taw jerkkkk....dah dasar orang Arab ni kasar2....dah tu kaya pulak....rosak ker, kemek ker, pecah ker....tader hal punya.


Toyota Yaris melambak kat sana.....yang ni tak tau laaa berapa hari boleh tahan, setakat ni tader "injury" lagik kat keter ni.....heheheh

Mintak maap kepada pemilik Toyota Camry....kat Malaysia korang boleh laaa nak tunjuk lagak, tapi kat sana Camry ni setakat jadik teksi jer....ahaks

Melambak Camry jadik teksi.....

Haaa...kat sini pun ada citer gak......kalau kat Malaysia laaa, agak2 ngkorang sanggup tak dok lalu lang dekat lori sampah yang macam ni...kat bawah lori tu siap ada tadah berkotak2 air sampah yang hitam pekat. Di Mekah....lori sampah ni ibarat tong sampah, maknanya statik tak bergerak2 selagi tak penuh. Yang menghairankan tak berbau langsung dan tak der laaa pulak dikerumuni oleh sang lalat dan sang langau.....tu laaaa kelebihan Tanah Haram. Kat Malaysia, kalau lori sampah lalu kat depan rumah pun, sehari suntuk pun dia punya bau belum tentu hilang.....
Kat sana tak ada underground water piping system macam kita....so depa guna macam paip bomba ni di mana setiap hari, biasanya petang atau malam, lori tanker akan hantar air dan air disalurkan melalui piping ala-ala paip bomba ni......mungkin ada reasonnya....sori CM tak sempat siasat....
Ni laaa lori tanker yang hantar air tuh....
Macam-macam buah ada including buah-buahan mediteranian.....fresh appricot & peach pun ada

Dunno...what kind of peaches is this, tapi emmmm sedap dan manis, selalu CM dok beli, murah jer sekotak asyara riyal, sepuluh riyal laaaaa.....Cakap pasal currency senang jer kita nak berbelanja pasal nilai RM dengan SR (Saudi Riyal) lebih kurang sama, RM tinggi skitt. Kalau kita tukar RM100 then kita akan dapat balik SR112 tapi kat Madinah ari tuh boleh dapat SR115.

Haaa....tengok, macam2 buah ada...ari tu ada laaa beli untuk bawak balik peaches & appricot tapi sampai Malaysia dah tk leh makan, mungkin pasal dok dalam beg lama sangat or keadaan cuaca yang tak sama....wallahhua'lam



Ni kat Muzium al-Haramain....kat sini tersimpan barang-barang lama dari Masjidil Haram termasuklah pintu Kaabah, Telaga Zam-Zam, Al-Quran tulisan tangan, tiang Kaabah dan banyak lagi barang-barang yang berkaitan dengan Baitullah.

Pintu Kaabah



Kain Penutup Pintu Kaabah

Telaga Zam-Zam....Telaga Zam-Zam yg skrg ni kat Masjidil Haram tu mmg dh ditutup utk umum.. Jadi kalo nk tgk mcm mana rupa telaga zamzam yg dulu2, kena la tgk kat muzium je. Sekarang ni tau-tau dah ada jer air Zam-Zam tu, telaganya dah tak boleh tengok lagi...semuanya main piping cara moden.


Runtuhan Masjid Hudaibiah di mana para sahabat melakukan baiah (janji setia) kepada Rasulullah S.A.W untuk memerangi orang kafir Quraisy.


Permandangan khemah-khemah di Mina...kawasan ni hanya dipenuhi semasa musim Haji sahaja.....kalau bukan musim Haji lengang tak ada orang. Orang bertambah ramai dari tahun ke tahun....tengoklah siap ada appartment lagi sebagai tambahan kepada khemah-khemah kekal.


Khemah-khemah kekal di Mina


Gambar ni amik kat puncak Jabal Rahmah. Haaa, nak tau apa depa ni buat....tulis nama atas batu laaa cam lagu Sudirman tuh. Naper depa ni tulis nama atas batu/tiang tuh...???? Kononnya nak cepat dapat jodoh......see, orang Arab pun dok buat kerja-kerja khurafat camni padahal Nabi Muhammad S.A.W dah pesan jangan buat benda-benda cam ni. Jabal Rahmah ni terletak di Padang Arafah. Mengikut riwayat ahli sejarah, di atas bukit inilah tempat pertemuan pertama kali Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa di atas muka bumi ini. Setelah turun ke bumi ini dari Syurga, mereka terpisah selama 200 tahun.


View dari puncak Jabal Rahmah

Jabal Nur mengandungi Gua Hira’ iaitu tempat di mana Malaikat Jibril menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw. Di gua ini lah berlakunya peritiwa iqra’ di mana ayat yang pertama dari Al-Quran yang bermaksud ‘bacalah’ telah diturunkan.
Jabal Thur - di bukit ini terdapat Gua Thur, di mana Rasulullah S.A.W bersama sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Peristiwa Hijrah ini terjadi setelah pihak Musyirikin merancang untuk membunuh Rasulullah S.A.W menahan atau menghalaunya. Lalu Baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 Safar selepas 14 tahun kenabian, bersamaan 12/13 September 622 Masehi. Pemergian Rasulullah S.A.W ini telah ditemani oleh sahabatnya yang setia iaitu Abu Bakar al-Siddiq r.a. Mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama 3 hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Mekah. Ketika di dalam gua ini, labah-labah membuat sarang di pintu gua tersebut untuk mengaburi jejak-jejak dan menyelamatkan Rasulullah dari dibunuh oleh mereka. Setelah itu Rasulullah S.A.W bersama Abu Bakar al-Siddiq r.a meneruskan perjalanan ke Madinah.

Baikkk punya posing...macam tau2 jer nk masuk akupunyalife.blogspot.com...ahaks

Ini ana punya ladang ternakan unta laaa.....sapa mau boleh order sama ana laa. Kat sini CM berpeluang minum susu unta fresh....baru perah punya. Suprisingly bagi seorang bukan peminum susu macam CM ni boleh minum susu unta tu steady jer...tak ada bau & tak ada rasa yang boleh membuatkan isi perut tuh keluar. Khabarnya Rasulullah amat menggemari susu unta....

Maka dengan ini, berakhirlah episod "A Called For Umrah"...walaupun CM terpaksa berhadapan dengan kekangan masa, masalah teknikal blog [ari tu blog ada problem....javascript void laaa, error on page laaa, tak boleh edit laaa, tak boleh save laa, could not contact blogger.com laa, saving & publishing maybe fail laa dan macam2 lagik]. Tu laa pasal entri ni makan masa untuk publish walaupun dah terperam sebagai draft.

Cam mana pun CM tetap bersyukur kerana semuanya dah okay....tunggu CM tekan button publish post jer kan. Thanks pada sesaper yang mengkritik, yang tak sabor2 menunggu entri dan tak kurang juga yang bagi kutukan maut...."blog dah bersawang"...heheheheh uols really make me smile every time I enter this blog.....and the memories shall remains forever.

19 comments:

Ryehanna said...

Yesss! 1st to comment!

akhirnya...ade pon part 2...
byk betul gmbr yang CM upload...
sukanye...rase mcm ade kat sana...[walaupon hakikatnya tak..dan xmungkin same!]

terfikir gak, sempat jugak CM snapped pics ni semua...
thanx cos share semua2 ni...
pengalaman CM...

sharing is caring kan..

err...pasni,next entry pon mesti dipublish pas kena 'Blog dh bersawang!' ekk?

ekekeke...

n a d i r a said...

subhanallah...there's nothing much i can say...im speechless...tetiba rase sebak sgt...i wil go there 1 day...insyaallah...amin...

Cybernetics Mind said...

ryehanna...
alamak...jenuh nk nyiapkan part 2 tuh...banyak betoi dugaannya..heheh

banyak gambar???? tu baru skit jer, total sumer yg CM ada dekat2 700 keping...ari tuh print kat kedai pun nearly RM300.

yupp...setujuuuu sharing is caring, tu pasal CM rasa puas dapat share sumer pics tu ngan uols sumer.tetiber tingat lagu RADJA - Aku Ada Kerana Kau Pun Ada...cer bayangkan kalau blog kita ni tader visitor, mahu ker kit dok ngomel dalam blog ni sorang2...ahaks

Cybernetics Mind said...

nadira...
sawang dah tak der dah....dah sedut guna vacum cleaner...hehehe

tu laaa...belum pegi sana dah rasa semacam....imagine laaa kalau kita dapat jejak kat sana macam mana...Allah saja yg tau ;)

tikanya pasti datang...don't worry

Meooo Comicore Club said...

cantik gambar. nicelah.

Anonymous said...

Subhanallah.Ramadhan ini nak umrah lagi tak?

~daRLee ZuRiS~ said...

sangat kagum tau CM :)
harap2 saya pun dapat ke sana suatu hari nnti...

Cybernetics Mind said...

meo...
emmm.....realitinya lagiiiii cantik & ....tak tahu nk kata apa :)


treen...
Ramadhan ni...???? memang ler teringin nk pergi....tapi CM baru balik ni, kena cari duit lagi ler...:)


darlee zuris...
bukan kagum jer...u can "feel" kebesaran Allah.

pasang niat betul....azam mau kuat, insyallah masanya akn tiba :)

cendawanintim said...

bestnyer kalu 10 malam terakhir di bulan Ramadhan dpt berpuasa dan beribadat di Mekkah kan..

Anonymous said...

bessssssssssttt!!!...very interesting story. Touching habis...InsyaAllah, one day mesti follow your footstep CM.

Bestlah CM dah pergi ke tanah suci Mekah Mukaromah, harap CM sempat buat banyak amal ibadat kat sana. Masjid2 dia pun kan cam menyayat hati je...beauty dia menusuk kalbu.

Banyak perkara yang kita tak tahu dapat CM cover. Tapi yang kelakarnya, Camry tu org kat sini duk belagak ramai...kat sana, TEKSI berlambak lak hahaha!!

Unknown said...

Salam bro...
Lame tak berkeomentor kat blgo yang semakin populer ni, jeles segale-galenye.

Topic hari ni tadek kenemengena dengan entry, sebab gua dah citer everything on part 1. Cume kali ni nak tanye skit mane peginya wigdet-widget kesayangan??? dah abis semua lesap dah ni...

Kaler pon cun. Nanti ade mase bleh tolong godek template gua plak ok.

Xceli... nice pict. Aku cume mampu tengok jer dulu. Just simpan keinginan dan cita cita. Masa dan waktu menentukan segalanya.

Kreuger®

Anonymous said...

bestnye..mudah mudahan aku pon dapat kesana 1dae nt..aniwae samat berpose =D

Cybernetics Mind said...

cendawanintim...
toksah cakap ler...jgn kan 10 hari terakhir...kalau dapat berpuasa kat sana dalam bulan Ramadhan pun kira dah cukup seronok....tu laa, sehari dua ni dok terbayang2 kalau puasa kat sana jer...rindu taw


razzirahman...
InsyaAllah....Bro pun akan ada peluang tu jugak.

Emmmm...Bro tak jadi ker nak beli Toyota Camry....ahaks


kreuger...
pasal template baru tu, sib baik aku dah amik langkah2 keselamatan, segala script aku dah simpan dulu. so segala widget tu dah hilang, aku tak free lagi nk masukkan balik...kira aku punya blog tu masih under renovation & under construction lagik ler...


anysz...
lepas STPM nnti suruh mak bapak ngko banjer pi sana...okeh gak kan ;)

zackzara said...

Salam Ramadhan CM.

Dah lama tak menjengok sini...sekali tengok dah ada part 2! Hehhe.. I loikkee! Erm.. sungguh best bila di sana kan! I nak pegi la.. Insya Allah di suatu masa. Kalau dah di sana...mcm tanak balik je rasa kan.. org kata. Kalau camtu.. tukar la profession i.. jadi drebar teksi Camry! Best kot ekk..

Eriyza said...

Indahnya dapat menjadi tetamu Allah. Heharap lain kali saya pun berpeluang ke sana.

Cybernetics Mind said...

zackzara...
I already promised pasal part 2 tu kann..."hadiah" CM untuk sumer. hehehe...nk jd driver teksi camry...i don't think so, kt sana tader woman driver laa.....sian zarra tk tercapai cita2...ahaks


eriyza...
one day InsyaAllah akan tiba masanya....tunggu je la "jemputanNYA" di samping kita sendiri yang letakkan niat dan azam yang kuat dalam diri kita :)

Anonymous said...

nice! thanks CM... sorry lama tak jengah... banyak sket keje sejak dpt tukar semula ke KL...

seronok tgk gambar... and terpanggil je... insyaAllah kalau ada rezeki... :) winkwink

Anonymous said...

haha, best gila artikel ni. mcm2 gambo...

yang xtahan sume tmpat ko jelajah, ekeke... bestnya tgk ko g umrah.

yang xtahan lg ko balun org arab tulis nama atas batu tu, ekekeke. sempoi gila...

Anonymous said...

terima kasih pic2 tu..bestnya dapat tengok..selalu asyik dengar org citer jer tak dapat bayangkan.

Dalam masjidilharam boleh bawak masuk kamera ek?

Selalu diaorang kata kalau musim haji tak boleh.

boleh copy tak artikel ni nak masuk blog saya? nnt bagi kredit kat blog ni.tq

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...