Antara hint yg CM pernah nyatakan dalam posting yg lepas ialah dalam posting bertajuk "Too Stressed To Think" - last sekali tu ada satu statement - "CM sebenarnya dalam proses akan "membawa diri" jauh dari rasa stress.....dan ini juga satu misi atau juga merupakan sebagai satu remedi dalam menangani stress" Begitu juga dengan posting bertajuk "Akhirnya" , "Lost & Found" dan "Tension Tapi Mesra" , semuanya ada hint...hehehehe
Insyaallah, CM akan bersama2 my soulmate/my beloved wife and also both my parents dalam misi mengerjakan Ibadat Umrah kali ini. Bagi Mama & Abah CM, ini merupakan kali kedua mereka akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah selepas kali pertama mengerjakan Ibadat Haji beberapa tahun yang lepas.
So, caner...??? Tahu dah kan, kenapa CM quite bz recently kan. Kengkadang bila free tuh, CM online gak, tapi tak berapa enterprem sangat pasal dok buat sedikit sebanyak persiapan fizikal dan juga kerohanian....maklumlah bukan nak gi makan angin tapi nak gi buat kerja ibadat.
"...dan sempurnakanlah Ibadat Haji & Umrah kerana Allah S.W.T"
- Niat Ihram Umrah - "Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Dan Aku Berihram Dengannya Kerana Allah Taa'la"
- Tawaf
- Sa'ie
- Tahallul - Bercukur / Bergunting
- Tertib
Wajib Umrah :
- Niat Ihram Di Miqat (Miqat ialah sempadan atau titik permulaan bagi seseorang memulakan Ibadat Haji atau Umrah) - Miqat Qarnul Manazil, Miqat Tanaim, Miqat Jaaranah & Miqat Hudaibiyah.
- Meninggalkan segala larangan ihram.
Talbiyah :
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah, Hamba-Mu datang menyahut panggillan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu , Tuhan Yang Tidak Ada Sekutu Bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu tidak ada sekutu bagi-Mu"
dah siap sikit2 dahhh....
kain ihram...wajib ada
beberapa benda yang CM anggap penting :
- Panduan Praktis Umrah & Ziarah...emmm kena gantung kat tengkuk ni
- Travellers socket plug - kalau tk der ni haru pasal kat luar M'sia tak ada "three pin plug", kalau charge h/phone problem...gadget ni berupa converter atau adapter yg menukarkan dari 3 pin kepada 2 pin. Hehehehhe, dulu CM dah pernah kena problem ni, tu pasal yg tau.
- Off course my Nikon Digi Cam, kalau tadek, emmmm nangis kot...ahaks
- MP3 Digital Player / Recorder - penting untuk buat catatan/rakaman perjalanan, manalah tau kot2 balik nanti boleh buat Travelog pulak.
Kepada sumer, doakanlah agar CM dan crew selamat pergi dan balik dalam misi menunaikan Ibadat Umrah ini dan juga doakanlah agar CM dapat menyempurnakan Ibadat Umrah ini sebaik mungkin dan seterusnya mendapat keredhoaan dari Allah. Sebagai balasan, CM akan mendoakan di Mekah nanti agar kalian semua juga akan mendapat "special invitation" ini satu hari nanti...amin.
p/s : xceli CM nak buat entri pasal "reunion of batch 1990/1993 ITM Melaka" , tapi tak sempat laa pasal preparation banyak lagi yang nak kena buat. Rupanya projek Jejak Kasih yang CM buat melalui entri "Crew Members" telah membuahkan hasil di mana CM telah "bertemu" semula hampir semua kawan lama CM sewaktu di ITM Melaka dulu....syukur di atas pertolongan dari Yang Maha Esa. Kalau dilihat dalam entri tuh, tak banyak komennya, tapi CM tau, ramai sangat silent visitors [agaknya, kawan2 lama CM ni semuanya malu2 kot...] kerana melalui SiteMeter CM boleh detect heavy traffic dalam seminggu ni. Tak caya cer tengok graf kat bawah ni....hehehehe.