gambar cilok dari : http://www.livevideo.com/blog/CoreyisLive
Kebelakangan ni aku terpaksa spend masa utk menguruskan message inbox henpon aku, pasal dah exceed storage....paham2 je laa, situasi masih panas di Perak negeri yg ku chentaaa ni. Malah ada yg request supaya aku masukkan berita2 terkini tentang iklim politik di Perak ni dari semasa ke semasa. Aku rasa tk payah laa kot, pasal yg pertamanya blog aku ni bukan blog politik dan yang keduanya aku bukannya journalist blogger iaitu blogger yg mendapat apa2 berita atau laporan first hand iaitu maklumat yg fresh dari lokasi. Setakat amik maklumat sana sini pastu tempek kat blog aku ni...rasanya tk berapa best la kot...pada aku laaa. Apa2 pun, aku tetap rasa bertanggungjawab utk menjelaskan apa yg sepatutnya. Nak percaya ker, tak nak percaya ker, nak marah ker, nak puji ker....terserah. Janji aku tulis apa yg dok melekat kat modula oblongata aku ni....hehehehe. Untung2 dapat gak berita yg lebih soheh daripada apa yg disajikan melalui surat khabar atau pon tv tu...wakakaka.
Ok laa....bagi sahabat2 yg requestkan berita2 terkini dan fresh dari Perak, bersama ni aku listkan beberapa link bloggers yg telah bertungkus lumus dok bekalkan maklumat dalam berbagai2 cara dan tak kira di mana jua.....tepi jalan ker, tepi longkang ker, tengah padang ker...mana2 laaa. Pastu plak sanggup dok bersengkang mata, sanggup bekerja free of charge, sanggup diskodeng oleh polis2 SB......semata2 nak memberikan liputan yang telus dan terkini dari masa ke semasa....InsyaAllah.
- http://haninasution.blogspot.com/
- http://telokbakong.blogspot.com/
- http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/
- http://manjungmari.rentaprevolusi.com/
- http://bloggersnetworkmalaysia.com/
- http://satublogtotal.blogspot.com/
- http://muslimeen-united.blogspot.com/
- http://syaomel85.blogspot.com/
- http://perisik-rakyat.com/
- http://politikbanjar.blogspot.com/
- http://kulupsakah.blogspot.com/
- http://idhamlim.blogspot.com/
- http://jantantuya.blogspot.com/
- http://ajijoi.blogspot.com/
[cukup laa yg ada ni...yg lain2 cari sendiri la pulok]
Aku yg bebal ngan bahasa2 istana ni, baru2 ni tahu laa jugak apa yg dimaksudkan dengan istilah
"mohon sembah derhaka" . Kalau tak tahu tanya or cari laa maklumat ni dari mana2, jangan buat
own assumption ikut suka hati jer....kononnya nak buat permohonan untuk menderhaka seperti mana liputan yg dibuat oleh kebanyakan suratkhabar dan tv baru2 ni. Maksudnya yang sebenar ialah lebih kurang seperti
"kurang bersetuju dan mohon pertimbangan semula". Kalau nk tahu cerita yg sepatutnya keluar dalam tv or suratkhabar cer tengok ....macam mana satu surat tu ditulis dengan gaya bahasa yg indah sekali ditujukan kepada Sultan dengan tanpa niat untuk menderhaka. Klik
SINI. Baca dan nilai sendiri macam mana. Xceli pada aku, soal Dato' Seri Nizar menderhaka atau tidak, itu cuma dari soal moral dan budaya masyarakat Melayu sahaja yg umumnya mengatakan bahawa apa2 yg keluar dari mulut Tuanku Sultan adalah tanpa sebarang bentuk prejudis dan tidak boleh dipersoalkan lagi, tapi dari soal teknikalnya rasanya soal menderhaka terhadap Sultan tidak pernah timbul.
Tak dapat disangkalkan lagi, media arus perdana lebih bertindak agresif memihak kepada sebelah pihak sahaja apabila berlakunya krisis di Perak ini, seolah2 seluruh rakyat Malaysia mengatakan bahawa Dato' Seri Nizar telah menderhaka kepada Tuanku Sultan dan tidak berhak lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak. Namun begitu, sebenarnya masih ada lagi suara2 atau institusi2 yg mengatakan bahawa MB Perak masih lagi sah. Sekali lagi sudut moral dan juga teknikal patut diberikan perhatian. Dari segi teknikal atau sudut tafsiran undang2, kedua2 pihak mempunyai hujah2 yg tertentu bersabit dengan pemahaman Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Maka dengan itu, jalan penyelesaian bagi merungkaikan kekusutan kedua-dua pihak tentang tafsiran undang-undang tersebut, tempat yang paling sesuai adalah mahkamah.Dari sudut moral pula, apabila Menteri Besar yang baru dilantik oleh Tuanku Sultan Perak menggantikan Dato' Seri Nizar, sekali lagi ia dilihat sebagai satu tindakan
legitimate yg dibuat oleh Sultan yg dilihat sebagai keputusan yg bebas dari unsur2 prejudis kerana apa jua tindakan yg dibuat oleh Sultan dari sudut kebudayaan sosial masyarakat Melayu adalah 100% betul dan tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang pertikaian akan dianggap penderhakaan terhadap Sultan. Maka lahirlah apa yg dikatakan 2 nakhoda dalam satu bahtera di mana
"orang baru" akan menegakkan kebenaran dari sudut moralnya dan
"orang lama" tetap menegakkan kebenarannya dari sudut teknikalnya. Namun apa yg dilihat sebagai berat sebelah adalah, kenyataan dari pihak2 yg mempertikaikan kewujudan kerajaan baru di negeri Perak dan juga kenyataan yg mengatakan Dato' Seri Nizar masih lagi MB yg sah tidak dikeluarkan langsung di mana2 dada akhbar mahupun kaca tv. Antaranya adalah kenyataan dari Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO), Datuk Zaid Ibrahim(UMNO) dan juga dari pihak SUHAKAM. Kalau rasa nk tahu tentang kenyataan2 ni, sila klik pada link di bawah ni :
- Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah
- Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim
- Kenyataan SUHAKAM
Namun begitu, apa yg diperhatikan adalah.....lagi kuat ketelusan media disekat, lagi hebat segala bentuk maklumat dan fakta digali. Sebagai contoh, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia yg memberi anggapan bahawa Dato' Seri Nizar lah orang yg pertama yg "engkar" tidak mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Rupa2nya, kita semua salah kerana hampir2 dibutakan fakta oleh media2 arus perdana. Sebenarnya sudah ada kes yg hampir2 sama telah berlaku di Perak iaitu kes yg telah berlaku ke atas ayahanda kepada Dato' Seri Tajol Rosli, mantan Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi. [no wonder laaa, DS Tajol Rosli mendiamkan diri dalam isu2 yg berlaku di Perak ni]. Nak tau cerita selanjutnya klik
sini.
Sekarang ni riuh satu Malaya, orang2 Perak xpecially Dato' Seri Nizar menderhaka kepada Tuanku Sultan. Hehehehe...gelak kuat aku bila isu ni dibangkitkan kerana aku masih ingat lagi masa aku dok study kat ITM Melaka, early 90's...bapak kepada segala penderhaka di Malaysia ni ialah tk lain tak bukan ialah Tun Dr. Mahathir sendiri, di mana pindaan Perlembagaan Malaysia telah dibuat di Parlimen, menyentuh hal2 yg berkaitan dengan Kekebalan Raja. Sila rujuk Perkara 181(2) Perlembagaan Malaysia,pindaan tahun 1994 membolehkan Raja-Raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja. [rakan2 lawyer, kalau ada yg tak betul mohon maklumkan yerrr...] Maka, dari saat itu hilanglah imuniti atau kekebalan yg ada pada Raja-Raja Melayu.
Kalau ikutkan banyak lagi maklumat yg nak disalurkan. So, pada yg menagih sumber2 maklumat aku harap korang jenguk2 laa sendiri link2 yg aku listkan kat atas tu....tk payah laa lagi dok call aku or SMS aku dok tanya perkembangan semasa. Apa...korang ingat aku ni reporter kaaa....heheheheh. Pada yg tak puas hati...biasa laa, sori dari aku dan aku tk paksa pun sapa2 untuk baca entri ni kalau dah tak suka....nampak tak kat atas sebelah kanan tu ada tanda
X, pandai2 la kan....wakakakaka.
Kalau nak tau cerita2 pasal
Bad Corporate Governance pulak, ngkorang klik
sini. Bukan apa, masa aku kejer ngan
private sector dulu, aku memang tk
miss punya dengan benda2 yg berkaitan dgn
corporate governance ni. Untuk pengetahuan uols, Malaysia dari segi
rating memang banyak
bad corporate governance ni.....dalam bahasa mudah sektor korporat banyak sangat link dengan pihak2 lain - dengan bapak dia ni laa, dengan tok dia ni laa, dengan mak mertua dia ni laa, dengan Tan Sri ni laaa, dengan YB ni laaa....penyudahnya ketelusan boleh dipertikaikan....
Ok, chowww.