~:: Open your mind & let my mind do the talking ::~

Wednesday, February 11, 2009

gambar cilok dari : http://www.livevideo.com/blog/CoreyisLive

Kebelakangan ni aku terpaksa spend masa utk menguruskan message inbox henpon aku, pasal dah exceed storage....paham2 je laa, situasi masih panas di Perak negeri yg ku chentaaa ni. Malah ada yg request supaya aku masukkan berita2 terkini tentang iklim politik di Perak ni dari semasa ke semasa. Aku rasa tk payah laa kot, pasal yg pertamanya blog aku ni bukan blog politik dan yang keduanya aku bukannya journalist blogger iaitu blogger yg mendapat apa2 berita atau laporan first hand iaitu maklumat yg fresh dari lokasi. Setakat amik maklumat sana sini pastu tempek kat blog aku ni...rasanya tk berapa best la kot...pada aku laaa. Apa2 pun, aku tetap rasa bertanggungjawab utk menjelaskan apa yg sepatutnya. Nak percaya ker, tak nak percaya ker, nak marah ker, nak puji ker....terserah. Janji aku tulis apa yg dok melekat kat modula oblongata aku ni....hehehehe. Untung2 dapat gak berita yg lebih soheh daripada apa yg disajikan melalui surat khabar atau pon tv tu...wakakaka.

Ok laa....bagi sahabat2 yg requestkan berita2 terkini dan fresh dari Perak, bersama ni aku listkan beberapa link bloggers yg telah bertungkus lumus dok bekalkan maklumat dalam berbagai2 cara dan tak kira di mana jua.....tepi jalan ker, tepi longkang ker, tengah padang ker...mana2 laaa. Pastu plak sanggup dok bersengkang mata, sanggup bekerja free of charge, sanggup diskodeng oleh polis2 SB......semata2 nak memberikan liputan yang telus dan terkini dari masa ke semasa....InsyaAllah.

  1. http://haninasution.blogspot.com/

  2. http://telokbakong.blogspot.com/

  3. http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/

  4. http://manjungmari.rentaprevolusi.com/

  5. http://bloggersnetworkmalaysia.com/

  6. http://satublogtotal.blogspot.com/

  7. http://muslimeen-united.blogspot.com/

  8. http://syaomel85.blogspot.com/

  9. http://perisik-rakyat.com/

  10. http://politikbanjar.blogspot.com/

  11. http://kulupsakah.blogspot.com/

  12. http://idhamlim.blogspot.com/

  13. http://jantantuya.blogspot.com/

  14. http://ajijoi.blogspot.com/
[cukup laa yg ada ni...yg lain2 cari sendiri la pulok]

Aku yg bebal ngan bahasa2 istana ni, baru2 ni tahu laa jugak apa yg dimaksudkan dengan istilah "mohon sembah derhaka" . Kalau tak tahu tanya or cari laa maklumat ni dari mana2, jangan buat own assumption ikut suka hati jer....kononnya nak buat permohonan untuk menderhaka seperti mana liputan yg dibuat oleh kebanyakan suratkhabar dan tv baru2 ni. Maksudnya yang sebenar ialah lebih kurang seperti "kurang bersetuju dan mohon pertimbangan semula". Kalau nk tahu cerita yg sepatutnya keluar dalam tv or suratkhabar cer tengok ....macam mana satu surat tu ditulis dengan gaya bahasa yg indah sekali ditujukan kepada Sultan dengan tanpa niat untuk menderhaka. Klik SINI. Baca dan nilai sendiri macam mana. Xceli pada aku, soal Dato' Seri Nizar menderhaka atau tidak, itu cuma dari soal moral dan budaya masyarakat Melayu sahaja yg umumnya mengatakan bahawa apa2 yg keluar dari mulut Tuanku Sultan adalah tanpa sebarang bentuk prejudis dan tidak boleh dipersoalkan lagi, tapi dari soal teknikalnya rasanya soal menderhaka terhadap Sultan tidak pernah timbul.

Tak dapat disangkalkan lagi, media arus perdana lebih bertindak agresif memihak kepada sebelah pihak sahaja apabila berlakunya krisis di Perak ini, seolah2 seluruh rakyat Malaysia mengatakan bahawa Dato' Seri Nizar telah menderhaka kepada Tuanku Sultan dan tidak berhak lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak. Namun begitu, sebenarnya masih ada lagi suara2 atau institusi2 yg mengatakan bahawa MB Perak masih lagi sah. Sekali lagi sudut moral dan juga teknikal patut diberikan perhatian. Dari segi teknikal atau sudut tafsiran undang2, kedua2 pihak mempunyai hujah2 yg tertentu bersabit dengan pemahaman Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Maka dengan itu, jalan penyelesaian bagi merungkaikan kekusutan kedua-dua pihak tentang tafsiran undang-undang tersebut, tempat yang paling sesuai adalah mahkamah.Dari sudut moral pula, apabila Menteri Besar yang baru dilantik oleh Tuanku Sultan Perak menggantikan Dato' Seri Nizar, sekali lagi ia dilihat sebagai satu tindakan legitimate yg dibuat oleh Sultan yg dilihat sebagai keputusan yg bebas dari unsur2 prejudis kerana apa jua tindakan yg dibuat oleh Sultan dari sudut kebudayaan sosial masyarakat Melayu adalah 100% betul dan tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang pertikaian akan dianggap penderhakaan terhadap Sultan. Maka lahirlah apa yg dikatakan 2 nakhoda dalam satu bahtera di mana "orang baru" akan menegakkan kebenaran dari sudut moralnya dan "orang lama" tetap menegakkan kebenarannya dari sudut teknikalnya. Namun apa yg dilihat sebagai berat sebelah adalah, kenyataan dari pihak2 yg mempertikaikan kewujudan kerajaan baru di negeri Perak dan juga kenyataan yg mengatakan Dato' Seri Nizar masih lagi MB yg sah tidak dikeluarkan langsung di mana2 dada akhbar mahupun kaca tv. Antaranya adalah kenyataan dari Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO), Datuk Zaid Ibrahim(UMNO) dan juga dari pihak SUHAKAM. Kalau rasa nk tahu tentang kenyataan2 ni, sila klik pada link di bawah ni :
  1. Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah
  2. Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim
  3. Kenyataan SUHAKAM
Namun begitu, apa yg diperhatikan adalah.....lagi kuat ketelusan media disekat, lagi hebat segala bentuk maklumat dan fakta digali. Sebagai contoh, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia yg memberi anggapan bahawa Dato' Seri Nizar lah orang yg pertama yg "engkar" tidak mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Rupa2nya, kita semua salah kerana hampir2 dibutakan fakta oleh media2 arus perdana. Sebenarnya sudah ada kes yg hampir2 sama telah berlaku di Perak iaitu kes yg telah berlaku ke atas ayahanda kepada Dato' Seri Tajol Rosli, mantan Menteri Besar Perak iaitu Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi. [no wonder laaa, DS Tajol Rosli mendiamkan diri dalam isu2 yg berlaku di Perak ni]. Nak tau cerita selanjutnya klik sini.

Sekarang ni riuh satu Malaya, orang2 Perak xpecially Dato' Seri Nizar menderhaka kepada Tuanku Sultan. Hehehehe...gelak kuat aku bila isu ni dibangkitkan kerana aku masih ingat lagi masa aku dok study kat ITM Melaka, early 90's...bapak kepada segala penderhaka di Malaysia ni ialah tk lain tak bukan ialah Tun Dr. Mahathir sendiri, di mana pindaan Perlembagaan Malaysia telah dibuat di Parlimen, menyentuh hal2 yg berkaitan dengan Kekebalan Raja. Sila rujuk Perkara 181(2) Perlembagaan Malaysia,pindaan tahun 1994 membolehkan Raja-Raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja. [rakan2 lawyer, kalau ada yg tak betul mohon maklumkan yerrr...] Maka, dari saat itu hilanglah imuniti atau kekebalan yg ada pada Raja-Raja Melayu.

Kalau ikutkan banyak lagi maklumat yg nak disalurkan. So, pada yg menagih sumber2 maklumat aku harap korang jenguk2 laa sendiri link2 yg aku listkan kat atas tu....tk payah laa lagi dok call aku or SMS aku dok tanya perkembangan semasa. Apa...korang ingat aku ni reporter kaaa....heheheheh. Pada yg tak puas hati...biasa laa, sori dari aku dan aku tk paksa pun sapa2 untuk baca entri ni kalau dah tak suka....nampak tak kat atas sebelah kanan tu ada tanda X, pandai2 la kan....wakakakaka.

Kalau nak tau cerita2 pasal Bad Corporate Governance pulak, ngkorang klik sini. Bukan apa, masa aku kejer ngan private sector dulu, aku memang tk miss punya dengan benda2 yg berkaitan dgn corporate governance ni. Untuk pengetahuan uols, Malaysia dari segi rating memang banyak bad corporate governance ni.....dalam bahasa mudah sektor korporat banyak sangat link dengan pihak2 lain - dengan bapak dia ni laa, dengan tok dia ni laa, dengan mak mertua dia ni laa, dengan Tan Sri ni laaa, dengan YB ni laaa....penyudahnya ketelusan boleh dipertikaikan....

Ok, chowww.

~:: Amanat dari seorang ex-boss ::~

Friday, February 6, 2009

"SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini."


Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak.



Ni laa muka Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang telah bersikap kurang ajar terhadap boss sendiri sejak semalam lagi. Semalam dengan sombong dan angkuhnya telah berkata pada Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar - "Sorry Dato' I don't take orders from you now onwards!"

~:: Apabila demokrasi ditalkinkan di Perak....::~

Thursday, February 5, 2009

Sebagai seorang rakyat Perak yg prihatin dan mempunyai hak untuk bersuara, mahu tk mahu aku terpaksa meluahkan apa yg terbuku di hati ini sejak pagi tadi lagi. Kalau nak diceritakan satu persatu atau pun kronologinya.....rasanya, tak perlulah kerana dah terlalu banyak blog yg memperkatakannya.

Hari ini merupakan satu hari yg penuh dengan kesedihan bagi kebanyakan rakyat di Perak kecuali bagi penyokong2 BN yg sudah tentu sedang meraikan "kemenangan". Mungkin ada pihak yg menganggap kenyataan aku ni sebagai satu kenyataan yg keterlaluan, berat sebelah atau pun prejudis terhadap mana2 pihak.Secara jujur, aku buat penilaian atau justifikasi ini berdasarkan komen2, SMS dan juga panggilan telefon dari kebanyakan rakyat Perak yg menyatakan kekecewaan mereka terhadap keputusan yg telah dibuat oleh Tuanku Sultan Perak. Dalam hal aku membuat justifikasi ini, secara telus aku tidak sekali2 mengambil kira apa2 pendapat dari orang2 politik kerana aku inginkan pendapat ikhlas dari insan2 yg bergelar rakyat. Kalau aku ambik kenyataan atau pendapat dari org2 politik, sudah tentu awal2 lagi aku dah dapat jawapannya.

Secara jujur, rakyat rasa tertipu...rakyat rasa diperbodoh2kan....rakyat rasa menyesal keluar membuang undi pada Mac 2008 lalu...rakyat rasa tidak berbaloi mendaftar dengan SPR kalau semua ini hanya memerlukan hanya satu suara dari insan yg bergelar Sultan. Suara rakyat dinafikan....mulut rakyat telah ditutup. Rakyat telah hilang keyakinan dan percayalah bahawa Tsunami Politik yg lebih besar dari PRU12 yg lalu pasti berlaku dlm PRU13 nanti....ingat statement aku ni. Bila kita dengar laporan2 dari media khususnya TV yg mengatakan rakyat telah memberikan mesej yg jelas bahawa BN tetap relevan dalam memperjuangkan rakyat....uiksss aku rasa heran jap, bila masanya rakyat bersuara. Yang aku tau, rakyat kebanyakannya mohon agar diberikan fresh mandate iaitu pemilihan semula (Pilihanraya) bagi menentukan kedudukan wakil2 mereka dengan cara yg cukup demokratik. Malangnya hak rakyat Perak hari ini telah dinafikan secara mutlak oleh Sultan yg sebelum ini disanjung tinggi kerana dianggap cukup rasional, cukup berpengetahuan...malah pernah memegang portfolio tertinggi dalam institusi kehakiman. Lupakah Tuanku bahawa Tuanku pernah menulis sebuah buku yg bertajuk "Constitutional Monarchy, Rule of Law And Good Governance" pada tahun 2004 yg lalu..??Namun hari ini, realitinya adalah apa yg disebaliknya. Rakyat sudah menderhaka terhadap Tuanku atas apa yg telah Tuanku zalimi.....patik tak berkuasa untuk menghalangnya, ampon Tuanku. Sori laa, malas aku nk komen hal2 Sultan Perak ni, tapi kalau nk tau luahan rakyat [.....dan juga penderhakaan rakyat], jenguk2 laa kat sini.

Walaupun aku bukannya "peminat setia" Pakatan Rakyat namun aku mengaku bahawa aku cukup mengkagumi kepimpinan Dato' Seri Muhammad Nizar selaku MB Perak. Tidak keterlaluan kalau aku katakan yg aku cukup sedih dengan "kehilangan" seorang pemimpin seperti beliau.

Dato' Seri Muhammad Nizar...tetap di hati

Malam ni, rakyat Perak terutamanya yg beragama Islam telah beramai2 mengadakan solat hajat dan munajat di Kediaman Rasmi MB bagi memohon petunjuk dari yg PALING BERKUASA....difahamkan ribuan jugak yg turut serta dalam program ni.

Polis telah memenuhi bandaraya Ipoh dan kenyataan dari Ketua Polis Negara lah yg menyebabkan perhimpunan 100,000 yg dijadualkan di Stadium Indera Mulia terpaksa dipindahkan ke Kediaman Rasmi MB. Kalau kita bersolat jemaah beramai2 cam ni boley gugat keselamatan ker..??? Diberitakan juga bahawa Jalan Raja Nazrin Shah (Jalan Gopeng) yg menempatkan Istana Kinta telah ditutup untuk laluan orang ramai. Soalnya...kenapa pihak Sultan perlu mendapatkan "perlindungan" sebegini sekiranya difikirkan segala tindakan yg dibuat merupakan tindakan yg adil terhadap rakyat..?? Kenapa perlu takut dengan rakyat...??? Kalau ternyata pihak istana sendiri telah menzalimi rakyat, sampai bila pun akan sentiasa dibelengu rasa bersalah yg tak sudah dan aku rasakan bermula esok tiada lagi doa-doa tulus ikhlas yg akan diaminkan ke atas Sultan oleh rakyat...kalau tidak pun sekadar menadah tangan dengan tanpa rasa ikhlas.

Aku dapat rasakan bahawa akan lahir ramai lagi Hang Jebat di Perak bermula hari ini....kerana "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"

PENGALAS KAKI design baru yg dijangka akan laris di pasaran....dapatkan segera !!!!!

~:: Setiap insan itu sentiasa diuji ::~

Wednesday, February 4, 2009

Ari Isnin baru2 ni aku telah menghadiri satu program – Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Negeri Perak & Executive Talk. Executive Talk tersebut telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Harun Din Al-Hafiz. Aku masih teringat lagi antara yg disampaikan oleh beliau ialah bahawa setiap insan di dunia pasti diuji, cuma yg membezakan antara satu ujian dengan ujian yg lain ialah darjah2 atau tahap2nya.

Semalam merupakan cuti umum bagi Negeri Perak setelah YAB MB telah mengistiharkannya pada hari Jumaat lepas. Ianya adalah bersempena sambutan Jubli Perak (25 tahun) pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Memandangkan aku ni sukar mencari ruang masa, so semalam aku amik keputusan nak jumpa ngan salah seorang sahabat aku, Azlina….berkenaan project paper yg terpaksa aku setelkan dalam bulan April ni. Kawan aku ni macam aku gak…sibukkkkk memanjang tapi aku rasa dia lagi sibuk dari aku kot pasal kejer dia tk terbatas hanya di dalam Perak jer tapi satu Malaya dia pusing…hehehe. Okey…seperti yg dijadualkan, pukul 2.30 ptg aku janji nk jumpa dia di Restoran Mee Rebus Ramlee…. Jalan Tasik (haa…kedai ni kira terkenal gak le di kalangan org2 kat Perak, xpecially Ipoh). So, lebey kurang pukul 2.45 aku pon jumpa laa ngan kawan aku ni. Xceli, walopun mee rebus kat situ sedap tapi kami bertiga hanya minum sahaja pasal masing2 dah kenyang.

Aku kat situ tk lama pon, lebih kurang 30 minit kami pon amik keputusan nak belah pasal aku ngan Sue banyak lagi rancangan cuti2 M’sia nyer…ahaks. Bila jer aku nak masuk keter, alangkah terkezutnya aku….cermin tingkap belakang sebelah kanan telah dipecahkan.

Ya Allah….baru aku perasan yg aku telah kecurian. So…apa yg hilang..????

Aduihhhh sedey beb…satu beg kamera yg mengandungi 2 buah kamera, external flash dan juga peralatan2 yg berkaitan telah hilang. DSLR Canon EOS 1000D tu baru sebulan aku beli, RM2,100…tak abis godek lagi pon. Gambar2 yg aku amik pon aku tk sempat nk taruh dalam blog ni lagi. Digicam Nikon 5.5 m/pixel jenis compact plak Sue punya, aku boh sekali dalam beg tu dan yg paling sadis external flash / speed light CyberTik DF MZ45 tu aku baru beli ari Isnin, baru guna tak sampai 24 jam. Walaupun third party punya flash (meaning tk sama brand ngan aku punya DSLR) tapi pada aku memang best dia punya function...antaranya, automatic motor zoom control, wireless slave function, bounced and swiveled flash dan banyak lagi. Lagipon aku tk sanggup laa nak beli Canon punya flash pasal mahal sangat….RM1000 lebih, yg aku beli semalam tu cuma RM530. Tapi duit tetap duit beb…hancusss aku. Aku beli flash tu ari Isnin dengan Hazman…seorang kawan aku yg lebih awal menjinakkan diri ke alam DSLR & dia pun tumpang simpati di atas insiden yg menimpa aku semalam. Dia laaa yg suruh aku tulis citer ni dalam blog. Nah amik...hang baca laa puas2.

Jenuh gak laa aku dok kat Balai Polis Kampung Tawas tadi.....buat repot laa, jumpa Pegawai Penyiasat laa...pehtu plak kena tunggu photographer amik gambor keter aku yg pecah cermin tu plak.

Sapa laa yg tak terkilan...barang hilang...keter hancusss, tapi aku tetiber tingat balik apa yg dimaklumkan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Harun Din Al-Hafiz dalam Executive Talk ari Isnin ari tu...bahawa sebagai insan kita tidak akan terlepas dari ujian Allah...sama ada ujian tu kecik atau besar. So...as a remedy, aku tetiber rasa legaaaaa sangat bila aku rasakan bahawa apa yg aku hadapi semalam cuma dalam kategori kecikkkkk jer jika dibandingkan dengan apa yg telah berlaku ke atas saudara2 aku di Palestin tu. Sabor bebanyak Yop, ada hikmah yg Allah nak bagi tu...cuma kita jer yg tak perasan kot. Memang dah nak jadi cerita....biasanya memang aku tak pernah tinggal pun beg kamera aku tu dalam kereta walaupun sekejap...ari ni aku boleh lupa plak tinggal beg tu kat bawah tempat letak kaki sebelah belakang tu. Memang salah aku.....siapa pun aku tk boleh salahkan.....yg malaun pencuri tu tok sah cakap laa, memang dah jadi kejer dia.

Tinggal kotak jer.... :(

Yang masih ada....penutup lens, blower (cleaner), battery charger,bekas UV filter, bekas SD Card 4 GB

Pasal cermin keter tu...semalam tk leh nak setel lagi, kedai banyak tutup, so ari ni laa baru boleh nak pasang cermin baru. Duit lagi tu...ada saper2 nak sponsor...?

p/s: blog ni diupdate tepi padang.....di salah sebuah kawasan perumahan di Ipoh... sapa punya WIFI aku tumpang ntah.

 
Less Emotions Will Clear A Confused Mind - by Templates para novo blogger