Sunday, August 23, 2009

~:: Ujian Allah di hari pertama berpuasa... ::~

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah kerana aku dan isteri masih dipeliharaNYA.

Petang semalam aku & isteri plan nak berbuka puasa di rumah mertua di Ipoh....tapi entah laa, gerak hati ni semacam jer aku rasa. Tambah2 pulak dengan keadaan aku yg cukup letih dan mengantuk....mungkin gara2 kurang mendapat rehat yg secukupnya dalam seminggu dua ni...life aku agak hectic.

Aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5 petang. Perjalanan pada awalnya macam biasa walaupun ditemani oleh renyai2 hujan. Tapi...segalanya adalah ketentuan dan telah direncanakan. Sampai satu tahap...aku rasa letih sangat dan mengantuk. Aku tk sanggup lagi nk drive...so aku pass pada aku punya co-driver....hehehe. Cadangnya nk laa lelapkan mata kejap.

Dalam keadaan hujan yg renyai2 dan jalan yg basah tu...tanpa disangka2 bila tiba jer satu selekoh...kereta yg dipandu oleh Sue telah hilang kawalan dan berpusing beberapa kali. Insiden tu berlaku dalam keadaan yg begitu pantas....maknanya tk sampai 5 minit aku passing pada Sue...perkara tu boleh berlaku. Kalau tengokkan kereta...teruk jugak laaa, depan dan belakang hancussss. Aduihhhhhh...hilang segala mood yg ada kat aku masa tu. Kejadian tu berlaku lebih kurang 5.40 petang semalam.


Macam mana pun...syukur kami berdua selamat...tk ada apa2 kecederaan...not even a scratch. Pasal kereta...tok sah cakap laaa....sayuuuuu jer hati aku ni. Nak marah lebih2 pun tk guna....bukannya kereta aku tu boleh pulih seperti biasa. Telan laaa CM oiiiii segala kemarahan tu.

Above all....aku rasa syukur sangat pada Allah kerana masih memelihara aku dan Sue. Tetiber masa tu aku imagine balik cerita yg berlaku pada Allahyarham Hasbullah baru2 ni dan masa tu jugak aku imagine...kalau laaa masa terbabas tu ada kenderaan lain, lori ker.... bas kerr kat depan tu....tk tau laa lagi nasib aku ni. Alhamdulillah aku bersyukur pada ALLAH di atas keselamatan yg dikurniakan pada aku & Sue semalam.

Ramai jugak insan yg lalu lalang semalam tampil menghulurkan bantuan.....ni semua kuasa Allah....DIA laa yg gerakkan hati orang2 yg lalu lalang tu untuk tolong aku. Kawasan kejadian tu xceli agak terpencil gak....tak ada rumah pun kat sekitar tu. Yang datang membantu tu macam2 org yg ada Melayu, Cina, Indon, India....semuanya ikhlas bukannya nak pow aku. Menurut mereka...tempat aku eksiden tu memang selalu berlaku kemalangan.....tengok laa macam mana selekohnya tu....90 darjah beb.

Walaupun remuk redam di hati ni lebih kurang sama dengan remuk redam di kereta aku tu.....aku tetap bersyukur Sue & aku masih selamat....Lepas insiden semalam tu Sue terus pucat dan tk boleh keluar dari tempat duduk....Alhamdulillah hari ni dah ok.....cuma aku & Sue tk berapa banyak cakap....mungkin kerana aku masih marah dengan dia atas insiden yg terjadi ni kot atau mungkin ini jalan yg terbaik utk masing2 tenang dan pulih balik semangat. Mungkin juga ini cara aku untuk bersabar....Ye laaaa....sapa tk sayang kereta oiiiii. Pastu plak...dok pikir nak Raya ni. Tengok keadaan kereta tu mau makan bulan kot sangkut kat bengkel Nissan tu....huhuhuhu.


Nasihat aku pada semua....beringat laaa bila memandu tu, anything can happen. Kita kena ingat, keaadan jalan raya tu tk sama...ada jalan yg selekohnya selamat....ada yg tidak.....ada jalan yg licin....ada jalan yg kasar...macam2 andaian kita kena buat. Satu lagi pasal nk handle power steering....bukannya sama jerrrr sepanjang masa....masa hujan atau jalan basah, kita kena lebih berhati2...pasal steering akan jadi bertambah2 loose. Tu la pasal...bila masuk soal cornering...aku lebih suka kereta yg tak ada power steering.....pasal cornering akan lebih stabil & tayar lebih melekat di jalan....even cornering pon boleh tekan minyak lagi....hehehe.

Bab nasihat time bawak kereta ni....aku selalu pesan ngan kawan2 pasal aku tau ramai di kalangan kawan2 aku yg hebat bila memandu ni....130km sjm atau 140km sjm tu biasa jerrrr. So....beringat laaa....please give extra care masa driving ni even kalo drive sorang2 pon....jangan tau nk menekannn jer pedal tu....wusyar2 laa sama meter tu.

p/s : thks to polis2 di IPD Seri Iskandar....yg banyak membantu, walaupun segala urusan selesai lebih kurang pukul 10.30 malam. Mungkin insiden ini akan jadi 1 Ramadhan yg aku ingat sampai bila2....ye laaa buka posa hari pertama di Balai Polis...sekadar meneguk air dan makan seketul ayam goreng...huhuhu.

Thursday, August 20, 2009

~:: Antara samseng kapitalis & 1Malaysia abis gula ::~


Diam tak diam ari ni dah masuk hari ke 4 aku masih dalam operasi mencari gula. Bermula hari Isnin lepas....di Ipoh, 9 kedai yg aku masuk telah memberikan alasan yg cukup membuatkan aku hangin satu badan. Saja aku tak pergi ke TESCO, GIANT atau mana2 pasaraya...pasal aku tau chances aku nk dapat gula di tempat2 tu memang tipis.

"Bagi gula 2 kilo...."
"Gula tarak...."

"Gula ada kaa.."
"Mana ada gula..."

"Gula 2 kilo..."
"Habissssss..."

Semua dialog ni memang buat aku hangin. Bila aku hangin...kepala otak aku ni memang cukup ligat berputar. Mungkin bagi geng2 bujang or jenis makan kat kedai sehari suntuk, problem gula ni macam isolated cases jer. Aku pun sebelum ni tak amik peduli pon dengan hal ketiadaan gula ni, walaupun dah diwar-warkan 2-3 minggu sebelum ni lagi....tapi bila stok gula makin berkurangan di rumah, baru laa aku sibuk mencari gula di sana sini. Supprisingly...aku tk sangka plak sampai sebegitu serius hal gula ni.

Ok....berdasarkan beberapa dialog ringkas yg aku paparkan kat atas tu....jelas, peniaga2 runcit hari ni begitu sombong sekali bila berhadapan dengan hal gula ni. Macam laa jual gula ni macam jual emas permata.

Lain plak aku punya persepsi. Pada aku laa kan...sehari dua ni, bagi seorang penagih ganja or syabu...nak dapat stok jauh lebih mudah daripada nak dapat gula. Memang ni satu realiti yg terpaksa kita hadapi.

Cerita hari ni.....aku masih dalam misi mencari gula. Pagi tadi, aku singgah satu kedai kepunyaan seorang India. Biasanya aku bukan seorg yg prejudis terhadap kaum lain.....tapi dalam hal gula ni...YES, aku memang prejudis. Sebabnya, aku tak pernah dengar seorang Cina yg mengeluh tentang ketiadaan gula....ini realiti. Yang mengeluh tk ada gula....kebanyakannya org Melayu saja. Sambung cerita.....bila aku tanya jer pasal gula.....jawapan yg dia bagi biasa laaa, jenis jawapan yg akan buat aku hangin. Perempuan India tu kata kat aku...."saya boleh jual 1/2 kg sahaja...". Jawapan tu mmg bagi bola tanggung laaa untuk aku. Logik laaa skittttt...kalau hang nak jual kat aku 1 kg aku boleh terima lagi....ni 1/2 kg. Aku siap xplain kat dia yg aku mai dari jauh dan aku bukannya seorg peniaga....namun dia tetap berkeras yg dia hanya boleh jual kat aku 1/2 kg sahaja. Keadaan makin tegang dan aku makin bengang. Nak tak nak...aku terus pergi ke kereta aku...amik kad kuasa / ID ...tunjuk kat pompuan India tu. Hasilnya....aku dapat 2 kg gula. Maaf...aku tk berniat nk menyalahgunakan kuasa....tapi kalau itu caranya yg aku kena buat semata2 nk dapatkan 1 atau 2 kg gula....aku akan buat. Aku rasa tindakan aku tu tak salah...aku tetap bayar RM2.90 utk 2 kg gula tu...bukannya aku dapat free. Untuk makluman, gula tu plak disorok di bawah timbunan kampit beras. Persoalannya, kenapa sampai jadi macam ni..?????

Petang tadi plak...aku testing sekali lagi kat satu kedai Cina. Bila aku masuk kedai tu...tokei kedai tu bukan main ceria jer dok melayan aku....tanya nak beli barang apa laa, tanya aku baru balik kerja kaaa, tanya aku kerja kat mana laaa.....tup2 bila aku tanya pasal gula...tiba2 senyap seolah2 macam aku tanya nak beli syabu plak....aduhhhhh. Dari satu kawasan yg tersorok di bawah kaunter, tokei tu keluarkan sekampit gula 1kg bagi kat aku. Dia cakap hanya boleh jual kat aku 1kg sahaja....jadi laaa. Tapi isunya...masih dalam keadaan macam jual dadah...hampehhh betul.

Sekarang...aku nk tanya, dalam kemelut ketiadaan gula ni, aku yg mempunyai hak sebagai rakyat nak tau apa peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi & Kepenggunaan boleh ambil..??? Di mana keseriusan pihak Kementerian...?? Aku tak nampak pun apa2 tindakan kolektif yg diambil....Yang ada, seolah2 merestui apa yg dibuat oleh peniaga2 atau saudagar2 gula. Yang kena hentam rakyat juga. Rakyat juga yg telah dipersalahkan kerana kononnya telah melakukan panic buying atau excessive buying bila berhadapan dengan hal gula ni. Media2 propaganda pon mula laaa menayangkan iklan2 nasihat tentang bahaya penggunaan gula atau kempen mengurangkan gula. Kenapa ini terjadi.....???? Realisasikah prinsip rakyat didahulukan tu..????

Malas aku nk komen...tapi kalau aku kaitkan dgn kapitalis....emmmm, ni laaa akibatnya, tauke didahulukan rakyat dikemudiankan. Fikir2 la sendiri nooooo. Kalau nk p/raya....agak2 sapa yg bagi fund untuk gerak kerja atau pun fund untuk kerja2 kempen.....tokei/pedagang/saudagar atau rakyat marhaein...?????

Percaya lahh....ini semua ada kaitan dengan kenaikan harga gula yg mungkin tk dapat dibendung oleh pihak2 tertentu. Desakan atau tekanan sedang dibuat kepada pihak Kerajaan & rakyat seolah2 shortage gula ni benar2 berlaku. Tapiiiii....yg aku pasti, selepas kenaikan harga gula dengan rasmi nanti.....maka akan bersepahlah gula di mana jua kita berada....no more sugar shortage. Bukan baru sekali hal macam ni berlaku atas kita...hehehe. Kalau tk percaya.....nnti jenguk2 laa balik entri ni.

Friday, August 14, 2009

~:: Syukur Alhamdulillah..antara kenangan terindah ::~

Sebenarnya aku baru sampai jer dari Penang...letihhhh sangat. Bukan pasal trip kali ni jer tapi dalam seminggu ni dah jenuh aku dok berulang alik dari Manjung ke Penang. Seperti mana yg aku bagitau terdahulu...aku punya study dah abis dan kekdahnya, lepas dah setel segala2 pening, pressure dan gundah gulana yg terpaksa aku hadapi dalam tempoh 4 tahun ni maka berkonvo laa aku.

Dari satu sudut pemikiran aku...seolah2 satu yg negatif yg aku rasakan. Aku sepatutnya dah setel soal2 berkonvo ni dah lama dahhhh dan bukannya sekarang...Tapi bila aku fikir balik...aku renung balik....aku hayati dengan soal "Allah works in mysterious ways"...baru laa aku rasa lega dan dapat pikir balik dari sudut positif. Apa yg dah berlaku tu tentu ada sebab musababnya.....kita kena percaya dengan Qada & Qadar.

Dalam soal study ni la kan...aku pun bukannya jenis amik berat sangat. Aku bukannya jenis yg berlumba2 atau jenis study hard. Yang aku tau...aku ni jenis yg mudah berpuas hati....jenis kalo dapat cukup makan punnn jadi laaa....hehehe. Tapi kan, bila aku proceed dgn study aku di USM ni...aku pun tk tau mcm mana aku boleh jadi one step ahead skitt dalam hal2 study ni. Malas tu tetap malas laaa....tapi momentum tu ada. So, bila aku grad dapat 3.00 ke atas atau Second Class Upper aku rasa syukur sangat...aku tau segalanya dari Allah....aku cuma pelaku sahaja dalam soal kejayaan ini. Yang mutlaknya adalah dari Allah.

Bagi Majlis Konvokesyen USM utk tahun ni...aku adalah antara produksi bagi tahun yg ke 40...hehehe. Bersepah2 lagi laaa produksi2 universiti di sekitar Malaysia ni. Bagi yg macam aku ni kira ok laa...kejer dah ada, tapi bagi yg masih belum bekerja....bersiap sedialah untuk "menjaja" skroll dari universiti tu...hahaha.

Aku punya sessi ialah pada 13/8/2009 iaitu sessi ke-3....sessi pagi. Semua sekali ada 9 sessi...kira aku punya tengah2 laa. Pagi2 morning lagi (aku check jam masa tu pukul 6.34 pagi) aku dah drive masuk USM....pasalnya, kalau masuk lewat terima laa padahnya....maklum laa jalan pon semua dah jadi one way. Yang sepatutnya cuma amik masa 3 minit untuk sampai tapi time konvo ni boleh jadi 30 minit baru sampai. Bab2 ni aku tk nak amik risiko...hehehe. Thanks Azlina...pasal tolong usahakan aku dapat penginapan di Kompleks Belia & Sukan Pulau Pinang....seberang kampus jer. Ni yg aku katakan Allah sentiasa bersama aku pasal seminggu sebelum konvo ni aku dah susah hati pasal hotel kat area2 USM ni dah fully booked...tup2 ada plak hamba Allah yg tolong uruskan hal ni...dekat plak tu. Alhamdulillah syukur.

Entri kali ni aku tk nak tulis panjang2...just memadai dengan gambar2 yg bisa memberikan seribu makna dalam kehidupan seorang insan yg bergelar pelajar.

Bila konvo...biasa laa, benda2 yg macam ni para graduan akan dapat. Tapi....ada gak org yg tk dapat apa2 langsung.....huhuhu. Yg first tu....Sue yg bagi aku, yg kedua from Mama & the third one from rakan blogger - Intan. Kalau dah nama blogger tu kan....tk boleh lari dari rakan blog tak kira di mana jua berada...hahaha.

Pada aku, elemen penting dalam masa kita meraikan kejayaan ialah elemen kekeluargaan dan elemen persahabatan. Kalau tk dak dua ni...baik tok sah pegi konvo laa. Macam tu laa aku....family kena ada...kawan2 pon kena ada.

Dengan Abah, Mama & Beloved Wife....


Bersama sahabat2....ASP Shamsul, Mejar Azhanizam, Yanto, Zam, Iskandar, Rosli, Ajmain, Roslan dan lain2....congrattts dari aku.

Me & Izuddin - aku pernah buat satu entri yg ada selit cerita pasal Izzuddin ni - klik SINI


Aku turut rasa bertuah kerana aku turut diraikan oleh teman blogger dari USM Penang - Intan . She's a nice person...hehehe. Ni puji ikhlas ni....bukan bodek pasal bagi Mashimaro tu kat CM tau...hehehe. Mula2 Intan ada cakap nak bagi Bunga Taik Ayam kat aku...rupanya ni laa bunga taik ayam tu...hehe


Me & family bersama Farra...one of my best fren.....sian...Farra punya konvo 2 hari lewat dari aku, tu pasal dia tk pakai pakaian akademik lagi....huhuhu


Me & ProfesorMadya Dato' Dr. Mohd Razha Abdul Rashid (one of my favourite lecturer)



Me & family bersama dengan Dekan, Profesor Madya Omar Majid



Lastly, sessi berangan yg tak sudah2, aku & abah dok bincang2 pasal nak take over twin tower tu...
(lokasi - kat satu bukit dalam USM yg pernah jadi lokasi shooting citer ALI SETAN)


Sekalung syabas pada semua dan terima kasih yg tak terhingga pada kalian semua yg telah menjadi sebahagian daripada inspirasi aku.....especially keluarga dan rakan taulan.

p/s : Terkilan jugak....hajat di hati nak abadikan kenangan bergambar dgn ramai lagi kawan2....tapi apakan daya...masing2 bz dgn family. Lepas keluar dewan ari tu...bertempiaran entah ke mana2 semuanya.

* Entri ni sepatutnya aku release pada 14/8/2009 tapi aku terpaksa perapkan dulu dalam draft pasal ada masalah teknikal bila nk up load pics.

Thursday, August 6, 2009

~:: In memory of Ahmad Hasbullah Bakar ::~

Awal pagi tadi kira2 pukul 2.48 pagi....aku terima SMS yg pertama dari Haji Marzuki.....

" Assalamualaikum sahabat2, Hasbullah JKM dan anak tlh meninggal dunia...kemalangan jln raya...ke2 jnzah stkt ini ada d rmh mayat hospital Manjung....smg rohnya brada brsama mrka yg beriman....AL-FATIHAH "

Pada pukul 3.20 pagi, SMS ke-2 aku terima dari Hasliana.....

" Salam. Brite sedih diterima dari Jumali. Kawan kita Hasbullah dh kembali ke rahmatullah. Kemalangan j/raya bersama ank perempuan ke-2. Jenazah telah sampai di hospital Manjung "

Kedua2 SMS ni mmbuatkan degup jantung aku berdebar dgn kencang. Tanpa disedari...aku turut menitiskan air mata. Tak ada apa lagi yg terdaya aku lakukan.....cuma yg mampu ialah mendoakan Allahyarham dan Al-Fatihah disedekahkan.

Kiranya...sampai saat ini aku masih lagi beremosi dgn apa yg telah menimpa sahabat aku ni....malah dalam beberapa mesyuarat yg aku attend tadi, aku mintak ahli2 mesyuarat sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Sebelum aku buat entri ni...sempat gak aku godek2 google dan aku terjumpa cerita lama pasal Allahyarham ------>klik kat SINI

Cerita yg keluar surat khabar-----> kat SINI

* aku bab2 terima berita sedih ni...memang fail....seram sejuk, lemah lutut...semua ada.

AL-FATIHAH

Wednesday, August 5, 2009

~:: Macam hilang fokus jer...::~

Terus terang aku katakan bahawa aku cukup rasa celaru sekarang ni, sampai rasa macam hilang mood untuk semua perkara. Tak tahu nk handle yg mana satu. Dateline kerja2 hakiki aku banyak yg perlu diberikan perhatian especially yg rasa2 dah terlajak tu...hehehe. Segala2nya rasa macam blur jer....fokus lari.

Aku punya konvo pon dah tak lama lagi...next week jer....13/8/2009. Konvo ni bukan boleh main redah jer...mcm2 persiapan yg nk kena buat. Contohnya mcm semalam...ada kawan call tanya pasal kajian pengesanan Kementerian Pengajian Tinggi...sama ada aku dah buat ker belum. Rupa2nya aku pun tk perasan pasal bende tu. Ye laaa...bukannya susah...kena isi on-line jer tapi pasal aku dah hilang fokus...aku jadi kurang amik kesah dgn hal2 yg sepatutnya penting camtu. Kalau ikut instruction dlm buku panduan tu...kajian pengesanan tu kn buat on-line..lepas tu kena print sebagai bukti dan kena tunjukkan masa nk amik skrol nanti. Bila pikir2 balik...aku perasan yg aku memang tak amik serius tentang hal2 ni. Aku pun tak tahu mana pegi aku punya passion dan aku punya excitement tu.

Petang semalam aku find out hotel2 yg nearby dgn USM dah fully booked....hampeh betul. Semua ni silap aku...walaupun aku dah expect bende ni mesti berlaku punya. Aku perlu sangat penginapan yg berdekatan pasal aku punya session mula awal2 pagi lagi...pukul 7.30 pagi dah kena ada kat dalam dah. Hari Sabtu ni aku kena pegi Penang...untuk urusan pakaian akademik. Aku harap2 hari tu nnti ada laa rezeki aku untuk dapat tempat penginapan kat mana2 sekitar USM tu. Kalau tk dak jugak...susah laa skit.

Yang tu hari Sabtu. Isnin plak aku kena pergi ke Penang lagi...raptai pulak pukul 8.00 malam. Letih dibuatnya...nk terkejar sana sini. Nak cuti lama2...kejer kat opis melambak. Hari Rabu....sekali lagi aku ke Penang untuk Grand Finalle 13/8 nnti...hehehe.

Ok...habis bab tu....yg merungsingkan lagi....aku turut sama dengan AJK Keluarga kena handle Family Day untuk keluarga aku yg dijadualkan 15 & 16 Ogos 2009 bertempat di Pantai Teluk Senangin. Secara tentatifnya...banyak laa jugak yg pihak aku dah setelkan tapi selagi belum tiba tarikh tu...macam2 la jugak yg aku peningkan.

So....untuk event2 yg aku tengah pening2kan tu, InsyaAllah kalau dah setel...aku akan uploadkan gambar2nya.

* aku rasa laa kan...antara faktor yg menyebabkan aku hilang fokus ni mungkin kerana aku terlalu dok pikirkan dan risau pasal H1N1 tu....hampehhh betoi.

Monday, August 3, 2009

~:: Makin teruk laa ::~

Hari ni dah masuk 7 orang yg telah disahkan mati kerana H1N1. Pada aku keadaan makin buruk dan tak nampak tanda2 positif untuk berkurangan. Tapi dalam banyak2 kes, yg paling aku rasa terganggu ialah kes yg ke 6.

Mangsa ke 6 itu adalah seorang budak lelaki berumur 11 tahun, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 29 Julai lalu dengan simptom demam selama satu hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Menurut laporan, semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada keesokan hari. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada pukul 11 pagi 1 Ogos. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi 2 Ogos semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.


Kesimpulannya...kita dah tak boleh kesan H1N1 ni pada peringkat awal.....so, macam mana nk buat pencegahan awal??? Kita semua tk boleh lagi nk anggap benda ni still under control. Aku bukan berhajat nk takut2kan sesiapa tapi at least kita take it serious dalam hal H1N1 ni...terutama dalam hal2 yg bersangkutan dengan kawan2 atau saudara mara yg mempunyai tanda2 influenza.

Aku tengok orang ramai mcm buat tk tahu jer pasal H1N1 ni...termasuk laa aku sendiri. Ari Sabtu ari tu...aku masih berani lagi nak gi ke PC Fair kat Village Mall Sungai Petani...hehehe. Tapi biasa laaa...kepala otak aku ni dok teringat2 gak hal H1N1 ni. Mintak simpang Ya Allah....!!! Maknanya...findings aku mengatakan yg org ramai still treat H1N1 ni mcm sesuatu yg biasa jer dan bukannya sebagai satu penyakit yg serius.

Satu hal lagi...berkenaan dengan student yg dok balik rumah masing2 selepas diberi "cuti" oleh pihak IPT. Seriously...aku tk setuju. Pasalnya...budak2 ni supposed kena kuarantin di rumah - meaning tk boleh sewenang2nya dok bebas ke mana2. Ni tidak...budak2 ni bebas ke mana2 tanpa sekatan....sedangkan mereka ni dihantar pulang kerana ramai yg telah menjadi suspect H1N1. Sebagai contoh...baru2 ni ada seorang student UUM datang jumpa aku...urusan berkenaan PTPTN. Menurut budak tu ada lebih kurang 500 suspect yg telah dikenalpasti. Pihak UUM bila tau apa lagi....terus perambat budak2 UUM balik rumah cuti seminggu. Adakah ini satu langkah yg paling bijak UUM pernah ambil atau adakah ini satu tindakan "lepas tangan" yg diambil oleh pihak UUM supaya sebarang kes H1N1 tidak terjadi dalam kampus..??? Adakah tempoh seminggu mencukupi untuk menghalang penularan H1N1....?? I don't think so. Pada aku penutupan IPT bukan satu langkah terbaik bagi mana2 pihak.

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...