Thursday, July 30, 2009

~:: Dah serius ni... ::~

Boleh kata setiap hari mesti ada perubahan pada statistik yg berkaitan dgn H1N1 a.k.a selsema babi ni. Sejujurnya memang aku rasa agak terganggu dengan hal H1N1 ni. Mungkin ramai yg tak amik kesah pasal benda ni....tapi pikiran aku ni dah jauh berfantasi pasal penyakit H1N1 ni. Mula laa dalam kepala otak ni terbayang2 mcm beberapa cerita dari luar yg menggambarkan wabak2 penyakit yg membawa maut. Banyak movie yg ada cerita2 cam ni...antaranya Outbreak. Yang lain2 aku dah tak ingat dah tajuk apa...tapi macam2 yg terbayang dalam kepala aku ni sampai laa ke perkara2 yg melibatkan perintah berkurung. Bila pemikiran aku ni dah terlalu advance..mula laa aku rasa takut dengan H1N1 ni. Cuba bayangkan kalau kerajaan dah declare H1N1 ni sebagai wabak dan masa tu dah tentu pihak tentera akan take over hal2 yg bersangkutan dengan kerajaan..huhhhh ngeriiiii. Ya Allah Ya Tuhanku....Jauhilah Kami Dari Segala Bala Yang Diakibatkan Dari Penyakit H1N1 ni...aminnnn.

Memang laa peringkat awal sapa nk sangka yg di Malaysia pun boleh berlaku kes2 yg melibatkan kematian. Walaupun setakat ni baru 4 org...tapi angka tu dah cukup membuatkan aku rasa risau dan rasa tak selesa. Boleh kata...pihak yg berkaitan tak duduk diam dalam menangani masalah H1N1 ni terutama sekali dari pihak Kementerian Kesihatan....sampaikan kena wujudkan satu web site khas berkenaan H1N1 di Malaysia......Klik Sini ------>Influenza A (H1N1).

hubpages.com

Petang tadi kepala otak aku ni ligat dok pikir pasal H1N1 ni...macam2 dalam kepala aku ni yg terbayang....termasuklah aku bayangkan bagaimana begitu mudah virus ni disebarkan dalam kehidupan manusia...terutama dari aspek sentuhan dan pernafasan...sampai laa aku jadi risau nak tekan button lif dan berkongsi barang dengan orang2 lain. Aku juga tetiba jadi takut untuk berada dalam situasi di mana terdapat ramai orang. Pada aku social distancing perlu...tk leh dok dekat2 dah antara satu sama lain.

Nampaknya persepsi awal masyarakat Malaysia terhadap H1N1 ni juga dah jauh menyimpang. Pada peringkat awal....rata2 ramai juga yg agak prejudis terhadap H1N1 ni dengan mengaitkannya dengan masayarakat berketurunan Cina....tapi hari ini yg mengejutkan kita ialah...ramai di kalangan mereka yg telah disahkan mengidap H1N1 juga terdiri dari kalangan masyarakat Melayu. Dalam hal ini kita perlu ingat bahawa Allah tidak pernah sekali-kali memerintahkan kita untuk menghina kelompok lain yg masih "belum Islam".

Walau apa pun yg berlaku...kita perlu kembali kepada Allah. Ada hikmah di atas segala yg berlaku. Mohonlah segala perlindungan dariNYA.

Aku selalu teringat pasal quote ni - Allah Works In Mysterious Ways

Friday, July 24, 2009

~::...tapi itulah hakikatnya ::~

Siang tadi sambil membelek2 kalender meja aku tu...tetiber aku terpandang balik perkara2 atau schedule yg dah berlaku dalam bulan Mei yg lalu dan aku terperasan sesuatu yg tercatat pada 4 Mei 2009 yg lalu ----- Quit Smoking.

Haa...diam tk diam dah dekat 3 bulan aku dah tak hisap racun rokok . Bukan senang woooo....dan ini bukan laa first time....dah banyak kali aku stop....hehehehe. Harap2 kali ni ertikata stop tu berbeza dengan yg sebelum2 ni. <------harapan tinggi menggunung ni. Banyak cabarannya...bukan cam tu jer. Hanya perokok jer yg tau caner seksanya [sewai ker aku clasify sebagai satu penyeksaan...) cabaran2 yg terpaksa aku hadapi. Kemuncak "seksanya" tu...apa lagi, lepas makan laa.....aduihhhh. Nak2 plak bila tengok species2 perokok lain dok hembus2 asap depan aku.....tension dibuatnyer. So...ramai gak yg tanya...naper dan macam mana aku boleh stop. Ntah laaa...aku tk der jawapan yg tepat dalam hal ni....yg pastinya ia datang dari diri sendiri bukan org lain. Kalau ikutkan...dah jenuh aku dengar leteren dari Sue pasal rokok ni...tapi stended arrr, jenis tak makan saman ni...bila kena leter, aku buat derk jerr. Macam2 kemungkinan yg menyebabkan aku stop...mungkin pasal gambar2 kat kotak rokok yg "semakin comel", mungkin reger rokok yg aku hisap tu dah makin mencecah RM10 sekotak, mungkin gak pasal satu mender ni ---- sila rujuk----> ENTRI NI dan mungkin jugak sebab2 lain yg aku sendiri pun tak tau.

Aku perasan dalam internet melambak2 bacaan dan juga tips untuk quit smoking...artikel pon melambak - Stop Smoking In A Week laaa..., Stop Smoking Specialist laa, Hypnosis:Program to help you stop smoking laa, 25 ways to stop smoking laa dan macam2 lagi. Yang pastinya, aku tak penah amik port ngan semua tu termasuk laa apa2 terapi atau pun penggunaan nicotin patch sebagai pengganti kepada rokok.

Tapi...sejak aku quit smoking ni kan...aku rasa semacam jer ngan diri aku ni....appetite nk makan tu bertambah2....senang cakap aku ni kuat makan laa sekarang ni. Bila dah kuat makan tu...paham2 jer laaa...kan kuat makan dengan tambah berat badan tu berkadar terus....hehehe. Sebelum ni kan aku punya berat dok maintain dalam 60kg jer tapi aku rasa seari dua ni mungkin dah tambah dalam 2kg.....huhuhu. Walaupun aku rasa yg aku punya BMI tu okay lagi dengan ketinggian 169cm...tapi frankly, aku rasa tak berapa selesa laa.

Bila aku cuba dapatkan maklumat tentang apa yg aku hadapi ni.....rupa2nya memang ada fakta2 yg menyokong. Antara maklumat2 yg dapat aku simpulkan kat sini lebih kurang cam ni laa :
  1. Rupanya asap rokok akan menyebabkan badan kita mengeluarkan gula dalam salur darah dalam kadar segera. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kurangnya selera makan.
  2. Bila berhenti merokok, kandungan gula dalam darah seseorang yg berhenti merokok akan menurun.
  3. Bila berhenti merokok, badan hanya akan bergantung kepada makanan semata2 untuk memulakan pengeluaran kandungan gula. Ini akan mengambil masa sehingga 20 minit. Kesannya, appetite atau selera makan akan berkekalan walaupun seseorang itu telah makan....dan ini sudah tentu akan menyebabkan seorang yg berhenti merokok itu akan terlebih makan...dan dah tentu boleh menyebabkan berat badan bertambah....huhuhu.
  4. Kena elak makan junk food, fast food , makanan manis/bergula, makanan jenis deep fried dan juga makanan2 berlemak. Sebagai ganti...kena makan banyak buah2an dan sayur.
  5. Last sekali...exercise kena laaa. Bila berhenti merokok...metabolisma akan jadi perlahan dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kadar penghadaman menjadi perlahan dari sepatutnya. So...nak tak nak kena exercise gak. Bila dah dapat tingkatkan metabolisme...baru laa dapat buang berat yg extra tu.
Wahhh...banyak plak songehnya...ingatkan boleh quit cam tu jer....rupa2nya kena ada tindakan2 susulan... expecially bab2 nak jaga makan dan kena exercise tu. Memang aku fail laa bab2 tu...huhuhu.

* dah tak isap rokok....nak keluarkan satu entri pun kadang2 tu rasa susah...hehehe

Monday, July 20, 2009

~:: Expect the unexpected... ::~

gambar ni cilok dari forum.tabloidnova.com

Sejak aku dapat tau cerita ni pagi tadi....aku jadi tak keruan...marah, emosional, geramm.... Dalam hati ni tok sah cakap laaa......sumpah seranah dah berbakul2...vaviii, biadappp, kughang hajaqqq, haram zadeyyyy, bangsatttt, setannnnnn....semua ada. Sebelum ni aku dengar jer benda2 cam ni berlaku di tempat2 lain...di negeri2 lain....tapi kali ni di tempat aku sendiri. Nak nangis pun ada bila mula2 dapat berita ni. Seorang budak perempuan berusia 3 tahun dirogol oleh sepupu sendiri !!!!!!

Walaupun insiden ni tk der mengena ngan aku atau keluarga2 aku...tapi dari sudut kemanusiaan... aku memang rasa connected. Budak umur 3 tahun ni apa pun tak tau...yg dia tau ada org yg menyebabkan kesakitan pada dia. Pada aku yg buat tu bukan manusia, tapi binatang. Tak kira laaa apa usia sekali pun.....pada aku tetap binatang. Khabarnya "binatang" tu pun muda lagi, budak baru naik sekolah menengah.

Kalau ada kat depan aku budak tu...kompemmm lunyai aku kerjakan. Sorry to say...aku bab2 ni memang aku tak boleh nak kompromi dan ada kalanya aku rasa frustrated dengan undang2 sivil yg ada di Malaysia ni, especially bila berhadapan dengan kes ni. Hukuman yang dijatuhkan tak tara mana compare dengan implikasi yg terpaksa ditanggung oleh mangsa mahupun pihak keluarganya. Ini bukan soal hilang dara semata2 tapi banyak lagi isu yg perlu diberi perhatian....emotionally, sexually dan macam2 lagi. Malah ada kajian yg mengatakan bahawa wujudnya tendency ke arah perlakuan yg lebih negatif apabila seseorang itu pernah berhadapan dengan situasi dirogol. Jika dikaji perlakuan2 yg menyimpang atau devian.....tidak mustahil jika kita akan temui "sebab musababnya" adalah kerana pernah menjadi mangsa rogol. Ini yg paling ditakuti....jika dibandingkan dengan soal hilang dara atau sebagainya. Ini belum lagi masuk soal trauma, kemurungan dan berbagai konflik dalaman dan masalah kejiwaan.

Komuniti hari ini makin parah. Kita tak tahu siapa lagi yg boleh diharapkan. Kalau dulu adik-beradik lelaki yg lebih tua atau anak2 jiran yg boleh diharapkan untuk menjaga adik2 yg lebih kecil.....tapi hari ini tidak lagi. Ibu bapa harus lebih peka, proaktif dan mempunyai sikap ‘expect the unexpected‘....dan tak keterlaluan kalau aku katakan bahawa sifat prejudis itu perlu ada dalam diri supaya kita lebih berhati2. Soal ‘don't talk to strangers’ tidak boleh lagi menjadi satu ingatan buat anak2 pada hari ini....kerana perlakuan2 menyimpang ini juga berlaku dalam lingkungan ahli keluarga dan juga org2 yg dikenali.
Dalam kes ini...siapakah yg bersalah...??? Adakah perogol sahaja..??? Adakah ibu bapa..??? Adakah komuniti...??? Kita pakat2 pikir laaa. Sedih bila pikir yang negara kita yang dah makin tak selamat… geram dengan kebiadapan manusia yang tak bertanggungjawab.....apa yg selamat pada zaman kita dahulu, tidak lagi selamat untuk anak-anak kita pada hari ini. Beringatlah sentiasa...

Ya Allah Ya Tuhanku..... Selamatkanlah kami di duniaMu ini...
Peliharalah kami dari golongan manusia yg bersifat binatang...
Amin Yarobbal A'lamin.....

Wednesday, July 15, 2009

~:: Dah nama pun kerja.... ::~

Bismillahirrohmanirrohim.................

Aku tak kira, camana pun aku kena gak wat entri malam ni.....no matter what. Ada ker patut aku dipersalahkan kerana telah menyebabkan sorang mamat tu demam....katanya pasal terhidu habuk yg banyak sangat kat blog ni....hampehhh betul. Ingat blog ni ada bawak virus ker. Lain laa cam satu blog tu....bila aku jenguk jer blog tu, AVAST aku kompem detect 2 ekoq virus kat situ. Tapi tk per, lepas aku komplen....langkah2 rawatan telah diambil.

Mula2 aku nk citer hal semalam. Cadangnya nk hapdet blog lepas balik dari Negeri bernombor 9 ari tu, rupa2nya ada lagi task yg kena aku accomplishedkan. Aku dapat jemputan untuk menghadiri Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-52 bertempat di Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas, Perak. Kira jemputan tu part of job aku laa. Bila dah nama kerja tu....setiap kilometer tayar Nissan Sentra 1.6 aku tu bergolek, Kerajaan Malaysia akan bayar...heheheh.

Perasmian Majlis Tilawah tersebut telah disempurnakan oleh TPM Malaysia - Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin. Tapi kan...aku dengar ucapan dari TPM semalam macam ada yg kurengggg jer macam tk ada umphh. Agaknya pasal BN kalah kat Manik Mengurai Urai kottt. Yang PAS pulak...hangpa kata hangpa terer, awat yg menang majoriti 65 ja..???? Pemimpin BN pulak....hangpa semua jangan buat2 lupa, dalam tempoh berkempen di Manik Urai dah berjuta2 ringgit hangpa berjanji dengan rakyat Manik Urai termasuklah tawaran Kerajaan Pusat untuk membina jambatan baru di Manik Urai yg dianggarkan mencecah antara 7 ke 10 juta ringgit. Hangpa kata hangpa 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. (Hangpa tk kata pun Rakyat BN Didahulukan, Rakyat Tak BN Dikemudiankan...kan...kan...kan)


Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. :
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Haaa...tu cerita semalam. Hari Jumaat lepas, sampai laaa hari Ahad (ekceli aku rasa sampai hari Senin.....pasal aku sampai umah pukul 3.00 pagi on the 13/7/2009)...aku ke Negeri yg bernombor 9 atas urusan Projek Champion untuk Daerah Manjung. Aku ke sana bukan sebagai peserta kursus tetapi lebih kepada Urusetia Projek. Projek ini sebenarnya adalah satu projek yg disediakan oleh pihak Kerajaan dalam usaha menangani kemiskinan. So, target group atau peserta kursus adalah terdiri dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar. Sebagai Urusetia Projek, kami telah memilih Projek Tanaman Cili Secara Fertigasi sebagai projek kami. Kami berkursus di Senawang dan membuat lawatan ladang2 yg terletak di kawasan Rembau (dah sampai sana baru aku teringat...Rombau ni kawasan si KJ).

Ok...bercakap pasal group miskin tegar ni....pada aku laaa, depa ni segala2nya miskin, bukan setakat miskin fizikal sahaja...malah dari segi sikap pun miskin jugak. Aku dah masak sangat dengan kelompok ni. Jadi dalam soal ni....aku lebih bertindak sebagai "budak jahat" yg sering provoke dan pressure puak2 ni.....bukan apa, sebagai penyuntik semangat....tu jer. Puak2 ni dah laa jenis spoon-fed.....lepas tu plak segala2nya kena cakap. Tak cakap tak jadi. Apa lagi...banyak laa ayat2 lazer yg keluar dari mulut aku tu.....heheheh. Niat aku ikhlas....aku nk tengok depa berjaya. Ok laaa....malas laa nk cerita panjang2.....layan jer laaa gambar2 yg dah aku capture sepanjang Kursus Projek Tanaman Cili tu. Dalam kursus ni, peserta projeknya 6 orang jer....yg selebihnya, urusetia projek. Urusetia pun kena follow gak kursus ni sampai petang...no excuses okeh. Even boss aku pun join gak kursus ni.....fully, tak ponteng langsung.

Kelas Teori, aku rasa tk berapa seswai la, banyak sangat term technical...depa ni bukan paham pon

Fertigasi tu sebenarnya - Fertilization & Irrigation
Nak tau lebih...sila gugel...maleh aku tulis detail....hehehe

First day....Kelas Teori, second day baru amali dan lawatan ladang. Kadang2 aku pikir balik....rugi laa kalau golongan yg macam ni tak amik peluang atau bagi komitmen sepenuhnya. Kerajaan dah bagi peruntukan untuk kelangsungan hidup depa ni...bukan hanya untuk hari ni tapi untuk hari2 yg mendatang. Tu pun depa tak mau buat....sedeh woooo dgn bangsa aku ni. Nak kata malas or tak berdaya saing...orang marah, tapi itu lah realitinya.

Sesi amali....tengok boss kecik aku tu...semangat giler...kalah peserta2 projek


Boss kecik aku tu...uli tanah pakai tangan jer.
Yang peserta tu pulak dok kuis2 tanah tu ngan kayu...ishhh geram betoi aku tengok






Antara kawasan2 tanaman cili secara fertigasi yg kami lawati di Negeri Sembilan

Sebenarnya lepas melawat tapak2 penanaman cili fertigasi ni, masing2 dah rasa semangat nak ceburkan diri dalam pertanian la pulak. Maklum laa, slogan yg digunapakai hari ini ialah "Pertanian itu adalah satu perniagaan". Semangat...semangat. Buleh buat duit wooo....

Sepanjang 3 hari 2 malam di N9....sebenarnya letih juga rasanya, walaupun aku tk drive sendiri...supir yg bawak. Agaknya pasal perjalanan yg jauh tu....tambah pulak seat tempat duduk yg tk boleh diadjust tu. Dalam perjalanan pulak tk dapat nak lelapkan mata.....aduihhh.

Apa nak buat, dah nama pun bekerja....bukannya suka2 gi makan angin.

Tuesday, July 7, 2009

~:: Tak tau nk bagi tajuk apa...ikut suka laa ::~

cilok dari musicforchange.com

Syukur alhamdulillah...walaupun kebelakangan ni mood aku utk berblog agak kurengg tapi at least aku masih mampu "bersuara" di sini. Aku perasan yg ada beberapa blog yg cukup panas, entri melebihi 500 setahun, sekali entri ratusan komennya, mencapai hits/visitors dah beratus2 ribu, peminat ramai, mantopp dan hebat.....tetiber senyap seribu bahasa. Aku pun heran macam mana boleh jadik cam tu...mungkin bloggernya dah bertukar domain, mungkin gak blogger tu dah tk ada access internet, kena grounded oleh mak bapak, isteri atau suami...tak pun mungkin gak bloggernya dah tk ada kat dunia ni...oppsss. Tu kira ok lagi laa...kurang2 kawan2 yg rindu atau yg kemaruk sangat tu boleh laa juga jenguk cerita2 lama yg ditulis oleh blogger tu. Kes yg paling kronik ialah bila tuan punya blog delete terus blog dia tu....bab ni aku tak paham. Kompiusssss....?????

So, bila aku compare ngan situasi2 yg cam ni aku rasa lega laa jugak. Memang aku mengaku kadang2 tu aku tulis apa2 kat sini just for the sake of publishing satu2 entri jer....maknanya asal tulis jadi laaaa. Mood tk dak...ummph tk dak....hapa pon tk dak. Tapi yg aku geram tu...bila aku tengah dok drive, especially perjalanan yg agak jauh.....aku rasa semangat sangat nak blogging masa tu...idea kat kepala pulak datang mencurah2. Hampehhh betoi. Ini kenyataan ni. Sebab tu aku perasan yg aku cukup selesa kalau drive sorang2....aku rasa bebas....bebas berangan2.....hehehehe. Tapi tkder laaa sampai aku terlupa yg aku ni tengah drive. Ini bukan version cerita Pak Pandir yg tengah panjat pokok nyioq. Rupanya aku ni kuat berangan bila drive keter ni....hahahaha. Kompemmmm aku tk leh jadik pilot kapal terbang.

Aku tingat balik citer dari kawan aku Zack....seorang pilot PDRM...dulu dia pernah bagitau aku, "Hang nak tau, bila hang dok bawak kapai terbang hang bukan boleh ingat benda lain, pasal anak bini kaa, pasal hutang kereta tak bayaq lagi ka.....semua hang kena lupakan...kena fokus betoi2" Haaa...tu laa citer Zack kat aku masa dia masih dalam training jadi pilot dulu. Laa ni aku rasa Zack pon dah terer bawak kapai terbang ni, dah boleh buat kapal terbang pusing2 macam dlm tv tu....dan mungkin dia pon dah pandai berangan time bawak kapai terbang kot...hehehe. Tapi yg aku musykil dan rasa tak percaya ialah macam mana kawan aku si Zack ni boleh jadik pilot kapal terbang...dengan PDRM pulak tu.....sebab aku tau sangat laaa background kawan aku ni. Woiii Zack, kalau hang terbaca cerita aku ni hang jgn laa marah aku pulak. Bukan apa, aku tiba2 jer teringat kat hang....maklum laa banyak kenangan aku dengan hang, yg baik kaa, yg jahat kaa....semua ada tapi aku rasa kenangan yg jahat laa yg paling banyak kot.....hahaha. Bukan jahat apa pun....nakal sebenarnya. Kenangan2 tu aku rasa macam baru jer berlaku semalam.....Tu belum lagi cerita bab kita sama2 jadik Tok Bomoh palsu....syyyyyyyy. Mana aku boleh lupa kat hang Zack....satu2nya manusia yg aku kenal yg modified motor cub boleh ada clutch....kalau aku tk silap motor Yamaha 100 Sport. Masa zaman tu mana ada motor cub yg ada clutch lagi....sekarang ni tok sah habaq laa, melambak.

Aku cuba Google cari gambar Zack...tapi gambar Zack Fair "Final Fantasy" plak yg kuar

Itu laa aku....jenis manusia yg cukup hargai dengan ikatan persahabatan. Cuma bila masing2 dah bawak diri dengan karier masing2....aku rasa tembok pemisah dah mula wujud dan masing2 pun dah macam tak ada usaha nk jumpa semula atau pun buat apa2 gathering. No tepon ada....tapi sekadar memenuhi sim kad jer laaa. Aku tau ada gak yg menganggap masing2 dah sombong atau pun lebih selesa dengan teman2 baru....tapi sebenarnya tidak. Aku paham, situasi dah tak sama macam masa sama2 study dulu. Per pon life must go on....dan itu laa rencah kehidupan kita yg penuh dengan kedinamikannya.....kalau life kita ni statik pon tak boleh jugak kan.

* kalau laa ada time machine atau pun time tunnel....kan best. Mula laa tu nak berangan lagikkk.......

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...