Thursday, June 4, 2009

~:: AKUPUNYALIFE kena terjahhhhh::~

pics cilok dari : http://emenang.com/wordpress/2008/04/page/10/

Bismillahirrohmanirrohim....

Hari ni aku agak terkejut sedikit apabila aku dapati ShoutBox http://akupunyalife.blogspot.com penuh dengan mesej2 yg merupakan komen2 yg agak panjang dan berturut2. Ada 8 kesemuanya yg datang dari seorang pengunjung yg tidak memberikan sebarang pengenalan diri dan secara otomatik di ShoutBox hanya akan tertera sebagai Guest sahaja. Komen2 atau mesej2 tu merupakan respon kepada entri aku yg bertajuk Cuti-Cuti Malaysia...part 2 tempohari. Sekali ....aku kena terjahhhhhhh daaaa...tapi bukan dgn Nas Ahmad tapi mungkin kuncu2 dia. Kalau nak tengok yg asal...belek2 laa kat ShoutBox tu...klik laa previous ataupun next tu.

Bagi memudahkan pembacaan, aku dah susun balik komen2 tu kat bawah ni.

Petikan Entri CM - Cuti-Cuti Malaysia.....part 2.
[mungkin statement ni yg menyebabkan blog ni diterjah]

"Tetiber...aku jadi kompius kejap....kenapa all this while TV3 melalui slot "Bersamamu" asyik2 dok tayang kemiskinan di Kelantan jer...seolah2 Kelantan tu sebuah negeri yg mundur dan penuh dengan rakyat yang miskin. Emmm...macam ada agenda yg tersembunyi jer kan. Macam yg aku cakap selalu laa....media arus perdana ni, susah nak percaya...banyak muslihatnya...hehehehe. Ikut media...Kelantan laa negeri yang paling mundur....sampai dulu ada statement yang mengatakan rakyat Kelantan terpaksa keluar negeri Kelantan untuk mencari rezeki atau peluang2 pekerjaan. Pada aku, semua ni statement double standard yg tak guna otak....macam laa rakyat negeri lain tak berhijrah keluar. Kalau nak highlight rakyat miskin......kat negeri lain pun ada, tak payah laa nak highlight kat Kelantan jer. Pada aku kemiskinan kat Kelantan tu issolated cases jer...bukannya isu utama. Majoriti rakyat Kelantan tak miskin pon."


Komen ShoutBox dari GUEST

"Salam CM...cini aku nk beri pandangan skit psl entry u yg menyentuh hal program 'BersamaMU'. 1stly aku nk nyatakan kat sini aku bkn laa menyokong mana2 parti politik coz aku bsifat neutral. Jgn laa menuduh media berat sebelah kerana aku adalah slh seorg wartawan yg dok cover masalah kemiskinan yg ada di seluruh negeri di Malaysia ni. Andaian CM menyatakan program kami hanya cover mslh kemiskinan di Kelantan sahaja adalah tidak betul. Kami juga menerima maklumat drpd individu yg prihatin ttg masalah kemiskinan di kalangan masyarakat setempat...jadi kami terus ke mana2 lokasi negeri yg mempunyai keluarga yg amat2 daif sekali....sebagai contoh pelajar cemerlang SPM thn 2008 berasal dr pantai timur juga...kenapa sebelum ini kerajaan negeri tidak membantu keluarga beliau sekeluarga ? Setelah kami paparkan siarkan kejayaan beliau baru laa semua pihak mbuka mata dtg mmbantu. Jd di sini ingat laa jgn laa CM berfikiran terlalu sempit menyatakan setiap kebajikan yg kami salurkan hanya laa untuk memburuk2kan kerajaan negeri Kelantan. Niat kami menerbitkan program ini hanya laa seikhlas hati untuk mmbantu kaum sebangsa Melayu."

Berikutan komen2 itu....ramai yg bertanyakan pasal hal ini....termasuk dari kalangan rakan dari Kelantan sendiri. Rata2 mengatakan tk ada apa yg perlu diisukan...malah ada jugak yg tak boleh terima dgn penjelasan dari Guest tu....dan tak kurang jugak yg kata blog ni dah fofular dan pemesss pasal dah kena terjah oleh reporter dari TibiTiga barangkali...heheheh. Ada aku kesahhh....Tak der mendernya.

Sebelah petang pulak ada komen di ShoutBox dari Piz pulak tentang entri yg aku buat mengenai Negeri Kelantan Darul Naim.

Komen ShoutBox dari PIZ

"Salam Tuan Rumah...Salam Guest...Yela2 ambo sbg wokil rakyat Kelate nk ucp timokasih la ke demo & seangkatan yg beto2 memberi informasi psl Kelate nih...sampaikan nama Kelate begitu fofular skali, bahkan kerjae pusat pon sokmo2 duk sebut2 nama ngri Kelate nih...TETAPI, ambo x setuju ngan demo Encik Guest se benda, pasa adik NIK MADIHAH tu ....bila plak kerajae negeri x bg bantuan? Ayoyoo...benda ni seme org tau laa.Tak payah konar2 la ye, kalo beto, crite dgn beto, kalo salah kami trima....terima kasih krn prihatin kpd negeri kami "

Haaaa...tu laaa satu komen yg aku terima dari Piz...originally frm Kelantan yg merupakan respon terhadap komen dari Guest. Selain dari komen tu...banyak gak yg aku terima melalui sms dan juga YM.

Aku tak berhasrat untuk memanjangkan isu yg tak seberapa ni.....tapi izinkan laa aku sendiri pulak yg memberi penjelasan berhubung perkara ni dengan cara aku yg tersendiri....."Less Emotions Will Clear A Confused Mind"

Xceli....pada Guest, sikitttttttt pun aku tk marah or terasa hati dan aku jenis org yg tak suka berdebat jika debat itu boleh mengeruhkan suasana. Sebenarnya aku pun tak sangka boleh ada reporter yg sudi datang jenguk blog picisan aku ni. Thanks Guest...tak kira ngko ni sapa....Mazlin ker, Mazidul ker, Karam Singh ker....aku tetap appreciate dgn apa jua pandangan yg ngko bagi tu. Aku percaya kepada konsep freedom of thoughts berbanding freedom of speech yg seolah2 ada mcm batasan gitu. Tu pasal aku punya tag line - "Perhaps Someone Can Shut My Mouth Up, But Remember No One Can Shut My Mind Off". Dalam hal ni...sapa2 pun mempunyai hak untuk berfikir dan berexpresi dgn minda. Itu laa antara "keindahan" yg Allah berikan pada hambanya yg mempunyai pandangan dan fikiran yg berbeza2...itulah keunikan kejadian manusia. Tapi...seelok2nya apa jua xpresi tu kena laa bebas dari sebarang prejudis, emosi , pengaruh dan apa jua yg seangkatan dengannya.

Sebenarnya statement yg aku buat tu lebih berupa satu assumptions dan bukannya satu judgment mutlak...di mana aku telah sebut tentang elemen kekeliruan di situ [aku ada sebut - "aku jadik kompiusss kejap"]. Tetapi perlu juga diingat bahawa assumptions biasanya dibuat mungkin dari pemerhatian dan juga data2 mahupun komentar2 terdahulu. Kalau cek balik statement aku tu...aku tak lupa utk letakkan perkataan seolah2 yg dah tentu menggambarkan sesuatu itu mungkin ya atau tidak dan masih mempunyai ruang utk perdebatan.

Tapi hakikatnya gitu laaa...dari dulu lagi media2 arus perdana terlalu banyak memberikan pandangan negatif terhadap negeri Kelantan dari soal pembangunan sosial , politik mahupun ekonomi. Di sini sekali lagi aku tak salahkan reporter....they are just doing their job....tapi bila sampai ke pihak yg lebih superior, berita dah jadi lain. Benda ni memang fact....sebab elemen kewartawanan itu sendiri tak dapat dipisahkan dengan elemen propaganda. Sama ada ianya propaganda mahal atau murahan...itu soal lain. Satu lagi perkara yg perlu kita terima walaupun ianya amat pahit utk ditelan ialah media arus perdana hari ini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan yg cukup kronik....terutama dari kacamata rakyat marhaein.

Sekali lagi aku ucapkan syabas dan tahniah sekiranya Guest adalah seorang reporter yg benar2 membawa suara2 rakyat dengan jujur dan ikhlas tanpa mengambil kira soal rating atau puji2an. Aku tau...aku cukup memahami, bukan mudah nak tunjukkan kebaikan kepada masyarakat. Macam2 tohmahan adakalanya terpaksa dihadapi. Kalau ciri2 ni wujud pada Guest...aku salute. Lagi aku respek....kalau sapa2 pon buat kerja kebajikan ni tanpa menuding jari pada kelemahan org lain semata2 nak tunjuk kita yg hebat....biarlah masing2 main peranan tu.Walaupun aku bukan seorang reporter tapi adakalanya aku berada di landasan yg sama dalam soal kebajikan kepada rakyat....sebab tu aku paham. Kadang2 apa yg aku buat pon seolah2 sama ngan krew2 BersamaMu tu buat...yg pasti berbeza, aku tak masuk tv laaa...hahahaha. So, aku tau psikologi org2 miskin dan susah ni, dah masak sangat. Kemiskinan hari ini dah jadi macam satu budaya yg diwarisi bukan lagi sebagai rencam kehidupan semata2. Tak keterlaluan jika aku katakan bahawa ada golongan yg berbangga menjadi rakyat miskin....selesa utk jadi miskin - kerana mengharapkan bantuan datang bergolek dari pelbagai sudut termasuk melalui BersamaMu. Malah ada yg ternanti2 bila BersamaMu nak datang....walhal macam2 bantuan dah dapat. Ini lah antara perkara2 yg adakalanya contradict dgn pihak BersamaMu. Golongan2 mcm ni seolah2 merengek lebih2 dengan pihak BersamaMu. Atas permasalahan ini laa jugak maka berlakunya keadaan di mana si miskin yg memaklumkan kpd pihak BersamaMu bahawa mereka tidak pernah terbela tapi sebenarnya mendapat bantuan dari pelbagai sudut termasuk dari Pusat Pungutan zakat yg memberikan bantuan bulanan.

Aku tak pernah mengatakan bahawa program BersamaMu ini adalah sesuatu yg sia2 tetapi aku menyanjung tinggi langkah2 yg telah diambil oleh TV3 dalam menjadi perintis kepada program2 kemasyarakatan seperti ini dan seterusnya ianya menjadi pemangkin kpd stesen2 tv lain utk turut melaksanakan program bercorak begini. Cuma...yg agak menjadi tanda tanya, Kelantan seolah2 dilihat sebagai satu negeri yg champion dalam soal kemiskinan sedangkan realitinya tidak - berdasarkan pemerhatian dan juga perbualan dgn masyarakat Kelantan sendiri. Kemiskinan adalah masalah sejagat...yg dihadapi oleh seluruh negeri, sama ada kemiskinan luar bandar mahupun kemiskinan bandar [yg pada aku jika diberi rating terhadap permasalahan sosial...ini lebih serius]. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, sebenarnya rakyat Malaysia secara umum ramai yg punya persepsi bahawa Kelantan adalah sebuah negeri yg mundur dan terpinggir dari arus pembangunan....sampai kan ada masyarakat di Pantai Barat ni terkejut bila aku tunjukkan gambar2 di Kelantan.....kerana dlm kepala otak mereka tergambar bahawa Kelantan terlepas dari arus pembangunan. Dalam bahasa mudahnya.......mcm tk percaya kat Kelantan ada bangunan tinggi2.Maka...atas persoalan ini lah terpikir di minda aku ni bahawa......." something fishy is going on....". Tu jer.....What & where went wrong...??? Kita sama2 fikir. Dan aku rasa....rakyat Kelantan akan bersetuju dgn aku dalam soal ni.

Tu laaa.....bila nak bercakap soal kemiskinan ni, cukup luas....itu belum masuk soal peminggiran sosial, soal pengangguran, penghijrahan dan banyak lagi. Silap2 kalau aku jelaskan semua tu...siap satu thesis kot....heheheheh.

FYI Guest......aku bukan orang Kelantan. Bukan ada pertalian darah dengan TG Nik Aziz mahupun Dato' Husam Musa. Pun bukan ada projek2 mega di Kelantan. Tapi macam mana pun hujah aku tetap mengatakan ada media arus perdana yg berat sebelah atau dikuasai.....walaupun ada kalanya reporternya tak berat sebelah macam Guest ni. Kalau tk berat sebelah....tak hidup laaa media2 alternative macam blog atau web2 tv tu.

JOM PAKAT GI KELATE !!!!!!

8 comments:

Myza Pesona said...

Salam CM,
Keep it up! Don't care what other people say or think, but what's important is how we or ourself think and look at things OUR WAY!

Meooo Comicore Club said...

yeah bring it on!!!!!

fuh, penat jg nak baca tulisan panjang... huhuhuhu

Unknown said...

yup bro.. walau ape pon.. niat mesti penting.. kadangkale seni penulisan ni boleh menyebabkan orang salah tafsir.

kita bace bunyik nada intonasi lain.. maka maksud jugak jadi lain. apa yang penting niat dihati dan nak sampai kan maksud tersirat.

dari apa kekecohan yang terjadi ada nampak pro dan contra. ade jugak rakyat kelantan proud mengatakan kelantan sememangnya kaya. Pada aku tak slah pon. Cume sumber agihan itu bukan datangnya dari kita. terpulang la kepada kerajaan mereka macam mane nak mengagihkan sumber kekayaan supaya dapat dikecapi bersama.

dari dulu sampai sekarang dan sampai bebila pon.. aku tetap aku. tak suke nak campor aduk kesah politik. itu masalah dan urusan mereka. bukan saja kelantan... negeri lain juga turut merasakan penderitaan kemiskinan... mungkin kita tak berapa nak fokus.

rasenya tak perlu la diperpanjangkan perkara ni. sebab aku yakin nanti makin ramai yang salah tanggapan dan mencemar plak nama baik negeri-negeri TANAH MELAYU. ingat tuh...

Note:- sesama sendiri pon takkan nak gadow beb... setiap orang ade hak menyatakan pendapat.

CM dah nyatakan pendapat dia. Wartawan pon dah berbuat demikian. Wakil Rakyat Kelantan pon turut sama menjayakan progrem CM kat blog ni. Kirenya give and take.

P/S:- Kalau nak pendapat kita diterima orang, kita terlebih dulu terima pendapat orang lain. Jangan le bangkang bulat bulat tanpa memikir sedut yang sedang menunggu diseberang.

Erk.. ok la CM. Ape ape pon.. tahniah sebab pames... weeeweeettt~

Unknown said...

macam mane plak bleh type.

Maafkan aku pada perenggan ni:-

P/S:- Kalau nak pendapat kita diterima orang, kita terlebih dulu terima pendapat orang lain. Jangan le bangkang bulat bulat tanpa memikir sedut yang sedang menunggu diseberang.

Tukar kepada "sudut" ye... hehehe
Thanks~

Marzalina said...

errr...nak berkenalan dengan blogger femes ni bley tak?? wakakaka!!

Ryehanna said...

Waaa... kena terjah tu! hahahaha...

glemer ar blog ni.. :P

Anonymous said...

Kelantan bukan saja mundur tapi sangat sangat kotor, jalanraya sempit, sesak, berlubang, tempat parking macam neraka...tak nampak pun orang Indon dan Bangla di sana, mereka pun tau boleh mati kebuluran di sana.

Cybernetics Mind said...

terima kasih semua di atas segala komen terutama sekali komen yg berasas dan berfakta....namun komen yg tak berasas dan tak berfakta tu, harapan CM di masa2 akan datang gunakanlah segala pancaindera yg Allah kurniakan tu sebelum membuat apa2 judgement sampaikan dunia & neraka pon dah tak reti nak bezakan....ish3

pasal Indon & Bangla yg kurang kelihatan di Kelantan tu aku setuju sangat....tapi ketiadaan mereka tu bukan kerana takut mati kebuluran tetapi adalah kerana Kelantan tidak memerlukan tenaga kerja luar terutama tenaga kerja dari kalangan buruh asing.....dlm ertikata lain, local labour market are fully uttilised.

aku nak tanya sikit pd yg tak berani boh identiti (anonymous)...apa bangga sgt ker kalau kita berhadapan dengan kebanjiran buruh asing tu..?????

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...