Monday, September 29, 2008

~:: Terima Kasih.... ::~

Assalamualaikum......xceli aku nak ucapkan terima kasih untuk semua sahabat2 blogger sama ada yang bagi Kad Raya Virtual kat aku atau pun yang menampal Kad Raya Virtual yang aku buat kat atas tu di blog masing2. Allah sahaja yang tahu macam mana aku punya kegembiraan bila aku tengok Kad Raya Virtual aku tu berada di merata2 tempat dalam blogsphere ni...hehehe bangga rasanya bila tengok Kad Raya Virtual aku tu telah merentasi sempadan daratan mahupun lautan.

So, kat bawah ni aku nk share Kad Raya Virtual yang aku terima dari rakan2 blogger...uols boleh sama2 tengok okeh. Mungkin ada yg tertanya2 kenapa aku dok guna istilah Kad Raya Virtual.....pasalnya Kad Raya jenis ni senang dicirculate di alam maya ni, tak payah guna stem or Mr. Posto. Tapi biasanya ramai yg lebih biasa guna istilah E-Card.....sama je laaa. Okay...jom kita tengok satu2 kreativiti rakan2 blog aku dengan Kad Raya Virtual masing2.

From : http://aleeya01.blogspot.com/


Kalau ada Kad Raya yang aku tertinggal mintak maap banyak2 lerr......bukan disengajakan, kadang2 terlupa....so jangan kecik ati kalu Kad Raya uols aku tak tempek kat sini. [uiksss, macam disclaimer jerrr....tauu takoooot]

Xceli from rakan2 blogger, satu pun aku tak terima Kad Raya Conventional / Kad Raya Fizikal. Sebabnya...aku tk pernah bagitau pun address aku kat dalam blog...hehehehe perasan tak abis, macam ler kalau letak address kat sini aku boleh dapat Kad Raya lagi banyak dari uols.....piiirahhhh. Kad Raya Conventional banyak gak yang aku terima...tapi sumer tu macam official laa skitt....atas sebab2 nature of job aku......even satu Kad Raya tu aku terima dari salah seorang Timbalan Menteri. Tapi, dalam banyak2 Kad Raya Conventional yg aku terima tu, pada aku yang cantik dan special ialah dari YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Bin Jamaludin, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Kad Raya Conventional Dari YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Bin Jamaludin,
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

So...petang ni aku nak gi skodeng.....Haaaa, jangan salah sangka pulak....gi Skodeng Anak Bulan Syawal....hehehehe, nnti kalau ada kesempatan amik gambar, aku akan boh dalam next entri okeh.

Saturday, September 27, 2008

~:: Kad Raya Virtual... ::~

Assalamualaikum.....

Nampaknya masing2 dah makin bz ngan persiapan meyambut Hari Raya yang akan tiba...jusssttttt around the corner...InsyaAllah hari Rabu 1 Oktober 2008 minggu depan. Tapi CM mcm biasa, masih bz ngn tugas2...sampai hari Selasa pun masih bertugas.

Sehari dua ni ramai di kalangan rakan2 bloggers telah mempamerkan kehebatan masing2 dengan memPhotoshopkan Kad Raya Virtual.....atau lebih dikenali dgn E-Card. CM puji ngn masing2 punya kreativiti....dan pada CM Kad Raya Virtual ni lebih unik jika dibandingkan dengan kad2 fizikal yg dijual. Setiap kad mempunyai keunikan yang tersendiri.....idea masing2, dah tentu tk sama antara satu sama lain...unless ciplak punya kes CM tak taw.

Xceli bila CM tengok masing2 dok tunjuk kehebatan, so CM pun rasa jeles gak....dan teringin nk reka Kad Raya Virtual sendiri, walaupun CM bukannya biasa dgn Phothoshop ni....hehehehe. Lagipun si Mr Azman A.K.A Kreuger dah baper kali dok perangat...tercabar pulak rasanya. Ni tak bley jadi ni...so ari ni, pagi2 lagi CM dah godek2 ngan Photoshop dan kad yg kat atas tu adalah hasilnya...so ngkorang komen laa sendiri yerrr.

Kepada rakan2 bloggers dan juga silent readers yg mengunjungi akupunyalife.blogspot.com , terimalah Kad Raya Virtual yang tak seberapa dari CM ni.....paham2 jer laaaa, ilmu tak der tapi sibuk nak buat jugak...so ni laa yang termampu CM buat untuk uols sumer.

Untuk saper2 yang tak der kad lagi dan tak reti godek2 Photoshop, boleh berkunjung ke sini...banyak koleksi kad raya virtual kat sini, pilihhh jer, tak yah susah2 nk godek2 Photoshop, copy jer script yg ada kat situ.

Tuesday, September 23, 2008

~:: Lady Boss.... ::~

pics from fashionmagazine.com


Bila sebut jer Lady Boss, semacam jer yang kita rasa.... tak kira apa jantina sekali pun. Kita tak dapat lari daripada melemparkan prejudis terhadap Lady Boss....atau setidak2 pun kita akan membuat judgment yang negatif terhadap Lady Boss. Bukan di kalangan lelaki saja yang akan bersikap demikian tetapi pada CM, di kalangan golongan wanita ...worst still, lagi ramai yang tak boleh terima kehadiran Lady Boss.

Kenapa tetiber jer CM buat entri pasal Lady Boss ni...??? Biarlah entri kali ni menjadi tribute kepada all the Lady Bosses out there......semoga entri ini akan jadi tauladan yang boleh dikongsi bersama. CM sendiri bila memperkatakan tentang Lady Boss ni memang tak boleh lari dari berfikiran prejudis terhadap golongan ini. Bukan CM nak menafikan kebolehan Lady Boss ni, tetapi apa yang begitu CM concern bila membicarakan soal Lady Boss ini adalah sikap mereka terhadap pekerja bawahan.....dan sentiasa dok perasan yang depa laaa yg perfect. Don't get wrong ahhhh....ini adalah hanya persepsi CM sendiri dan bukannya realiti yang berlaku ke atas CM.

Xceli CM punya Boss No 1 adalah seorang lelaki yang berjawatan Gred M54 [kalau org kejer kerajaan tau laa apa yg CM maksudkan ni...heheheh] dan my immediate boss adalah seorang Lady Boss yang berjawatan Gred M48 [once again...orang gomen jer yg paham...yg lain carik sendiri yer maklumat ni...].

Kat sini aku nak cerita kat uols sumer bahawa aku mempunyai seorang Lady Boss yang cukup sempoi dan "masuk" dengan kepala otak aku. Aku rasa aku cukup selesa dan ngam ngan Lady Boss aku ni, sampai aku rasa kalaulah Lady Boss aku ni YDP Agong ataupun Sultan....dah lama aku dapat pingat Dato' dah...heheheheh [CM yg tak abis2 dgn angan2 tahap melampau...hiks]. Uols nak tahu, bila communicate ngan aku dia bahasakan diri dia apa..??? "AKU" laaa...hehhehe. Kalau ngan boss lain sure I, You, I, You, bila bahasakan diri....ni dia bahasakan diri dia AKU....dan dia bahasakan diri aku ni "You". Tu laaa yang aku kata sempoi sangat ngan Lady Boss aku ni. Ntah laaa, aku rasa kamceng sangat ngan Lady Boss aku ni. Mungkin ada yang beranggapan aku ni jenis kaki bodek or ampu.....Sori, aku bukan jenis cam tu yerrr dan aku tk akan amik advantage dgn "kesempoian" Lady Boss aku tu. Naik tocang ???....tidak sama sekali, mcm mana sempoi pun, she is still my Lady Boss okay.

Apa yang berlaku hari ni aku rasa adalah di luar dugaan, aku tak sangka sungguh2. Haaa, tu laa sifat manusia...belum apa2 dah pikiaq aku ada affair ngan Lady Boss aku tu...hehheheh, tengok aku boleh baca minda hangpa yang tak berapa clear tu....jgn marah ahhh aku melawak jer. Pagi tadi aku ada attend satu meeting.....dan Lady Boss aku ni laaa yg chair meeting tuh. So, bila dah abis meeting aku, Lady Boss ngan geng2 aku yang lain dok sembang2 pulak pasal hal2 semasa yang berkaitan dengan kerja2 kami termasuklah dengan big event yang baru jer kami hadapi baru2 ni iaitu ada satu function yang kami organize bersama iaitu function dgn DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Dalam2 dok sembang2 tu aku pun tk perasan tadi macam mana pulak boleh masuk bab2 family pulak.....termasuk laa dengan hal aku yang masih belum dikurniakan zuriat ni [mmg Lady Boss dan staff2 lain tahu pasal problem aku ni...]. Lady Boss aku ni mmg concern dgn problem aku ni...selalu gak dia tanya khabar wife aku pasal hal ni. Mungkin pasal dia pun pompuan so dia dapat menjiwai atau merasakan apa yang kami hadapi. Kalau tak silap aku ada satu istilah yang lebih tepat yg boleh kita gunakan iaitu "empathy". So, back to the story okay....Uols nk tau apa yg dia suruh aku buat??? Lady Boss suruh aku ngan wife aku amik anak angkat....beriya2 cam bagi arahan kat aku pulak....sib baik aku tk terus jawab...baik boss...heheheh. Bagi aku, ni bukan satu keputusan yang boleh diambil dgn begitu mudah.....manyak mau fikir woooo. Tapi, Lady Boss tak abis2 dok xplain kat aku pasal hal tu termasuklah cara2 nk jadikan seseorang baby angkat tu sebagai anak susuan dan seterusnya boleh selesaikan permasalahan muhrim. Aku pun tak boleh nk komen banyak2.....dok angguk2 kepala jer.....nak cakap banyak tak bley...she's my boss...wakakakaka. Lady Boss dok cerita lagi......"aku pun ada plan nk amik anak angkat gak...ari tu dah sembang ngan laki aku, dia senyum jer". Xceli Lady Boss aku ni dah ada 3 org anak dah [aku pun tk sure 3 kaaa 4...] tapi oleh kerana problem kesihatan, dia tk berani nk pregnant dah

Tengah dok sembang2 lagi, aku perati tetiber jer dia amik tisu dari dalam handbag dia......dalam hati aku "halamakkkk boss nangis laaa pulokkk". Aku takut dia malu...so bila dok sembang aku tk tgok laaa muka dia. Aku dapat nmpak di balik spek dia yang besar tu mata dia dok berair dan merah.....bukan salah aku ahhhhh, dia yg nangis sendiri bukan aku buat ponnn....ahaks.

Haaa....cam tu laaa citer Lady Boss aku tu....yg cukup sempoi, yg cukup respect ngan org2 bawahnya, yg cukup appreciate kejer2 org lain dan yang cukup memahami dgn masalah2 org lain. Dulu aku bukan main susah kalau nk terima org pompuan sebagai boss, tapi apa yang dah berlaku sekarang ni telah mengubah persepsi aku terhadap boss yg terdiri daripada kalangan wanita. Sebelum ni mmg susah aku nak panggil "Boss" pada ketua yg terdiri dari klgn wanita tapi dgn Lady Boss aku ni selain daripada aku panggil dia Puan Mxxxxx, aku juga panggil dia "Boss". Syabas Boss !!!!!

So, sekali lagi aku katakan bahawa entri kali ni aku dedicate kan pada sumer Lady Boss yang ada terbaca entri ni.....semoga entri ni menjadi inspirasi buat kalian sumer. Kepada yang tak berapa okay....harap2 lepas ni amiklah iktibar dari cerita ni dan cubalah jadi macam Lady Boss aku.....jgn nak hanginnnn jer tak tentu pasal.

p/s : kalaulah Lady Boss CM terbaca entri ni......harap2 buatlah appraisal atau laporan prestasi yang baik2 tau, baikkkkk punya markah [tak abis2 berangan laaa CM ni...mana laaa ada Lady Boss CM tu dok baca blog...entah2 tenet pun tak reti haper...hiks]

Tuesday, September 16, 2008

~:: Oh No, Not Again ::~

pics dari nels.oddform.net

Mungkin entri aku kali ni boleh dibuat pengajaran utk uols sumer atau mungkin juga ngkorang pandang serong terhadap aku....aku tk kisahh, ikut suka nkorang laaa nk judge camner. Yang menanggungnya aku...bukannya ngkorang, so sendiri mau ingat laaa. Xceli seari dua ni aku mcm takut2 skit bila terima call....xpecially unknown caller. Woiii...aku bukan ada pinjam Along laaa...cisss. Citernya camni, baru2 ni aku ada terima satu call tk dikenali dari seorang sahabat lama aku (no phone pejabat dia aku tk simpan dlm henpon). Kawan aku ni bukan calang2 atau kokak orangnya. Dia ni salah seorang pemilik sebuah kolej kemahiran (mintak maaf aku tk boleh xpose nama kolej ni....aku still ada nilai2 kemanusiaan taw....hehehe).


Tokei Kolej : Assalamualaikum....

CM : Waa'laikumsalam.....(*masih belum sure saper yg call...)

Tokei Kolej : Apa macam, apa habaq (*soklan sinonim bila lama tk jumpa or call)

CM : Alhamdulillah sihat...masih cam biasa (*dah mula dpt agak saper yg call...)

Tokei Kolej : Tak der buat apa2 business ker skrg ni..??

CM : Tk der lagi laa, tp ada intention, kejer yg ada pun tk abis2 lagi, dok bz memanjang (dlm hati...*apa plak tanya aku soklan2 tk munasabah ni)

Tokei Kolej : Tak ada apa2 peluang ker..nak involved kat sana??

CM : Sini kurang xposure laaa...(*makin malehhh aku nk jawap soklan sambil tertanya2 what da heck ngan mamat ni)

Tokei Kolej : Mintak tolong skit...

CM : Pe dia...kalau termampu InsyaAllah....(*kening makin dok berkerut mcm The Rock)

Tokei Kolej : Pinjam duit...bla bla bla (beserta xplanation yg maleh aku nk dgor termasuk projek company dia dgn KEDA - Kedah Developement Authority kowt)

CM : Baper nk pinjam ?(*aku dh tk taw nk kata apa2, tup terkeluar plak soklan ni...demm)

Tokei Kolej : RM500.00...(*dlm hati aku, what..?? seorg pemilik kolej nk pinjam aku RM500)

CM : Bila nk mai sini....?(*cilaker..apesal aku tanya soklan pulak, xceli tmpat aku ngan tmpat Tokei Kolej tuh jaraknya lebih kurang 50KM)

Tokei Kolej : Masuk akaun Maybank boleh ?(*demmm again, aku tk tau nk cakap apa dah)

CM : Nanti SMS no akaun...(*masa aku ckp ni talian dah tk berapa okay & Tokey Kolej terpaksa bercakap kuat dan berulang2.....apa lagi aku pun amik keputusan menamatkan talian dan offkan henpon aku......konon2 luar kawasan liputan pulak...heheheh)


Sejam lepas tu aku pun on kan balik henpon dan dapati ada sebanyak 15 missed call, banyak no yg sama and few unknown handphone no - aku assume mamat tu punya no jugak ler yg aku tk save dlm handphone aku (ada satu no dia aku dah save dalam henpon aku).


Isu utama sekarang ni ialah...aku susah nk bagi pinjam kat orang lain duit aku...xceli RM500 tu bukannya banyak pown...heheheh. Isu kedua, kawan yang tk berapa close bila susah baru nak call or ingat kawan2. Isu ketiga, life kita ni ada turun dan naiknya, pasang dan surutnya. Aku pun heran apa yg mamat tu xpect dari aku ni yg cuma seorang Kakitangan Kerajaan middle management jerrr....kompiusss aku. Ngkorang nk tau apa komen wife aku...heheheh dia kata muka aku ni kalau tk muka orang kaya, muka orang yang selalu bagi duit kat orang...hehehe. Memang selalu perkara ni berlaku dalam hidup aku....aku punya weakness, aku tk reti nk cakap NO dgn mulut aku sedangkan hati aku terjerit2 mengatakan NO.


Kenapa aku jadik kedekut macam ni....?? There must be reasons. So, pada sesaper yang rasa nak mintak pertolongan dari sudut kewangan, sila lupakan sahaja hasrat anda itu okeh....ahaks (see...now I already got the guts to say NO...heheheh). Xceli aku dah serik dah....bab2 duit ni aku dah terkena banyak kali bukan sekali dua jer taw. As a human, aku tk dapat elak dari terus membenci orang2 yang tak melunaskan hutang2 aku....I really can't help it.....susahhh taw. Pasal hutanglah boleh menyebabkan sesebuah persahabatan tu renggang...tu yang cuuukup aku tk suka. Pada awal2 pembabitan aku dlm dunia blog ni pun aku dah buat entri yang berkaitan dgn soal hutang ni. Kalau tk caya boleh gi tengok posting yang ke-4 aku yang bertajuk Terkezuttttt ni.


So, sampai ari ni laa aku masih phobia ngan bunyi telepon dan juga unknown number....kompemmm aku tk jawab...xpecially depannya 05808xxxx. Menci laaa aku ngan spesis2 cam ni.....


p/s : Aku pernah berdoa kat depan Kaa'bah mintak Allah jadikan aku ni kaya raya supaya aku dapat membantu insan2 yang memerlukan. So dalam kes ni boleh dikira sebagai insan2 yg memerlukan ker??? Kompiussssss. Hehehehe lagipun aku belum kaya raya lagi taw. Maksud kaya raya aku ni, bila kita boleh bagi duit atau bantu orang lain tanpa rasa kehilangan atau kekurangan apa2 pun.....kalau dah jadi camni kan bestt.

Wednesday, September 10, 2008

~:: Kena Lagi Daaaaa ::~

Ingatkan tsunami tagg telah berlalu rupa2nya tk abis2 lagi. Malam semalam bila balik dari mesejid, tengok2 kt "kotak jerit" ada mesej ---------> anda ditagg, sila jawab yerrr oleh cendawanintim . So, supaya tak menghampakan harapan sahabatku ini, maka terpaksalah CM perah otak skit untuk describe sedikit sbnyk tntg diri CM ni....rasanya tk der apa2 yg special atau weird kowttt.....sumer biasa2 sahaja. Harap2 lepas ni kita cuti jap bab2 TAGG...hehehehe.


The rules:



* Link to your tagger and post these rules on your blog. * Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. * Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. * Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog *





1. Konsep kawan karib or best friend tak pernah wujud dalam diri ini. No such thing in my life, now and then....I treated all my friends at the "BEST" level. U guys are really my BEST FRIEND ever. Dari kecik hingga laaa sampai ke tua...oppss tarik balik, hingga ke sekarang, CM tk pernah ada best fren pasal aku ramai kawan maaa, sumer kawan aku maaa. Apa barang nk kawan ngan sorang jer...ish ish ish rugi laaa kawan ngan seorang jer. So, ingatan terakhir untuk Kreuger...jangan harap ngko nak dapat jadik aku punya best frennn...hahahahah

2. Recently rasa sayu bila terdengar bila orang dok cerita pasal Mekah or Madinah....tambah2 pulak kalau dok cerita susah payah Nabi Muhammad S.A.W. Kadang2 tu pulak terimagine ada kat Mekah & Madinah bila time solat.....ishhh kusyuk ker solat cam ni. Inilah yang dikatakan rindu kot....cheeewahhh terkeluar ayat cintan pulak. Kalau ada sesaper nak belanja, anytime CM boleh pergi....InsyaAllah

3. Paling takut dengan ular.....kalau orang sebut "ular" jer, kengkadang tu terus rasa terperanjat & nk melompat.....tapi CM tk tunjuk ler depan orang lain...kaverrr maaaa. Memang dari dulu lagi CM dah ada penyakit ulariophobia ni...hehehhe. Pernah sekali tu kan ada ular "King Cobra" masuk rumah, nyelit kat belakang peti ais.....punyalah takut masa tuh sampai wife aku yang pi bagitau kat jiran sebelah mintak nombor balai bomba....yang aku terus keras ketakutan. Reason yang aku bagi kat wife aku masa tuh..."takut ular tu lompat"....hehhehehe. Apa punya suami laaaa cam ni. Ular jer yang aku takutttt yang lain aku berani....tak kan laaa pasal takut ular, tahap kejantanan aku menurun kot....hehehe

4. Adakalanya...kalau dh beyond limit, CM akan jadi seorang pemarah [ni kira peringkat tk bley sabar dah....kira tahap Gaban]. Tapi yang peliknya....marah tu kadang2 tk tahan lama.....ada air-cond dalam badan kot...ahaks. Tapi bohong laaa kalau CM kata, setiap apa yg org buat salah ngan CM boleh lupa gitu sajer....manusia beb, kecualilah kalau kita dah nyanyok. Dendam2 sori....tader masa. So...jgn laa suker nk kasik CM marah taw.....kang CM jadik cam muka kucing yg tension kt atas tu...hehehehe

5. Enjoy driving....ntah ler memang suka drive keter (dan apa juga kenderaan yg boleh dipandu) tapi adakalanya terasa nk pakai driver laa pulok bila ngenangkan kena drive long distance sorang2....selalu pulak tuh :) . Bagi jer apa keter pun....CM no prob, boleh bawak. Kalau saper2 nk suruh CM try bawak lori ker, bas ker, trektor ker, jentera pembajak sawah ker, steamroll ker..kasik tau...tader masalah punya...CM akan bawak...ahaks. Teringat ada satu kawan tu....dia ni hanya boleh bawak keter dia jer...kalau suruh bawak keter org lain tak boleh bawak...kompiussssss.

6. CM tk pandai romentik2 ni....geli geleman aku....hehehhe. Sayang ker...anjer ker....ling ker tak reti aku nk nyebutnya. Aku panggil wife aku ngan nama jer...hiks. Tapi.....yg pasti aku rasa aku ni seorang yg penyayang...elehhh puji diri sendiri pulakkkk. Penyayang aku ni jenis hampehhhhh skit pasal jenis orang lain tk nmpak tapi aku tau aku seorang penyayang. Teringat balik ari tu aku ada bagi satu tutorial ngan Kreuger pasal hal2 rumahtangga ni...aku cakap kt dia, bila dah kahwin akan wujud 2 kategori lelaki. Yang pertamanya SB dan yang keduanya TB....dan CM sendiri termasuk kategori SB. Ish ish ish, apa benda SB & TB ni...heheheheh. SB is "Sayang Bini" and TB is "Takut Bini".....wakakaka. Ada sorang kawan CM kata "aku ni bukan jenis takut bini.....tapi masalahnya bini tak takut aku"..... lawak betullll.

7. Bab minum pulak, aku memang tak boleh minum hot drinks. Susah skitt laaa kalau nk bg aku minum apa2 air yg tengah dok berasap2 tuh. Apa barang pulak nk tunggu2, pehtu tiup2 plak kasik sejuk. Nabi Muhammad dah pesan jgn hembus pada makanan atau minuman. Ikut kajian sains, minuman or makanan yg ditiup akan menjadi bertambah acidic. Kalau aku nk minum hot drinks juga, biasanya kl kt kedai aku akn order air yg ber"air-cond". Contohnya Teh-O air-cond.....alaaa yg ais taruh kat luar tepi piring tu laaa. Kalau kt rumah plak....apa juga air yg panas berasap tuh akan dicampurkan skit ngan air suam or mineral water. Kalau aku minum gak apa2 air yg berasap tuh...gerenti lebur /melecur lidah aku yg koman spana tuhh...hehehehe. Kalau dah lebur...emmmm kira sehari or dua hari laaa aku punya deria rasa terganggu. Tu laaa pasal yg aku cukup tak suka minum hot drinks yg betul2 hot tuh. Kalau dah masuk kategori suam kira okay lerrr. Dengan itu selesailah sudah 7 perkara yg terpaksa diperjelaskan sedikit sebanyak pasal diri CM ni bagi memenuhi kehendak TAGG dari pemberinya. Maka, dgn rasa penuh hormat dgn ini CM menganugerahkan TAGG ini seterusnya kepada :


p/s : gambar2 kat atas tu sajer jer...CM ni over skit, arahan tak kata pun kena boh gambar...dan kena bagi kredit pada http://www.flickr.com/ .......kalau tidak, kang tak pasal2 kena saman pulok. Kes naya beb kalau cam tu...heheheh

Tuesday, September 9, 2008

~:: Show Off Time ::~

Tak abis2 si Kreuger nak ngenakan CM...kena lagi satu TAG dengan dia ni lagi. Kali ni suruh amik gambaq pulak.....dan inilah arahan yang telah diberikan : This is my TAG for uols. Remember, NO FLASH, NO Photoshop, No Picasa, No ordinary tools & software. Only Digital Camera without using it's flash!!!So, dalam hal ni CM menggunakan Nikon 3200 (Compact Digital Camera), 3.2 Megapixel yang CM guna since 2005. Masa tu beli, reger dia dekat2 RM1,000.00 taw.

Rasanya untuk tugasan kali ni, kalau guna kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex Camera) tak aci kot..pasal kalau guna kamera ni kompemm gambar cantik. Kalau nk tau pasal DSLR boleh tengok kat sini.





Xceli arahan yg diberikan ialah, mengambil gambar sebarang objek di mana backgroundnya out of focus atau kabur. So, inilah cubaan pertama amik gambar bunga yang mana objek2 di belakangnya adalah kabur.


















My second attempt...close to nature concept.
Title : Bougainvillea against clock tower
- close-up of bougainvillea, beyond blurrily clock tower












Third attempt......personal touch.


Title : Beary Cute.

So, caner penganjur TAG...??? OK tak pics CM sumer ni. Utk pengetahuan uols sumer...it's not that easy as it looks. Kalau guna DSLR tok sah cakap ler...kompemm boleh dapat gambar cun2 punya. Ni, CM hanya guna compact digicam yang not playful enough....paham2 jer laaa...hehehehe.




Utk gmbar ni, mmg tak ikut arahan penganjur, kelabu di hadapan & sharp di belakang. Setelah menyahut cabaran penganjur TAG, maka dengan ini CM pulak mintak pihak penganjur iaitu Mr. Azman A.K.A Kreuger pulak utk amik gambar yang macam ni pulak....arahan sama. Amacam....ada berani....???Kepada uols yg lain, kalau rasa nak mencuba or menyahut cabaran.....silakan, jangan malu2 untuk meneruskan TAG ni. Selamat mencuba. Memandangkan ramai yang berminat dalam bidang fotografi, InsyaAllah dalam masa yang terdekat ini CM akan masukkan link beberapa Fotopages yang selalu CM kunjungi, agar uols sama2 dapat menghargai kreativiti insan2 lain dalam bidang fotografi ini.

Saturday, September 6, 2008

~:: TAG Di Bulan Puasa ::~

Pepagi morning lagi bila CM online terus dapat mesej kt shoutbox,


[ Azman Assalamualaikum... ada TAG untuk anda. TQ ]


So, apa lagi dgn pantas terus pi ke link tu: http://warirc2.blogspot.com/. Damn....tarak guna punya Kreuger, kena 2 TAG sekaliguss....hampehhhhh*konon2 emo ler tu...ahaks.


Xceli bila kita cakap soal TAG ni, maknanya ada orang appreciate or hargai kita bukannya nak pedajal or musnahkan hidup kita....[ini cakap kat mulut ler...]. Jauh di sudut hati pulak xceli seronok + tak seronok pun ada pasal bila kena TAG sure kena buat kejer lebih....ahaks. Tapi percayalah, bila kita kena TAG kita akan lebih close dgn org yg mengeTAG kita tuh, betul tak??? Kalau tak silap CM, Azman a.k.a Kreuger ni dah banyak kali kasik TAG kt CM. Dan di antara TAG yang diterima ada satu yang CM tk leh lupa pasal pada CM ianya unique, Kreuger reka sendiri bukannya just forward dari orang lain. Uols boleh refer kat sini - TAG SENGAL KREUGER.

TAG ni juga adakalanya dianggap sebagai penyelamat kebuntuan. Camner tuh? Hehehehe di kala kekeringan idea untuk mempublish apa2 entri. [alamak Bahasa Melayu utk "publish" apa errkkk...tgh mental block ni...aduihhh] Dalam soal ni CM terkecuali , pasal Kreuger punya pasal entri2 lain kena tangguh dulu laaa...*konon2...ahaks.

So...atas dasar menghargai persahabatan uols sumer dan sayang CM dgn pengunjung2 akupunyalife.blogspot.com , so CM akan serahkan batton TAG ni kepada nama2 yg kat bawah ni tak kira laaa samada ngkorang dah pernah dapat TAG ni atau tidak walaupun arahan TAG ni adalah cuma passing pada 5 org yg bertuah saja. Pada CM, sumer kengkawan CM adalah bertuah dan berhak utk dapat TAG ni. Senang jer, save kan gambar smiley yg kt atas tuh, letakkan di blog masing2 sebagai entri dan passinglah kepada kengkawan uols yg lain. Selamat berbuka puasa dan selamat menjalani ibadat2 di bulan Ramadhan ini.

  1. http://akusape.blogspot.com/
  2. http://demipena.com/
  3. http://hafizdasar.com/
  4. http://allisyacute.blogspot.com/
  5. http://anysz.terbaek.com/
  6. http://azzamsupardi.blogspot.com/
  7. http://ustattezeidi.blogspot.com/
  8. http://beruangmadu.com/
  9. http://blogmenjerit.com/
  10. http://www.bluehikari.com/nikki/
  11. http://www.razzirahman.com/blog/
  12. http://redapples.wordpress.com/
  13. http://budakmerah.selamba.net/
  14. http://cendawanintim.blogspot.com/
  15. http://chapayam.blogspot.com/
  16. http://cikdaun.blogspot.com/
  17. http://www.mywindowsxp.info/myblogrolls/ (dekan)
  18. http://dugongsenyum.blogspot.com/
  19. http://pearlej.blogspot.com/
  20. http://zaelismail.blogspot.com/
  21. http://eriyzaqistina.blogspot.com/
  22. http://faisaladmar.blogspot.com/
  23. http://fendiosman.blogspot.com/
  24. http://firdaussite.blogspot.com/
  25. http://belibuy.blogspot.com/ (framestone)
  26. http://cikkai.blogspot.com/
  27. http://hakzinblog.com/ (game master)
  28. http://aim9093.blogspot.com/
  29. http://jus-lemonmadu.blogspot.com/
  30. http://irfandalili.blogspot.com/
  31. http://norjannah.blogspot.com/
  32. http://jimieray.com/blog/
  33. http://greenboc.blogspot.com/
  34. http://www.keretamayat.blogspot.com/
  35. http://komandotrg.blogspot.com/
  36. http://muaturun.blogspot.com/ (lagu topmasakini)
  37. http://millots.blogspot.com/ (licencetospill)
  38. http://kampungmuzik.co.cc/ (loque)
  39. http://lurve-me-without-fear.blogspot.com/ (love-n-hate)
  40. http://ainafarhana.blogspot.com/ (MalayLady)
  41. http://www.geocities.com/akungantaro/index.htm (Meero)
  42. http://www.menteil.net/ (menteilism rules)
  43. http://meo188.blogspot.com/
  44. http://virgin-virago.blogspot.com/ (Miyn)
  45. http://miracle-hariahs.blogspot.com/ (nadira)
  46. http://www.nadzunixx.blogspot.com/ (nadunixx)
  47. http://nasikerabupetro.blogspot.com/
  48. http://blogmelayukaya.blogmas.com/ (nazri-demalaysian)
  49. http://zilzals.blogspot.com/ (nobody said it was easy)
  50. http://www.yussamir.com/ (paradigma)
  51. http://pisautoreh.blogspot.com/
  52. http://puteraf.blogspot.com/
  53. http://sitirufaidah.blogspot.com/
  54. http://ryehannazz.blogspot.com/
  55. http://funnys-video.blogspot.com/
  56. http://saifulislam.com/
  57. http://salsaworldwide.blogspot.com/
  58. http://sanggahtoksago.blogspot.com/
  59. http://shweetpwincess89.blogspot.com/
  60. http://sweetmamasweet.blogspot.com/
  61. http://syakuribrahimblog.blogspot.com/
  62. http://www.tepianrindu.blogspot.com/
  63. http://aleeya01.blogspot.com/
  64. http://aisyahhumairaa.blogspot.com/
  65. http://tongkangbocor.wordpress.com/
  66. http://kutiba.blogspot.com/
  67. http://trik-tips.blogspot.com/
  68. http://toonteja.blogspot.com/
  69. http://ustazrockez.blogspot.com/
  70. http://webmilenia.blogspot.com/
  71. http://zuedhearty.blogspot.com/
  72. http://numbinlife.blogspot.com/ (L.I.F.E)
  73. http://darlingfarah.blogspot.com/ (AllMyLife)
  74. http://www.cekikdarah.com/
  75. http://slumberaja.blogspot.com/
  76. http://nikillas.wordpress.com/
  77. http://marimerepek.blogspot.com/
  78. http://www.luthtextile.blogspot.com/
  79. http://dzanaaz.blogspot.com/
  80. http://shakroil.blogspot.com/
  81. http://mat4nira.blogspot.com/

Mungkin ada yg dah dapat TAG ni kann, so kepada sesiapa yg belum terkena lagi tag nih, sila laa copy n paste kat blog hangpa2 nooo. Pada CM, TAG ni simple jer...To Kreuger....TAG yg satu lagi tuh aku tk baper paham....xplain skit nooo & pada sesaper yg masih CM hutang TAG...sabar2 yer...bulan posa tk leh marah2 taw...hiks

Monday, September 1, 2008

~:: Tazkirah Ramadhan ::~


Video klip Ceramah Ramadhan oleh Abdul Raheem Green


Assalamualaikum,

Bila sebut jer Ramadhan apa yang cukup sinonim dan signifikan adalah berpuasa walaupun ada yang awal2 lagi dah tewas dek sahutan lumrah alam.....heheheh ini orang pompuan punya kes....guys no xcuse okeh. Xceli Ramadhan bukan sekadar berpuasa semata2 dan lebih dari itu lagi okeh. Tapi ntahlah....bila Ramadhan jer, yang difokuskan adalah puasa sedangkan amal ibadat lain seolah2 kurang diambik peduli. Even ada yang berpuasa penuh 30 hari dalam sebulan Ramadhan tapi nak dapat solat 5 waktu sehari pun belum tentu lagi. Naper erkkk??? Mungkin inilah yang dimaksudkan "manusia yang hanya berlapar dahaga tanpa mendapat apa-apa".

Satu lagi kes ialah pasal Solat Terawih...ramai yang terlalu obses dengan Solat Terawih seolah2 amalan lain terpaksa ditinggalkan. Sebagai contoh, di sesetengah Masjid, kuliah-kuliah atau kelas-kelas pengajian agama yang biasa diadakan telah dihentikan gara2 memberikan laluan untuk Solat Terawih......tak betul ni, Solat Terawih adalah sunat manakala Majlis Ilmu seperti kuliah2 pengajian agama adalah wajib. So, sempena Ramadhan yang mulia ini CM menyeru agar kita sering ingat-mengingati sesama kita...mudah-mudahan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang lebih baik dari tahun lepas dan ada yang berpendapat agar kita menganggap Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita supaya kita lebih menghayati erti kata Ramadhan yang sebenarnya.....InsyaAllah

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...