Setelah agak lama posting Part 1 "mengusik" hati dan jiwa uols sumer, CM bersyukur kerana masih diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyiapkan entri A Called For Umrah - Part 2, walaupun ruang-ruang masa cukup mencemburui kehidupan CM kebelakangan ini. Kalau entri terdahulu lebih memfokuskan ibadat2 di MADINAH AL-MUNAWWARAH tetapi bagi entri kali ini CM akan fokuskan pula pada ibadat2 di MAKKAH AL-MUKARRAMAH yang bermula pada 20 Julai 2008 hingga 29 Julai 2008 yang lalu.
Makkah adalah tempat yang cukup bersejarah dan tempat bermulanya dakwah Nabi Ibrahim A.S, kota suci yang mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Kota yang didoakan oleh Nabi Ibrahim untuknya keberkatan yang tidak putus-putus dan keselamatan daripada pengaruh dajal serta dilipatgandakan amal bagi yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Allah menjadikan hati-hati manusia merinduinya dan mewajibkan hamba-hambaNYA yang mampu agar mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran yang bermaksud :
"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia"
Ingin diingatkan di sini bahawa CM bukanlah orang yang arif di dalam membicarakan apa-apa persoalan Ibadat Haji dan Umrah....cuma telah direzekikan oleh Allah untuk menjadi tetamunya buat masa yang cukup singkat dan setidak-tidaknya peluang yang singkat itu bisa mengubah sempadan keimanan diri di samping berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan teman semua.....InsyaAllah. Sungguh terasa kerdil diri ini semasa di sana.....dan kekerdilan itu menyebabkan CM berasa masih banyak yang perlu direpair tentang diri ini....masih banyak yang perlu dipost mortemkan....masih banyak yang perlu dibrain washkan.
Harapan CM, agar usaha kecil ini (memaparkan gambar-gambar Makkah & Madinnah) bisa menyentuh hati dan mendatangkan hidayah bagi insan-insan lain yang mungkin akan turut merasakan kemanisannya....InsyaAllah. CM juga mengharapkan agar entri "A Called For Umrah" ini setidak-tidaknya akan memberikan perspektif asas tentang Makkah & Madinah. Kepada yang pernah berkunjung ke sana, CM harapkan agar entri ini dapat merefreshkan kembali memori indah semasa di sana dan kepada yang masih belum berpeluang CM berharap entri ini bisa menjadi sumber inspirasi untuk uols letak niat untuk ke sana....InsyaAllah
Kejutan....tak terfikir pulak macam ni punya ramai kalau buat Ibadat Umrah......Abah kata dah hampir sama dengan musim Haji. CM, no komen....tak tau caner nak differenciate antara time Umrah ngan time Haji....this was my first xperience.
Ni pandangan dari roof top........tak ramai orang kat atas ni, tapi kalau musim Haji tok sah cakap ler..
Ni kira time tengahari ni...so kurang skit orang yang bertawaf....walaupun panas terik but still can solat and tawaf under the hot sun and the hot floor....itulah kelebihan "Tanah Haram"
Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan......mungkin nak diperbesarkan lagi masjid kot..
Close-up Kaabah...nampak tak dekat kain kelambu Kaabah tu perkataan ALLAH everywhere..?
Multazam yang terletak antara Rukun (bucu) Hajarulaswad dan pintu Kaabah dikatakan sebagai salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Jadi, setiap kali tawaf umrah atau tawaf sunat, CM tidak akan melepaskan peluang untuk bersolat sunat dan juga berdoa di sini. Sebab tu laa kalau diperhatikan gambar2 Kaabah yang CM amik kebanyakannya berhadapan dengan pintu Kaabah.
Rak Al-Quran almost everywhere dan Al-Quran dibaca setiap masa oleh umat-umat yang berkunjung ke Masjidilharam ini.....bukan macam masjid-masjid kat Malaysia, yang banyaknya Surat Yassin...tu pun hanya sering dibaca Malam Jumaat jer...waktu2 lain Allah saja yang tahu. Bila balik Malaysia CM buat post-mortem (muhasabah diri)....rasa rugi pulak tak habiskan 30 juzuk Al-Quran semasa di Mekah......at least baca terjemahan pun jadi laaa. Tak apa, lain kali sesaper yang pergi buat umrah, rebutlah peluang ini.
Air Zam-Zam pun almost everywhere...minumlah sepuas-puasnya...pihak pengurusan masjid menyediakan cawan2 plastik pakai-buang....rasanya dalam sehari berjuta kot. Dekat bekas air tu ada 2 ruang, satu ruang untuk cawan plastik yang belum guna & satu ruang lagi untuk cawan yang dah guna.....emmmm itu saja berapa laaa dia punya belanja....wallahua'lam. At least dalam sehari CM akan minum 5 kali iaitu selepas setiap solat fardhu....sekali minum pulak 2 gelas...hehehe. So, bila balik ke Malaysia...terasa air mineral yang kita dok minum hari-hari tu pahit dan tak sedap....patut laaa Air Zam-Zam dikatakan sebagai air yang terbaik....Allahhuakbar.
Ni pun ada sesuatu yang menarik yang CM nak ceritakan....sekumpulan remaja yang mungkin baru balik main bola atau bersukan tetap menjadikan masjid sebagai satu tempat yang wajib dikunjungi. Kalau remaja kita.....selagi bola tu masih boleh nampak, jangan harap laaa nak bersurai walaupun azan Maghrib telah berkumandang.
Beberapa pandangan interior Masjidil Haram yang sempat dicapture oleh kamera henpon.....bukan senang tau nak dapat pix ni sumer, kena jadik macam paparazzi ler pulakkk
Penuh satu building....dia punya billboard. Merokok tak jadi satu kesalahan kat sana, cuma yang menjual jadik kesalahan pulak....kompius,kompius.....
Toyota Yaris melambak kat sana.....yang ni tak tau laaa berapa hari boleh tahan, setakat ni tader "injury" lagik kat keter ni.....heheheh
Kat sana tak ada underground water piping system macam kita....so depa guna macam paip bomba ni di mana setiap hari, biasanya petang atau malam, lori tanker akan hantar air dan air disalurkan melalui piping ala-ala paip bomba ni......mungkin ada reasonnya....sori CM tak sempat siasat....
Ni kat Muzium al-Haramain....kat sini tersimpan barang-barang lama dari Masjidil Haram termasuklah pintu Kaabah, Telaga Zam-Zam, Al-Quran tulisan tangan, tiang Kaabah dan banyak lagi barang-barang yang berkaitan dengan Baitullah.
Maka dengan ini, berakhirlah episod "A Called For Umrah"...walaupun CM terpaksa berhadapan dengan kekangan masa, masalah teknikal blog [ari tu blog ada problem....javascript void laaa, error on page laaa, tak boleh edit laaa, tak boleh save laa, could not contact blogger.com laa, saving & publishing maybe fail laa dan macam2 lagik]. Tu laa pasal entri ni makan masa untuk publish walaupun dah terperam sebagai draft.
Cam mana pun CM tetap bersyukur kerana semuanya dah okay....tunggu CM tekan button publish post jer kan. Thanks pada sesaper yang mengkritik, yang tak sabor2 menunggu entri dan tak kurang juga yang bagi kutukan maut...."blog dah bersawang"...heheheheh uols really make me smile every time I enter this blog.....and the memories shall remains forever.