Wednesday, December 31, 2008

~:: Labuhnya tirai 2008 ::~

www.flickr.com

Jap lagi kita akan sambut tahun 2009....so bye bye 2008. Sebenarnya aku tak heran pon dengan tahun2 baru ni, after all bukan ker kita dah sambut Tahun Baru Hijrah 1430 ari tu kan. Tu laa, masyarakat kita ni, bila sebut jer tahun baru Hijrah mula laaa tercangak bangak tapi bila sebut jer tahun baru Masehi, berbulan2 dah buat persiapan untuk sambutan. Bila laaa nak sedar.....ish3. Macam baru2 ni, ada seorang mamat ni bila sembang ngan aku nampak mcm concern sangat dengan sambutan Maal Hijrah 1430 ni. Nak tahu apa dia tanya kat aku sehari sebelum Maal Hijrah tu...???

"Esok tak pergi berarak ker..?"

Heheheh...aku tk jawap pon soklan dia tu, pasal kalau aku jawap....kompemmmm mamat tu malu. Haaa tengok, sampai Sambutan Maal Hijrah dengan Maulidurrosul pun dah tak boleh bezakan.....

Bak kata Nabil, "Lu pikir laa sendiri"

So, dalam tahun ni banyak suka duka yang telah aku lalui termasuklah macam cerita yg tertera dlm entri aku yg sebelum ni. Stended laa kan...kalau hidup ni sukaaaaaa jer memanjang tak syok la pulak kan...macam kari tak cukup santan...hehehe. Suka dan duka tu laa yg merupakan rencah kehidupan kita.

Bagi aku, antara yg manis telah berlaku tahun ni ialah terbinanya blog aku ni. Setelah bertahun, harapan cuma tinggal harapan, angan-angan tetap jadi angan-angan.....tapi tahun ni berjaya jugak aku merealisasikan kewujudan blog aku ni. Dalam masa yg singkat ni, macam2 yg aku pelajari dalam alam blog ni. Biasa laaa org2 yg belajar sosiologi macam aku ni macam2 yg aku boleh "nampak" dalam dunia blog ni....especially dari perspektif proses sosialisasi itu sendiri. Pada aku blog merupakan satu komuniti yg cukup unik....bukan macam geng2 YM tu, banyak yg "plastiknya"....banyak yang "artificialnya". Tapi....antara kalangan blogger ni keadaannya lebih jujur, lebih telus, lebih ikhlas...tk der kaver2 nya...hehehehe. Ada kalanya dah rasa macam sedara mara sendiri pun ada. Lebih menyokong idea aku ni ialah bila blogger yg aku jumpa, memang ada ciri2 cam ni. So far aku dah berjumpa face to face dengan 2 org blogger.....Eleea dan juga Kreuger. [nice to meet uol....]

Untuk tahun 2009 ni, harap2 blog kita masing ni akan lebih memberikan manafaat buat kita semua. Mana laa tau kan, melalui blog kita boleh generate side income pulak.

~:: Sad Ending 2008 ::~

Hujung2 ni tk sempat nk online sebab banyak pulak event yg terlibat....dah tu pulak berada di luar kawasan liputan...hehehehe. Sian kan dgn org2 yg tkder wireless modem cam aku ni...huhuhu. Bukannya aku tk mo beli tp kt area aku tu coverage tk baper okay, so jatuh rugi laa plak kalo aku guna jugak. Harap2 taun depan coverage dapat dipertingkatkan...so masa tu no more xcuse tk leh online...ahaks.

Xceli aku baru kehilangan seorang datuk yang aku sayangi....Haji Abdul Wahid Bin Haji Abu Bakar. Pada ari Isnin lepas beliau telah kembali ke rahmatullah pada umur 96 tahun....tu pun pasal sakit tua, bukan ada apa2 penyakit pon. Sampai ari ni banyak sangat "flash back" yg aku dok teringat pasal Tok since aku kecik2 lagi. Macam2 yg aku teringat termasuk laa time Tok dok hayun buai aku masa dulu2...bagi aku semua2 benda yg aku teringat tu macam baru jer berlaku.

Sapa2 yg first time jumpa Tok mesti agak terkejut pasal Tok aku ni jenis English spoken...speaking mat salehhh youuu. Itu laa antara kelebihan yg ada pada Tok. Even citer pasal kapal Titanic pon Tok pernah citer kat aku sebelum Kate Winslate & Leonardo D Caprio berlakon citer TITANIC lagi. Tok lahir pada tahun 1913 dan kapal Titanic tu karam pada 1912 tapi dia bagitau kat aku masa dia kecik2 lagi memang dia dah tau cerita pasal kapal Titanic tu. Memang banyak sangat kenangan aku dengan Tok.....

Kesian dgn Pah (Opah)....dah tak de kawan gaduh dah. Ari tu aku rasa touching sgt time Pah cium dahi Tok sebelum dikapankan. Sebelum tu aku boleh kontrol lagi aku punya emo, tapi bila sampai jer bab ni...........aku pon dah tk bleh tahan dahhhh...huuuuuuu. Tapi aku tengok Pah coolllll jer. Ye laaa, dalam hati Allah jer yg tahu. Ari tu jugak Pah ada pesan..."Tok dah tak ada, jangan laa lupa jenguk2 Pah yer...". Sedihnya rasa time tu.......

Tok & Pah bersama Abah & Mama

"Semoga Allahyarham Dicucuri Rahmat Allah....Amin Ya Robbal Alamin"

Wednesday, December 24, 2008

~:: Xtiviti bakar-membakar...::~

Letih woooo, baru smpai rumah ni, jam ngam2 11.30 mlm. Tk mo muqadimah panjang2...strettt to the point. Petang tadi aku terlibat ngan satu xtiviti bakar-membakar. Bakar aper tu..?? Bakar satay daa... Xceli satu attempt memecah rekod Malaysia telah dibuat iaitu pembakaran satay terpanjang & terbanyak iaitu sepanjang 200 meter dan sebanyak 30,000 cucuk satay. Rekod Malaysia sebelum ni cuma 92 meter jer. So, aku bertindak sebagai salah seorang urusetia dalam percubaan memecah pinggan mangkuk rekod Malaysia tu. Acara ni xceli adalah sempena perasmian Fiesta Lumut yg aku citer ari tu.

Tapi, apa yg aku tgok laa, bukan setakat 2 rekod tu jer dapat dipecahkan tapi individu masing2 pon dapat pecah rekod tersendiri jugak....makan satay free terbanyak...hehehehe. So, aku tk nak citer panjang....just layan laaa pics yg aku amik petang tadi. Tapi...satu pesanan dari aku....kalau uols terliur jgn salahkan aku yerrrr.

Sebelum bermula

Background tu pun cantik gak

Pembakaran bermula

Yummyyyyy....ni sumer aku punya !

Tak termakan beb.....

Malaysia Book of Record punya Official ngan tetamu jemputan pun tak tahannnn

Akhirnya....rekod baru tercipta - pembakaran satay sepanjang 200meter, sebanyak 30,000 cucuk


Haaaa...tu laa citernya. Sure uols terliur...hehehehe. Xceli dlm entri ni aku nk ucapkan timakasih kat salah sorang kawan blogger aku - Hidayah, pasal bagi aku satu ilmu baru untuk mencantikkan gambar seperti mana yg terpapar dlm gambar2 kt atas tu. Sebelum ni aku perasan yg gambar2 kat blog dia agak menarik perhatian aku, so aku pon mintak laa dia kasik tutorial kat aku. Sebagai seorang yg tk kedekut ilmu so dia pon bagi laa aku satu link - http://www.photoscape.org Hasilnya...aku berupaya mnjadikan gambar2 aku seperti kat atas tu....senang jer, tk yah susah2 macam Photoshop. Selamat mencuba tau....after all sharing is caring right !

Friday, December 19, 2008

~:: A call to Hijrah..... ::~

Semalam aku telah hadiri satu program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan - Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional ....cam biasa laaa, bab2 rasmi merasmi ni dah jadi part of my job. Everything cam biasa jer tapi semalam aku telah berjumpa dengan seorang insan yg aku rasakan bisa mengubah corak pemikiran atau kehidupan kita semua. So, what is so special 'bout this person..?? Xceli, pada prinsipnya tk der apa yg special pon.....directly dia tak ada kepentingan pon dalam program yang aku rasmikan semalam...cuma dia hanya temankan wifenya yg menjadi Pegawai Pemantau dari Kementerian Belia & Sukan untuk buat penilaian ke atas program yang dilaksanakan semalam. I guess, wife baru kot....pasal wife dia tu baru setahun jer jadi one of the Penolong Pengarah kat Kementerian Belia & Sukan...nampak mcm fresh graduate jer.

But....there's still something special 'bout this guy...........[bukan pasal dapat bini yg jauh lebih muda laaa.....aduihhhh uols ni ingat bab ni jer....hehehehhe]

Lepas abis majlis perasmian & penyerahan anak-anak angkat, cam biasa laa, aku ni kan suka bersembang. So aku pon amik laa peluang bersembang dengan hubby Penolong Pengarah tu. Melalui perkenalan kami tu, aku dapat tau bahawa dia pernah service ngan tentera selama 11 tahun dan seorang bekas komando....yang hanya time tu berpangkat prebet jer. Macam2 citer yg aku dengar dari sahabat baru aku ni termasuk laa pengalaman bertempur dengan pengganas komunis satu ketika dahulu....early 70's [maybe aku pon tk der lagi or kecik lagi masa tu...hehehe]. Ternganga mulut aku dibuatnya...syok dengar macam2 cerita termasuk citer berhadapan ngan harimau dan pengalaman makan ular sawa....hahahah. Memang best walaupun kami baru kenal tapi bagi aku kemesraan tu macam dah lama terjalin.

Itu sumer citer2 dulu....tapi uols nk tau tak apa kejer dia sekarang...???? Kawan baru aku tu xceli seorang lecturer di UiTM sekarang ni - Faculty of Office Management. Satu kejutan bagi aku....perubahan yang cukup besar tu. Daripada seorang Komando kepada seorang Pensyarah. Bagi aku ini adalah satu perubahan yang cukup besar yang mungkin sukar untuk dicapai.....ianya satu effort yg drastik telah dilakukan untuk capai ke tahap ni. This guy penah study di London satu ketika dulu.

Moral of the story - sesaper saja dlm dunia ni berkeupayaan untuk berubah, semuanya terpulang pada kekuatan dalaman yg ada pada setiap orang tu. Nothing is impossible...everyone ought to change. Even di dalam Islam pun menganjurkan kita untuk berhijrah ke arah yg lebih baik. Allah tak akan mengubah nasib seseorang jika seseorang itu hanya berserah pada takdir tanpa adanya sebarang usaha.

Jom kita berHIJRAH......
Lets CHANGE........

"Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430"

Tuesday, December 16, 2008

~:: Suara halus yang didengari ::~


Entri ni tk der kena mengena dengan mana2 dunia halus or mistik, okeh....he3. Tadi dkt pukul 8 mlm baru sampai rumah. Biasa laa, pas meeting petang tadi, xtibiti gebang bergebang tetap berlangsung cam biasa...pastu berenti jap, tringat tk semayang Asar lagi. Pastu sambung balik....hehehe. Last2 baru sedar dah dkt pukul 7.00. Nak balik rumah, aku kn travel lebih kurang 45 km...bukan jauh pon tapi pasal hujan + lori trailer banyak, perjalanan aku jadi mcm jauh plak.

Xceli tadi aku attend satu meeting pasal "FIESTA LUMUT" yang akan diadakan dari 20 Disember 2008 hingga 4 Januari 2009. Kira macam adik skit daripada JOMHEBOH laaa. So, mcm2 laa yg dibincangkan. Aku rasa hepi dan syukur sangat ada few usul2 penting berkaitan keagamaan yg aku bawak dlm meeting telah diambil perhatian dan seterusnya akan diambil tindakan oleh pihak organiser & juga event consultant.

  1. Aku mohon agar pihak penganjur amik kira waktu2 solat...meaning, apa jua program sebelah malam haruslah bermula selepas waktu Solat Isyak....sebelum waktu Solat Isyak, no any event are allowed.
  2. Aku mohon supaya tiada acara hiburan diadakan pada any malam Jumaat.....kalau ada program jugak, fokus kepada yg bercorak keagamaan.
  3. Aku mohon supaya setiap kali masuk waktu solat, penganjur kena buat pengumuman masuknya waktu solat. Dalam hal ni penganjur bukan sahaja bersetuju utk buat pengumuman, tetapi juga bersetuju utk menyiarkan rakaman azan utk dikumandangkan.

I'm not saying that I'm good...but at least I try to be good to the comunity. Tetiber terpikir plak aku, "suara halus" aku ni pun orang boleh terima, apatah lagi suara2 Bapak2 Menteri, Bapak2 Ahli-Ahli Parlimen or Bapak2 Ahli-Ahli Undangan Negeri. Tapi....ada ker suara2 mereka bila masuk bab2 camni...????? Yang sering diberi alasan ialah....kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Podahhhhhhhhhh. Aku amik contoh, yang dok serbu konsert JomHeboh tu majoritinya ialah Melayu-Islam, non-Malay or non-Muslim berapa percent jer....1% pon tk sampai. Bila Mufti bersuara....macam2 alasan yg depa bagi. Satu lagi bila ada perlawanan bola sepak di stadium2.....punya laaa ramai yang datang seawal pukul 6.00 petang lagi, game start pukul 8.30 mlm, tapi pihak pengurusan stadium tk ada inisiatif pon nk umumkan masuknya waktu solat Maghrib...walhal kat stadium2 ni, PA System tok sah cakap laaa.....mesti 1st class punya. Pelik tapi benar.....heheheh.

~:: Minyak turun lagi ::~

Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa hari ini 16/12/2008

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70.


Emmmmm....no komen.
Marah ker...??? Dah tentu tidak....
Happy ker..????? Belum pasti...
Naper erkkk....?????

To me....
Sorry to say, damage have been done...
Hari ni selagi reger ikan kembong still RM9.00 sekilo or reger beras yang aku beli still RM39.90,
aku masih belum mampu tersenyum....blum masuk barang2 runcit yang lain lagi. Imagine laaa, beras yg cap sama (Thai King) dulu sebelum reger minyak naik cuma around RM18.90-RM19.90 jer...not more than that.

Sunday, December 14, 2008

~:: Bebas VS Rimas ::~

Sebenornya banyak entri yg sepatutnya aku release tapi kontrol punya pasal...aku pon dah terlupa apa yg sepatutnya aku citer. Xceli dlm masa seminggu terakhir aku di USM, aku cuba stay away utk online....pasal aku tau, bab2 blogging ni aku dah kira nk masuk kategori tegar dah walopun aku tk buat entri daily. Meaning...kalau aku online gak, maka tak jadi kerja laaa apa yg sepatut aku buat kat USM tu......assignment tk setel2, exams tk prepare. So, aku biar jer blog aku tu bersawang jap. YM tok sah cakap laaa, aku tengok jer sapa2 yg appear dlm list aku tu....pastu aku sendiri....buat jadi invisible. Malas laa aku nk turut serta....takut ralit nnti. Cuma time tu aku guna YM tu utk communicate ngan kawan2 kat USM ni jer....tu pon more on hal2 study.

Life sbg student ni aku rasa bebas...meaning aku tk perlu terikat dengan public norms di tempat aku bertugas, tak yah nak jaga2 protokol, tk yah nak kontrol2, tak yah kaver2 and the most important thing....kat sini aku bukan public figure. Contoh...cam pix kat atas tu....aku rasa bebas nak usung beg galas tu ke sana sini tapi bila aku balik bertugas, demi menjaga personaliti, aku tk boleh laa stay cam kat atas tu tambah2 plak ngan seluar jeans cam tu...heheheh. Everything aku kena ubah ikut personaliti aku. Kengkadang aku rasa rimas laaaa. Tapi nk wat camner dah life aku macam tu. Tu yang selalu aku cakap kat kawan2 aku...di USM ni kita sumer wujud sebagai satu komuniti yg digelar "Classless Society" - Masyarakat Tanpa Kelas. Everyone was equal and carried out the same work....sumer sama jer. Pangkat2 sumer tinggal kat luar pagar...heheheh. Datuk ker, Tuan ker, Boss ker...sumer hilang. Kalau uols nk tau lebih lagi pasal "Classless Society" ni...boleh search kat internet...melambak. Ini merupakan pandangan atau idea yg dikemukakan oleh Karl Marx. Jangan laaa pulak bila aku dok bawa fahaman Marx ni hangpa cap aku ni komunis plak....aku ni cerita balik apa yg telah diajar oleh pensyarah2 aku. Biasa laaa kalau study sosiologi ni...tk lepas dari membicarakan teori2 Marx tu.

Saturday, December 13, 2008

~:: Aikkkk...dok tunggu apa lagi ? ::~


Buat masa ni aku still kat USM lagi walopun makhluk2 yg bergelar Student PJJ dah hampir2 pupus....ramai yang dah balik, tak sabor2 nk jumpa anak bini. Naper aku tak sibuk2 nak balik lagi errrkk?? Untuk orang2 yg berpenyakit "M" cam aku ni, ada laa few things yg aku kena setel. Orang lain, mostly [I'm not saying all] dah hantar assignment memasing....tapi cam aku ni kan, jenis hero last minute, paham2 jer laa...heheheh. Tu pun ada 2 paper lagi yg aku tk leh nk setel. Yang satu tu memang lecturer xtend sampai ujung bulan ni and satu lagi tu aku dah gi kautim ngan lecturer aku sorang tu....so boley laa lambat sikit submit.

Satu lagi, naper aku tk gerak2 lagi dari sini....pasal hati ku telah dicuri. Kaki aku ni seolah2 dah melekat bila aku cuba menghampiri beberapa pagar USM ni & tayar keter aku tu cam otomatik jer kalau sampai kat pagar2 USM tu cam boleh pusing patah balik jer tk kasik aku kuar dari kampus yg penuh dengan kehijauan ni...Mmg poyoss laaa entri aku kali ni, aku peduli haperr. Xceli, USM sendiri yg dah curi ati aku ni. Ni adalah kali terakhir aku dtg sini sbgai student PJJ bagi tujuan pengajian. Kalo lepas ni pon aku datang bulan Ogos taun depan laaa....itu pon pasal Konvo. So, pada aku life aku sbg student kat kampus USM Pulau Pinang ni akan berakhir hari ni. Lepas ni no more 3 weeks "holiday" for me, tk der alasan dah gomen nk bagi aku cuti tanpa rekod sampai 3 minggu.

Xceli mmg aku banyak bertarung ngan emosi sejak beberapa hari ni. Ari tu (10/12/2009)masa aku jadik EmCee utk satu majlis perpisahan.....tetiber aku tk leh cakap, sebak, jenuh kontrol.....mmg hampehh betul masa tu, imagine laaa. Aku tk taw...it just flow naturally. Sib baik lecturer2 aku time tu dok buat lawak, so setel jap laaa masa tu.

Malam tu plak lepas abis exam, aku ngan sekutu2 kamcheng aku, gi makan2 & pastu kami decide nk gi KalaOK. Member2 kamcheng aku ni aku dah istilahkan sebagai "Blood Brothers" sebab we've been along since 1st year lagi. Antaranya Mukhlis, Aswad, Mejar Azhanizam, Kamarul & ASP Shamsul. Pada aku kkwn aku ni memang ada chemistry ngan aku....tu laa pasal aku istilahkan sebagai "Blood Brothers". Aku heran laaa, malam tu aku ni jadik sensitiffff sangat, even lagu2 yg geng2 aku dok sumbangkan tu pon aku rasa touching sangat. Memula tu Mejar Nizam nyanyi lagu Casey - Jangan Ada Benci. Pastu plak ASP Shamsul nyanyi lagu Broery plak, tajuk lagu Pamit [hehehehe, Jawa abiss tajuk ni, xceli dlm Bahasa Melayu Selamat Tinggal]. Tangkap leleh ooooooo.....

Jangan Ada Benci - Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



Pamit (Selamat Tinggal) - Broery Marantika

Ijinkan aku pergi
apalagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu


Memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
Namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani


Selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
Hanya pesanku jangan lupa kirimkan kabarmu
bila suatu hari dia membuat kecewa dihati
Batin ini takkan rela mendengarmu hidup menderita


"Sayang..
walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
Kuingin kepergianmu dengan ikhlas hati
Semoga kelak kita dapat bersatu lagi" [monolog]


Selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
Hanya pesanku jangan lupa kirimkan kabarmu
bila suatu hari dia membuat kecewa dihati
Batin ini takkan rela mendengarmu hidup menderita


Selamat tinggal kasih
Selamat jalan sayang


Ni bukan soal cinta ker haper....ni soal persahabatan. Tapi paling aku tk leh lupa bila ASP Shamsul start nyanyi lagu Pamit tu....dia boleh ikut sebijik yg kat screen tu plak "IJINKAN Aku Pergi" - apa lagi gamat satu bilik dok gelak kat dia....hehehhe. Yang lain2...uols pon rawks gak, Aswad yg tk penah nyanyi pon malam tu termakan pujuk gak...hehehe. Lagu Ibnor Reza lagi.

Ok laaa, nnti ada sambungan lagi...apa cerita dok blog jer...org lain dah balik. Touching2 gak...yg aku tk balik2 ni apa citerrr. Selagi tk blah dari sini, lagi betambah2 laaa touching.


p/s : Jenuh aku tahan sedey lpas hantar Cik Nor [perhatian: Cik Nor ni seorg lelaki...heheheh] & Saniah gi Terminal Bas Sungai Nibung pagi tadi. Cik Nor sebak gilaaaa, so aku pon jenuh laaa kontrol...ekekekeke. Dahhhhhhh....namo emo2 lagiiiiiiiiiiii

S E L A M A T
T I N G G A L
USM......

Tuesday, December 2, 2008

~:: Aduuiiiiiihh...::~

Sori laaa, lama tk enterprem....paham je laaa kan [apa yg aku nk ngkorang paham ntah...ahaks]. Apa yg aku maksudkan ialah life kat USM ni....for the time being aku bz ngan hal2 kat sini. Macam laaa aku ni jenis study maut punya...cis podah cit :P

Xceli, ntah apsal ari ni aku rasa lega skit. Maybe laa pasal semalam aku dah setel buat presentation satu paper yg aku amik kat sini kowt - project paper aku. Bukan apa, aku kena present briefly pasal project yg aku tgh buat tu. Nak tahu apa tajuk paper aku tuh...??? Jeng jeng jeng......" ETIOLOGI PENYAKIT LATAH DALAM MASYARAKAT MELAYU : KAJIAN DI KAMPUNG xxxxxxx, DAERAH xxxxxxxx, PERAK DARUL RIDZUAN ". So, best tak tajuk tuh..?? Semalam aku siap tunjuk video klip sekali pasal fenomena latah ni....riuh rendah plak dalam Bilik Persidangan tu semalam....heheheh. Orang lain tk der pon tunjuk2 video klip mcm aku tu. Ada peluang kot dapat high marks dlm presentation semalam....hehehe. *berangan tetiber. So...saper2 yg ada info on latah, contact aku yerrr.

Ari ni pon aku mcm free skit.....so pe lagi, aku pon decide nk basuh baju2 laa. Bukan aku yg basuh...mesin yg basuh.....hahaha. Modalnya...beli jer sabun sendiri, pehtu..syiling RM2 hengget.

Lepas boh kain baju kat dalam mesin tu, boh pulak syiling RM2 hengget ke dalam slot, pehtu baca laa arahan2 kat situ. Maka selesai laa kejer aku setakat ni dan boleh ler aku balik ke bilik. The rest...aku serahkan pada Cik Mesin utk buat kejer2 seterusnya plak.

Lebih kurang 35 minit aku pon gi balik jumpa Cik Mesin....rupanya dah siap. Kalau laaa boleh siap jemur ngan lipat sekali kan beshhh...hehehe. Nnti laaa, aku soh mana2 student engineering buat paper pasal ni...amacam Ana , ada berani ?

Taraaaaa...setel proses jemur menjemur....petang karang pulak lipat melipat. Ada sesaper berminat nk masuk aksi lipat melipat ni...heheheh, aku bagi upah singgit. Lepas jer selesai jemur, aku pon masuk balik bilik aku.....tetiber jer baru aku perasan tmpat aku jemur tu tk berapa kena cahaya matahari. Cisss, camni lambat laa skit kering ni. So aku pon keluar ler balik...bukannya jauh pon...setentang ngan tingkap bilik aku jer. Bila aku keluar, baru aku perasan yg tempat jemur yg kat sebelah atas tu okay skit pasal memang direct kena cahaya matahari. Bila dah kutip2 baju sekali ngan hanger2 tu, aku pon panjat laa sebab tempat yg aku nk pi jemor tu tinggi skit. Tetiber jer....gedebukk, aku tersembam cam superman melekat kat atas tanah. Cuba uols tengok macam mana kecerunan tu. Sib baik masa tu seorang manusia pon tk der kat tempat kejadian...tapi tak taw laa pulak kot2 ada yg nmpak dari jauh.


Siol betul....heheheh. Lepas tersuperman tu aku pon tk toleh2 langsung pasal desasiswa utk student pompuan dekat2 tu gak, mana lah tau depa semua dok pakat skodeng perati aku. Buat2 macho laa masa tu...hampehhh betul, sib baik aku tk tergolek jatuh cerun tu. Uols imagine laaa insiden aku ni, memang lawak...aku pon gelak sensorang bila aku masuk balik dalam bilik aku. Yang buat kejadian tu jadi bertambah2 dramatik tu adalah disebabkan masa tu aku dok pakai kain pelekat....kihkihkih...jadik superman pakai kain pelekat.

Tetiber plak aku tingat, mungkin ni adalah balasan utk aku, pasal semalam aku jenuh gelak sampai rasa nk pecah pewot bila dok dengar citer dari kawan aku ni. Moral of the story - tu laaa, lenkali jangan gelakkan orang lain...hehehehhe.

Tengok....merah tangan aku , gara2 aksi superman tu......adehhhhhh

Wednesday, November 26, 2008

~:: USM...aku datang lagi ::~

Kali ni merupakan kali ke empat aku dikehendaki untuk menghadiri program Kursus Intensif kat USM....maknanya kali penghabisan aku bertandang ke USM bagi tujuan ni.....Insyaallah bulan 8 tahun depan aku konvo....heheheh. Seronok tu seronok gak, tapi sedey pon sedey gak pasal lepas ni aku dah tak boleh dok lama2 kat USM macam ni dah. Memang setiap hujung tahun, 3 minggu aku dok kat sini sebagai syarat aku study kat sini. Pasni tak der laa lagi peluang aku nak dapat CTR (cuti tanpa rekod) tiap2 tahun...hehhehe.

Tu laaa.....dulu2 lepas abis Diploma, malehh nak studi konon.....dah tk sabor2 nak kejer. Maka jadi laaa cam ni, dah umo 36 baru nak abis amik Degree. Tapi kan....bila aku compare dgn student2 yg sepengajian ngan aku kat sini, aku ni consider yang sedang2 sajaaaa....pasalnya ramai yang lebih berusia dari aku okeh....jangan terkejut, yg dah pencen pon ada dok studi ngan aku ni. Pada depa ni hanya nak kan kepuasan diri jer...tk lebih dari itu.

So, dalam hal aku ni, aku cuma ada few subjek lagi yg perlu disetelkan iaitu :
  1. Indigenous Etnography Of Malaysia.
  2. Industrialisation & Social Change
  3. Race & Etnicity
  4. Deviance, Conflict & Social Control
  5. Selected Social Issues - Thesis
Xceli, entri ni aku nk publish semalam, tapi apa kan daya aku punya lap top tak boleh access WIFI USMHotspot kat desasiswa aku ni . Lepas aku hantar lap top aku ke Jabatan IT pagi tadi, rupanya ada problem ngan setting kat lap top aku tu.

Semalam aku cadang memula tu nk bertolak awal dari rumah, tapi oleh kerana few things kena setel dulu....so cadangan tu tinggal cadangan jer laaa. Penyudahnya pukul 1.00 baru aku gerak...heheheh. Almost 70% perjalanan aku diiringi hujan....tak leh laaa nk speeding sangat....takat 120kmph jer. Kepada abang2 polis anggap jer statement aku ni sebagai omong kosong jer okeh.

Lebeh kurang pukul 3.30 aku sampai kat perkarangan padang USM ni.....

Oppsss....tersenget plak pasal sambil nak kona masuk pagar USM aku dok pegang kamera plak....[diharap jgn sesaper meniru aksi ni okeh....heheheh]

Lepas setel daftar, terus aku gi makan ngan kengkawan....lapor sangat. Dah laa drive sengsorang, tak leh sembang2. Apa lagi...jumpa member2.....qado sembang citer2 setahun tak jumpa....heheheh. Dah jadik super senior ni ada gak mender2 yg ngelat cam daftar utk kolej kediaman suruh member2 yg buat, sedar2 dah dapat kunci bilik terus....heheheh. Bukan macam student 1st year.....awal2 pagi lagi dah terpacak....skima semacam jer. Yang datang awal sehari pon ada....[sapa yg terasa, sila abaikan statement ni.....hehehehe]

Sebagai final year student utk course yg aku amik tu, aku telah ditempatkan di Desasiswa Bakti Permai H12, bilik 24B yg menempatkan pelajar2 elit. Aku dok ngan salah sorang member baik aku sejak 1st year lagi......seorang Pegawai Tentera berpangkat Mejar. Bila aku sampai jer kt Desasiswa Bakti Permai tu.....aku telah disambut oleh kawan aku tu....rupa2nya nasib kami baik kali ni, dapat dok ground floor tak yah panjat2 tangga pon. Floor aku ni ada 10 bilik...tapi yg occupied hanyalah bilik kami saja....*tetiber rasa cam VVIP plak....ahaks.

Kalau dari sini....bilik pertama sebelah kiri....tu laa bilik aku yg terbukak skit pintu tu.


Nampak tak no. 24 tu....sila-sila...jgn malu2 jom jemput masuk....show off time....hehehe


Amacam...??? Cantik tak bilik aku ni.....yg cadar pink tu katil sapa errkkk..??? Cuba teka.

Tengok dia punya almari....sikit punya cantik kaaa....

Ni aku punya work station.....macam2 ada....gula2 Hudsons semangkuk, sub woofer Altec Lansing, Gaviscon (spare kalau kena pedih ulu hati - gestrik), minyak angin, Zippo...bla bla bla...tengok sendiri, okeh

WIFI punya sub-station kat depan bilik aku jer ....tu laaa yg melengkapkan segala2nya....ahaks.

Friday, November 21, 2008

~:: In memory of Tompok A.K.A Omphy ::~

Ketika aku dok tulis entri ni, mood aku masih di tahap kritikal punya sedey. EMOSI KURANG STABIL. Berat jer air mata dok bertakung kat kelopak tu. Aku ingat dah setel dah, ropanya tak abis lagi. Petang tadi, setelah sekian lama aku tk mengalirkan air mata, aku dah lepaskan segala2nya. Tak sanggup aku nk berlakon lagi....tak sanggup aku nk kaver2 lagi depan orang. Bila ada peluang sendirian aku nangis sepuas2 hati. Maybe it sounds silly....tapi itu lah realiti yg terpaksa aku hadapi petang tadi.

Tompok atau nama yg lebih manja aku panggil iaitu Omphy telah kembali ke rahmatullah [boleh ker aku guna term ni....rasanya boleh kan...pasal dia pon makhluk Allah gak]. Kucing aku tu dilanggar keter....[see...susah aku nk sambung entri kali ni, tak pernah aku emo cam ni bila buat entri2 lain]. Pukul 5.00 petang tadi dia kena langgar......itu pon ada orang bagitau kat Sue, kalau tidak jenuhhhh laaa aku dok tunggu.

Pada aku Omphy bukan macam kucing2 biasa....Omphy sangat special pada aku. Even kematian Omphy bukan sahaja merupakan satu kehilangan buat aku dan Sue tetapi buat seluruh masyarakat kat sini. Apa tidaknya....semua orang kat sini [mostly] kenal dia. Ramai yang kerumun bila aku dukung Omphy tadi.....jenuh aku kaver aku punya sedey tapi time aku tulis entri ni, apa yg aku kaver siang tadi dah tak terkaver dah. Uols imagine laa sendiri, masa aku dukung Omphy, ramai yang ikut dari belakang....even ada orang yg lalu naik motor pun stop untuk tengok pasal depa pun kenal Omphy. Pada aku tak ada kucing lain yg sepemes Omphy ni....aku dapat lihat dari kesedihan orang2 yg datang ziarah Omphy tadi. Sungguh...aku tk tipu...semua terasa sangat kehilangan Omphy ni. Kalau tidak, tak kan orang lain pon nangis sekali.

walaupun Omphy dilanggar kereta, dia tak cedera pon. mungkin internal bleeding kot. patah pun tk ada. mulut dia keluar darah dari dalam bukannya luka pon. kalau ikut maklumat dari orang yg nampak kejadian, lepas kena langgar Omphy bangun untuk berjalan jugak, tapi apa nak buat, dah ajal dia.


Kat area ni, Omphy memang hero. Aku tengok kucing2 jantan lain dah macam pupus, semua tak berani ada kt teritory ni pasal semua kucing2 betina kat sini dia punya....hehehehe. Bab ni aku tk ajar Omphy okehh. Bagi masyarakat kat sini, Omphy bukan sekadar kucing tetapi part of the community. Omphy memang pandai amik hati orang2 kat sini.

Mungkin kalau aku citer, uols mesti cam tak caya. Omphy adalah pengunjung setia Perpustakaan di kawasan ni. Perpustakaan adalah tempat dia landing...tidur sepanjang hari. Kadang2 tu dari pagi sampai petang tidur kat library. Dia tak pernah kacau pon apa2 aktiviti kat library tu dan pengunjung2 library pun dah paham dengan peel Omphy tu. Kat library tu kan sejuk....air-cond kuat, tu yang Omphy suka tu.

Bab makan....dia memang kuat makan. Makanan utama dia ialah ikan temenung lemak mentah. Ikan lain....soriiii Omphy tak makan. Ikan tu pulak kena digunting kecik2....kalau dibagi seekor, sampai sudah tak makan. Sekali bagi 4 ekor. Sehari kurang2 3 kali makan. Makanan sampingan....biasa laaa, Friskies. Tapi yg special pada Omphy ni....dia ada selera makan macam kita.....antaranya ialah nasi lemak, kueytiaw goreng dan juga nasi yang digaul dengan kuah kari. Omphy pantang bila bau kari....walaupun serbuk kari. Kalau bau jer...emmm tak senang duduk laaa walaupun tengah tidor boleh bangun tetiber.

Malam ni mood aku memang di tahap yg cukup hampehhhh. Aku tengok Sue pon cam tu gak. Aku ngan Sue seems not talking. Bukan aku gaduh dengan Sue tapi masing2 masih berkonflik dengan emosi. Sedehhh sangat....Omphy yang kami sayangi dah tak ada. Walaupon kat rumah ni still ada 3 ekor kucing......hanya Omphy yang aku sayang. Omphy tk pernah "buat hal" dalam rumah....kalau dia nak membuang or melepaskan apa2, mesti dia akan minta keluar rumah. Senang cakap cam ni laaa.....pada aku Omphy ni ala2 well educated gituuuu. Even kalau dia tidur dalam rumah pon, bila dah tiba masa nak membuang ker haper ker....dia akan kejutkan kami sama ada dengan cara mengeluarkan bunyi or menarik2 rambut kami.

Aku pernah buat satu entri khas pasal Omphy. Kalau sesaper nak tengok gi laaa jengok2 kat SINI.

Aku tahu, Sue lebih terasa kehilangan Omphy ni. Kalau aku kejer luar or out-station banyak hari, Sue tak kesahhh....as long Omphy ada kerana pada dia Omphy adalah peneman dan juga penguat semangat. Sue awal2 lagi dah nangis walaupon depan2 orang ramai tadi. Dulu masa Omphy hilang 14 hari pon dia dah jenuh nangis, ni kan pulak Omphy dah "pergi terus". Dulu aku ngan Sue sama2 buat Solat Hajat supaya Allah kembalikan Omphy masa dia hilang dulu. Tadi Sue ada sebut....dia tak kan lupakan hari ni pasal Omphy "pergi" sehari sebelum kami sambut wedding anniversary kami yg ke-12.

Pukul 5.30 tadi, Omphy selamat disemadikan, walaupun setiap hayunan cangkul tu beratttt jer aku rasa. Allah saja yang taw mcam mana aku punya perasaan masa tu. Nak buat kejer satu hal, nak kontrol sedeh satu hal....aduihhhh. Tak tau laaa, bila aku punya feeling ni boleh kembali normal.

saja aku kebumikan Omphy macam ni supaya aku tengok dia macam tengah tidur jer. memang laa ni salah satu posisi Omphy tidur. sebelum aku kambus, aku lapik dulu badan Omphy ngan kertas pasal aku tak sanggup tengok badan dia terus kena timbus dengan tanah.
sama tak dengan gambar yg tengah tidur ni..???

p/s : ikutkan hati tadi, aku nakkkkk jer cium Omphy....tapi apa kan daya ramai sangat yang dok perati tadi......malu aku.

Thursday, November 20, 2008

~:: Part of my daily life..... ::~

Tetiber jer tadi petang aku direquest utk jadi perasmi sebuah program anak angkat iaitu Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung & Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Bebudak ni terdiri daripada student2 lower six dari sebuah daerah dalam Negeri Perak.....manakala ibu bapa angkatnya pulak terdiri daripada masyarakat kampung. Jumlah pesertanya ialah 121 org manakala urusetianya seramai 15 orang. So mereka ni ditempatkan di rumah2 keluarga2 angkat masing2.

Belum lagi aku bertolak ke lokasi, tetiber plak ada sorang tok sarjan polis datang ke pejabat untuk berjumpa aku. "Uikkksss pehal plak polis nk jumpa aku ni....ada saman yg aku tk setel lagi ker...??" So, aku pon pelawa laaa polis tu masuk bilik aku. Tapi yg aku hangin skit....si polis ni tk reti bahasa ....ada ker opis aku yg berkapet tu nak dimasuk dgn kasut2nya sekali...apa bangang ker tak reti baca sign board kat luar tu. Kang aku soh tanggal calit Sarjan tu baru taw......heheheheh. Hangin aku bila si polis tu tanya aku plak "nak kena bukak kasut ker...???". Sib baik aku tk jawap....."bukan setakat kasut jer, nk bukak seluar pon boleh"...heheheheh. So, apa kesudahan citernya..???? Owwhhhh rupa2nya mamat polis ni bawak satu surat jemputan yg ditandatangani oleh salah seorang ASP yg mewakili Ketua Polis Daerah.

Isi kandungannya lebih kurang camni.....
Majlis Makan Malam Bersama YDH Ketua Polis Perak.....bla bla bla
Nak ajak aku dinner ngan Ketua Polis Negeri rupanya. Bila tgok tarikh dan waktu, rupa2nya malam ni, pukul 8 malam. Aduihhhhh, kejer yg satu lagi tu pon belum setel dah nak kena attend function ni pulak. So, kekdahnya....bila korang nampak jer entri ni maka kompem laaaa aku ponteng dari menghadiri majlis makan malam tu ...hahahaha. Bayangkan laaa, function kul 8 malam, gi balik travel 80km, leteh woooo. Aku bukannya ada driver pon....kalau ada driver tk pe laaa, boleh tidoq dalam keter.

Sambung citer yg aku kena gi rasmi program tu pulak. Haaaa, bila sebut jer rasmi, bukannya amik gunting pehtu potong riben terus. Ini jenis kena bagi ucapan....at the end baru cakap " dengan harapan itu, dengan lafas Bismillahhirrahmanirrahim, saya merasmikan bla bla bla......Citernya tengahari tadi baru dapat short notice pasal program ni.....tup tup terus kena rasmi plak, mana laaa aku ada masa nk prepare speech ker hapa bender. Penyudahnya aku guna jer kekdah hantam saja laaa labuuuuuuu.....heheheheh, goreng jgn tk goreng. Alhamdulillah Allah dah kurniakan sedikit kelebihan pada aku bab cakap bercakap ni...ahaks. So, tadi aku mampu laa membuatkan audience ternganga skit dengan ucapan2 tadi....hehehehe. Satu lagi, tadi aku juga gunakan teknik berinteraksi dengan audience....aku mintak wakil peserta lelaki dan wanita datang ke stage untuk citer apa objektif program ni diadakan. So, kedua2 wakil tun pon goreng laaa, apa benda yg aku mintak tu. Aku cakap ngan audience tu kenapa aku tanya benda2 ni. Pada pihak peserta, aku punya reason supaya depa tahu tujuan dan fungsi depa dalam program ni dan pada audience lain plak aku punya reason supaya kita tahu kenapa peserta2 tu jadi anak2 angkat depa. Wokeh tak kepala hotak aku ni......at least aku dapat laaa curi masa speech aku tu dan speech aku tu nmpak cam hidup laa skit.....hahahahha. Bila aku guna tektik ni, mana ada org tidoq bila dengar ucapan aku......semua konsentret jer, takut kena tanya soklan lagi. At the end cam biasa laaa......

....dengan kata2 itu, dengan lafas Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Program Keluarga Angkat Dan Kemasyarakatan bagi Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional.....wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....

ni menda2 yg aku dapat masa rasmi program tadi, cenderahati program, beg, cap & t-shirt


p/s: harap2 tok polis tk hantar saman kat aku pasal tak attend dinner malam ni....hehehehe

Wednesday, November 19, 2008

~:: I'm happy when I can make others happy ::~

Semalam nk online tapi dah balik pon dah dekat kul 10 mlm....penyudahnya tidoq awal. Letih beb, lepas meeting petang semalam, gi ziarah seorang sahabat kat spital......tok tek tok tek tu yg dekat2 kul 10 baru sampai rumah. So, aku harap malam ni boleh laaa online....jap pon jadi laaa. Jelesss taw tengok org lain boleh hapdet blog tiap2 hari....kengkadang tu dalam sehari boleh kuar 2-3 entri lagi....perghhhhhh.
Xceli aku nk citer apa yg aku buat on last Monday. Aku sebenarnya terlibat dgn satu NGO iaitu PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) sebuah Community-Based Rehabilitation Centre....yang dikawalselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai orang yg bertanggungjawab , so aku dgn AJK2 telah merangka beberapa program bagi takwim tahun 2008. Mengikut takwim yg telah dipersetujui, hari Isnin lepas aku ngan AJK telah pon mengadakan satu lawatan ke tempat ni.

Best friend forever............

Matlamatnya....xposure utk golongan OKU and the most important thing - to make them happy. Mereka ni terdiri daripada pelbagai kategori sama ada dari sudut fizikal atau pun mental seperti Down’s Syndrome, Autism, Mental Retardation, Global Developmental Delay, Dyslexia dan lain2 lagi.
Tapi......yang pastinya mereka ni "colour blind"......warna kulit tidak menjadi ukuran dalam persahabatan. Heran kan....kita yg dilahirkan normal ni pon ada kalanya tak boleh menggunakan aqal yang normal dalam urusan2 harian dan juga hubungan sesama insan.....masih lagi nak bezakan warna kulit atau pun perbezaan2 lain sedangkan yg membezakan antara seorang manusia dengan manusia hanyalah tahap keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah...tu jer, the rest samaaaaaa jer.

So....ada yg interested nk jalan2 sini..???? Nah amik brochure ni.

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...