Saturday, June 14, 2008

~::14 JUN 1997::~

Izinkan aku untuk beremosi sedikit hari ni, kerana tarikh 14 JUN tidak mungkin mudah untuk kulupakan di mana 11 tahun dahulu aku "pernah" menjadi Papa, Abah or Ayah.

Why "pernah" ?

I lost my boy, Allah lebih menyayanginya. Allah hanya "pinjamkan" Muhammad padaku hanya untuk seketika sahaja....3 hari jer. Kalau Muhammad panjang umur, sekarang ni dah darjah 5 dahh or maybe boleh tolong aku menaip or hapdett blog aku ni. Muhammad pergi meninggalkan aku kerana disebabkan masalah paru2, kata doktor paru2nya belum well developed. Untuk pengetahuan sumer, Muhammad dilahirkan pre-mattured - tak cukup bulan. Actually Muhammad dilahirkan cukup sifat tetapi hanya paru2nya yg menghadapi masalah.

Muhammad actually "terpaksa" dilahirkan ke dunia ni kerana wife aku masa tu terpaksa berhadapan dengan risiko kerana mengalami pendarahan yang amat teruk disebabkan "placenta previa" [kedudukan uri di bahagian bawah iaitu menyebabkan saluran kelahiran tertutup]. Dengan izin Allah pada mulanya kedua2nya selamat [my wife & baby], melalui kaedah cesarean iaitu my wife terpaksa menjalani pembedahan. Hanya Allah yang tahu camner aku rasa masa tu. Segalanya bermain2 dalam kepala semasa dok tunggu masa kelahiran tu.

Tapi apa nak buat kan....Allah lebih menyayanginya, 3 hari selepas tu Muhammad pergi buat selamanya. Dilahirkan 14 Jun 1997 - 9.24 AM dan pergi 17 JUN 1997 9.25 AM, depan mata aku sendiri....Aku tak sempat menimang anakku, aku tak sempat mendukung anakku, cuma yang aku dapat hanya merangkul sekujur jasad yang sudah tak bernyawa.

Bagi tujuan mengeluarkan Sijil Kematian aku terlebih dahulu terpaksa mendaftarkan kelahirannya. Maknanya, aku buat surat beranak Muhammad tu semasa dia dah tiada di dunia ni . Kenapa aku namakan Muhammad, kerana bagiku Muhammad itu adalah kekasih Allah.

Kini setelah 11 tahun Muhammad pergi meninggalkan aku, dia masih "hidup" dan "membesar" dalam diriku. Bila aku tengok anak2 yg seusia dgnnya aku boleh imagine how he is, aku boleh imagine camner tingkah lakunya, aku boley imagine camner dia boleh jadi seorang anak yang soleh....

....dan yang pastinya aku akan tetap berdoa agar dikurniakan zuriat....kerana aku tetap bersabar untuk mendapatkan title Papa, Abah, Baba or Ayah dan harapan aku juga mungkin ada rakan2 yang sudi mendoakan agar aku dikurniakan zuriat.....amin.

15 comments:

cendawanintim said...

Yang pastinya, saya yang akan mendoakan dikurniakan zuriat lagik n lagik untuk awak, di setiap kali doa selepas solatku...Amin..

Atlis, walaupon sekejap 'pinjaman' itu, tapi ianya takkan merubah title 'papa' itewwww...

pe yang awak lalui iteww, pernah kami sama2 lalui jua...

**Terima la ucapan Selamat Hari Bapa, tuk Papa Muhammad..

Ryehanna said...

Selamat hari bapa untuk ayah Muhammad...

Saya juga mendoakan CM dikurniakan zuriat. U're a nice person...insya Allah, ada rezeki, adala tu...

agak emo membace entry CM ini...

Anonymous said...

"...ajal maut di tangan Tuhan, kita merancang, Dia menentukan..."

alfathihah buat arwah Muhammad. happy father's day CM!

p/s: "kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah tak sanggup berpisah..." pisah di dunia hanya sementara...

Anonymous said...

Gerun bro nak bayangkan CM, nanguzubillah... Minta jauhlah ya! You must be a really strong person that can face those kind of hard time. Dugaan dari DIA.... :(

Cybernetics Mind said...

cendawanintim...
thanx for your thoughts & doa, manalah tau Allah makbulkan nanti untuk Papa...hiks


ryehanna...
thanx ryehanna, semoga Allah merahmati anna jugak dan jadikanlah pengalaman CM ni sebagai sesuatu yg dapat mendewasakan anna....insyaallah.

Cybernetics Mind said...

love-n-hate...
100% agree wif u. neway thanx for da visit & for the lovely thoughts.

...last but not least salam ut org Singapureeeee...datang lagi tau

Cybernetics Mind said...

razzi rahman...
biasalah bro, setiap insan di dunia ni akan diuji oleh Allah & alhamdulillah CM telah berjaya melalui ujian tu dengan tabah dan sumer itu berkat pertolongan dariNYA jua...

Anonymous said...

al-fatihah buat Muhammad ...

nad tahu CM tabah orgnya ...

Anonymous said...

CM, bro dah submit kat forum bro your life story ni. Thank you!!

Check it out http://www.razzirahman.com/forum/index.php?topic=304.0

Yaya said...

sedey lak baca artikel ini, untuk org2 yg sbr ganjaran allah itu besar..

abg sulung i, 5 tahun tiada anak, tapi after 5 yrs, wife dia pregnant, now abg ade 5 org anak, 3 lelaki dan 2 pompuan...sesungguhnya allah maha mengetahui..:))

Unknown said...

Aku dah terbukak entri terbaru, then baru terbace entri yang ni.

Diharap Bro Cybernatic Sekeluarga dapat menerima ketentuan ilahi dengan hati yg terbuka.

Aku sentiasa support bro, tak kire kat mane kite berada. Gua dah rase lu mcm abg gua sendiri.

Jadi aku harap bro dan isteri kuatkan semangat, tabahkan hati.

Salam takziah dariku yang baru mengetahui akan cerite sebenar.

Gua Respek Lu~
Kreuger®

Honeylemon said...

sedih baca entry ni...

xpe la CM.. sume yg brlaku ada hikmahnya...

Cybernetics Mind said...

nad...
thanks nad...
emmm...caner Nad tau CM ni tabah orangnyer...hiks


razzi rahman...
thanks bro for ur concern...semoga kisah hidup CM ni menjadi pedoman utk sumer.

Cybernetics Mind said...

SPECIAL MESSAGE UNTUK NAD....
kindly put ur link...so that I can pay a visit to your blog....umm kalau tkder just put ur email..kay

Cybernetics Mind said...

aleeya...
ekceli posting ni bukan utk menagih simpati...just to let other people know....that life is full of supprise...and I'm still hoping for it :)

...semoga Allah memakbulkan doa2 ku dan doa2 dari sahabat2 ku...


mr. azman A.K.A kreuger...
timasih di atas segala doa dan harapan....

uiksss....gua jadik abang lu...no problem...saksi nikah pun bley gak janji behave yourself...heheheh


honeylemon...
tak mo sedey2 tau...CM nak yg epi2 jer ;)

yupp...agree wif u 100%...there must hikmah somewhere out there...

~:: Kad Raya Aidilfitri 20.09.2009 ::~

Assalamualaikum..... Diam tk diam dah tinggal berapa hari lagi jer nak Raya....siyes, rasa mcm tk pecaya jer. Aku ingat lagi masa awal2 posa...